“Apa, I nak
kena jemput cik Maya,” ujar Shah seakan tidak percaya dengan penjelasan Afikah.
Bukankah dia sudah menguruskan Andy menjemput mereka. Shah tahu Andy seorang
yang boleh diharap dan tidak lalai. Mustahil dia boleh terlupa pada Maya. Shah
memecit kepalanya perlahan sejak bakal ibu mertuanya hubunginya sebulan yang
lalu dan mengatakan puterinya akan bercuti di tempatnya kepalanya tiba-tiba
terasa sakit bila memikirkannya. Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan bakal
ibu mertuanya mahupun tunangnya sejak berbelas tahun lalu namun dia masih
menyedari hubungan yang pernah keluarga mereka jalinkan suatu ketika dahulu
tetap teguh hingga sekarang. Malah ibu tidak sabar mahu bertemu dengan teman
rapatnya kembali agar hubungan mereka yang terputus dahulu dapat di sambung
semula. Sejak dia di zaman remaja lagi Ibuya sudah mengingatkannya bahawa dia
sudah bertunang dengan puteri tunggal teman rapatnya dan Shah terpaksa menurut.
Shah mengeluh perlahan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyambut dan melayannya.
Dia tahu tunangnya itu tidak kenal akan dirinya. Dan dia tidak bercadang untuk
memperkenalkan akan dirinya kepada tunangnya. Biarlah dia tidak tahu siapa
dirinya dan dia cuba
sedaya upaya untuk menjauhkan diri darinya. Ikutkan, Shah sendiri tidak pernah
setuju dengan kehendak kedua ibu bapanya tapi dia tidak pernah menyuarakan rasa
tidak senang hatinya kerana dia menganggap perkara itu adalah perkara remeh dan
dia malas hendak memikirkannya.
Shah menarik
handbrek serta mematikan enjinnya sebaik sahaja jipnya berhenti di tempat
meletak kereta. Shah menyisir rambutnya yang kelihatan tidak terurus dengan
mengunakan hujung jarinya. Dia berjalan perlahan menuju kea rah tempat duduk
yang di katakan Maya sedang menanti. Dari jauh dia ternampak seorang wanita
muda cantik sedang sibuk berbual-bual mengunakan telefon bimbitnya. Shah tidak
terus menegurnya kerana dia tidak pasti samada wanita muda itu adalah Maya.
Matanya memandang kea rah lain cuba
mencari-cari sekiranya ada wanita muda lain yang ada seperti ciri-ciri wanita
cantik itu, samada dari segi pakaian dan caranya. Shah tahu Maya seorang wanita
yang modern kerana ibunya pernah mengatakan Maya pernah berada di UK selama 3
tahun untuk menyambung pelajarannya. Walaupun Universiti tempat pengajiannya
tidak berapa jauh dari
University Maya, namun
dia tidak pernah bercampur dengan anak-anak golongan elite dari tanahairnya
kerana kebanyakan mereka sombong tidak seperti student Asia
lain yang datangnya dari Indonesia ,
Thailand
dan Brunei .
Shah melirik kea rah wanita muda itu lagi dia masih sibuk dengan telefon
bimbitnya. Shahril mengeluh kecil. Kalau ditunggu hingga wanita muda itu habis
berbual sudah tentu makan masa berjam. Shah mengeluarkan Galaxy Notenya lalu menaip
nama Maya di screennya. Shah berdehem kecil cuba mendapatkan perhatian dari
wanita muda itu.
Aku
mendongak memandang kea rah lelaki yang berdiri di hadapanku. Pemuda kacak itu
tersenyum memandang ke arahku. Aku memberi isyarat mata kepadanya agar dapat
menungguku sekejap. Aku sedang berbual dengan setiausaha Saiful. Kali ini
lelaki itu menunjuk sesuatu kepadaku. Namaku tertera di screen Galaxy Notenya.
Aku tidak menjawab malah menjeling ke arahnya.
Shah kurang
senang dengan perilaku wanita muda itu. Ah mungkin dia tersalah orang. Mungkin
Maya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bukankah itu yang diharapkannya
sepanjang perjalanannya ke Stesyen bas. Dia benar-benar berharap agar Maya
mengambil keputusan untuk berpatah balik. Shah mengambil keputusan untuk
kembali jipnya.
Aku
mematikan talian lalu menyimpan telefonku kedalam beg. Mataku melilau mencari
kelibat jejaka kacak tadi. Kemana dia pergi bukankah dia berada di sebelahku
sebentar tadi. Aku mendengus marah bila mataku terarah kepada bentuk tubuh sasa
milik lelaki tersebut yang sudah jauh berjalan meninggalkan ku. Aku segera
bangun dan mengejarnya. Aku tidak mahu ketinggalan lagi.
“Hei,
tunggu,” jeritku bila melihat lelaki itu sudah mula menghidupkan enjin jipnya.
Lelaki itu tidak menghiraukan jeritan ku. Dia memusingkan steringnya ke arah
jalan raya.
“Nak bunuh
orang ke,” ujarku seraya mengetuk bumper jipnya bila dia hampir sahaja melanggarku.
“Siapa suruh
awak berdiri depan jip saya,” ujar Shahril selamba seraya memandang kea rah
wanita itu.
“Eh kan saya suruh awak
tunggu tadi, kenapa awak tinggalkan saya,” ujarku tidak puas hati.
“Saya tanya
samada awak Maya, tapi awak tidak menjawab so saya pergilah,”
“Kan saya bagi isyarat
tadi suruh tunggu sekejap, awak tak tahu ke,”
“Maafkan
saya cik Maya saya tak faham bahasa isyarat, saya tak belajar lagi,” ujar Shah
menyindir seraya turun dari jipnya dia menghulurkan tangannya mahu menyambut overnight
travel beg yang berada di tangannya. Wanita seperti Maya sangkanya perlu
sekurang-kurangnya luggage beg untuk percutian selama 2 minggu. Ialah dimana
dia hendak menyimpan beg make-up, kasut dan accessories.
“Ini aje,” sindir
Shah bila menyedari hanya beg kecil yang dibawa Maya.
“Beg saya tertinggal
dalam bas lain, mungkin esok atau lusa beg saya akan dikembalikan,” ujarku
tanpa ditanya.
Pemuda itu
tersenyum menyindir. Aku tahu dia mengejekku walaupun dia tidak berkata apa.
Tanpa banyak soal lagi pemuda itu memasukkan gear satu dan jipnya meluncur laju
kea rah jalan raya. Sepanjang perjalanan pemuda itu hanya mendiamkan diri. Aku
mencuri pandang ke arahnya. Lelaki disebelahku ini tampan tinggi lampai,
bertubuh sasa. Berlainan sekali dengan Saiful. Saiful suka berpakaian kemas,
tidak seperti lelaki di sebelahku. Sungguhpun dia tidak berpakaian kemas
ketampanannya masih terserlah. Dia sukakan rough look. Dari segi permerhatian
ku dia seorang yang extrovert dan adventurous. Mungkin dia salah seorang
pekerja di Nature Lodge yang akan mengetuai aktiviti kami nanti.
Shah
menumpukan sepenuh perhatiannya ke atas jalan raya seolah-olah Maya tidak pernah
wujud di sebelahnya. Ternyata Maya bukanlah wanita yang menjadi pilihannya. Maya
anak manja dan tidak independent, dia tidak sukakan wanita yang terlalu manja
dan suka memerintah, apa yang lebih menakutkannya jika Maya tidak tahu
menguruskan rumahtangga sekiranya dia berkahwin dengannya. Shahril mengelengkan
kepalanya perlahan. Dia cuba
mencari jalan agar perkahwinan ini tidak akan berlaku. Dia tahu Maya mempunyai
teman lelaki melalui bakal ibu mertuanya. Dia sendiri tidak pernah merasa
cemburu bila bakal ibu mertuanya menceritakan perihal anaknya itu kerana Shah
percaya Maya turut tidak setuju dengan ikatan pertunangan ini.
Shah
membelok ke kiri jipnya menuju kea rah pintu gerbang utama Selesa Andaman
Lodge. Sebaik sahaja enjin di matikan dia mencapai beg Maya yang terletak di
belakang.
“Main
reception di sebelah kanan, saya akan hantarkan beg cik Maya ke bilik,” jawab
Shahril seraya meninggalkan Maya.
Aku merungut
kecil kerana lelaki itu pergi tanpa menungguku.
“Sombong,”
cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku bila di layan sebegitu. Bukanlah aku
mahu dia mendukung ku ke bilik atau layana n
yang bukan-bukan. Tapi setidak-tidaknya tunjuklah aku arah mana terletaknya
Reception. Aku berjalan perlahan kea rah anak panah yang menunjukkan aku kea
rah reception. Aku tidak sama sekali menyedari keindahan Nature Lodge. Cuaca
yang sejuk dan kabus tipis menyedarkan aku bahawa aku hanya mengenakan baju
tanpa lengan. Aku memeluk tubuh menahan kesejukkan. Sepanjang jalan aku dapat
menikmati taman buatan manusia yang cantik di kiri dan kanan terdapat air
terjun kecil dan kolam yang dipenuhi ikan koi. Yang sebenarnya aku bukanlah
outdoor person. Aku lebih rela ke Bintan hanya untuk memanjakan diri. Tapi mama
berkeras agar aku cuba
bercuti ke Nature Lodge. Aku tidak tahu berapa harganya semalam di Nature
Lodge, tapi melihatkan keindahan Nature Lodge aku dapat merasakan harga untuk
sebuah Suite boleh mencapai hingga ke RM800 semalam.
To be continue...
No comments:
Post a Comment