Adam
menyandarkan badannya sambil menatap computer di hadapan tangan kanannya
menekan tertikus berkali-kali kearah daun terup. Hari ini, dia benar-benar
tidak punya mood untuk bekerja. Temujanjinya dengan client mahupun para rakan
kongsi, semua dia minta Dian batalkan. Sebabya dia malas. Sepanjang hari dia berada di dalam bilik pejabat hanya
bermain dengan solitaire dan mengelunsuri internet. Adam mampu berbuat demikian
kerana dia CEO syarikat. Dia tidak tahu mengapa dia merasa benar-benar bosan
hari ini. Adakah kerana Zetty tidak ke pejabat hari ini? Tidak mungkin kerana
Adam tidak pernah menyimpan perasaan apa-apa terhadap Zetty. Adam tidak pernah
serious dengan mana-mana wanita yang selalu di ajak keluar untuk menemaninya
beliau ketika berlibur. Dia merasa bosan kerana tiada excitement lain yang dia
boleh lakukan. Adam seorang lelaki yang sukakan cabaran. Dia tidak suka menjalani
rutin biasa dengan hanya bekerja dan mengumpul harta. Kerana Adam tidak perlu
risau untuk mengumpul harta, kerna harta sepeninggalan datuknya sudah cukup
untuk menampung 7 keturunannya. He’s billionaire. Malah dia pernah tersenarai
sebagai top 5 billionaire dalam magazine Forbes. Hobby masa luangnya berlumba
kereta. Bukan sahaja di litar malah dia pernah menyertai lumba haram
semata-mata mahu mencari kepuasan hidup. Oleh kerna itu Adam tidak suka akan commitment.
Jika dia kesunyian dan perlukan perempuan dalam hidupnya, mudah sahaja dia mendapatkan
mereka. Dalam erti kata lain Adam tidak pernah kesunyian. Malah kebanyakkan
wanita yang pernah berdampingan dengannya tidak mahu melepaskan Adam. Mereka
mahu Adam menjadi teman lelaki mereka. Adam berhenti berlumba seketika sejak
dia ditimpa kemalangan 4 bulan yang lalu. Doktor menasihatkannya berehat, agar kecederaan
yang di hadapinya itu pulih sepenuhnya. Adam tersenyum sendiri. Dia benar-benar
rindu akan kegiatan lasaknya. Gian hendak berlumba masih menebal di hatinya
tapi apakan daya dia terpaksa mengikut nasihat doctor. Sekarang, dia terpaksa melupakan
hobby lumbanya buat seketika, oleh kerana itu Adam seperti dahagakan kegiatan
lain yang sama mencabar seperti sukan berlumba, some kind of game or challenge.
Adam menaip sesuatu di google. Man seeking for woman companion.
Adam
merehatkan kedua-dua tangannya di belakang tengkuknya manakala kedua-dua
kakinya di letakkan di atas meja sementara menunggu senarai hits dari google.
Adam memandang kearah syiling berkhayal sendiri. Adam menjeling kearah screen.
Total hits 15,000. Adam tersenyum. Dia menekan link pertama. Love Inc. Adam menekan browse butang galeri. Satu persatu bidodata
wanita mencari lelaki di lihat. Adam menekan tertikus sambil lewa dia malas
hendak membaca biodata wanita yang panjang berjela. Dia tidak punya masa.
Selalunya dia akan menyuruh Dian untuk mengelunsuri web untuk mencari social
escort mengikut criteria yang dia kehendaki. Beautiful, sexy
and bold kerana Adam tidak punya masa untuk mengadap screen computer. Adam
tidak suka online shopping. Apa yang dia lihat, dia suka, dia beli tanpa
bertanya harganya terlebih dahulu. He always gets what’s he’s want. Begitu juga
dengan wanita. Adam menekan butang next bila wanita yang dirasakan seperti
citarasanya itu biodatanya terlalu panjang berjela. Jari Adam berhenti pada ad
wanita yang biodatanya terlalu ringkas. Nama: Shah Era Mazuin, Umur: Akhir
20-an, Zodiak: Libra, Tinggi: 170cm, Berat: 52kg. Pasangan yang di cari :
LELAKI YANG KACAK, MUDA DAN KAYA……INGIN DIJADIKAN KEKASIH SELAMA 3 BULAN
SAHAJA…NO STRING ATTACHED. Adam tersenyum
bila wanita itu berani menyatakan criteria yang dicari. Tapi
mengapa untuk 3 bulan and no string attached? Adam mengerutkan dahinya tidak
berapa faham akan maksud ad tersebut. Wanita itu hanya mahu lelaki itu menjadi
kekasihnya hanya 3 bulan, itu sahaja and of course she’s wants rich man. Is
this some kind of new gold diggers plot. But wait. How can gold diggers being
too specific. Adam mengerutkan dahinya sekali lagi cuba memikirkan tujuan wanita itu
berbuat demikian.
Pintu
biliknya diketuk. Adam mengerutkan dahinya. Dia sudah pesan pada Dian bahawa
dia tidak mahu bertemu sesiapa dan tidak mahu di ganggu. Dia mahu bersendirian.
“Come
in,” jerit Adam.
Pintu
biliknya terkuak kecil. Seketika kemudian muncul seorang lelaki yang amat di
kenali.
“Hey
bro, kau macam tahu aje aku tengah bosan,” ujar Adam tersenyum lalu bangkit
dari kerusinya. Dia menghampiri jejaka itu lalu memeluknya. Orang yang dimaksudkan
bro adalah teman karibnya sejak di campus dulu. Mereka bagaikan isi dengan
kuku, wajah mereka pun hampir serupa. Raoul juga berdarah kacukan Sepanyol dan
India. Perbezaanya Raoul kurus tinggi dan kulit sawo matang manakala Adam kulit
cerah dan punya ciri-ciri ang moh. Raoul tersengih lalu duduk di atas sofa. Dia
tahu Adam tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang hendak di cari.
“Apa
project kali ini,” soal Adam tidak sabar-sabar ingin tahu. Dia tahu kedatangan
Raoul pasti punya sebab kerana mereka berdua memang suka akan cabaran dan juga
bertaruh siapa yang handal. Tapi akhir-akhir ini mereka sibuk dan tidak punya masa untuk
bertemu dengan rakan-rakan mereka.
Raoul
mengeluarkan sebatang rokok lalu menghidupkan api.
“Sky
diving,” ujar Raoul lalu menghembus asap rokok perlahan. Raoul memerhatikan
bilik pejabat Adam yang kelihatan posh dan teratur. Mereka berdua punya
segala-segalanya wang tidak pernah menjadi soal. Mereka berdua usahawan muda
yang berjaya. Dan Raoul baru-baru ini mendapat gelaran Dato.
“I’m
recuperating, not advisable,” jawab Adam ringkas. Nasihat doktor diambil berat.
Sebab itu Adam rajin ke gym dan menjaga diet untuk memastikan dia sihat dan
memiliki badan yang perfect.
“Apa
kau surf,” soal Raoul tiba-tiba lalu bangkit dari sofa. Dia menuju kearah meja
Adam dan duduk di kerusinya. Dia menyentuh tertikus agar screensaver gambar
wanita-wanita seksi yang bertukar ganti itu hilang.
Raoul
mengerutkan dahinya lalu tersenyum. Adam tidak pernah susah untuk mendapatkan
wanita dalam hidupnya. Seperti dirinya mereka berdua punya rupa dan kedudukan
jadi mendapatkan wanita adalah perkara senang.
“Kau
benar-benar bosan Adam,” ujarnya sambil mengepit rokok di celah bibirnya.
Tangan kanannya menekan salah satu link yang terdapat di list tersebut.
Love
inc. Dia menekan butang galeri lalu terpampar puluhan gambar-gambar wanita yang
mencari lelaki untuk di jadikan teman hidup. Adam melirik kea rah Raoul.
“Organise
party, I heard you just move to Urbane Penthouse, invites all the happening
people in the city,” cadang Raoul lalu mematikan puntung rokoknya di dalam
ashtray yang tersedia di atas meja Adam. Bosan. Apa susah organize party. Meet
sexy happening people.
“Not
a bad idea,” jawab Adam dia mencapai gagang telefon untuk menekan intercom.
Raoul duduk di sofanya lalu bermain-main dengan iphone. Bila Dian tidak
menjawab dia meletak gagang telefon kembali.
“What
are you smilling at,” ujar Adam bila dilihat Raoul tersenyum-senyum bermain
dengan i-phonenya.
“Nicole
is in town,”
“Nicole
and the rest, perfect time, invites them to the party,” jawab Adam baru
mengerti mengapa Raoul kelihatan gembira. Raoul sukakan Nicole supermodel jelita yang berambut
blonde dari Manhattan. Malah sudah lama dia cuba memenangi hati Nicole. Nicole
dan rakan-rakan modelnya selalu turun ke Kuala Lumpur untuk shopping. Dan Raoul
lelaki yang selalu didampingi setiap kali mereka ke mari. Adam
for fun, yes. But not commitment.
“Amanda
wants to see you, she really miss you,” ujar Raoul menyampaikan message dari
Amanda temannya Nicole yang juga supermodel. Amanda tergila-gilakan Adam. Malah
dia selalu mengatakan bahawa Adam the hottest and sexiest Pan-Asia male in the
Planet. Women can’t seem to resist his ridiculous good looking face.
“Yeah
she’s crazy about me,” jawab Adam sambil tersengih bila dia terpaksa
menghadirkan diri ke runway yang di adakan di New York semata-mata untuk menemani Amanda
kerana wanita itu tidak dapat berenggang dengannya. Adam terpaksa berada di US selama 2 minggu untuk bersama
Amanda. But he’s not boyfriend material. Adam memberitahu Amanda bahawa
hubungan mereka tidak akan pergi jauh kerana Adam tidak pernah menyintai
Amanda. He loves women. He can’t commit to one woman only.
“Are
you sure you want to invite Amanda,” soal Raoul kerana dia tahu Amanda gilakan
Adam. Kalau Adam menjemput Amanda. Amanda akan mengekori Adam dan tidak akan
berengang dengannya.
“Ah
she’s big girl, she can handle it,” jawab Adam sambil lewa.
“Ok,
since you insist, I will invite her, so when is the party,” ujar Raoul lalu
menaip sesuatu di blackberrynya. Seperti disarankan
Adam dia memberitahu Nicole mengundang Amanda ke majlisnya nanti.
Adam mengerutkan dahi, memikirkan hari
yang sesuai. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan blackberry dia meneliti
schedulenya untuk minggu ini.
“This
weekend,” jawab Adam ringkas sambil tersenyum.
“And
that can be done, it’s already Thursday?,” soal Raoul kerana tidakkah ianya
kesuntukan masa untuk organize party pada hujung minggu ini.
“Money
talks remember,” ujar Adam. Dia mencapai kunci kereta dan blackberrynya. Since
dia tidak punya appointment ataupun meeting. And he needs to get out from the
office. He’s free to go out with Raoul.
“Ok,” ujar Raoul lalu bangkit dari
sofa. Dia membuka pintu lalu berjalan keluar dari bilik Adam. Raoul melirik kea
rah Dian yang sedang berbual di telefon.
“Hi Mr Raoul,” ujar Dian tersenyum
simpul sebaik sahaja terpandang akan wajah tampan Raoul teman baik bossnya.
“Dian,
how are you, you look amazing,” ujar Raoul lalu duduk di hujung meja Dian.
Tanpa memberitahu orang yang berada di
talian terlebih dahulu. Dian meletak gagangnya ke tempat asal bila Raoul
berbual dengannya.
Adam hanya menjeling kearah Raoul. Bila
temannya itu mengusik Dian. Adam hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya
perlahan. Dian memang cantik dan sexy. Tapi dia tidak pernah terfikir untuk
keluar dengan Dian. Dia tidak mahu things get complicated when he dates her. Lagipun ramai lagi wanita cantik di luar yang boleh dia
ajak keluar. Dia sukakan kerja Dian. She’s efficient. Sebab itu dia tidak mahu
kehilangan Dian. Biar Dian terus menjadi setiausaha
peribadinya and he wants it to stick that way.
“Dian,
please engage event organizers for party this weekend at my penthouse, erm use
the same organizer that we use few months ago,” ujar Adam setelah menutup pintu
biliknya.
Dian cepat-cepat menulis segala pesanan
majikan di atas note padnya.
“Anything
else sir?,” soal Dian.
“Invites
all the directors and executives, tell them party as in party not a corporate
thing,” ujar Adam sambil menjeling kearah Raoul yang lagi duduk mengadap Dian
membuat kerja hinggakan Dian tidak senang duduk bila ditenung teman rapat Adam.
“I’m
going out and won’t be coming back to the office,” pesan Adam. Dia mencuit bahu
Raoul bila temannya itu masih belum berganjak.
“Bye
sweetheart,” ujar Raoul lalu membuahkan senyum kepada Dian lalu berjalan
mengekori Adam dari belakang.
To be continue..
No comments:
Post a Comment