Friday, 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 2

Kenapa dia tidak pernah menghubungiku. Anis tahu akan semua rahsiaku. Anis juga tahu bahawa aku benar-benar cintakan dia. Anis ada juga beberapa kali ternampak dia ke restaurant tempatnya bekerja. Secara tak langsung temanku itu selalu memberitahuku akan perkembangan si dia bila setiap kali si dia berkunjung ke restaurant. Katanya, si dia kelihatan berlainan sekali, nampak lebih kacak dan matang. Mungkin kerana dia berkaca mata sekarang. Ala-ala clark kent gitu. Charming. Anis ada juga bercerita si dia ke tempatnya bersama client. Tidak pernah melihat si dia bersama dengan teman wanitanya. Dia tidak bersama dengan teman wanita nya lagi ke? Kalau begitu mengapa dia tidak hubungi aku. Apakah dia sudah ada penganti baru. Sampai hati dia lupakan aku. Dadaku tiba-tiba merasa sebak. Tidak menyangka dia sudah melupakan aku. Limatahun macam-macam boleh berlaku. Mungkin dia kemalangan dan mengalami amnesia sebab itu dia tidak menghubungi ku dan tidak mengingatiku. Hissh selisih malaikat empat puluh empat. Jauhkanlah.

Saying goodbye is never an easy thing
But you never said you'd stay forever
So if you must go,
Oh, Darling I'll set you free
But I know in time
We'll be together
I will try to stop you now from leaving
Cause in My Heart I know

Love will lead you back
Some day I just know that
Love will lead you back to my arms
Where you belong

Ok that’s it. Lagu “Love will lead you back” dari Taylor Dayne pula yang di dendangkan Misha kali ini. Aku benar-benar sensitive bila mendengar lagu-lagu cinta yang sedih buat masa dan ketika ini. Terutama sekali lagu ini. Silap haribulan boleh karam kapal ini macam dalam cerita “Titanic”. Si budak Misha ni macam sengaja hendak membuatkan aku berang agaknya. Nyanyilah lagu Umbrella dari Rihanna ke, lagu Material Girl dari Madonna ke. Ini tidak dibantai semuanya lagu sedih-sedih. Dahlah aku tengah feeling.


“Misha, apa kata Misha pergi kenal dengan budak-budak band kat atas tu, mana tahu dia bagi Misha nyanyi satu lagu nanti masa majlis, lagipun majlis belum mula lagi, tetamu pun belum datang, I give you a break,” cadangku lalu menoleh ke arahnya yang sedang asyik bernyanyi. Bukan tujuan hendak menghalau, cuma aku takut kalau Misha bernyanyi lebih lama aku akan meninggalkan majlis ini kerana tidak sanggup mendengar lagu cinta-cinta nyanyiannya.

“Hmm ok juga kan, isshk bestnya thanks boss,” jawab Misha tanpa mengesyaki tujuan Alysa menyuruhnya ke bawah.
 
Kitchen menjadi sunyi sepi seketika. Aku menutup laptop lalu berjalan menuju kea rah fridge, tekakku tiba-tiba terasa dahaga. Aku membuka pintu fridge. Tanganku mencapai root-beer lalu membuka petutupnya. Root-beer sejuk itu ku teguk perlahan. Aku meletak botol root beer di atas kaunter lalu membelek-belek diriku dihadapan pintu fridge yang umpama cermin. Aku membelek dress panjang berwarna maroon kupakai hari ini bertujuan untuk meraikan harilahirku bersama Anis. Dress up bukan main, tapi hampa, apa nak buat tulah bila orang berkenan tak nak, penat-penat berdandan, tapi plan tidak menjadi. Anis tidak dapat menyambut bersama kerana Fikri sakit. Aku pula tiada teman yang rapat selain Anis. Aku mengeluh kecil bila menyedari penantian aku selama ini tiada berpenghujung kerana aku sendiri tidak pasti samada dia akan mencariku. Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku teruskan kehidupanku tanpa bayang-bayangnya. Aku tidak seharusnya mengharapkan apa-apa darinya kerana dia tidak pernah berjanji kepadaku. “Ada sebab mengapa kita di temukan Alya, saya harap Lya mengerti maksud saya,” masih lagi terngiang-ngiang di cuping telingaku akan kata-kata keramat itu. Percaya atau tidak aku masih berpegang teguh akan kata-kata itu. Entahlah mungkin tiada jodoh diantara kami kerana sudah lima tahun lamanya tiada ku dengar perkhabaran berita darinya. Sebenarnya bukannya kami terputus hubungan sehingga tidak dapat menghubungi antara satu dengan lain. Hanya aku keberatan, mungkin kerana aku takut menerima berita yang tidak menyenangkan darinya. Lagipun aku masih lagi berpegang teguh kepada pepatah tak mahu perigi mencari timba. Ahh itu hanya alasan. Sebenarnya aku mahu dia yang mulakan dulu. Kerana aku yakin bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku berani katakan bahawa dia turut sayangkan aku. Persoalannya mengapa dia tidak hubungi aku. Bukan dia tidak tahu dimana aku bekerja.
 
“Boss, guest dah sampai,” ujar Misha tiba-tiba menjenguk ke dapur.
 
            “Be there in a minute,” ujarku seraya bangun dari kerusi. Aku mencapai botol root-beer lalu meneguknya perlahan sambil memandang kea rah cermin sekali lagi.
 
            “Selamat Ulangtahun, Alya,” bisikku perlahan lalu menuju kea rah luar.
 
            Benarlah apa yang di katakan Misha tadi, tetamu-tetamu “Prince” sudah mula memenuhi deck namun host majlis ini masih lagi belum kelihatan kerana tiada siapa yang menyambut tetamunya di pintu gerbang selain dari setiaushanya. Pelik mana jejaka misteri dan teman wanita misterinya. Aku melemparkan senyum kepada tetamu-tetamunya dan membantu tetamu mendapatkan tempat duduk mereka. Kerana mengikut jadual. Kapal ini akan berlayar dalam masa 15 minit lagi.
 
“Tania mana boss you dan teman wanitanya semua tetamu dah hadir,” soalku ingin tahu, kerana ramai tetamu yang hadir tertanya-tanya host majlis ini.

            “He will be here in a minute, why don’t you relaks a bit, you nampak stresslah,” ujarnya ramah lalu menepuk bahuku perlahan.
 
            Erk dia tak tahu ke sebagai pengurus restoren aku memang stress memanjang bila pelanggan mengadakan party. Aku ingin memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tiada cacat celanya. Servis hendaklah tip top.
 
“Ok sir, we’re ready,” ujar gadis yang di kenali sebagai Tania itu secara tiba-tiba.
 
            Aku mengerutkan dahi hairan kerana aku tidak nampak dia memegang telefon. Ah. Pakai Bluetooth rupanya patutlah tak nampak.
 
            “He’s here, semua tetamu sudah hadir, the band dah ready, come kita masuk dalam,” ujar Tania lalu menarik lenganku. Tanpa banyak bicara aku menurut sahaja kehendak Tania. Mataku sempat melilau mencari anak buahku untuk memastikan mereka berada di tempat masing-masing dan memastikan tiada sebarang masalah yang timbul. Mereka semua hanya membuahkan senyum kepadaku dan Misha menunjukkan isyarat ‘Ok’ bila aku memandang ke arahnya. Bukan dia tidak tahu aku stress bila mengendalikan majlis sebegini.
 
            “Ok, you duduk sini jangan pergi mana-mana,” ujarnya seperti memberi arahan kepadaku.
 
            “Tania, I tak boleh duduk sini,” ujarku bila setiausaha si “Prince” kelihatan kelam kabut sebaik sahaja menerima pangilan telefon kedua dari bossnya. Sesiapa berada di hadapannya di tarik duduk di atas kerusi yang berdekatan termasuklah aku. Aku di suruh duduk di kerusi VIP, katanya buat seketika.
 
            Tup..gelap..pandanganku menjadi gelap gelita. Semua tetamu mendiamkan diri termasuklah aku. Hmm si Prince dan teman wanitanya hendak membuat grand entrance. Lagu yang di pilih grand entrancenya pulak lagu yang mengembalikan nostalgiaku bersama si dia kerana kami mendendangkan lagu ini di karaoke dahulu. Lucky dari nyanyian Jason Mraz.
 
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment