Monday 7 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 11








Awal tahun 2009, Di Malaysia

Lia mendial nombor Eryan berkali-kali namun tidak dapat dihubungi kerana handphone Eryan di matikan. Lia mencampak handphone dikatil. Lia menoleh kearah pintu bila pintu bilinya ketuk berkali-kali.

Lia tidak bercadang mahu membukanya kerana dia tidak ada mood. Semalam dia bertengkar dengan Eryan mengenai majlis perkahwinan mereka. Eryan mahu menundakan perkahwinan mereka. Katanya belum bersedia kerana dia baru sahaja dilantik menjadi pengurus syarikat oleh ayahnya dan dia mahu menumpukan perhatian pada pekerjaannya.

Lia tidak dapat menerima alasan Eryan. Orang lain juga punya kerjaya tapi ada masa untuk diri sendiri. Tidak kah Eryan cinta padanya. Mereka telah mengikat tali pertunangan hampir 3 tahun. Sepatutnya Eryan tidak sabar mahu menjadikannya sebagai suri hidupnya. Malah Eryan meminta perkahwinan mereka di tunda ke 2 tahun lagi. Hati siapa yang tidak sakit.

Jadi dia tidak ada mood hendak melayan sesiapa hari ini!

“Lia buka pintu ni sayang. Eryan ada di luar, dia hendak bertemu dengan Lia,” ujar Puan Fazuin memujuk bila Lia tidak mahu membuka pintu bila di ketuknya berkali-kali. Dia tahu Lia bertengkar dengan Eryan semalam. Lia tidak pula bercerita apa-apa dengannya. Dan hari ini Eryan berada di rumahnya. Pasti Eryan mahu memujuk Lia.

Lia bangkit dari katil lalu membuka pintu.

“Thanks Ma,” jawab Lia lalu keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga menuju kearah ruang tamu di mana Eryan sedang duduk menantinya. Ibunya Farzuin berlalu ke dapur membiarkan Lia dan Eryan di ruang tamu.

“Kenapa you off your phone??,” tanya Lia sebaik sahaja dia duduk di sebelah Eryan.

Battery flat!,” jawab Eryan tanpa mengulas panjang.

You datang kemari kenapa?,” ujar Lia lalu memandang wajah Eryan dengan wajah selamba. Dia masih marahkan pada Eryan sebab semalam.

I know you marahkan I sayang..I minta maaf ok. You kena faham dan mengerti kenapa I buat begitu sayang..untuk kebaikan kita bersama juga sayang,” pujuk Eryan bila Lia merajuk dengannya.

“Untuk kebaikan kita bersama??? Tunda lagi 2 tahun untuk kebaikan! Yan kalau you betul-betul sayangkan I, you tak sabar hendak hidup bersama dengan I, you akan percepatkan majlis pernikahan kami bukan melambatkan lagi, I memang tak faham dengan maksud you untuk kebaikan bersama, really!,” ujar Lia lalu memeluk tubuh. Dia tidak boleh menerima alasan Eryan yang tidak munasabah dengan menundakan majlis mereka kerana Eryan baru dilantik sebagai pengurus syarikat.

I thought we understand each other Lia! Kalau perkara mudah sebegini you tak boleh setuju dengan I. Apatah lagi kalau kita sudah berumahtangga? Don’t you realize, we are driven apart ever since you finish your study from London!! I don’t really know you anymore! You always want things your way! You tak pernah hendak fikirkan tentang kemahuan your fiancĂ©e!,” ujar Eryan meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada Lia. Lia hanya mahu kehendaknya di turutkan bagaimana pula dengan kehendaknya.

Lia hanya mampu memendam rasa bila mendengar luahan hati Eryan. Dia memandang cincin pemberian Eryan yang tersemat kemas di jari manis dengan perasaan sebak. Benar kata Eryan hubungan mereka semakin renggang sejak dia pulang ke Malaysia. Mereka sudah seperti orang asing. Mungkin ini adalah impak hubungan jarak jauh mereka selama 6 tahun. Namun begitu perasaannya terhadap Eryan tetap sama. Eryan tetap lelaki yang di cintai.

Sekembalinya Lia di Malaysia. Lia tidak sibuk mencari kerja kerana dia mahu memperkukuhkan hubungan cinta mereka dengan mengikat tali pertunangan dan setelah kedua belah pihak bersetuju mereka mengikat tali pertunangan selama 2 tahun dan bakal bernikah bulan hadapan.

You tak sayangkan I lagi ke Yan?,” tanya Lia dengan perasaan sebak.

Lelaki itu adalah kekasih hatinya sejak dia di Tingkatan 5 lagi. Dia benar-benar cinta dan sayangkan Eryan. Tapi kenapa Eryan memberinya alasan yang tidak munasabah. Tidak cukupkah sabarnya selama 8 tahun. Semasa dia belajar di London. Dia dapat merasakan hubungan cintanya tidak sehangat dahulu. Dia dapat merasakan Eryan bukan lelaki yang pernah di cintai dahulu. Awalnya Lia merasakan begitu kerana mereka sering berjauhan. Tapi setelah dia berada di sini Eryan sentiasa sibuk dengan kerjanya dan jarang sekali meluangkan masa bersamanya. Eryan memberi alasan dia sibuk dengan kerja.

“Kenapa you cakap macam tu sayang?,” tegur Eryan bila Lia tiba-tiba bertanya samada dia sayangkannya atau tidak.

“Apa hubungan you dengan anak Dato Hamdan, Yan?,” tanya Lia dengan perasaan sebak.

She’s my working partner! Kenapa you tanya?,” tanya Eryan bila Lia tiba-tiba bertanya tentang hubungannya dengan wanita itu.

Working partner atau future partner?,” tanya Lia lalu memandang wajah Eryan ingin melihat reaksi Eryan bila dia berkata demikian.

You don’t start with me Lia,” ujar Eryan lalu berjalan keluar menuju kearah verandah.

Lia mengekori Eryan kerana dia tahu setiap kali Eryan cuba mengelak dari soalan yang tidak menyenangkan. Eryan pasti akan melarikan diri. Dia kenal Eryan sudah lama. Dia cukup kenal dengan perangai Eryan.

You minta tunda selama 2 tahun sebab dia kan?,” ujar Lia lalu menyandarkan bahunya di pintu verandah. Dia sudah lama memerhatikan Eryan.

Namun setiap prasangka buruk tentang Eryan dibuang jauh-jauh kerana dia sayang pada lelaki itu dan dia sanggup memberi Eryan peluang berkali-kali agar hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin seperti yang mereka rancangkan dahulu. Tapi melihat keadaan mereka sekarang, dia dapat merasakan bahawa apa yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.

You tahu Sarina my business partner! You masih hendak cemburukan Sarina!,” ujar Eryan merasa tidak selesa bila Lia menyentuh hal teman perniagaannya.

“Yelah you hendak pergi ke Mauritus dengan business partner you untuk projek terbaru syarikat you..2 years Yan! Why can’t we get married and I  will definitely follow you to Mauritius! I sanggup korbankan cita-cita I and ikut you ke Mauritius. Unless you memang sudah ubah fikiran tentang hubungan kami?,” terang Lia.

Can we let this matter rest? I dah beritahu you she’s just my business partner, you yang tak hendak faham so tolong jangan semakkan fikiran I dengan pertanyaan-pertanyaan you tu, please..!! If you sayangkan hubungan kita ni tolong hentikan tuduhan-tuduhan you itu,“ jawab Eryan lalu menuju kearah keretanya. Kesilapan besar dia datang bertemu dengan Lia hari ini. Tujuannya hendak memujuk Lia tidak berhasil kerana Lia secara tidak langsung menuduhnya ada hubungan dengan rakan seniaganya.




bersambung.....







No comments:

Post a Comment