Friday, 26 April 2013

"How Can I Not Love U" - Part 6


“Any luck,” soal Nadia sebaik sahaja dia duduk di hadapan Era. Era mengelengkan kepalanya perlahan faham akan maksud Nadia. Boleh di katakan setiap hari Nadia bertanya soalan yang sama. Any luck? Dia pula yang excited bukan main. Aku yang empunya diri rilek sahaja.

 
“Mana ada orang berani, orang gila aje yang berani,” jawabku acuh tak acuh. Yelah aku sedar aku bukannya secantik Miss Universe yang sekali petik sepuluh yang datang. Akukan wanita melayu terakhir. Tak daring tak seksi macam Nadia. Dan lagi gambar yang aku berikan pun macam perempuan kampung dengan rambut ku ikat belakang dengan cermin mata tebalku. Siapa yang nak?

 

“Jadi macamana, kau nak tukar plan,” soal Nadia simpati. Sejak kejadian 2 minggu lalu dia amat berhati-hati bila berbual dengan Era. Dia tidak mahu sakitkan hati Era. Malah sejak beberapa hari ini dia sibuk memikirkan bagaimana caranya untuk dia membantu Era mendapatkan apa yang dia kehendakkan. Dia ramai teman-teman lelaki yang kaya dan masih single tapi Nadia tahu akan citarasa mereka. Mereka hanya pandang pada wanita yang cantik dan seksi. Dan Era pula tidak seperti yang mereka idamkan. Nadia memandang wajah Era tanpa Era sedari. Wajah teman baiknya itu di pandang simpati. Otaknya ligat memikirkan siapakah di antara koleksi teman-teman lelakinya yang layak digandingkan dengan Era.

 
“Kau apsal serius aje muka dari tadi,” tegur ku bila Nadia kelihatan seperti orang sedang berfikir.
 

“Tak tadi kena buat submission untuk hearing besok, tu yang stress,” bohong Nadia kerana dia tidak mahu Era tahu akan plannya.

 
“Rileklah macam tak biasa buat submission, hmm kalau tak ada respond minggu depan aku rasa aku nak pergi holiday kat Italy,” jawabku seraya tersenyum. Aku pernah terfikir hendak melancong tapi belum pasti dimana. Kalau plan ku untuk mendapatkan kekasih kaya tidak menjadi aku akan pergi bercuti.

 
“Italy, seorang?,” soal Nadia terperanjat bila Era mahu ke Italy. Banyak juga duit Era hendak ke Italy. Oh lupa Era sebenarnya banyak menyimpan, malah duit simpanannya 3 tahun dulu pernah digunakan untuk mengerjakan umrah. Dan Era pernah berangan hendak ke Italy dahulu. Itu angannya sahaja kerana dia tidak terfikir untuk mengunakan wang simpanannya untuk melancong hinggalah dia mendapat tahu mengenai penyakitnya.

 
“Ah sorang, lainlah kau nak temankan aku,” soalku tersenyum sinis.

 

“Ok juga aku dah lama tak pergi holiday, lagipun kau ingat aku akan benarkan kau pergi sendiri macam tu aje, mesti madam pengsan bila aku mintak 3 minggu cuti, sejak kau tak ada dia mengelabah sikit, budak ganti kau tu baru dalam legal line,” terang Nadia seraya tersengeh. Dia tidak akan membenarkan Era melancong seorang walaupun Era memilih package pelancongan full board. Kalau dia sakit siapa yang hendak menjaganya nanti.

 
Aku turut tersenyum sudah dapat membayangkan kepanikkan wajah madam. Masa aku berkerja dengan dia dahulu, madam senang aje kerana aku sudah bekerja dengannya hampir 5 tahun, jadi aku sudah masak sangat dengan perangai dia yang suka buat kerja last minute. Inikan pula budak baru yang tidak mempunyai basic bekerja di law firm. Lagilah dia kancong gila.

 
Telefon bimbit Nadia berdering nyaring secara tiba-tiba. Nadia mencapai telefon lalu menjawab pangilan telefon.

 

“Hello,”

 

“Nadia, Andy here,” ujar si pemanggil.

 
“Oh hi Andy, dah lama you tak call kemana you menghilang,”

 

“Kind of busy, er listen, my boss having party this weekend at his penthouse, wanna come?,” pelawa Andy. Dia tahu Nadia tidak pernah menolak bila dia menyebut party kerana Nadia suka party. They are party animal. Dan Nadia companion yang paling serasi dengannya. She’s not boring and happening girl. Lagipun bukan kerana bossnya mengadakan party maka dia teringatkan Nadia, dia juga sudah lama tidak keluar chilling dengan Nadia, bila mendapat undangan dari bossnya orang yang pertama yang difikirannya untuk di bawa hadir adalah Nadia.

 
“Really, I dah lama tak jumpa you,” ujar Nadia seraya menjeling ke arah Era yang sedang menyelak magazine dengan wajah bosan.

 

“Andy can I bring my friend along, it would be good exposure for her,” ujar Nadia berharap Andy tidak kisah jika dia mengajak Era ke majlis tersebut.

 
“The more the merrier, anyway my boss like to meet new people, new faces, is she pretty?,” soal Andy seraya ketawa kecil. Bukan dia tidak tahu majikannya itu suka pada wanita-wanita cantik. Lagipun dia tidak rasa majikannya kisah kalau dia membawa seorang lagi tetamu.

 

“She’s gorgeous,” ujar Nadia menjeling kearah Era.

 

Aku menutup majalah Her World yang kubelek sedari tadi bila menyedari Nadia sedang berbualkan tentang aku di telefon bersama Andy. Siapa lagi teman Nadia yang tak happening selain aku.

 
“Great, my boss loves pretty woman, I’m sure you pernah nampak dia,” ujar Andy ghairah.


“Your boss siapa?” soal Nadia.



“Adam Matin Salvatore,” ujar Andy sambil tersenyum.

 

“How come his name sounds very familiar, Era kau pernah dengar nama Adam Matin Salvatore tak, from Times magazine,” soal Nadia sambil mengalihkan telefon bimbit jauh dari bibirnya. Dia pasti pernah mendengar nama yang disebut Andy dan dia pasti Era turut kenal akan nama yang di sebut Andy.

 
Hampir hendak gugur jantungku bila Nadia menyebut nama keramat itu. Adam Matin. Kalau betullah nama itu yang di sebut Nadia. Siapa yang tak kenal. Lelaki sombong yang aku benci tu. Masih hidup lagi dia. Tak kan lah Nadia tidak kenal dengan Adam Matin Salvatore. Bukankah lelaki itu yang selalu kami jadikan bahan umpatan waktu luang di office. Dan Nadia turut sama mengutuknya. Masakan Nadia tidak ingat.

 
“You are kidding right,” ujarku seraya memaut lengan Nadia mungkin Nadia hendak bergurau dengan aku. Adam Matin Salvatore. Masakan Nadia tak tahu Siapa Adam Matin Salvatore.

 
“Nope,” jawab Nadia ringkas seraya mengelengkan kepalanya perlahan tidak kenal akan majikan Andy.

 
“He’s CEO of Times Magazine tak kan itu kau tak ingat,” ujarku seraya menepuk lengan Nadia. Tentang lelaki idaman kami berdua. (Ehem aku mesti orang kata aku hypocrite kerana aku cakap aku tak suka padanya dulu) actually dia lelaki idaman kami berdua. Brandon Routh asia. Akan tetapi aku hanya suka-suka kerana ketampanan wajahnya. Tak tahulah pula bagi Nadia part mananya yang dia sukakan tentang Adam.

 
“Oh my god, serious, that’s mean all the rich, young and handsome people will be there,” ujar Nadia excited.

 
Aku menjegilkan mataku tanda tidak senang bila Nadia berkata demikian. Ah aku tahu akan tujuan Nadia mengajak aku pergi kerana dia akan memperkenalkan aku kepada teman-teman Andy. Tahu sangat kenapa dia begitu excited bila mengetahui akan tetamu-tetamu yang bakal di jumpa di sana. Ini bermakna aku tidak sesuai untuk menghadirkan diri.

 
“Yeah, of course baby, that’s why I want you to come, I will fetch you say about 7.30 on friday” jawab Andy turut excited mendengar suara Nadia.

 
“Yeap see you on Friday,” ujar Nadia mematikan telefon seraya menyimpan telefon bimbit ke dalam bag tangannya. Nadia memandang ke arahku tersenyum meleret. Masalah Era settle.

 
“I don’t want to go,” jawabku sebelum Nadia sempat berkata apa-apa. Aku tahu Nadia mahu membawaku ke majlis Adam. Tak hendak lah aku pergi, lagipun aku bukannya berkenan dengan perangai Adam.
    


“Why, you promise me you want to change,” ujar Nadia seraya mengeluh kecil. Dia tahu Era hendak menarik diri. Bukankah Era sendiri yang mahukan kelainan dalam hidup nya. Dia tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku. Dia tidak akan membenarkan Era menarik diri sebelum pergi berperang.

 
Aku hanya mengetap bibir bila Nadia berkata demikian. Memanglah aku sudah berjanji dengan dia bahawa aku mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah ku lakukan. Tapi, boleh ke aku ke majlis VIP seperti yang Nadia katakan. Aku khuatir tidak boleh bland.  Aku ni pengecut sikit. Nadia lainlah dia memang dah biasa.

 
“Apa event?,” soalku pura-pura ingin tahu.

 
“Party kat Penthouse Adam Matin Salvatore,” jawab Nadia sambil lewa kerana dia tahu Era sudah mula berminat untuk pergi, kalau tidak berminat kenapa Era ingin mengetahui majlis apa.

 

“What! kat rumah Adam, tak naklah aku,” jawabku menarik diri. Kalau party Adam aku tak hendak pergi. Yelah, banyak-banyak party boleh pergi, Nadia hendak aku hadiri party Adam Matin. Buatnya dia cam wajah aku, aku yang sengaja tutup pintu lift tempoh hari. Tak ke naya? Hatiku berbelah bagi. Kalau tak di turut Nadia akan berkecil hati, kerana mulut aku juga yang pandai-pandai berjanji dengan Nadia bahawa aku akan melakukan sesuatu kelainan. Nah sekarang terima padahnya. Buatnya Adam cam wajah ku dan dia call security kerana menuduh aku menceroboh majlisnya tak ke haru biru. Orang kaya sombong macam Adam semua dia boleh buat. Aku mula kalut. Peluh dingin mula membasahi dahiku. Mana tahu lelaki itu psycho.

 
“Eh kau apahal, tak sihat ke” tegur Nadia bila di lihatnya Shah Era kelihatan pucat tiba-tiba.

 
Aku mengeleng kepala perlahan.

 

“So,” soal Nadia.

 

“Aku skip cabaran kau kali ni, next time aku buat,” jawabku teragak-agak takut Nadia melenting marah.

 
“Jangan buatkan aku mula bersyarah, aku kalau dah start tak kira orang sakit atau tak, engkau juga yang beria-ia hendak membuat sesuatu kelainan dalam hidup kau,” ujar Nadia perlahan cuba menahan perasaan marahnya.

 
“Aku tetap hendak lakukan kelainan, tapi aku tak yakin boleh lakukan,” ujarku mula merasa khuatir.

 
Nadia menjeling bila aku berkata demikian.

 
“Era, apa yang penting kau lakukan sesuatu lain dari kehidupan rutin kau, experience it, try to lossen up a bit, kalau tak dapat berkenalan dengan orang kaya pun at least you have done something different,” usik Nadia lalu tersenyum.

 
“I’ll guess you were right, but then again mana aku nak dapatkan baju, kasut yang sesuai untuk attend he’s party,” ujarku mula merasa lega akan keterangan Nadia.

 

“Ah yang itu bisa di atur, ngak perlu risau dong,” jawab Nadia lalu tersenyum meleret. Otaknya sudah ligat memikirkan baju dan kasut yang bakal di beri kepada Era untuk menghadiri majlis Adam lusa nanti. Apa yang pasti Era akan kelihatan elegant dan vogue dan bukan Era sekarang.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment