Ridzuan berdiri tercegat di hadapan
rak-rak tempat barang keperluan peribadi dia mencapai sebuah bungkusan berwarna
hijau lalu membelek-beleknya.
“Boleh saya bantu,”
“Erm ok, dik mana satu yang bagus,”
ujar Ridzuan selamba walaupun dia merasa segan dengan pekerja 7-eleven itu.
Almaklumlah seumur hidupnya belum pernah dia menyentuh bungkusan tu apatah lagi
membelinya. Pening kepalanya tidak tahu yang mana satu sesuai.
“Hari pertama atau dah nak berakhir,”
soal budak itu seraya tersenyum. Dia percaya ini kes darurat sebab itu lelaki
itu terpaksa membelinya. Kalau tidak kenapa hampir 10 minit dia berdiri di sini
memilih-milih yang mana satu untuk dibeli.
“Ada beza ke,” soal Ridzuan seraya mengaru
kepalanya yang tidak gatal. Susah juga menjadi
wanita ni. Setiap bulan harus menghadapi masalah yang sama.
“Banyak perbezaannya, nak yang cotton
atau yang biasa, nak yang wings atau yang slim,” terang gadis itu seraya
menunjuk produk yang berbeza-beza kepada Ridzuan. Lagilah pening kepala
Ridzuan.
“Hmm kalau banyak, mana yang
selamat,” ujar Ridzuan tidak sanggup mendengar penerangan terperinci dari gadis
itu. Dia merasa segan bila ada mata-mata melirik ke arahnya dan tersenyum
ketika memandangnya.
“Yang ada wings, pasti tidak bo-,”
“Terima kasih,” ujar Ridzuan pantas memintas
cakap gadis itu. Dia mengambil bungkusan yang berwarna ungu dari tangan gadis
itu lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran bersama barang-barang yang
diambil awal tadi.
Aku mengelap tempat dudukku dengan
tuala kecil yang sudah kubasahkan dari bilik air. Patutlah Ridzuan panic bila
melihat banyak darah dari skirtku dan menyangka aku keguguran. Tuala wanitaku
habis basah lencun mungkin kerana terkejut semasa kejadian tadi. Nasib baik aku
masih ada spare satu di dalam bag pakaian kalau tidak haru dibuatnya. Dengan
apa hendak ku pakai. Hendak beli duit tak ada. Hendak pinjam wang dari Ridzuan
aku segan kerana dia banyak membantuku.
“Tak payah susah-susah, nanti besok
saya suruh pak Amir bersihkan,” tegur Ridzuan bila dilihatnya wanita muda itu
terbongkok-bongkok beria-ia membersihkan tempat duduk keretanya.
Aku tersentak kerana tidak perasan langsung
Ridzuan sudah berada di belakangku. Tanpa masuk ke dalam kereta terlebih dahulu
Ridzuan meletak bungkusan plastic di atas bumper keretanya. Dia mencari sesuatu
di dalam plastic yang sarat dengan barang-barang yang di belinya sebentar tadi.
Aku hanya berdiri tercegat memerhatikannya.
“Dah bersihkan lukanya,” tegur
Ridzuan seraya memandang ke arahku.
“Dah sikit-sikit tak berani nak cuci
betul-betul perit,” ujarku seraya membelek-belek lengan kananku. Lukanya dalam
hingga aku boleh ternampak tisu kulit berwarna putih. Hissh ngeri aku.
Ridzuan hanya tersenyum simpati.
Kesian dan gelihati dalam masa yang sama. Dia tidak menyangka wanita yang
bersaiz kecil ini tidak takut bergelut dengan peragut tadi. Apa wanita itu
tidak terfikir ke kalau dia berbuat begitu boleh membahayakan dirinya.
“Mari saya tengok tangannya,” ujar
Ridzuan.
Aku menghulur lenganku tanpa banyak
bicara kerana aku tahu Ridzuan hanya hendak membantuku mengurangkan rasa sakit.
Ridzuan memegang lenganku lalu membelek-belek tempat yang luka. Aku merasa
kaget seketika bila Ridzuan memegangku. Inilah kali pertama kami bersentuhan.
Tangan Ridzuan tidak terlalu kasar seperti lelaki lain. Bukan bermakna
tangannya lembut seperti wanita. Gengamannya kejap tapi tidak menyakitkan.
Entahlah sukar untuk aku gambarkan apa yang pasti aku merasa senang bila dia
berbuat demikian.
“Ok buat seketika, tapi kena jahit
lukanya tu pasal dalam, takut nanti kena jangkitan kuman, saya ada beli ubat
penahan sakit, makanlah ia dapat membantu melegakan sakit awak,” ujar Ridzuan
seraya melekatkan plaster bandage di tempat lukaku. Hasil kerjanya begitu
teliti bandage yang dibalut di lenganku kelihatan begitu kemas. Dia menyerah
sepapan pil yang serupa panadol kepadaku dan sebotol mineral water.
“Thanks,” ujarku terharu. Ridzuan
banyak berjasa denganku. Setakat perkataan terima kasih tidak akan cukup
untukku membayar baik budinya. Benarlah kata orang tua-tua. Hutang emas boleh
di bayar hutang budi di bawa mati. Aku tak tahu bagaimana hendak membalas jasa
baik Ridzuan dia banyak membantuku. Aku membuka penutup botol mineral water dan
memasukkan dua pil putih ke dalam mulut lalu meneguk air yang di beri Ridzuan.
Ridzuan baru punya kesempatan untuk melihat raut wajah wanita itu dengan jelas.
Wanita itu cantik. Mempunyai sepasang mata yang bundar. Bibir yang mongel,
hidung mancung dan rambut yang ikal. Wanita itu mengenakan baju kurung kelabu
berbunga merah jambu. Manis wajahnya bila berbaju kurung.
“Awak hendak kemana dengan bag
pakaian,” ujar Ridzuan menyedari bahawa wanita itu seperti hendak pergi
bercuti.
“Saya hendak ke Johor Baru ada job
interview hari isnin ni,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Lagipun
niatku hendak ke johor bahru terkubur begitu kerana tiket aku sudah lesap dan
bas telah lama meninggalkan aku.
Aku memandang kea rah Ridzuan aku tahu
Ridzuan tidak akan berminat dengan penerangan aku. Aku tiada kena mengena
dengannya. Lagipun aku yang selalu memberinya masalah selama ini. Dan Ridzuan pula
membantuku pun atas dasar peri kemanusiaan. Lagipun Ridzuan sudah punya teman
wanita. Ingat tu.
“Baguslah kalau macam tu, kebetulan
saya pun hendak ke Johor Baru, ada juga orang temankan saya,” ujar Ridzuan
tersenyum seraya mencampak botol mineral water yang sudah kosong ke dalam tong
sampah.
“Oh betul ke alhamdulilah, terima
kasih,” jawabku memberinya senyuman, gembira kerana kami menuju ke destinasi
yang sama. Alhamdulilah aku memanjatkan syukur walaupun mengalami pengalaman
ngeri aku masih bersyukur kerana masih bernyawa. Agaknya memang sudah tersurat
aku harus melalui lorong gelap itu dan sudah tertulis aku akan di bantu oleh
Ridzuan.
“Kembali, oh sebelum saya terlupa ni
untuk awak,” ujar Ridzuan lalu menyerah ku bungkusan plastic kepadaku. Dia
segera beredar menuju kearah tempat pemandu. Aku mengerutkan dahi hairan apa
lagi yang di berinya Ridzuan, aku memeriksa kandungan di dalam bungkusan
plastic itu. Terbeliak mataku bila mengetahui isi kandungannya. Wajahku merona
merah menahan malu. Mulutku terasa terkunci untuk mengucapkan terima kasih
kepadanya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment