Sebaik sahaja band mendendangkan
corus instrumental lagu tersebut lampu dinyalakan sedikit. Aku tercari-cari
juga boss Tania dan teman wanitanya. Namun tidak kelihatan. Hai sekejap nah
diaorang dah hilang. Aku ingin segera bangun dari kerusi. Bila tiba-tiba band
mendendangkan lagu birthday diikuti nyanyian para tetamu. Aku turut menyanyi
untuk memberi sokongan cuma aku tidak tahu siapa nama teman wanita si Prince.
Ahh tak apalah.
“Happy birthday to you, Happy
birthday to you, Happy birthday to Alya, Happy Birthday to you,”
Alya. Hmm kebetulan kami berkongsi
nama yang serupa. Tak sangka yelah nama Alya memang sudah biasa di gunakan
sekarang apa yang hendak dihairankan. Mataku tertumpu ke arah Misha dan Hairul,
mereka menolak tray berisi cake 2 tingkat yang sudah di nyalakan lilin menuju
ke arahku.
Aku menjegilkan mataku ke arah anak
buahku. Apa merepek budak 2 ekor ni berhentikan troli berisi cake girlfriend si
“Prince” betul-betul di hadapan aku. Bukankah meja khas sudah di sediakan untuk
kek tersebut. Budak-budak ni memang nak kena selalu bantah arahanku. Ngomelku
dalam hati.
“SURPRISE…,” jerit tetamu yang hadir
serentak hampir sahaja membuatkan jantungku gugur kerana terkejut mendengar
jeritan mereka sehingga seluruh deck bergema.
Peluh-peluh halus mula membasahi
dahiku. Semua mata tetamu tertumpu ke arahku. Ehh..diaorang dah tersilap orang
ini bukan majlis aku. Mataku liar mencari kelibat Tania kemana perginya dia.
Ini semua angkaranya. Dia yang memandai menyuruh aku duduk di kerusi VIP. Pasti
tetamu tersalah anggap dan menyangka aku teman wanita si Prince. Para tetamu yang tidak ku kenali berdiri bertepuk tangan
lalu mengucapkan “Happy Birthday” kepadaku. Kalau si Prince tu tahu matilah
aku. Pasti dia baran kerana tidak memberitahu tetamunya akan agenda malam ini.
Alya do something. Belum sempat aku
hendak menerangkan keadaan yang sebenar kepada mereka. Lampu di matikan semula.
Ruang restaurant kini hanya di terangi cahaya lilin yang terliuk lentuk bila di
tiup angin. Kali ini aku menjadi tidak senang duduk bila ketua band menujukan
lagu Happy Birthday kepadaku. Tak cukup dengan itu lampu spotlight diarahkan
kepadaku. Majlis ini untuk aku? Dari siapa? Farouk? Mungkin? kerana dia yang
beria-ia mahu aku berada di sini. Tapi bila di fikirkan balik mana mungkin
Farouk sanggup berhabisan beribu ringgit untuk menyambut hari ulang tahunku
bertujuan agar aku menerima cintanya. Aku tahu Farouk sukakan aku kerana lelaki
itu tidak pernah putus asa cuba
mengetuk pintu hatiku. Ini mustahil. Aku kenal Farouk, dia tidak segila itu.
Kek strawberry chocolate truffle dua tingkat itu ku pandang hairan bila aku
menyedari tulisan di atas kek tersebut “Happy Birthday Wan Alya”. Misha
tiba-tiba menjelma di sebelahku.
“Happy
birthday boss, apa lagi tiuplah lilin tu,” ujarnya riang lalu memelukku.
Aku menjeling tajam ke arah Misha.
Macamana dia tahu hari ini ulangtahunku sedangkan aku tidak pernah memberitahu
sesiapa di tempat kerja and she’s know what’s happening here?
“Sorry,” ujar Misha seraya bersembunyi
di belakang Hairul. Takut di marahi Alya.
Ok. Ini mesti kerja Farouk. I’m
Positive. Tiada orang lain yang boleh mendapatkan maklumat profile pekerja
selain dirinya. But then again, siapa pula yang menjadi penaja party ini?
Hyatt? Impossible? Pekerja tip-top belum tentu mendapat anugerah se-gah begini.
Tetamu yang hadir tiada seorang pun yang aku kenali selain Misha dan beberapa
anak buahku. Tetamu upahan? Lagilah aku musykil, penat rasanya berteka-teki.
Ahh buntu fikiran ku di buatnya. Lawak apakah ini?
“Thanks,”ujarku
gembira berbaur risau. Siapa pulak penaja misteri yang merancang majlis ini
untuk aku? Dato mana pulak yang berkenan kat aku? Bingung aku di buatnya. Aku
menoleh ke arah Misha sekali lagi ingin mendapatkan jawapan darinya tapi tidak
berpeluang berbuat demikian kerana para tetamu yang hadir tidak sabar menunggu
aku meniup lilin. Aku membuahkan senyum walaupun di fikiranku sarat dengan
pelbagai soalan yang masih belum dapat ku rungkai.
“Make
a wish,” bisik seseorang di sebelahku tiba-tiba.
Aku
tersentak. Dadaku seakan berhenti berdegup tatkala mendengar suara itu. Suara
yang sudah lima
tahun tidak ku dengari. Suara yang teramat ku rindu. Aku menoleh ke kanan.
Hampa bila mendapati lelaki yang berdiri di sebelahku bukan orang yang kucari.
Tidak tentu arah aku di buatnya. Aku tidak berpuas hati. Mataku melilau mencari
kelibat seseorang. Mataku tertangkap kearah sesusuk tubuh sasa milik lelaki
yang kurindui berdiri tidak jauh dari kami maka terjawab sudah semua teka teki
ku. Lelaki itu tersenyum bila pandangan mata kami bertaut. Hatiku melonjak
gembira. Hilang duka lara ku. Ternyata penampilannya sudah banyak berubah. Dia
kelihatan lebih matang dan kacak. Benarlah kata Anis dia kelihatan lebih tampan
bila berkaca mata.
Tanpa
melengahkan lebih masa lagi aku segera meniup lilin dan tanpa memotong kek
terlebih dahulu aku terus bergegas mendapatkannya. Tidak sabar rasanya untuk
bertemu dengannya. Rindu benar aku padanya.
“As
salamualaikum,” ujarnya lalu tersenyum.
“Wa
alaikumsalam,” jawabku membalas senyumannya. Cuba mengawal perasaan gembiraku.
Wajah tampannya ku pandang lama untuk melepaskan rindu. Terasa janggal pula
bila berdepan dengannya. Almaklumlah banyak perubahan antara kami berdua.
“Eh
tentulah Tengku, Tengku yang selamatkan nyawa saya dahulu, mana mungkin saya
lupa,” jawabku lalu mendekatinya.
Ridzuan
hanya tersenyum bila aku berkata demikian.
“You
look wonderful tonight,” ujarnya lalu mencapai tangan kananku. Dia mengamati
wajahku lama. Aku membiarkan sahaja dia berbuat demikian.
“Thanks,”
jawabku tersipu malu. Yelah inilah kali pertama Ridzuan melihat wajahku di
dandan rapi. Terasa segan bila Ridzuan memujiku aku merasakan bagai berada di
awangan.
“Hmm,
tak ada cincin, tunggu siapa,” soalnya nakal bermain-main dengan jari jemariku.
Aku
tidak segera menjawab pertanyaannya. Giliran aku pula menarik tangan kanannya
yang sedari tadi di sembunyikan ke dalam saku seluarnya. Aku benar-benar
berharap agar allah kabulkan permintaanku kali ini.
“Hairankan
mana cincin,” ujarku cuba
menyembunyikan perasaan gembiraku. Ini bermakna Ridzuan masih belum berpunya
erti kata lain solo.
“Tak
ada, eh lupa nak pakai,” ujarnya dengan wajah serius seraya meraba-raba poket seluarnya.
Aku
kecewa bila dia berkata demikian. Hampa kerana sangkaanku salah.
“Hah
dah jumpa,” ujarnya lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Mataku
sudah mula berkaca-kaca. Sebak hatiku. Penantianku selama ini sia-sia belaka.
Setelah bertemu semula Ridzuan hanya ingin menyampaikan berita bahawa dia sudah
terikat. Sampai hatinya mempermainkan perasaanku. Ku pertaruhkan harapan yang
tinggi padanya inikah balasanku terima. Apa tujuannya yang sebenar. Aku terasa
hati, aku ingin pergi. Niatku terhenti bila Ridzuan pantas mencapai tangan
kananku. Aku tersentak bila dia berbuat demikian.
“Jari
runcing yang cantik ni tak elok di biarkan kosong,” ujarnya lalu menyarungkan
sebentuk cincin ke jari manis kananku.
Aku
seperti tersedar dari mimpi. Cincin berlian di jari manisku ku pandang sayu.
Tidak dapat ku gambarkan perasaan gembiraku tika dan saat ini. Ridzuan
melamarku.
“Thanks,” hanya itu yang termampu ku
ucapkan kerana merasa begitu gembira. Airmata ku mengalir laju tanpa dapat ku
tahan. Aku tidak pernah menduga Ridzuan begitu menyayangiku kerana lelaki itu
tidak pernah menunjukkannya kepadaku. Malah aku hampir berputus asa bila tidak
mendengar sebarang khabar darinya sejak pertemuan terakhir kami.
“Selamat
ulangtahun sayang, I miss you so much,” ujar Ridzuan lalu memelukku erat.
Airmataku mengalir lagi. Bergetar hati ini bila mendengar ucapan sayang dan
rindu darinya. Lama kami berpelukan, hingga basah jaket suede yang di pakai
Ridzuan disirami airmataku. Tak ingin aku melepaskanya pergi.
“Lya
ingatkan tengku masih bersama Diana,” ujarku perlahan. Sesekali aku mengesat
air mataku.
“Tengku,”
protesku lalu mencubit pinggangnya. Aku tahu dia hanya bergurau.
“You
the one and only,” bisiknya ke telingaku. Aku mula tersenyum bila dia berkata
demikian. Benar-benar tidak menyangka aku akan bertemu jodoh dengan orang
selatan. Benarlah kata pepatah melayu ikan di laut asam di darat di dalam
belanga bertemu jua.
“Apa yang sebenarnya terjadi antara
Tengku dengan Diana, kali terakhir saya bersama tengku, Tengku menerima Diana
kembali,” soalku ingin tahu. Jangan-jangan dia baru putus hubungan dengan Diana
sebab itu dia tidak menghubungi aku. Tiba-tiba aku merasa sedih bila menyedari
aku menjadi pilihan kedua dalam hati Ridzuan.
“Happy
Birthday,” jerit Anis lalu mendakapku.
“Anis,
kata Fikri sakit,” ujarku gembira bila mendapati Anis dapat menghadiri
majlisku.
“Aku
nak suprisekan kau, ini semua rancangan Tengku Ridzuan kita, sayang betul dia
pada kau eh, tengok ala-ala Titanic gitu jealous aku, oklah kita sembang lagi
nanti, tak nak ganggu merpati dua sejoli ni,” usik Anis seraya tersenyum sinis
dia sempat menjeling pada Ridzuan yang tersenyum bila diusik.
“Mestilah
dia kekanda aku,” jawabku lalu memeluk lengan Ridzuan manja.
“Whatever,”
jawab Anis tersenyum sinis.
“So,”
ujarku lalu memandang Ridzuan.
“Saya
tidak pernah menerima Diana sejak dia minta hubungan kami di putuskan,” jawab
Ridzuan tanpa mengulas panjang.
“Sungguh,
selama 5 tahun ni tengku cari wanita lain, bila hubungan tengku tak berjaya,
saya jadi pilihan tengku yang terakhir kerana tengku tahu saya masih setia menunggu
tengku, begitu,” ujarku membuat andaian sendiri.
To be continue....
No comments:
Post a Comment