Tuesday 22 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 16




 
 
Tahun 2001, Di SMTI

                        FIQA berdiri berdekatan dengan pondok pengawal keselamatan sekolah SMTI sementara menanti kedatangan abangnya Nik. Sesekali dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Mana abang Niknya? Kata habis jam 3 petang. Dia sudah menunggu hampir 15 minit namun bayang abangnya tidak kelihatan.

                        Lia dan Yana berjalan perlahan menuju ke parkir kereta. Sambil berjalan menuju ke kereta Yana matanya memandang kearah seorang pelajar perempuan berdiri seorang diri di pondok keselamatan. Budak perempuan itu bukan pelajar di sekolahnya kerana logo nametag sekolah yang di pakai budak perempuan itu tidak sama sekolahnya. Siapa budak perempuan tu? Dia tunggu siapa?

                        Lia menyenggol lengan Yana.

                        “Budak perempuan yang berdiri kat pondok security tu?? Kau kenal budak perempuan tu?,” tanya Lia lalu menyandarkan badannya di kereta kancil Yana.

                        Yana mengalihkan pandangan kearah pondok keselamatan.

                        “Entah tak kenal..kenapa? Entah-entah dia tunggu pakwe dia balik agaknya,” ujar Yana sambil lewa. Bukan dia tak biasa lihat pelajar dari sekolah lain menunggu pakwe atau makwe mereka balik dari sekolah. Ala perkara biasa. Tak ada yang peliknya. Dia pasti budak perempuan itu menunggu pakwenya pulang sekolah.

                        “Eh kejap aku nak tengok siapa pakwe dia,” ujar Lia lalu menutup pintu kereta. Mereka duduk diam di dalam kereta menunggu pasangan pelajar perempuan itu bertemu dengannya.

 

****

 

                        Fiqa menunjuk jam di tangannya sebaik sahaja dia terpandang wajah abang Niknya berjalan perlahan menuju ke arahnya. Penat dia berdiri sedari tadi. Naik lenguh kakinya menunggu abang Niknya. Abang Niknya masih boleh berjalan lenggang kangkung lagi. Issk!

                        “Cepatlah..orang dah penat ni?? Bag berat tau!,”ujar Fiqa lalu menuju kearah motor abang Niknya yang terparkir berdekatan dengan pondok keselamatan.

                        Nik hanya tersenyum melihat adiknya Fiqa yang meradang melihatnya sengaja melengah-lengahkan masa. Bukan dia sengaja. Tadi mesyuaratnya habis sedikit lewat. Sebab itu dia keluar lambat.

                        “Eii abang sengaja tau!,” ujar Fiqa geram lalu mencubit pinggang abang Niknya bila lelaki itu sengaja berbuat demikian.

                        “Kata nak cepat..habis helmet tak pakai lagi?,” ujar Nik bila Fiqa tidak memakai helmet yang di serahkan kepadanya.

                        “Pakaikanlah..Fiqa mana reti!,” jawab Fiqa manja.

                        Nik hanya menjeling bila Fiqa mula manja tidak bertempat. Nik memakaikan helmet pada Fiqa. Fiqa hanya tersenyum bila abang Niknya melayan karenah manjanya.

 

****

 

                        “Makwe si mawas rupanya?? Tak sangka aku si mawas tu ada makwe, cantik pulak makwe dia!,” ujar Yana lalu tersenyum bila menyedari teman lelaki budak perempuan itu adalah Ketua Pengawas mereka Nik Faisal. Patutlah Nik tidak pernah melayan pelajar perempuan sekolah mereka. Rupanya Nik punya makwe dari sekolah lain. Kurang kontroversi. Bijak juga Nik memainkan peranan.

                        “Tak adalah secantik mana!,” jawab Lia perlahan namun komennya tidak di dengari Yana.

                        Matanya tidak lepas dari memandang kearah mereka. Nik ada makwe? Dania bukan makwe dia? Bisik Lia dalam hati. Siapa budak perempuan tu? Dari sekolah mana? Loving bukan main?

                        “Dah tahu siapa pakwe dia..jom kita balik sekarang!,” ujar Yana lalu menghidupkan enjin keretanya.

                        “Aku nak kau ikut diaorang!,” ujar Lia lalu menoleh kearah Yana.

                        “Ikut Nik?? Nak buat apa?,” tanya Yana hairan. Kenapa Lia mahu dia mengikut Nik.

                        “Aku nak cari masalah baru dengan Nik,” jawab Lia dengan perasaan membuku.

 

****

 

                        “Wah KFC?? Best jugak! Dah lama aku tak makan ayam goreng KFC!,” ujar Yana lalu  duduk di salah sebuah meja kosong yang terdapat di dalam restaurant KFC.

                        Dia mengekori Nik hingga ke KFC bila pasangan romantic itu menuju kearah restaurant itu. Sepanjang dia mengekori Nik. Lia diam sahaja. Mungkin Lia sibuk merancang hendak mengenakan Nik.

                        Lia membuka walletnya lalu dia mengeluarkan note 3 keping 10 ringgit lalu di serahkan kepada Yana.

                        “Kau belanja aku?? Wah best! Kau nak makan apa?,” tanya Yana kerana dia tahu Lia mahu dia ke kaunter membeli makanan untuknya.

                        “Apa-apa yang kau makan,” jawab Lia matanya tidak lepas dari memerhatikan pasangan 2 sejoli berada di kaunter menunggu makanan pesanan mereka.

Budak perempuan itu kelihatan begitu manja sekali dengan Nik. Dan Nik tidak merasa segan melayan karenah makwenya. Naik meluat dia melihatnya. Kata Ketua Pengawas, tapi perangai tak ubah seperti mawas. Di sekolah bukan main decent lagi. Bila di luar sekolah semua perangai buruknya keluar. Cemuh Lia dalam hati.

Nik mengangkat tray berisi daging ayam kfc dan burger makanan yang di pesan di kaunter tadi di temani Fiqa lalu berjalan menuju kearah meja kosong. Fiqa mencapai beberapa kentang goreng dari tray lalu di suakan ke mulut Nik. Nik membuka mulut lalu mengunyah kenyang goreng itu perlahan.

 

*****

 

                        “Bismillah! Wah bestnya dapat makan burger KFC! Dah lama abang tak belanja Fiqa,” ujar Fiqa ghairah mengunyah burger zinger sehingga sos putih zinger comot di hujung bibirnya dia tidak perasan.

                        Nik mengelengkan kepalanya perlahan bila Fiqa makan seperti tidak pernah makan KFC selama 1 tahun layaknya. Nik mencapai napkin lalu mengelap hujung bibir Fiqa yang comot dengan sos mayonnaise zinger.

                        “Makan tu cuba elok-elok, awak tu perempuan, cuba lady like sikit,” tegur Nik lalu tersenyum.

Dia mencapai kentang goreng lalu di suapkan ke dalam mulutnya. Sudah lama juga, dia dan Fiqa tidak keluar makan bersama. Sesekali keluar lepas sekolah seronok juga. Tapi dia tidak mahu amalkan selalu kerana dia tidak mahu memanjakan Fiqa dengan makanan fast food. Sesekali boleh tapi tidak selalu.

                        “Nak ladylike apanya abang? Fiqa kan tomboy sebab berkawan dengan abang dari kecil sampai lah ke anak dara sekarang ni, lainlah abang ajak Fiqa main anak patung dan masak-masak dulu, mungkin Fiqa boleh jadi ladylike,” jawab Fiqa dengan wajah selamba bila abang Niknya menegurnya dia tidak ladylike tadi.

                        “Ada sahaja jawapannya..,” ujar Nik tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan.

Fiqa selalu mengikut dia kesana kemari semasa mereka kecil dahulu. Dia mengajar Fiqa bermain guli, gasing dan mainan budak-budak lelaki. Sebab itu Fiqa agak ganas sedikit perangainya berbanding budak perempuan yang biasa. Dan salah satu kegiatan yang menjadi kesukaan Fiqa hingga sekarang adalah memancing. Nik terpaksa melayan Fiqa bila dia gian memancing kerana salah dia sendiri kerana mengajar Fiqa memancing dahulu. Dan hobi memancing Fiqa kekal hingga ke hari ini.

                        Fiqa menjeling kearah meja hujung dimana terdapat 2 pelajar sekolah sedang duduk menikmati KFC. Apa yang Fiqa perasan salah seorang dari teman mereka asyik memandang kearah mereka berdua sedari tadi. Fiqa tidak kenal pada mereka kerana lambang nametag mereka tidak seperti sekolahnya.

Fiqa memandang kearah poket kemeja biru sekolah abangnya. Lambang logo sekolah abangnya di perhatikan. Sah! Budak dari sekolah SMTI.

                        “Abang..si budak Lia tu datang sekolah hari ni?,” tanya Fiqa sambil lewa lalu menyedut air ice lemon teanya perlahan.

                        “Tadi mesyuarat dia ada, Kenapa Fiqa tanya?,” jawab Nik sambil lewa. Dia sibuk hari ini, selepas habis kelas, dia ada mesyuarat persatuan catur, selepas itu dia pergi mesyuarat kelab bahasa Ingerris pula.

                        “Tak adalah, saja tanya!,” jawab Fiqa lalu menoleh kearah meja budak sekolah SMTI sekilas. Sekali lagi budak perempuan yang sama menoleh memandang ke arahnya. Namun Fiqa pura-pura tidak perasan bila budak itu melihatnya. Malah dia menyentuh rambut abang Niknya perlahan.

                        “Kenapa??,” tegur Nik bila Fiqa menyelak rambutnya perlahan seperti mengambil sesuatu.

                        “Ada benang,” jawab Fiqa lalu tersenyum.

Sebenarnya tidak ada apa-apa dia cuma mahu melihat reaksi budak perempuan itu bila dia berbuat demikian. Dia merasa pelik melihat kelakuan budak perempuan SMTI itu. Siapa dia? Kenapa dia asyik memandang kearah dia dan abang Niknya? Jangan-jangan budak itu LIA?

                        “Budak Lia tu ahli kelab bahasa Ingerris ke?,” tanya Fiqa lagi.

                        “Tak, dia ahli kelab catur,” jawab Nik sambil lewa.

                        Fiqa menoleh kearah buku tahunan sekolah SMTI dan beberapa buku teks yang dibawa bersama abang Niknya tadi.

                        “Abang…dalam buku ini ada gambar budak Lia tu ke?,” tanya Fiqa mencapai buku itu lalu membukanya. Dia menyelak helaian demi helaian mukasurat yang terdapat di buku itu.

                        “Kelas 5 Jasmine,” ujar Nik bila Fiqa mencari gambar Lia di dalam buku tahunan itu.

                        Fiqa menyelak ke mukasurat Kelas 5 Jasmine. Wajah pelajar perempuan di dalam kelas itu di perhatikan satu persatu. Jari telunjuknya terhenti pada salah seorang pelajar perempuan di kelas 5 Jasmine.

                        “Ini ke Lia????,” tanya Fiqa ghairah lalu menunjukkan kepada abang Niknya kerana budak perempuan yang berada beberapa meja dari mereka wajahnya seperti berada di gambar itu.

                        Nik memandang kearah wajah budak perempuan yang di tunjukkan Fiqa di dalam buku tahunan.

                        “Ah yelah, mana Fiqa tahu??,” ujar Nik terperanjat bila Fiqa dapat meneka dengan tepat. Fiqa tidak pernah bertemu dengan Lia.

                        “Kan ada tulis nama,” jawab Fiqa lalu tersenyum meleret bila mengetahui siapa budak perempuan itu. Dia tidak merujuk pada nama pada gambar kelas itu. Dia hanya meneka sahaja.

Sengaja dia tidak mahu memberitahu abang Niknya bahawa Lia berada di sini dan sedang mengintip mereka. Apa yang membuatkannya musykil kenapa Lia mengikut mereka hingga ke mari. Apa muslihat Lia? Dia hanya akan tahu bila abangnya bercerita padanya nanti.




bersambung....









No comments:

Post a Comment