Friday, 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 1

Prolog

             Aku berdiri dan kelihatan terpegun seketika sebaik sahaja terpandang akan luxury yatch milik pelanggan kami. Yatch yang tersergam indah di atas air itu kelihatan begitu posh dan cantik. Seperti terdapat di dalam filem-filem Hollywood dimana golongan orang-orang elite akan mengadakan majlis di atas kapal. Begitulah keadaan dan rupa kapal indah di hadapanku. Kapal yang hanya di beri initial W.A. itu ku pandang tanpa berkelip. Yelah kerana sangkaku kapal itu kecil sahaja yang hanya boleh memuatkan seramai 20 orang untuk private function. Aku tidak pernah ke kapal pelanggan tersebut, sebenarnya aku tidak perlu pun hadir untuk menguruskan majlis ini kerana aku hanya ditugaskan untuk menguruskan menu sahaja. Malah ada di antara menu yang diminta dari pelanggan ini aku sendiri yang menyediakannya. Aku serahkan tugasan dekor kepada pekerja-pekerja lain. Dari segi dekor ianya tidak terangkum dalam tugasan kami kerana kami hanya menyediakan catering. Tapi Farouk juga yang beria-ia mahu kami menguruskan dekor kerana katanya lagi ini adalah pelanggan VVIP kami. Dan Farouk  benar-benar berharap aku memberi kerjasama dengannya sepenuhnya. Aku tersenyum kagum melihat dekor kapal yang dihasilkan oleh anak-anak buahku. Boleh di harap juga kerana hasil kerja mereka cukup creative dan menarik. Kapal itu kelihatan cantik di hias seperti cadangannya. Chasing light berwarna merah dan kuning benar-benar menaikkan seri kapal persiaran tersebut. Siapa agaknya pemilik yatch ini? Mengikut jadual aku tidak perlu menguruskan majlis ini kerana ini tugasan Senior Manager aku Farouk. Oleh kerana Farouk tidak dapat menghadirkan diri dan mengendalikan tugasannya dia meminta aku mengantikan tempatnya di saat akhir kerana dia perlu ke Singapura untuk menghadiri seminar penting. Farouk meminta maaf dariku berkali-kali kerana dia tahu aku bercuti hari ini dan tiada orang lain yang layak mengantikan tempatnya selain diriku. Kalau tidak mengenangkan jejaka itu baik padaku (baik ada makna) aku tidak akan bersetuju membantunya. Pelanggan VVIP ini pula pelik kerana dia hanya mengunakan nickname “Prince” sahaja tidak mahu identitynya di ketahui. Mengikut policy, kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang tempahan catering atau reservation melalui nickname. Terutama sekali untuk majlis yang penting sebegini dimana jumlah bilnya mencecah belasan ribu ringgit. Walaupun sudah berkali-kali aku berpesan kepada anak buahku supaya meminta nama yang sebenar paling tidak pun nama ringkasan pun jadilah, asalkan bernama. Bukan aku terlalu strict, ini penting kerana susah untuk kami menghubungi pelanggan malah hendak mengirim pelanggan surat untuk tujuan promosi pun agak merumitkan. Kalau mengunakan nick seperti “Prince” seperti pelanggan untuk tempahan hari ini, bagaimana cara hendak menghubunginya. Tak kan lah nak cakap “Boleh saya bercakap dengan “Prince” sahaja orang yang menyambut telefon itu tahu akan siapa orang yang di maksudkan. Kalau yang menyambut si Prince sendiri tak menjadi soal kalau bukan dia yang menyambut telefon. Tak ke susah dibuatnya. Kalau misteri sangat gunakanlah nama setiausha ke apa ke? Hissh orang-orang ni. Prince..Prince apa. Frog Prince. Gerutuku sebal. Kalau tidak kerana orang yang hanya mahu di gelar “Prince” itu sudah mendahulukan 80% bayaran yang dikenakan sudah lama aku membatalkan tempahannya. Farouk hendak melenting. Berani dia hendak marahkan aku. Sebenarnya aku pernah sekali menerima panggilan telefon dari setiausha si “Prince” tiga minggu yang lalu. Katanya bossnya itu inginkan pandangan dari aku, kerana sebagai pengurus restoren Piccolo sedikit sebanyak aku dapat membantunya memberinya sedikit idea ruangan dekor untuk surprise birthday party buat teman wanitanya. Hai kaya-kaya pun kedekut untuk mengunakan khidmat party planner, nak save cost ke apa. Jadi memandangkan Farouk mahu aku melayan customer ini 1st class. So aku berilah 1st class idea yang boleh membuatkan kocek dia berlubang besar, ini idea asli dariku sendiri. Jadi aku memberi saranan untuk mengadakan dekor menghidupkan suasana yang cukup romantis, bukankah majlis ini untuk temanitanya. Kalau wanita itu benar-benar penting dalam hidupnya dia tidak akan berkira berapa costnya. Lagipun tiada seorang pun yang tahu ini adalah salah satu idea romantic gila yang aku inginkan sekiranya berpeluang. Hehe..tak dapat, tumpang majlis orang pun jadilah. Lainlah kalau aku berkahwin dengan tycoon atau billionaire. Sebab aku tahu mimpiku itu tidak menjadi kenyataanlah aku cadangankan kepadanya untuk mengorder berdosen-dosen mawar merah dan mawar putih untuk menaikkan mood tersebut, chasing light hanya warna putih dan merah, live band dan team kami akan menguruskan untuk menghiaskan kapalnya. Apa yang peliknya si “Prince” tu mengikut saranan aku bulat-bulat malah favourite cake aku pun dipesan untuk di jadikan cake ulangtahun teman wanitanya. Hai ini sudah pelik? Apa dia tidak tahu ke citarasa teman wanitanya.
 
             “Hai, you must be Alya, we meet at last, wow you look gorgeous, beautiful dress,” ujar wanita yang menyambut kami di pintu gerbang yatch tersebut. Wanita tinggi lampai yang kelihatan cantik mengenakan dress pink itu ku berikan senyuman. Pelik kerana wanita itu tidak memberi komen tentang perkhidmatan kami tapi sebaliknya memberi compliment tentang penampilanku hari ini. Ah mungkin dia chatty and friendly.
 
            “Thanks, you must be “Prince” secretary,” tekaku tersenyum lagi.
 
            Wanita itu menganggukkan kepalanya perlahan sambil menguntum senyum. Matanya tidak lepas dari memandang wajahku yang didandan rapi. Ah nanti ku ceritakan kenapa aku extra cantik hari ini.
 
“Wow, nicely done, good job, by the way congratulations,” ujarnya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan denganku.
 
 “Oh thanks, nice yatch,” ujarku lalu menyambut huluran tangannya. Aku kurang mengerti dengan ucapan tahniah yang diberikan kepadaku.
 
             “Yeah amazing isn’t, come-come I tunjukkan you dimana kitchen kami,” ujarnya ramah lalu menarik lenganku menuju ke arah kitchen yang terletak di basement. Tania menunjukkan kami di mana harus kami letakkan buffet dan culinary set yang dihantar seawal 5 jam sebelum majlis. Aku kan ke assistant manager. Aku tidak perlu kemari awal. Semuanya sudah diuruskan oleh pekerja-pekerjaku. Aku kemari atas desakan Farouk. Sebenarnya moodku hari ini tidak berapa baik kerana segala rancanganku tidak berhasil. Sebab itulah wanita itu merasa pelik bila aku berdandan sakan dan memakai dress (maksudku berdandan sakan kerana aku sanggup ke salon untuk mendapatkan French bun yang sempurna diselit pula dengan bunga anggerik ungu putih). Silap pandang aku boleh di anggap seperti salah seorang tetamu disini. Aku tidak memakai uniform seperti pekerjaku yang lain. Oh ye! Nak tahu kenapa aku berdandan nah. Sebabnya hari ini hari ulangtahunku. Hari ulangtahunku yang ke-27. Ulangtahun ku hari ini tiada seorang pun yang tahu. Aku sebenarnya tidak mengharap sangat orang mengetahui atau mengingati birthday aku. Kerana aku segan bila menerima ucapan ulang tahun dari orang yang tidak rapat denganku. Terasa janggal pula. Aku hanya merasa sedih bila teman rapat dan keluarga ku tidak mengingatinya. Yang mengingati tarikh keramat ku hanyalah Anis, dan Anis pula terpaksa membatalkan temujanji kami di saat terakhir kerana anaknya sakit. Terpaksalah aku celebrate sendirian sahaja malam ni. Teman lelaki. Tak ada, kerana hatiku belum terbuka untuk menerima cinta dari lelaki lain kerana hati ini telah ku serahkan kepada lelaki yang ku temui 5 tahun yang lalu. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah lima tahun lamanya aku menetap di Johor. Dan sejak perpisahan kami lima tahun dulu aku tidak pernah bertemu dengannya. Apa khabar dia sekarang? Sudah lupakah dia pada diriku? Sudah berkahwinkah dia? Hingga ke saat ini aku tidak pernah melupakannya malah diri ini masih percaya bahawa dia akan mencariku suatu hari nanti. Ku tolak lamaran cinta dari ramai lelaki pun kerana aku masih setia menunggunya. Gila. Ya memang aku gila kerana berani mempetaruhkan soal masa depanku mengharapkannya. Aku tidak tahu mengapa hari ini aku benar-benar rindu akan dirinya.
 
             “Bestkan boss, Prince tu buat surprise party untuk girl dia, ala-ala Titanic gitu,” ujar Misha ceria sebaik sahaja Tania meninggalkan kitchen. Matanya tidak lepas memandang ke arah luar jendela, kagum melihat keindahan kapal tersebut yang di penuhi cahaya lampu chasing light. Langit malam ini indah di temani jutaan bintang. Dari dapur kami dapat melihat band yang di tempatkan khas di tempat terbuka kapal tersebut yang di tempatkan di tingkat pertama.
 
            “Hmm untung, aku juga yang tak untung,” ujarku perlahan antara dengar dengan tidak. Aku tidak sedikitpun merasa ghairah seperti dirinya.
 
            “Apa dia boss,” ujar Misha bila jawapan yang diberikan Alyssa tidak begitu jelas di pendengarannya.
 
            “Tak ada apa, saya bercakap sendiri,” balasku. Hai memang untung girlfriend si “Prince” tu bila kekasihnya membuat surprise Birthday party untuknya.
 You look in my eyes and I get emotional inside
I know it’s crazy, but you still can touch my heart
And after all this time you think that I wouldn’t feel the same
But time melts into nothing, and nothing's changed
I still believe
Someday you and me
Will find ourselves In love again
I had a dream Someday you and me
Will find ourselves In love again
 
             “Misha, stop singing that song, ni kenapa mood happy sangat,” ujarku kurang senang bila Misha mula bernyanyi lagu Mariah Carey “I still believe”. Lagu yang seakan mengenakan aku kerana aku masih percaya bahawa dia akan menjadi miliku suatu hari nanti. Hissh saje aje budak ni nak cari pasal dengan aku.
 
            “Kenapa, tak sedap ke suara saya,” ujarnya tersengih bila Alya menyuruhnya berhenti menyanyi. Walaupun Alya managernya Alya ok, dia tidak segarang Mr Farouk. Alya masih boleh di ajak bergurau. Tapi entah kenapa hari ini bossnya itu seperti tidak punya mood pula.
 
            “Sedap, kalau tahu suara Misha macam Mariah Carey, tak payah susah-susah panggil band, Misha boleh ganti,” ujarku lalu tersenyum. Tak kan aku nak beri sebab kepadanya mengapa dia tidak boleh menyanyi lagu itu.
 
             “Bagaimana agaknya rupa si “Prince” ni ye, mesti charming orangnya kan, sanggup berhabisan duit hanya untuk menyambut hari ulangtahun kekasihnya,” ujar Misha masih lagi membincangkan tentang pelanggan VVIP itu. Misha mengelap pinggan yang tersusun rapi di hadapannya. Walaupun pinggan-pinggan tersebut tidak perlu di lap kerana semuanya sudah dilakukan awal tadi. Namun tangannya tidak betah diam. Boring kerana tiada apa yang hendak di lakukan buat masa ini.
 
             “Hai kalau dah suka, bulan dan bintang pun sanggup diadakan, alah kalau teringin sangat tackle lah teman-teman jemputan VVIP tu nanti, mesti ramai available bachelor, manalah tahu untung sabut timbul, untung batu tengelam,” jawabku acuh tak acuh. Cemburu. Mungkin aku cemburu akan kasih sayang yang di tunjukkan si “Prince” kepada kekasihnya. Bukan kerana cemburukan majlis gah sebegini.
 
 To be continue..

No comments:

Post a Comment