Aku menutup
daun pintu lalu menguncikan diri sebaik sahaja berada di dalam bilikku. Aku tidak sanggup mendengar perbualan di
antara mama dan nek Ani. Perasaan geram dan benci bercampur aduk. Geram pada
mama, papa, nek Ani dan tok Fuad. Manakala aku teramat benci sekali kepada
lelaki yang menjadi punca masalah ini semua. Kalau tidak kerana aku teringinkan
minum milo ais tadi aku tidak akan terdengar akan perbincangan mereka. Mama dan
nek Ani tidak menyedari aku bersembunyi di belakang pintu dapur. Hilang dahagaku,
terbantut keinginan ku untuk membancuh ais milo. Aku tidak sama sekali percaya
bahawa mama dan papa sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Selama ini aku
tidak pernah menganggap serius bila mama seringkali mengertakku agar berubah
perangai. Jika aku tidak berubah mereka akan jodohkan aku dengan lelaki pilihan
mereka dan kononnya lagi aku sememangnya sudah bertunang sejak kecil dengan
anak kenalan rapat mereka. Yeah right. Bertunang sejak kecil. Ini zaman
millennium bukan zaman purba. Aku tahu mereka hanya bergurau. Bertunang sejak
kecil? Really? Oh come on. Mama dan papa nak match made aku dengan lelaki
pilihan mereka. Mama tahu bahawa aku lebih suka mencari pasangan hidupku
sendiri. Tapi kedatangan nenek Ani dan Tok Fuad dan perbincangan rahsia mama
dengan Nek Ani tadi mensahihkan lagi kenyataan bahawa aku sememangnya sudah
bertunang. Malah mereka menyebut nama lelaki yang kononnya tunangan aku. Malah
mereka sibuk membincangkan hari pernikahan aku pula. What the heck. They can’t
be serious. Siapa yang tidak bingit.
“Shahril,”
aku mengetap bibir menahan geram. Ya, nama lelaki atau lebih dikenali tunang
aku itu yang disebut nek Ani berulang-ulang tadi. Apa kena dengan mama dan papa
hingga sanggup mengorbankan kebahagian anak tunggalnya. Mana hendak aku
campakkan buah hatiku, Saiful. Wajah tampan Saiful bermain di ruang mataku. Saiful
pemuda yang berjaya hatinya ku rebut. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja tanganku
mendial nombor buah hatiku. Sakit hati bila memikirkannya.
“Yes,
sayang,” ujar Saiful sebaik sahaja menyambut panggilan dariku.
Terubat sedikit
hatiku bila Saiful memanggilku sayang. Saiful tampan dan romantis orangnya.
Saiful Sales Executive di syarikat papa. Aku berkenalan dengannya pun secara
kebetulan papa membawaku ke pejabat untuk berkenalan dengan beberapa
pekerjanya, papa mahu aku mengendalikan syarikat kerana dia hendak menunaikan
ibadah haji bersama mama dan selepas itu mereka mahu bercuti di Istanbul . Dia mahu aku
mengantikan tempatnya sebagai CEO. Aku mula tertarik dengan Saiful bila kami
mula-mula berkenalan. Saiful pandai mengambil hati dan charming. Walaupun
Saiful hanya executive ini tidak bermakna aku tidak boleh bercinta dengan orang
bawahan papa.
“You kat
mana, dear,” ujarku ingin tahu kerana latar belakangnya agak bising.
“I tengah
makan dinner, baru balik dari office,” ujar Saiful ringkas.
Baru balik
office. Kesian Saiful. Saiful hardworking. Aku tidak mengerti mengapa papa
tidak pernah mahu menyenaraikan Saiful dalam senarai pekerja yang harus di
naikkan pangkat. Pernah aku utarakan cadangan tersebut kepada papa. Namun papa
tidak berapa setuju dengan cadanganku kerana ahli lembaga pengarah mengatakan
Saiful belum layak memegang jawatan tersebut. Pelik. Namun aku tidak berani
menentang keputusan papa.
“Ok then, we
can talk tomorrow,” ujarku tidak sampai hati hendak menganggu Saiful. Biarlah aku
menyampaikan berita itu besok. Lagipun ia bukan berita yang mengembirakan. Aku
tidak tahu bagaimana reaksi Saiful tatkala aku memberitahunya nanti. Marahkah
dia? Sedihkah dia? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu akan perasaanku ketika ini.
Walaupun papa dan mama masih belum
memyampaikan berita tersebut kepadaku secara rasmi. Aku tahu mama dan papa
benar-benar serius mahu menjodohkan aku dengan Shahril. Hanya masa
sahaja yang akan menentukannya.
“Are you sure,
dear, I can still talk if you want too,” ujar Saiful lagi.
“Yeah it can
wait, see you tomorrow,” ujarku dengan nada lemah. Sedih.
“Ok, good
night,”
“Good
night,” jawabku seraya mematikan telefon.
Aku
memalingkan badanku ke arah meja sisi di mana terdapatnya potret Saiful. Potret
itu ku renung dengan rasa sebak. Aku benar-benar cintakan Saiful. Aku tidak
tahu bagaimana aku harus hidup tanpa dirinya. Aku tidak mengerti mengapa mama
dan papa tidak faham bahawa hatiku hanya milik Saiful. Papa sama sekali tidak
bersetuju aku memilih Saiful untuk dijadikan calon menantunya. Apa kurangnya
Saiful. Bukankah papa sendiri akui bahawa dia senang dan sukakan Saiful. Tapi
kenapa papa tiba-tiba tidak suka bila aku mengatakan aku mencintai Saiful. Adakah mungkin kerana Saiful bukan dari keluarga
yang berada. Dan harta menjadi isu utama dalam senarai papa untuk calon-calon menantunya.
Aku tidak menyangka papa sebegitu. Aku mengeluh kecil. Sama sekali tidak
mengerti akan keputusan mereka. Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan
apatah lagi mendirikan rumahtangga bersama orang yang tidak aku sukai. I’m not going to let it happen. Aku
harus lakukan sesuatu agar rancangan mereka tidak berjaya. Aku mengerutkan dahi
memikirkan cara-cara untuk melaksanakan rancanganku untuk memastikan bahawa
misi mereka untuk menyatukan aku dengan Shahril tidak akan berhasil. Pertama
sekali aku harus bertemu dengan Shahril dan bersemuka dengannya. Aku akan berusaha
sedaya upaya agar dia membenciku. Aku percaya papa, mama, nek Ani dan juga Tok
Fuad tidak akan dapat melakukan apa-apa sekiranya Shahril sendiri tidak
berkenan akan diriku. Dengan itu misi aku berjaya. Papa dan mama tidak dapat
menghalangku untuk bersuamikan Saiful. Aku tersenyum puas.
Hari ini aku
bangun lebih awal dari biasa kerana aku mahu bertemu dengan mama. Cuba memujuk
mama agar mama merubah fikiran dan aku tidak perlu berkahwin dengan Shahril
anak teman rapat mama. Aku sudah nekad, sekiranya tidak berjaya barulah aku mulakan
misi aku untuk bertemu dengan Shahril.
“Selamat
pagi, nek Ani,” ujarku seraya memeluk nek Ani mesra dari belakang.
Nek Ani yang
sedang duduk menuang kopi tersentak bila secara tiba-tiba cucu kesayangannya
bangkit awal hari ini. Cucunya yang seorang ini jarang sekali bangun awal. Selalunya
dia hanya turun ke bawah bila dia sedang sibuk membantu ifa menyediakan makan
tengahari.
“Pagi, Maya
hendak ke pejabat ke hari ini,” ujar Nek Ani hairan bila Maya kelihatan sudah
bersiap-siap untuk keluar awal pagi.
“Maya hendak
jumpa mama, mama ada Nek Ani,”ujarku bila menyedari mama tidak kelihatan
bersarapan bersama seperti selalu.
“Mama kamu
dah keluar ke pejabat, katanya papa kamu perlukan beberapa dokumen untuk di
tandatangan,” terang Nek Ani seraya menyenduk nasi goreng kampung yang masih berwap ke atas pinggan
Maya.
“Sikit aje nek,
Maya tengah diet ni,” ujarku bila Nek Ani mahu menyenduk nasi untuk kali kedua.
“Huh diet,
kamu dah kurus macam tu mahu diet lagi, apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang
ni,” Nenek Ani mengelengkan kepalanya seraya menjeling kea rah Tok Fuad yang
sedari tadi sibuk membaca surat
khabar.
“Tok Fuad
baca apa,” soalku bila Tok Fuad tidak bersuara sedari tadi.
“F1,”
jawabnya ringkas sambil menyelak helaian akhbar ke ruangan sukan.
“Fuh, tok
Fuad suka F1 ke, siapa tok Fuad minat,” ujarku ceria tidak menyangka Tok Fuad
boleh meminati F1. Kalau bola sepak aku tak terkejut sangat.
“Ferrari
lah, Michael Schumacher, Shahril pun minat juga,” ujar Tok Fuad bila Maya mula
minat hendak berbual dengannya. Dia sedar sejak akhir-akhir ini Maya cuba mengelak
untuk berbual dengannya mungkin kerana takut dia membincangkan soal kahwin.
“Atuk,
kenapa atuk mesti bangkitkan nama dia,” ujarku memberontak hilang seleraku
untuk menikmati nasi goreng kampung nek Ani. Ikutkan nasi goreng kampong nek Ani. Nasi goreng favorite ku. Pinggan
berisi nasi goreng ku tolak ke depan tanda protes.
Benci benar aku bila tiap kali ahli
keluargaku menyebut nama Shahril. Aku tahu mereka mahu memancing minatku.
Mereka mahu aku berkenalan dengan Shahril sejak 3 bulan yang lalu lagi. Tapi semua
usaha mereka sia-sia kerana aku berdegil tidak mahu ambil peduli akan cadangan
mereka agar kami berkenalan. Setiap kali mama dan papa membuat rancangan agar
kami berdua bertemu. Aku selalu mengelak dan berjaya untuk tidak bertemu
dengannya.
“Nama siapa,” soal Tok Fuad
pura-pura tidak mengerti.
“Eii, sudahlah Maya nak pergi jumpa
mama,” ujarku seraya bersalaman dengan Tok Fuad dan Nek Ani. Meluat benar aku
bila nama Shahril disebut selalu. Kali ini aku benar-benar harus ketemu dengan Shahril
dan berharap rancangan aku berjaya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment