Nadia mendial nombor Era sekali lagi
bila Era tidak menjawab panggilan telefonnya yang buat ke seratus kali. 2 hari
Era tidak masuk ke pejabat. MCnya sepatutnya sehari sahaja. Dia juga yang cakap
doktor hanya beri dia cuti sakit sehari. Ini sudah masuk 3 hari, jangankan
telefon pejabat untuk memberitahu dia cuti sakit lanjutan, bayangnya pun tidak
kelihatan. Apa sudah jadi dengan budak Era ni. Nadia mula risau. Puan Lela
lagilah risau bila setiausahanya MIA begitu sahaja. Nadia mendial sekali lagi,
benar-benar berharap agar Era menyambut panggilan telefonnya kali ini.
“Hello,”
Nadia menarik nafas lega bila Era
menjawab telefon.
“Heh perempuan kau kat mana? Kenapa aku
telefon tak jawab, menyusahkan orang betul lah kau ni,” marah Nadia dengan
senafas sahaja. Marah tu tak sangatlah dia risau kerana Era tidak pernah buat
perkara sedemikian. Ponteng kerja atau sebagainya. Era seorang pekerja yang
berdedikasi dan bertanggungjawab dan ini bukan kebiasaan Era untuk tidak hadir
kerja dan tidak memberi pesanan kepada madam atau dirinya.
“Sorry,” jawabku ringkas. Tidak
terperanjat bila Nadia berbual kasar denganku. Aku tahu Nadia pasti
tertanya-tanya mengapa aku tidak hadir kerja selama tiga hari tanpa sebarang
berita memberitahunya akan sebab mengapa aku tidak hadir.
“Itu aje ke yang kau boleh cakap,”
“Aku busylah, aku sekrang kat agency
cari jodoh,” jawabku seakan berbisik. Tidak merasa bersalah bila berbuat
demikian. Aku sudah nekad.
“Kau kat mana? Agency cari jodoh, apa
kau buat kat sana,” ujar Nadia kuat kerana tidak dapat mengawal perasaan
geramnya. Yelah orang risaukan dia takut terjadi apa-apa ke atas dirinya, sudahlah
tidak call, tak apa. Habis dapat tahu kat Agency cari jodoh. Gila apa budak Era
ni. Nasib baiklah dia berdiri di traffic light tiada orang berada di
sebelahnya. Kalau ada mesti orang menyangka dia perempuan gila. Apa taknya jerit
kuat-kuat di telefon.
“Aku tahu kau marah kat aku, kalau kau
nak tahu kenapa dan mengapa jumpa aku di Love inc. kau tahu kat mana kan, cakap
kat madam kau ambil urgent leave,” ujarku selamba. Nadia memang begitu drama
queen. Memang dah kenalah dengan cita-citanya hendak menjadi peguam jadi
syariah.
“Ok, aku hendak kau bagi aku penjelasan
yang berbaloi untuk aku membuat kerja macam ni bila jumpa kau nanti,”
“Ok, cepatlah,” desakku tanpa rasa
bersalah.
“Eh kau ingat aku ni superwoman boleh
terbang, see you there in a minute,” ujar Nadia lalu mematikan telefon
bimbitnya. Dia menyeberangi jalan menuju kea rah bangunan yang terdapat
agency yang di maksudkan Era.
Nadia
menyambut kertas yang diserahkan kepadanya. Bibirnya kelihatan terherut ke kiri
dan ke kanan ketika membaca biodata Era. Sesekali dia mengerutkan dahi tanda
hairan. Dia menoleh kea rah Era. Temannya itu kelihatan tidak sabar mendengar
komennya tentang biodata tersebut.
Nama:
Shah Era Mazuin
Umur:
Akhir 20-an
Zodiak:
Libra
Tinggi:
170cm
Berat:
52kg
“So
how, ok tak Biodata aku,” soalku tidak sabar ingin tahu akan feedback darinya, bila
Nadia menyerahkan biodata itu kembali kepadaku.
“Boleh
tak you tinggalkan kami berdua dalam 10 minit, 10 minit aje, kami hendak
berbincang,” ujar Nadia kepada kerani Love Inc. seraya tersenyum.
“Sure,”
jawabnya ringkas lalu meninggalkan kami berdua.
“Are
you mad!,” jerkah Nadia tiba-tiba sebaik sahaja pintu di tutup. Dia benar-benar
ingin tahu apa sebenarnya tujuan Era berbuat demikian. Pergi ke agensi mencari
jodoh.
“Kenapa,
kau juga yang suruh aku buat sesuatu bukan, aku tengah buat sesuatulah ni,”
jawabku dengan wajah tak bersalah. Kenapa pula Nadia tiba-tiba naik angin
dengan aku. Bukankah selama ini dia juga yang beria-ia menyuruh aku membuat
sesuatu dalam hidup aku yang serba serbi membosankan menurut Nadia.
“Buat
sesuatu, yelah aku tak suruh kau buat macam ni, maksud aku pergi ubah
penampilan kau, ni apa pulak Love Inc. Kalau kau nak pancing lelaki kaya aku
boleh bawak kau pergi clubbing kat tempat posh dimana lelaki-lelaki kaya
berlambak, tak payah susah-susah pergi agency jadi jodoh, isskk Era-Era,”
Aku
memandang wajah Nadia. Terkebil-kebil mataku melihatnya yang sedang baran. Aku
tahu Nadia sedang marah padaku. Aku berbuat begini pun kerana bersebab. Aku
tidak mahu menceritakan pekara yang sebenarnya kepada Nadia buat masa ini. Biarlah Nadia mengatakan aku kolot, gila atau
apa-apa. Aku tidak ambil hati. Ada
benarnya kata-kata Nadia tempoh hari. Live life at fullest while you still can.
Aku tidak berbuat demikian kerana aku terlalu berhati-hati dan suka merancang.
Tidak pernah mengambil risiko. Kali ini aku mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah aku
lakukan sebelum ini.
“Hah,
orang marah buat muka toya, merajuk lah tu,”
“Mana
ada merajuk, kau tak fahamlah, aku ada sebab buat begini,” ujarku mendatar.
Selama tiga hari aku tidak pulang rumah sewa. Aku menumpang di rumah sepupuku
buat seketika. Aku tidak mahu pihak hospital mencari aku di sana . Dan aku sudah nekad tidak mahu mengikut
cadangan Dr. Ridzuan untuk menjalani rawatan terperinci. Selama 3 hari aku berendam air mata di atas sejadah
meminta allah mengampunkan dosa-dosaku selama ini dan menerima ibadahku. Aku
benar-benar pasrah. Biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku melakukan sesuatu yang
selama ini aku tidak pernah lakukan. Aku tidak kisah lagi. Aku hanya mahu
merasa bahagia.
“Ada sebab apa sebab, it better be
good,”
“For a start, aku hendak berhenti
kerja,”
“OIC that’s a good idea, hendak
berhenti kerja, hendak mencari kekasih kacak, muda dan kaya, apa lagi, hendak
keliling dunia dalam masa 3 bulan, you’re mad, seriously pergi scan otak kau ok
ke tidak,”
Air mataku mengalir perlahan bila
Nadia berkata demikian terharu mendengar sindiran Nadia. Aku tidak tersinggung
bila Nadia memarahi aku kerana Nadia hanya memberi aku nasihat. Tetapi kerana,
Nadia mengingatkan aku tentang penyakit yang aku hidapi.
Nadia terkesima bila Era menangis tidak
semena-mena. Era tidak pernah tersinggung dengan mulut lasernya selama ini. Dia kenal betul akan perangai Era. Tapi kenapa hari ini
Era terasa.
“Heh, sorry kalau aku terover react,
kau macam tak tahu aku, kenapa ni, what’s wrong,” ujar Nadia memujuk bila Era
menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka reaksi Era sedemikian. Paling-paling
Era akan membidas balik kata-kata pedas yang di lemparkan kepadanya.
“I’m
not well Nadia, aku hanya boleh hidup 6 bulan aje,” jawabku cuba menahan
tangis. Bahuku terhenjut-henjut menahan sendu. Niat hendak menyembunyikan
berita tentang penyakitku dari pengetahuan Nadia tidak menjadi kerana aku
menangis di hadapanya.
“You
are joking right, is this some kind of sick joke, I don’t buy it,” jawab Nadia
seraya mengelengkan kepalanya kerana tidak mempercayai Era tidak sihat.
Aku
tidak menjawab malah air mataku mengalir laju tanpa henti-henti. Aku tahu Nadia
sengaja tidak mahu percaya apa yang aku katakan tadi. Nadia memeluk tubuh. Dia
mendiamkan diri buat seketika. Matanya mula di takungi air.
“Kau
sakit apa, you’re healthy woman, kau makan makanan berkhasiat, always look
after yourself, this can’t be right, I’m sure there’s a mistake,” ujar Nadia
tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Era.
“Brain
tumor,” jawabku sebak.
Nadia
menutup mulutnya kerana terperanjat tidak menyangka Era menghidapi barah otak. Dia
mula menyesal akan perbuataannya yang mengutuk Era sewenang-wenangnya tadi. Dia
tidak berniat hendak menyakitkan hari Era dia benar-benar tidak sengaja.
“I’m
really sorry Era, I don’t mean to hurt your feelings, kenapa kau tak pergi
treatment,” soal Nadia perlahan. Dia benar-benar bersimpati dengan Era. Dia
sanggup membantu Era, sekiranya wang menjadi penyebab Era tidak mahu
mendapatkan rawatan lanjut. Dia sanggup membayarnya tapi meminta bayaran balik
dari Era.
Aku
terharu mendengar pujukan Nadia. Aku tahu Nadia turut terperanjat mendengar
berita yang aku sampaikan. Sedangkan, aku sendiri hingga ke saat ini masih
belum dapat menerima berita yang benar-benar mengubah hidup aku. Aku sudah
bertekad tidak lagi mahu memikirkan tentang penyakit ku.
“Tak
Nadia, aku tak nak pergi treatment, biarlah aku jalani sisa-sisa hidupku
seperti biasa, kau juga yang cakap aku ni terlalu berhati-hati, jadi sebelum
aku menghembuskan nafasku yang terakhir aku hendak melakukan perkara yang
selama ini tidak pernah aku lakukan, jadi kau sebagai teman baikku aku harap
kau tidak mengingatkan aku pada penyakit yang aku hadapi, ini permintaanku,”
terangku pada Nadia cuba mendapat sokongan dari Nadia. Aku sudah fikir
sedalam-dalamnya. Aku tidak mahu menjalani terapi. Aku hendak menjalani hidup
seperti biasa. Sakit atau tidak. Itu keputusanku.
Nadia
menganggukkan kepalanya perlahan lalu memeluk ku erat. Dia cuba menahan
sebak bila aku berkata demikian. Kolam matanya mula ditakungi air dan bila-bila
masa sahaja ia akan tumpah namun dia cuba menahan air matanya kerana dia
tidak mahu Shah merasa sedih.
“Jangan
sedih ok,” bisikku masih lagi dalam pelukannya.
Air mata Nadia mengalir juga bila aku
berkata demikian. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya sebelum mereka meleraikan
pelukan. Kalau dia di tempat Shah. Dia tidak setabah Shah pasti dia
berhari-hari berendam air mata. Dan pasti dia akan menjalani terapi intensif kerana
dia terlalu muda untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
“So, boleh tak biodata aku ni,” ujarku
tersenyum cuba mengubah tajuk perbualan. Aku sudah berjanji pada diriku sendiri
tidak mahu bersedih lagi kerana aku tidak dapat melawan takdir dan hidup ini
hanya sementara waktu.
Nadia mencapai kertas biodata
keterangan ku dari atas meja. Dia mengeluh kecil cuba melenyapkan perasaan
sedih yang mula menyelubungi hatinya. Dia sayangkan Shah. Shah seorang sahabat yang
baik dan begitu rapat dalam hidupnya dan dia tidak mahu kehilangan. Bibirnya
mula menguntum senyum. Gelihati bila Shah terang-terangan meminta apa yang dia
inginkan. Ada ke orang hendak berkenalan dengannya sebaik sahaja membaca
biodatanya. Ah kalau tiada, pandailah Nadia hendak memainkan peranan. Dia punya
ramai teman-teman lelaki yang kaya dan kacak, mudah sahaja dia memaksa mereka
untuk menjadi kekasih Shah.
“Perfect,”
ujar Nadia seraya tersenyum.
No comments:
Post a Comment