Tuesday 15 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 15

 
 




                         LIA memerhatikan wajah Nik bila lelaki itu sedang leka menikmati spagettinya sambil membaca akhbar di hadapannya. Dia tahu Lia memerhatikannya namun dia buat tidak endah sahaja. Tadinya Lia meminta dia menemaninya makan tengahari. Oleh kerana Lia tidak membuat sebarang masalah padanya, dia bersetuju untuk menemaninya makan tengahari.

                        You nak tenung I satu hari terus atau hendak makan!,” ujar Nik tanpa memandang wajah Lia dia sibuk membaca email dari iphonenya.

                        I’m curious Nik..apa jadi hubungan you dengan Dania?,” ujar Lia tanpa mempedulikan pertanyaan Nik tadi. Otaknya sarat dengan pelbagai soalan mengenai Nik. Dia mahu tahu semuanya tentang Nik. Hari ini adalah chapter Nik. Dan selagi dia tidak dapat jawapan dari Nik. Dia akan stalk lelaki itu sampai dia merasa puas hati dengan jawapan Nik. Dia tiba-tiba obsess dengan lelaki itu. Semua tentang diri Nik dia hendak tahu.

                        “Dania??,” tanya Nik lalu mengerutkan dahinya bila Natalia tiba-tiba bertanya pada dirinya tentang Dania teman sekolahnya dahulu. Nik meletak iphonenya di atas meja lalu memandang tepat ke wajah Lia.

                        “Ya Dania, dia suka you kan Nik???,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik tanpa berkedip.

Dia tahu Dania suka pada Nik. Dan zaman persekolahan dahulu Nik agak rapat dengan Dania. Mereka berdua tidak pernah berengang seperti belangkas ke sana kemari bersama. Masakan mereka tidak ada menjalinkan hubungan cinta. Dia tahu Dania tidak akan berputus asa memikat hati Nik.

                        “Hubungan apa? We are just friends!,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang. Dia melipat akhbar yang di baca tadi. Dia mencapai cawan lattenya lalu di minum lattenya perlahan.

                        Friends??? You mean you dengan Dania tidak pernah bercinta??,” tanya Lia tidak berpuas hati dengan jawapan Nik yang begitu ringkas.

                        “Bercinta?? Mana you dengar cerita I dan Dania bercinta?,” jawab Nik lalu tersenyum bila Lia menyangka dia dan Dania bercinta. Mereka hanya berkawan baik sahaja. Dia tahu Dania mahu hubungan mereka lebih dari teman biasa. Namun Nik tidak pernah memberi Dania peluang untuk mereka rapat lebih dari teman biasa. Ketika itu, dia tidak pernah terfikir untuk bercinta kerana matlamatnya hanya satu. Mahu belajar sahaja.

                        “Tak bercinta? Tapi you tahu Dania benar-benar sukakan you Nik,” tanya Lia lagi.

                        “Tahu,” jawab Nik ringkas.

Dia tahu Dania ada perasaan lebih dari seorang sahabat terhadap dirinya kerana Dania pernah luahkan perasaannya terhadap dirinya dahulu. Namun dia tidak dapat menerima cinta Dania kerana dia sememangnya tidak mahu bercinta dan hanya mahu berkawan dengan Dania sahaja. Dia tidak tahu samada Dania dapat menerima alasannya ataupun tidak. Kerana Dania masih berkawan dengannya setelah dia berterus terang padanya.

                        You tak ada perasaan apa-apa pada Dania?

                        No,”

                        You benar-benar hati batu Nik, bukan Dania sahaja yang sukakan you, budak-budak perempuan kelas tingkatan 5 Teratai, si Azura. Shereen dan Fathia dan budak kelas tingkatan 6 Orkid. Ezyleen. Norsilah dan Fateha, semua tergila-gilakan you Nik, you tak perasan ke semua tu!,” jawab Lia dengan wajah tidak percaya.

Percaya atau tidak semasa di sekolah dahulu. Lia mahu tahu semua perkara tentang Nik kerana dia mahu membalas dendam pada Nik. Maka dia kumpul banyak maklumat mengenai Nik hanya mahu menjatuhkan Nik dan bukan sebab lain. Dan perbuatannya itu hampir sahaja membuatkan Nik dilucutkan dari menjadi Ketua Pengawas dahulu. Namun nasib menyebelahi Nik kerana Nik disukai ramai guru sekolah.

Jadi kesemua nama-nama perempuan yang disebut tadi diperolehi datang dari pelajar-pelajar perempuan itu sendiri. Mereka sukakan Nik dan mahu Nik menjadi teman lelaki mereka. Namun tiada seorang di antara mereka yang berjaya menambat hati Nik termasuklah Dania yang boleh di katakan berjaya bersama Nik sepanjang masa mereka di sekolah kerana Dania merupakan seorang pengawas dan dia juga pembantu Ketua Pengawas. Jadi selama ini dia  menyangka Dania adalah kekasih hati Nik semasa di sekolah dahulu.

I can’t even remembered half of those girls that you have mention earlier..you mean they all like me?? You are unbelieveable!!!,” jawab Nik terperanjat lalu tersenyum merasa lucu kerana di antara pelajar yang di sebut Lia awal tadi, dia tidak kenal dan tidak ingat siapa mereka. Bagaimana Lia tahu semuanya.

You tak ada girlfriend langsung! Serious??? But why Nik?,” tanya Lia benar-benar ingin tahu. Kalau Nik tidak punya girlfriend di sekolah mungkin Nik ada girlfriend di luar sekolah kerana Lia baru teringat dia pernah ternampak Nik bersama dengan pelajar luar sekolah dan mereka kelihatan mesra bersama.

Because I don’t need a girlfriend, simple!,” jawab Nik dengan wajah bersahaja.

I don’t believe you,” jawab Lia lalu mengelengkan kepalanya perlahan. Dia mencapai garfu lalu mencuit sedikit potato gratin yang di pesan tadi. Potato itu di masukkan ke dalam mulutnya lalu di kunyah perlahan.

“Kenapa you susah sangat hendak percaya I tak pernah bercinta masa sekolah dahulu?,” ujar Nik lalu memandang wajah Lia bila wanita itu tidak percaya dengan apa yang dia katakan padanya tadi.

Because you are too perfect not to have girlfriend!, That’s why I susah nak percaya!,” jawab Lia lalu menyuap potato gratin ke dalam mulutnya lagi. Dia masih tidak dapat menerima jawapan Nik.

Nik hanya mengelengkan kepalanya perlahan bila Lia berkata demikian. Kenapa Lia merasa pelik bila dia tidak punya teman wanita dahulu. Apa tidak normalkah dia tidak mempunyai teman wanita?

Ok you remember I pernah beri your picture kepada Pengetua sekolah dahulu. Gambar you dengan seorang pelajar perempuan dari sekolah lain dan because of that picture, you hampir kena strip off from being head perfect,”

So..that was your doing?,” ujar Nik tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya dia masih ingat lagi, dia di panggil pengetua sekolah kerana dia telah dituduh melanggar tata susila sebagai seorang Ketua Pengawas sekolah kerana berperangai kurang sopan di khayalak ramai kerana Nik dalam uniform sekolah dan perbuatannya itu memalukan sekolah mereka.

Dan dia hampir sahaja dilucutkan dari menjadi Ketua Pengawas di sebabkan fitnah itu. Dia tidak pernah tahu siapa yang menyampaikan fitnah itu dan memberi photo itu kepada pengetua sekolah. Jika Lia tidak memberitahunya tadi, sehingga kini dia tidak tahu angkara siapa.

I told you..I hate you so much!,” jawab Lia dengan wajah tidak bersalah. Nik masih tidak mengerti lagi kenapa dia berbuat demikian.

Really to that extend! Apa kesalahan yang telah I buat pada you sehingga you sanggup menjatuhkan maruah I hingga begitu sekali?,” ujar Nik dengan wajah serious. Dia benar-benar tidak menyangka Lia sanggup berbuat begitu terhadap dirinya.

Lia diam membisu bila Nik marah padanya.

“Kenapa you tiba-tiba diam?,” ujar Nik bila Lia tidak menjawab pertanyaannya. Wajah Lia dipandang. Dia tidak mengerti mengapa Lia sanggup menfitnahnya sehingga dia hampir dilucutkan menjadi Ketua Pengawas.

Lia mengelengkan kepalanya perlahan kerana dia tidak tahu kenapa dia berbuat begitu pada Nik. Dia benar-benar tidak ada jawapan yang hendak di berikan kepada Nik.

“Tak tahu??? Tapi kenapa you benci sangat pada I, I’m just curious Lia? This teory what I’ve learnt from someone says, orang itu akan mencari dan membuat masalah pada seseorang itu, kerana dia hendak menarik perhatian dari orang itu atau kerana dia terlalu sukakan orang itu, tapi orang yang dia hendakkan perhatian tidak pernah perasan padanya..so tell me you falls in which category?? The first?? Second?? Or both??,”

Lia memandang wajah Nik dengan wajah keliru bila lelaki itu berkata demikian.

Mungkinkah teori yang di katakan Nik tadi adalah benar. Selama ini dia sukakan Nik. Dan kerana Nik tidak pernah melayan dan menyukainya maka dia mencari masalah pada Nik.

Jadi dia benar-benar cintakan Nik, hanya dia tidak perasan selama ini. Patutlah dia merasa tidak selesa bila tidak memandang wajah Nik jika sehari dia tidak bertemu dengannya semasa di sekolah dahulu.

Dan bila Nik tidak mendendanya. Dia merasakan harinya tidak lengkap. Dan setiap kali Dania bersama Nik, dia akan melakukan sesuatu pada Dania. Dan dia merasa cemburu teramat sangat bila Nik keluar dengan pelajar perempuan dari sekolah lain dan disebabkan cemburu yang teramat itu, dia telah menyebarkan fitnah mengenai Nik dengan pelajar perempuan itu. Jadi selama ini dia cintakan Nik tanpa dia sedari.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment