Saiful hanya
mendiamkan diri sahaja bila aku menceritakan masalah ku kepadanya. Wajahnya serta
merta berubah. Ternyata dia tidak begitu gembira mendengar berita dariku. Siapa
yang gembira bila buah hati mengatakan mahu bernikah dengan lelaki lain. Aku
sendiri pun akan meraung bila kekasih hati mengatakan terpaksa bernikah dengan
wanita lain.
“Then, apa you cakap dengan your parents,”
Aku tersentak bila Saiful tiba-tiba
bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Of courselah I tak setuju, kan ke I sayangkan you,”
jawabku manja seraya memeluk Saiful erat. Saiful tidak membalas pelukanku
seperti selalu dia hanya duduk membatu. Aku menoleh kearahnya. Saiful masih
seperti tadi. Tiada secalit senyuman yang terukir di bibirnya.
“I nak pergi
bercuti,” ujar Saiful tiba-tiba memeranjatkan aku.
“You nak
kemana sayang, I nak ikut,” ujarku gembira. Yelah boleh aku ikut bersama.
Sedikit sebanyak dapatlah aku melupakan masalah aku.
“Cuti balik
kampung sayang, mak tak sihat,”ujar Saiful seakan dapat tahu bahawa aku ingin
ikut cuti bersamanya.
“Oh ok, I
suppose I tak boleh ikut you,”
“Sorry dear,
mak tak sihat lagi, so bukan masa yang sesuai untuk I kenalkan you pada mak I,”
pujuk Saiful bila aku menarik muka masam.
“Then how
about the holiday yang kita plan nak pergi sama,” ujarku kurang senang kerana
aku sudah menempah package percutian bersama sempena menyambut hari lahir
Saiful. Mama memberiku sekeping
brochure tempoh hari, dia cadangkan aku pergi bercuti di situ. Pelik aku
dibuatnya kerana mama tidak pernah mencadang mana-mana tempat percutian
kepadaku kerana dia tahu aku tidak berapa suka. Tapi tidak kali ini. Katanya
sudah tiba masanya aku melancong di dalam negeri sendiri. Katanya banyak
tempat-tempat menarik di Malaysia yang aku belum jelajahi. Bukannya ke Paris,
Milan atau London tempat percutian kesukaanku.
“Sorry sayang, mak I sakit, I’ll
guess you pergi sendiri ajelah okay,” pujuk Saiful.
“You nak suruh I pergi
holiday sendiri, you okay tak, so when it the best time for me to meet your mum
then,” jawabku kurang senang dengan alasan Saiful. Ini bukanlah kali pertama
dia memberi alasan emaknya sakit dan aku tidak dapat datang melawat dan berkenalan
dengan bakal ibu mertuaku.
“Sabarlah
sayang, beri I sikit masa lagi ok, I promise you,” hatiku menjadi lembut bila
setiap kali Saiful memujukku.
“Ok jangan
lupa janji,”
Saiful tidak
menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Ok I got to
go now, nak kena jumpa client, so don’t worry too much ok,” ujar Saiful dia
mengucup pipiku seraya berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku tahu Saiful
marah dan kecewa dengar berita yang aku khabarkan. Namun dia pandai
menyembunyikan perasaannya. Saiful percaya Datuk Ariffin dan Datin Manisah
tidak akan membiarkan anak tunggalnya bernikah dengan lelaki yang tidak di
cintainya. Walaupun aku tidak yakin mereka akan mengubah keputusan namun aku
gembira kerana Saiful pandai memujuk.
Mataku mula di takungki air. Bila-bila masa
sahaja air mataku akan merembis keluar. Puas aku fikirkan dimana silapnya sehingga
aku terpaksa menerima balasan yang sebegini. Sudahlah aku hampir
ketinggalan bas ke pusat peranginan pilihan mama. Kini luggage ku pula tidak
kelihatan. Puas aku memaksa pemandu bas cuba menyelongkar tempat meletak
beg di bawah. Namun dia memberi alasan yang sama, bahawa tiada lagi beg yang
tertinggal di dalam bas. Dan kini van yang sepatutnya membawa ku ke pusat
peranginan tersebut sudah meninggalkan ku kerana menunggu lebih dari setengah
jam. Aku membuka tas tangan dan mula mencari sesuatu. Print-out pusat
peranginan tersebut ku capai. Aku tidak akan berpatah balik setelah hampir enam
jam aku terpaksa berada di dalam bas dan sudah merantau sejauh beratus batu.
Aku akan terus ke tempat yang dituju kerana mama sudah tempahkan aku bilik Spa
Suite yang besar dan cantik. Pada awalnya aku tidak berminat tapi bila mama
mengatakan tempat peranginan tersebut sangat cantik. Aku bersetuju. Aku
menyuruh setiausaha papa membuat tempahan untukku. Aku mahu bercuti bersama
Saiful. Tapi Saiful mengatakan dia terpaksa pulang ke kampung di saat terakhir.
Bila Saiful mengatakan dia tidak dapat pergi, aku turut tidak mahu pergi. Jika aku pergi bermakna aku bercuti seorang sahaja
ke pusat peranginan tersebut. Tapi bila ku kenangkan ada baiknya aku teruskan
pergi bercuti kerana aku akan merasa bosan duduk di rumah. Sekurang-kurangnya
aku dapat menikmati keindahan pusat peranginan tersebut dan dalam masa yang
sama dapat berehat menenangkan fikiran ku yang berserabut sejak akhir-akhir ini
dengan masalah peribadi. Aku mula mendial nombor pusat peranginan tersebut.
“Selamat
Petang, Nature Lodge,”
“Selamat
Petang, saya Maya salah seorang pengunjung Nature Lodge, van yang sepatutnya
membawa saya ke sana sudah tinggalkan saya, boleh tak awak aturkan seseorang
untuk menjemput saya di Stesen Bas Cherating,”
“Cik Maya,
boleh tunggu sekejap saya cuba
periksa senarai pelanggan,”
“Baiklah,”
ujarku seraya menarik nafas lega.
“Maaf cik
Maya, nama Cik Maya tiada tersenarai dalam list kami,”
“That’s
impossible I didn’t cancel my trip,” ujarku kurang puas hati.
“Kalau
begitu, Cik Maya ada buat booking melalui nama orang lain,”
“Oh yeah
maybe, boleh tolong periksa system awak samada nama Saiful Bahari ada dalam
senarai,”
“Ya, Saiful
Bahari, Orkid Spa Suite, baiklah cik Maya saya akan menyuruh seseorang
menjemput cik Maya,”
“Terima
kasih,” ujarku seraya meletak telefon. Kaki lenguh kerana terlalu lama berdiri.
Sekurang-kurangnya penyambut tetamu Nature Lodge berusaha untuk menjemputnya.
Nasibku tidaklah seburuk yang ku sangka kerana sebaik sahaja tiba di Nature
Lodge aku akan berendam di dalam whirpool tub untuk menghilangkan sengal-sengal
dibadanku. Bisikku dalam hati seraya tersenyum.
To be continue...
No comments:
Post a Comment