Ridzuan
tidak segera menjawab soalan ku sebaliknya dia membawa ku keluar menuju kea rah
kepala kapal. Angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, langit kelihatan cerah
hanya di temani bintang. Sesekali terdengar pukulan ombak kecil. Indah sekali
malam ini. Aku berdiri memandang ke laut. Ridzuan memelukku dari belakang.
Kehangatan tubuhnya dapat ku rasa. Bahagia rasanya bila diri ini dibelai orang
yang kita sayangi.
“Kenapa
sayang fikir macam tu pada saya, Diana tidak layak menerima cinta saya, orang
yang layak adalah Lya kerana wanita seperti Lysa yang saya cari selama ini,
maaf kerana saya mengambil masa 5 tahun lamanya untuk melamar Lya kerana saya
tidak mahu Lya merasa Lya adalah pilihan kedua dalam hati saya, saya tidak
mahu terburu-buru meluahkan cinta, saya perlukan masa untuk mencintai Lya,
percayalah Lya pilihan hati saya,” terang Ridzuan dengan wajah serius lalu
merenung ke anak mataku.
“Jadi
selama 5 tahun ini tengku cintakan saya, apa buktinya tengku cintakan saya,”
ujarku sengaja hendak menduga Ridzuan.
“Hmm,
let see, Anis menjadi spy saya untuk memastikan bahawa Lya tidak di miliki
sesiapa selain dari saya, kalau saya tak cintakan Lya saya tidak akan
merancang surprise 27th birthday party buat Lya dan namakan boat
ini sempena nama Lya,” ujar Ridzuan tersenyum.
Aku
memandang kearahnya cuba
mencari riak wajahnya bahawa dia hanya bergurau.
“You
can’t be serious,” ujarku bila Ridzuan kelihatan serius.
“I’m
always serious, when it comes to you” jawab Ridzuan tanpa berselindung.
“Lya
hanya mahu memiliki tempat yang teratas di hati Tengku, tengku tak perlu
memberi permberian dan penghormatan sebegini besar buat Lya, cukup hanya lysa
di hati tengku, itu harapan lya,” ujarku perlahan. Aku tidak gilakan harta,
darjat dan kebendaan. Aku hanya mahukan cinta sejatinya.
“Kanda buat ini semua kerana kanda
tidak mahu kehilangan sayang, kanda takut sayang tinggalkan kanda seperti-”
belum sempat Ridzuan menyambut ayatnya aku terlebih dahulu menutup mulutnya.
“Don’t ever say that, ajal dan maut
sahaja yang dapat memisahkan kita, bukankah tengku juga yang mengatakan ada
sebab mengapa kita di pertemukan,” ujarku meyakinkannya.
Ridzuan hanya mengangguk perlahan
mengiyakan kata-kataku. Hai bahagia rasanya bila berada di samping orang yang
disayangi.
“Tak sangka, Anis selama ini agent
Tengku,” ujarku kurang percaya bahawa selama ini Anis turut bersubahat dengan
Ridzuan. Pandai sungguh dia memainkan peranan. Aku tidak menduga bahawa selama
ini Ridzuan mencintaiku. Hai tahukah dia betapa seksanya menanggung rindu.
Lebih-lebih lagi bila aku sendiri tidak pasti bahawa cintaku dan rinduku ini
bersambut. Bagaimana pula Ridzuan dapat menahan perasaaan rindunya padaku.
Setakat mendapatkan maklumat dari Anis tidak mencukupi.
“Bagaimana
tengku boleh menanggung rindu begitu lama, tengku tahu tak penantian itu satu
penyeksaan,” soalku lalu tersenyum ingin tahu rahsianya.
Ridzuan
tidak menjawab. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu dari
poketnya. Dia menyerah sekeping gambar bersaiz kecil kepadaku. Bulat mataku
bila menyedari gambar tersebut adalah gambar kami yang pernah di petik 5 tahun
yang lalu. Tak sangka Ridzuan masih menyimpannya. Aku tersenyum bila
mengingatkan semula kenangan mencuit hatiku.
“So
sayang masih ragu-ragu pada cinta kanda,” ujar Ridzuan seraya menarik tanganku
lalu dikucupnya perlahan. Tergugat imanku bila Ridzuan berbuat demikian.
Ridzuan memang romantic. Dia tahu bagaimana hendak melayan naluri wanita.
‘Tidak,
cuma Lya harap tengku jangan mendera lya lagi, kalau Lya tidak dapat
menunggu Tengku bagaimana,” soalku.
“Meranalah
kanda, mana kanda hendak mencari wanita yang cantik, periang dan penyayang
macam sayang,” usik Ridzuan lalu mencuit hidungku.
“Tengku
tak kisah ke kalau saya selalu tersiram air kat tengku, tertuang teh panas kat
tengku,” ujarku seraya tersenyum bila mengingati peristiwa lucu pada awal
pertemuan dan perkenalan kami.
“Kalau
sayang yang buat kanda rela,” jawab Ridzuan lalu merangkul pinggangku mesra.
Aku memaut lengannya dan sengaja melentok manja di bahunya sambil menikmati
keindahan malam.
“Ehem,
hai, manjanya, bila nak makan birthday girl,” tegur seseorang.
Kami
terkejut bila menyedari ada seseorang berada di belakang, kami menoleh serentak
kea rah si empunya suara.
Mataku
bulat bila terpandang wajah Engku Maimon dan makcik Hawa. Mereka berdua
tersenyum simpul melihat kami berdua. Segan aku di buatnya. Maklumlah aku
memeluk anak bujangnya di hadapannya.
“Engku
Maimon, cik Hawa, tak nampak di dalam tadi,” ujarku ceria lalu bersalaman dan
berpelukan dengan mereka.
“Mana
nak nampak kami berdua kalau buah hati dah di depan mata,” usik Makcik Hawa
cukup membuatkan wajahku merona merah menahan malu bila di usik demikian.
“Issk mana ada,” jawabku malu-malu.
“Siapa
engku Maimon, mamalah, by the way happy birthday, rindu mama pada Lya,” ujar
Engku Maimon lalu memeluk dan mencium kedua belah pipiku.
Aku
merasa sebak bila mama berbuat demikian terasa bersalah kerana aku tidak pernah
menghubungi dan mengunjunginya semenjak perpisahan kami.
“Maafkan
Lya mama, lya serba salah, Lya harap mama mengerti sebabnya,” jawabku
perlahan.
“Mama
faham, mama bersyukur bila mengetahui putera mama memilih Lya, mama minta maaf
kerana mama turut bersubahat dengan putera mama supaya tidak memberitahu Lya
tentang isi hatinya, putera mama menegah, katanya belum tiba masanya lagi,”
terang Engku Maimon. Makcik Hawa mengangguk mengiyakan kata-kata Engku Maimon.
Dia turut gembira bila Ridzuan memilih Lya dari Diana kerana mereka berdua
memang tidak berkenan langsung padanya.
“Lya
yang layak menjadi pilihan menantu mama, kenapa berdiri di luar tetamu-tetamu
semua mencari birthday girl, lya pun belum makan lagi,”ujar Engku Maimon lalu menarik
lengan Lya menuju ke dalam. Ridzuan hanya mampu tersenyum melihat gelagat
mama, cik hawa dan Lya. Dia mengekori mereka dari belakang. Aku berhenti
melangkah lalu kembali kepada Ridzuan.
“Thanks
dear, tak sia-sia I reservedkan hati I pada you,” ujarku lalu mengucup pipinya
perlahan.
To be continue...
No comments:
Post a Comment