Jadi personal ad di Love Inc. tidak
berjaya. Akan tetapi aku berjaya membuatkan Adam Matin Salvatore untuk date
dengan aku selama 3 bulan. Hehehe. Actually dare kami sebulan tapi
aku minta 3 bulan. Surprisingly he dare to date me for three months. Gila kan . Aku rasa Adam sememangnya
lelaki gila. Sudahnya kami berjanji untuk bertemu di restaurant segera Burger
King. Ini semua plan Nadia juga. Ada ke
dinner di BK, tak sesuai langsung. Fast food. Aku pulak biasalah bila setiap
kali hendak keluar date blouse biru muda juga yang menjadi kegemaranku.
Rambutku tetap ku ikat satu. Dan masih lagi berkaca mata. Nadia ada juga offer
aku pakai baju dia untuk keluar date dengan Matin. Tapi aku menolak. Segan
kerana asyik meminjam sahaja kerjanya walaupun aku tahu Nadia tidak ambil kisah.
Kami menoleh serentak kea rah pintu
masuk BK. Seperti dalam cerita movie hollywood bila Hero handsome masuk pasti
ada effect, macho gitu. He’s gorgeous. Aku menelan air liur bila dia menoleh
kea rah kami lalu tersenyum. Untuk pertama kali aku lihat dia tersenyum. Tak
sangka jejaka itu memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Ya allah tetapkanlah
imanku bila bersama dengannya doaku dalam hati.
“Hello, sorry dah lama tunggu,” ujarnya
lalu duduk di depanku.
Kami berdua mengeleng serentak. Seperti
terpukau dengan kehadiran Adam Matin Salvatore. Hendak sahaja aku mencubit pipi
ku untuk memastikan bahawa aku bukan bermimpi. Dan di depan aku adalah Adam
Matin Salvatore, orang yang sebenar.
“Yang mana satu Era, sorry I tak berapa
cam wajah you tempoh hari,” ujarnya tersenyum lagi. Ramai tetamu yang hadir ke
majlisnya tempoh hari. Ramai wanita yang cantik-cantik hadir jadi dia tidak
berapa ingat siapa yang bernama Era.
Aku tidak menjawab malah mengangkat
tangan seperti anak murid mahu menjawab soalan. Aku tidak mahu kelihatan kalut
di depannya. Tapi itulah yang terjadi bila aku mengangkat tangan bila dia
bertanya yang mana satu Era. Nadia menjeling kearahku tidak senang dengan
perbuataanku itu.
“Era apa kau buat angkat tangan,” bisik
Nadia seraya tersengih memandang kea rah Adam.
“Aku panic, sorry,” ujarku turut
tersengih lalu menurunkan tanganku.
“You,” ujarnya agak terperanjat kerana
wanita yang mengaku adalah Era tidak sama seperti wanita yang di temuinya
tempoh hari. Wanita itu cantik dan modern tida seperti wanita di depannya
sekarang.
“In
case you tak ingat I juga yang cause kepala you benjol tempoh hari,” jawabku
seraya berdehem kecil. Aku menoleh kea rah Nadia di sebelah. Nadia hanya mampu
mengelengkan kepalanya tidak tahu kenapa temannya berbuat demikian.
“You,
the lift lady, kepala I masih blue black pasal terhantuk tempoh hari,” ujarnya
tersenyum sinis sambil memerhatikan Era. No wonder she’s look familiar. Pasal
bukan kejadian terhantuk sahaja. Malah mereka selalu bertemu atau terserempak.
She’s so ordinary looking. With glasses and pony tail. My god where is she from?
Kampung? Dan Adam tidak pernah kelihatan keluar dengan wanita biasa. Lainlah
temannya di sebelah, she’s seksi dan cantik. Dan dalam masa itu dia harus
membuatkan wanita itu jatuh hati padanya. Adam tersenyum sendiri kerana wanita
itu kelihatan smitten dengan charmnya. Tidak susah untuk membuatkan wanita suka
apatah lagi jatuh cinta pada dirinya.
Nadia
menoleh ke arahku seraya menjeling bila Adam berkata demikian. Dia tidak
menyangka Era berbuat demikian. Dia khuatir Adam akan menarik diri pula nanti.
Aku
tersenyum bila Adam cuba
berlagak cool. Baik nah Adam. Pandai dia berdrama cool.
“So
you all sure nak makan kat sini,” soal Adam lalu menyangkut jaket berwarna
midnite black di belakang kerusi tempat dia duduk dengan wajah selamba. Mataku
sempat menjeling ke arah label jaket yang tersangkut itu. Salvatore Ferragamo. Gila apa ada ke main sangkut kat
kerusi macam tu buatnya orang sapu. Naya aje. Bisik ku dalam hati. Oh ye lupa
orang kaya diaorang tak peduli hilang boleh beli lagi.
“Yup,
actually saya ingin tahu apa yang Encik Matin faham akan date dengan saya,”
soalku tanpa membuang masa. Ceh aku sendiri tidak tahu dimana datangnya
keberanian ku. Yelah aku cuma berani dengan kenalan rapat aje. Selalu beta dan
bidas cakap mereka, kalau orang luar yang aku tidak kenali dan lebih-lebih lagi
Adam Matin jangan cakap bersuara hendak tegas macam sekarang pun belum tentu berani.
Adam
tidak menjawab soalan Era. Tak kan
dia hendak mengatakan bahawa dia bosan. Dia perlukan cabaran. Dan suka dicabar.
“I
cuma tidak pernah date secara dare,” jawab Matin memandang tepat kearah ku lalu
tersenyum lagi.
Aku
tersenyum sinis. So he like challenge.
“It’s
not that easy Mr Adam,” jawab Nadia selaku penasihat aku dan sekaligus orang
penting membuatkan impian ku menjadi nyata. Nadia sudah sediakan contract untuk
Adam tandatangani supaya Adam tidak dapat lari dari perjanjian kami. Nadia
membuka document bagnya lalu mengeluarkan 3 keping contract yang di buatnya khas
untuk aku.
Aku
dapat melihat dengan jelas bahawa Adam agak terperanjat bila Nadia mengeluarkan
3 salinan dokumen yang sama dan menyerahkan kepadanya. Sungguhpun begitu Adam
tidak berkata apa. Dia membaca contract tersebut dengan tenang. Dia sengaja membaca
salah satu syarat yang terdapat di kontrak tersebut kuat agar kami dapat
mendengarnya dengan jelas.
3. “Adam Matin Salvatore” atau di kenali
sebagai “AMS” tidak boleh menarik diri atau memilih tidak mahu berkerjasama
dengan “Shah Era” atau di kenali sebagai “SE” sepanjang 3 bulan dan harus akur
akan segala permintaan SE. Sekiranya AMS melanggar kontrak dia di kehendaki
membayar ganti rugi sebanyak RM30,000.00 kepada SE.
4. Dengan ini AMS dan
SE akan akur dengan kontrak yang di tandatangani dan bersedia mematuhi
peraturan kontrak.
Bertarikh bulan tahun
________________________
___________________________
Adam Matin
Salvatore Shah
Era Mazuin Norman
Saksi :
_____________________
Nadia Dato
Sulaiman
“Ok, tapi tidak adil jika sebelah pihak
sahaja yang menetapkan syarat,” jawab Adam seraya memandang kearah kami berdua.
Aku dan Nadia sebenarnya dah agak Adam tidak akan bersetuju dengan kontrak yang
kami sediakan. Sungguhpun begitu Adam tidak membantah dia cuma mengatakan
bahawa tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang menetapkan syarat.
“Apa syaratnya,” soal Nadia tidak sabar
ingin tahu syarat-syarat yang bakal dikenakan oleh Adam.
“Nothing serious, since you ada
tetapkan syarat untuk hubungan 3 bulan, I cuma berharap you akan memberi
kerjasama dengan I, since I jadi your boyfriend you kena jalankan your duty
sebagai girlfriend I,” ujarnya seraya tersenyum sinis.
“Strictly
no hanky panky,” ujarku pantas. Aku dapat merasakan Adam inginkan sesuatu dari
aku. Kalau itu yang dia fikirkan aku tidak akan bersetuju sama sekali.
Adam
tersenyum seakan mengejek bila aku berkata demikian. Dia ingat aku apa perempuan murahan. Senang di ajak tidur
seperti wanita-wanita yang pernah di dampinginya. Aku tidak terperanjat
sekiranya Adam akan utarakan soalan demikian kerana aku percaya Adam bukannya
malaikat. Itu sudah menjadi kebiasaan orang-orang kaya seperti Adam.
“I
see, maksud I, you tak boleh membantah atau menyekat I and I’ll need you to be
my companion for any function or event that I need to attend,” ujarnya
tersenyum lagi.
Wajahku
merona merah menahan malu bila Adam berkata demikian. Malunya tidak terkata.
Apa kata Adam nanti. Dia tidak pernah terfikir hendak berbuat demikian. Aku
pula yang terlebih excited.
“I
think that’s fair enough,” jawab Nadia lalu menjeling ke arahku. Aku mengangguk
perlahan tanda setuju.
Adam
menarik pen mont blanc dari kocek jaketnya lalu menandatangan di atas kontrak
tersebut.
Aku
dan Nadia berpandangan sesama sendiri tidak percaya bahawa Adam begitu mudah bersetuju
dengan kerja gila kami. Apa dia hilang akal ke? Aku dan Nadia tadi sudah
membayangkan bahawa Adam akan segera meninggalkan kami bila mendapat tahu kami
berdua perempuan gila. Tapi Adam tidak berbuat begitu malah tanpa berfikir
panjang lagi dia terus menunrunkan tandatangannya dia atas kontrak kami.
“You
serius, tak ada apa-apa yang you hendak tambah atau tidak setuju,” jawabku memandang
kearah Adam yang kelihatan selamba sahaja menyimpan semula pen mont blancnya ke
dalam jaket.
Adam
mengelengkan kepala lalu tersenyum. Padanya kontrak ini hanya kontrak yang
senang di patuhi. Dia yakin dia tidak akan melanggar kontrak dan tidak perlu
rugi RM30k.
“I’m
businessman, belum pernah I signed contract tanpa berfikir terlebih dahulu,”
jawabnya yakin.
“Ok,”
jawabku gugup sekaligus malu juga berdepan dengan Matin. Kerana mulai hari ini
secara rasminya dia menjadi kekasih aku walaupun kekasih selama 3 bulan sahaja.
Aku tiba-tiba merasa janggal bila memikirkannya. Yelah. Bukan aku tidak pernah
ada kekasih dahulu. Ada .
Tapi tidak sekacak dan sehebat Adam Matin. Boleh ke aku handle Matin. Dan boleh
ke Matin handle aku.
To be continue..
No comments:
Post a Comment