Tuesday 22 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 18



 
 
 

LIA menutup pintu biliknya perlahan lalu menghempaskan badannya di atas katil. Dia merasa sedih kejadian siang tadi bila dia bersama Nik. Selepas makan tengahari dan setelah dia mengakui sendiri pada Nik tentang satu peristiwa yang berlaku 10 tahun dahulu.
 
 
Wajah Nik kelihatan benar-benar kecewa dengan perlakuannya. Lia perasan di dalam kereta semasa Nik menghantarnya pulang ke rumah. Lelaki itu seperti tidak sabar mahu menghantarnya pulang ke rumah dan dia kurang mesra seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu dan dalam masa yang sama merasa sedih.
 
 
Dia juga tahu Nik marah padanya, namun dia tidak dapat memutar balik masa untuk mengubah keadaan. Dia merasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Apa yang boleh dia buat selain dari meminta maaf dari Nik.
 
 
                        I’m sorry Nik..I don’t know what’s got into me during that time..I’m young and reckless Nik,” jawab Lia perlahan lalu menoleh kearah Nik.
 
 
Pada ketika itu dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada Nik sangat sehingga dia berbuat demikian. Perasaan dia ketika dia ternampak Nik dengan pelajar perempuan itu adalah perasaan yang sukar dia gambarkan. Apa yang dia tahu dia merasa kecewa bila melihat Nik bersama pelajar perempuan itu.
 
 
                        “Perkara itu sudah berlaku 10 tahun yang lalu..I’ve already forgive and forget,” jawab Nik tanpa menoleh kearah Lia.
 
 
                        Lia terdiam seketika walaupun Nik mengatakan dia sudah lupa dan maafkan orang itu tapi apa yang Lia lihat Nik seperti tidak dapat dan mampu memaafkan perbuataan orang itu. Ianya jelas terpamer di wajahnya bahawa dia merasa sedih bila Lia membangkitkan peristiwa itu padanya tadi.
 
 
                        Sejak Nik di panggil Pengetua sekolah. Dia tidak pernah lihat Nik bersama dengan pelajar perempuan yang dia temui. Mungkin Nik tidak membenarkan pelajar perempuan itu bertemunya di sekolah. Lia percaya mereka masih berhubungan.
 
 
Dan Lia tidak rasa Nik merasa sedih kerana dia hampir di lucutkan dari memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas. It is like too personal to him! Namun Lia tidak menemui jawapannya kerana Nik tidak pernah menceritakan apa-apa tentang dirinya. Nik seorang lelaki yang penuh misteri.
 
 
Siapa pelajar perempuan itu? Wanita yang sama terdapat di dalam gambar yang tersemat kemas di dalam dompet Nik. Teman wanitanya? Tunangannya atau bakal isterinya?
 
 
Who is that girl in the photo Nik?,” Lia memberanikan diri bertanya pada Nik siapa budak perempuan di dalam gambar yang dia serahkan kepada Puan Pengetua sekolah sehingga membuatkan Nik di dalam masalah.
 
 
If you must know, She’s my baby sister,” jawab Nik perlahan.
 
 
Lia terdiam bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang dilihat bersama Nik dahulu adalah adik Nik sendiri dan bukan teman wanita yang dia dan Yana sangkakan. Patutlah Nik kelihatan kecewa bila dia menyebarkan fitnah mengenai dirinya.
 
 
Lia merasakan dirinya seperti orang tidak berguna bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang berada di dalam photo itu adalah adik perempuan Nik sendiri.
 
 
Dia benar-benar tidak tahu Nik mempunyai adik perempuan. Malah dia tidak tahu apa-apa langsung tentang Nik.
 
 
Kenapa adik perempuanya tidak bersekolah dengan Nik? Lia mengagak usia adik Nik sebaya dengannya 17 tahun ketika itu. Hubungan mereka kelihatan benar-benar rapat dari apa yang Lia lihat sendiri. Nik benar-benar sayangkan adiknya. Melihatkan bahawa adiknya begitu manja dengan Nik sehingga dia tersalah sangka bahawa budak perempuan itu adalah teman wanita Nik. Dia tidak pernah terfikir langsung pelajar perempuan itu adalah adik Nik.
 
 
She’s your sis?,” ujar Lia merasa bersalah.
 
 
Yes..Nur Shafiqa,” jawab Nik tanpa mengulas panjang.
 
 
She’s the same lady dalam your wallet?,” tanya Lia lagi ingin kepastian dari Nik. Dia tidak mahu tersalah tafsir lagi. Dia tidak mahu membuatkan Nik merasa sakit hati dan kecewa dengannya.
 
 
Percaya atau tidak dia benar-benar sukakan Nik atau mungkin dia cintakan Nik tanpa dia sedari dan dia tidak mahu hubungan mereka semakin dingin kerana dia tidak pernah kenali dan faham Nik.
 
 
Yes..what else do you want to know?,” ujar Nik dia mula merasa lemas dengan soalan-soalan Lia ajukan kerana dia tahu Lia tidak akan berhenti bertanya selagi dia tidak memberinya jawapan yang Lia kehendaki.
 
 
“Nik, you pernah bercinta Nik?,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik.
 
 
“Pernah,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.
 
 
“Dengan siapa?,” tanya Lia merasa tidak senang hati bila Nik mengatakan dia pernah bercinta.
 
 
You tak kenal dia,” jawab Nik sambil lewa.
 
 
What happen to your relationship??,” tanya Lia lagi.
 
 
“Tak ada jodoh,” jawab Nik ringkas lalu memberhentikan keretanya di hadapan bangunan rumah Lia.
 
 
Lia menoleh kearah kiri bila Nik memberhentikan keretanya. Ini bermakna dia harus keluar dari kereta Nik kerana Nik mengatakan kepadanya tadi dia hendak pulang ke pejabat semula untuk membuat appraisal Pasu buruk Madam Sharon tadi. Dan dia juga tahu Nik seperti tidak berminat untuk memberitahunya tentang hubungannya yang lalu.
 
 
Thanks Nik,” jawab Lia lalu keluar dari kereta Nik.
 
 
If you hendak pergi party Madam Sharon, I will come and fetch you at 7.30pm, if I don’t see you means you are not going,” ujar Nik menoleh kearah Lia sekilas lalu memandu meninggalkan Lia sendirian memerhatikan kereta Nik pergi sebelum dia sempat memberi jawapan kepadanya.
 
 
Lia mencapai handbagnya lalu mengeluarkan handphonenya. Dia menekan gallery. Gambar-gambar Nik yang di ambil tanpa si empunya diri sedar. Dia lihat satu persatu. Lia mengeluh perlahan. Kenapa dia seperti wanita yang gila bayang. Sejak dia bertemu semula dengan Nik. Hatinya merasa gembira dan riang tidak terkata. Dia merasa senang setiap kali bersama dengan lelaki itu. Nik secara tidak langsung seperti babysitternya. Kerana setelah dia bertemu semula dengan Nik, dia tidak lagi melakukan perkara-perkara yang sering dia lakukan dahulu. Ibunya dan pakciknya merasa lega kerana Lia sudah gembira semula dan mereka berterima kasih pada Nik.
 

 
NIK mencampak kunci kereta dan dompetnya di atas meja coffee. Seketika kemudian kedengaran pintu dibuka. Nik menoleh memandang wajah ibunya yang baru keluar dari bilik.
 
 
Ibu dan ayahnya bersara baru-baru ini. Nik mempelawa ibu dan ayahnya datang ke Rome untuk bercuti di sini. Sudah hampir seminggu mereka berada di Italy. Ayahnya keluar berjalan sendirian meneroka Bandar Rome manakala ibunya mahu duduk di rumah kerana sudah penat mengikut ayahnya menjelajah Rome.
 
 
“Baru balik kerja Nik?,” tanya Puan Faezah bila dilihatnya Nik duduk di sofa tersandar keletihan.
 
 
“Baru juga ibu,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Nik nak air? Ibu buatkan!,”
 
 
“Tak apa lah ibu, Nik tak dahaga,” jawab Nik memberi ruang kepada ibunya untuk duduk di sofa.
 
 
“Kenapa ni?? Nik ada masalah di tempat kerja ke?,” tanya Puan Faezah bila dilihat anak bujangnya kelihatan fikirannya terganggu dan tidak seperti selalu.
 
 
“Masalah kerja? Tak adalah! Nik cuma letih sahaja,” jawab Nik lalu memandang wajah ibunya.
 
 
“Ibu dan ayah hendak balik minggu depan, kami dah book flight hari Jumaat, dah lama kami di sini..dah nak dekat sebulan rasanya, ibu dan ayah rasa kami sudah puas bercuti, lagipun bulan depan ibu dan ayah dah sibuk hendak mengerjakan umrah, banyak perkara yang kami hendak buat sebelum berangkat,” ujar Puan Faezah lalu tersenyum. Rindu pula dia pada rumahnya di kampong.
 
 
“Baiklah..Nik akan balik ke Malaysia 2 minggu sebelum ibu dan ayah berangkat ke Umrah, Nik pun rindu pada adik,” jawab Nik lalu tersenyum sayu.
 
 
Puan Faezah memandang wajah Nik. Hatinya meruntun sayu setiap kali melihat wajah Nik.
 
 
“Kenapa ibu sedih?,” tegur Nik bila di lihat wajahnya ibunya bertukar sedih.
 
 
“Ibu pun rindukan adik kamu,” jawab Puan Faezah merasa sebak tiba-tiba. Dia tidak dapat menghilangkan rasa sedih bila Nik mengingatkan dia pada adiknya.

****
 
2001, Di Malaysia
                        “Abang!,” tegur Fiqa lalu duduk di sofa di sebelah abang Niknya yang sedang menonton TV. Fiqa menoleh ke arah abangnya bila tegurannya tidak di sambut abangnya.
 
 
“Abang..,” ujar Fiqa lagi lalu melambaikan tangannya di hadapan muka abangnya. Namun abang Niknya tidak perasan dan seakan berkhayal jauh. TV dihadapan di hidupkan tapi fikirannya melayang jauh entah kemana! Membazirkan elektrik sahaja tau! cemuh Fiqa dalam hati.
 
 
“Isskkk!!! Termenung pulak dia?? Abaannggg!!,” ujar Fiqa lalu menepuk lengan abangnya kuat cukup membuatkan Nik tersentak terperanjat bila Fiqa berbuat begitu.
 
 
“Apa bang termenung jauh entah kemana?? Ingatkan awek eh??,” usik Fiqa lalu memeluk lengan abangnya. Dia mahu menunjukkan abangnya buku novel baru dipinjam dari perpustakaan. Dia mahu abangnya bacakan kepadanya. Fiqa memang suka buat begitu. Mereka selalu membaca novel bersama. Atau abangnya yang akan bacakan kepadanya kerana Fiqa malas hendak membaca.
 
 
“Bila balik?? Abang tak dengar pun tadi,” ujar Nik tanpa menjawab pertanyaan Fiqa apa yang membuatkannya termenung.
 
 
“Dah sejam yang lalu..orang sempat mandi, solat dan makan, abang masih kat sini dok termenung dari tadi..ingatkan siapa??? Awek eh??,” usik Fiqa lalu menolak bahu abangnya perlahan.
 
 
“Buku apa ni?,” tanya Nik lalu mencapai buku yang di pegang Fiqa.
 
 
“Buku Pride and Prejudice..tengok tu orang tanya..dia buat tak dengar saja, ada masalah kat sekolah eh?? Cuba cerita kat Fiqa sikit?,” ujar Fiqa lalu mengambil buku novel itu dari tangan abangnnya dan di letakkan di atas meja di hadapan mereka.
 
 
Dia tahu abang Niknya pasti ada cerita untuknya. Dia tidak pasti cerita itu cerita lucu kerana wajah abangnya kelihatan terganggu. Apa pula masalah yang dia hadapi di sekolah.
 
 
“Fiqa jangan jumpa di sekolah abang lagi..abang ambil Fiqa kat sekolah Fiqa sahaja,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Huh?? Kenapa Fiqa tak boleh pergi sekolah abang lagi??,” tanya Fiqa hairan. Baru sekali dia bertemu dengan abangnya di sekolah sudah kena ‘ban’ kenapa?
 
 
“Tak semua orang tahu abang ada adik perempuan, abang tak hendak orang buat fitnah,” jawab Nik perlahan.
 
 
“Fitnah??? Eh kita adik beradik seibu dan sebapa abang! Apa masalah? Bukan pasangan kekasih yang orang nak buat fitnah atau gossip liar!,” jawab Fiqa lalu ketawa kecil. Gossip?? Fitnah?? Eh tak logic betul!
 
 
Nik memberi Fiqa gambar yang diberi Puan Hasnah kepadanya tadi. Fiqa menyambut.
 
 
“Ini gambar kelmarin yang kita makan kat KFC kan??,” ujar Fiqa lalu memandang wajah abangnya. Gambar mereka di petik ketika mereka tidak sedar kerana gambar itu di ambil dari jarak jauh.
 
 
“Sekolah abang pasang spy pada abang eh???,” ujar Fiqa lalu menutup mulutnya tidak percaya pergerakan mereka di intip. Patutlah abangnya tidak mahu dia ke sekolahnya lagi kerana takut di fitnah.
 
 
Spy yang tidak bertauliah,” jawab Nik lalu mengambil gambar itu dari tangan Fiqa. Sehingga kini dia tidak tahu perbuataan siapa.
 
 
Spy yang tidak bertauliah?? Maksud abang ini kerja spy sukarelawan lah ye?,”
 
 
Nik tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
 
 
“Gambar ni abang dapat dari mana?,” tanya Fiqa bila abang Niknya kelihatan tiada mood.
 
 
“Dari Puan Pengetua,” jawab Nik ringkas.
 
 
OMG!! Dari Puan Pengetua?? So apa Puan Pengetua cakap pada abang?,” tanya Fiqa lalu menarik tangan abangnya Nik kerana dia mahu tahu. Patutlah muka abangnya muncung dan tidak mood pasti dia dikenakan tindakan. Tindakan apa yang Puan Pengetua kenakan padanya. Ala kesiannya abang Nik.
 
 
“Dia beri amaran sahaja,” ujar Nik.
 
 
“Lah amaran sahaja, yang abang nak sedih bagai kenapa pulak??,” usik Fiqa.
 
 
“Sebab abang hampir dikenakan tindakan displin dan dilucutkan dari memegang title sebagai Ketua Pengawas,” jawab Nik lalu memandang wajah adiknya. Sepertimana yang dia terangkan kepada Dania. Dia tidak kisah jika ada orang lain yang mahu menjadi Ketua Pengawas. Tapi bukan dengan cara kotor begini.
 
 
Oh dear! Abang tahu siapa punya kerja?,” tanya Fiqa lagi. Dia tiba-tiba teringatkan Lia. Pelajar perempuan itu yang dia temui kelmarin di KFC. Mungkinkah ini semua kerja Lia? Tapi dia tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti. Dan salah dia juga kerana dia tidak memberitahu abang Niknya bahawa Lia dan temannya berada di KFC kelmarin.
 
 
“Abang tak tahu,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari sofa dia malas hendak memikirkannya lagi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment