Monday 7 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 12








Pertengahan tahun 2011, Di Rome

                        Thanks for the Lolly, Antonio!,” ujar Lia lalu membuahkan senyuman manis kepada Antonio jejaka kacak keturunan Italy yang bekerja sebagai security bangunan kerana lelaki itu telah memberinya Lollypop.

Tadinya dia terus kearah front desk bangunan berbual dengan pekerja di sana sementara menunggu seseorang di lobby bangunan dan dia telah berbual dengan pekerja kacak di bangunan itu dan apabila dia terpandang wajah orang yang di tunggu Lia mengucapkan terima kasih kepada Antonio lalu menuju kearah orang yang ditunggu.

                        Lia tersenyum lebar bila lelaki itu tidak perasan akan dia ketika dia keluar dari lif kerana lelaki itu sedang sibuk berbincang sesuatu dengan seorang wanita dan Lia pasti wanita itu adalah pekerja di syarikatnya kerana dia dapat mendengar Nik sedang membincangkan tentang kerja mereka dengan wanita itu.

                        Lia mempercepatkan langkahnya mendapatkan Nik sebelum lelaki itu pergi jauh meninggalkannya.

                        “Hi Nik!, Hi Hello…I’m Nik girlfriend, Natalia..,” tegur Lia lalu berdiri di hadapan Nik dengan mengejut. Nik dan temannya di sebelahnya berhenti melangkah bila di hadapan mereka berdiri seorang wanita.

Lia dengan selamba mencapai tangan wanita di sebelah Nik yang kelihatan terperanjat lalu bersalam dengannya.

                        Nik hanya terdiam tergamam bila Lia memperkenalkan dirinya sebagai teman wanitanya kepada Flora Associate di Syarikatnya. Dia bagai hendak pitam bila Lia tiba-tiba berada di hadapannya.

Apa lagi yang Lia mahu darinya? Dia benar-benar menyesal memberi kadnya kepada pembantu rumah Lia tempoh hari. Sekarang Lia datang lagi menganggu hidupnya.

Setelah kejadian sandwich minggu lepas. Dia sangka Lia akan berhenti menganggunya selepas itu. Kerana dia percaya Lia membuatkannya sandwich mungkin cara Lia hendak mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dia telah membantu menyelamatkan Lia dari bermalam di lokap kelmarin. Dia tersilap tafsir lagi kerana Lia berada di hadapan matanya sekarang. Kali ini tiada bakul sandwich yang dibawa bersama, ini bermakna Lia punya antics baru.

“Oh Hi Natalia..I’m Flora..Nik’s Associate nice to meet you!,” jawab Flora ramah lalu menoleh memandang wajah Nik yang kelihatan terperanjat dan kehilangan kata-kata bila wanita itu menegurnya. Dia tidak tahu bahawa Nik mempunyai teman wanita selama ini. Inilah kali pertama dia bertemu dengan teman wanita Nik.

I will discuss further with you tomorrow morning! I have to meet Madam Sharon,” ujar Nik kepada Flora kerana dia tidak mahu Lia membuat perkara pelik yang akan memalukan dirinya terutama sekali di hadapan Flora.

Ok I see you tomorrow Nik..Bye Natalia!,” jawab Flora tersenyum dan berlalu pergi.

Bye Flora and Fauna..,” ujar Lia lalu tersenyum lebar. Dia memastikan bahawa wanita itu sudah jauh meninggalkannya agar wanita itu tidak terdengar apa yang dia repekkan tadi.

Dia menoleh kearah kanannya. Uitts! Lelaki itu tidak ada lagi di sebelahnya. Nik sudah meninggalkan dia dan berjalan laju menuju kearah pintu bangunan.

Cepatnya dia jalan. Macam ‘flash’.

Lia berlari mengejar Nik bila lelaki itu pergi meninggalkan dia, begitu sahaja.

“Nik tunggu I!!!,” ujar Lia lalu menarik tangan lelaki itu agar dia berhenti berjalan.

“Apa lagi yang you hendak dari I, Lia??? Could you please stop what you are doing right now! I have no time to entertain you! For heaven sake, please grow up Lia! We are not teenagers anymore!,” marah Nik lalu memandang wajah Lia serious.

Dia seharusnya bersikap tegas dengan Lia. Pada hari wanita itu berani datang ke pejabatnya tempoh hari.

Namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana dia tidak mahu menjatuhkan air muka Lia di hadapan teman-teman sekerjanya. Tapi hari ini dia tidak dapat mengawal perasaannya dan dia harus tegas pada Lia supaya Lia tidak lagi menganggu hidupnya. Perbuataan Lia sudah dikirakan melampau kerana Lia menganggu tugasnya.

Lia terdiam terkedu bila Nik memarahi begitu. Selama dia mengenali lelaki itu. Inilah pertama kali, dia lihat Nik hilang cool dan benar-benar marah padanya.

Dia benar-benar terkejut dan tidak menduga di marahi Nik sedemikian rupa. Apa yang membuatkan dia merasa pelik, air matanya mengalir perlahan bila lelaki itu memarahinya. Hatinya merasa sedih sangat. Ini bukan air mata yang di buat-buatnya seperti tempoh hari.

Nik memandang wajah Lia ingin melihat reaksi Lia setelah dia memarahi wanita itu. Lia kelihatan terkedu, dia merasa bersalah bila melihat air mata Lia mengalir perlahan di pipinya.

Dia tidak menyangka tindakannya itu telah membuatkan Lia menangis. Dan dia tahu Lia tidak buat-buat menangis kali ini, kerana dia lihat sendiri Lia kelihatan benar-benar terkejut bila dia memarahinya tadi. Dia benar-benar hilang sabar dengan perangai dan kelakuan Lia yang kebudak-budakkan.

I’m sorry Nik,” jawab Lia perlahan lalu mengesat airmatanya. Dia berjalan perlahan menuju kearah lain dan tidak lagi mengejar Nik.

Nik mengeluh perlahan menyedari kesilapannya lalu berjalan mendapatkan Lia semula. Dia tidak pernah memarahi Lia sebelum ini. Sungguh! Dia tidak pernah memarahi Lia sebegitu.

Walaupun Lia waktu remaja dahulu lebih nakal berbanding Lia dewasa. Pada usia dia remaja dahulu Nik masih boleh bersabar dan bertahan lagi dengan sikap dan perangai Natalia. Mungkin kerana adiknya Fiqa yang telah banyak mengajar dia erti kesabaran.

Dan Nik dewasa tidak lagi seorang lelaki yang penyabar seperti dahulu kerana Nik sudah penat. Dan dia tidak punya tenaga hendak melayan karenah Lia lagi, maka dia hilang sabar.

Dia tidak berniat hendak memarahi Lia. Tapi Lia harus faham. Mereka bukan anak remaja lagi. Mereka sudah dewasa, dan perbuataan ‘annoying’ Lia yang remaja dahulu patut Lia tinggalkan lama.

Lia memilih bangku berdekatan lalu duduk. Dia mencari tisu di dalam bag tangannya lalu mengesat air matanya yang tidak henti mengalir.

“Tolonglah berhenti…kau dah kenapa Lia??? Jadi orang cengeng begini…!!!,” gerutunya dengan perasaan sebal lalu mengelap air matanya yang mengalir sedari tadi.

Semasa Eryan meninggalkan dia sehari sebelum majlis pernikahannya dahulu. Dia tidak pernah merasa sesedih begini kerana dia seakan sudah dapat mengagak bahawa Eryan akan meninggalkannya. Hanya dia tidak menyangka Eryan akan meninggalkannya sehari sebelum hari pernikahan mereka. Sudah tentu dia merasa sedih hati, tapi tidak sesebak ini. Kenapa dia menjadi wanita cengeng tiba-tiba. Not just because Nik scolded her! That’s ridiculous! Bisik Lia dalam hati.

Nik duduk di sebelah Lia, dia tersenyum bila Lia berkata demikian. Wajah Lia di pandang. Hatinya berdetik. Apa masalah Lia yang sebenarnya? Kenapa pelajar bijak seperti Lia tidak punya wawasan untuk menjadi seorang yang berjaya? Dia tahu keluarga Lia orang berada. Dan dia juga tahu Lia seorang wanita yang mempunyai cita-cita tinggi.

Di sekolah, Lia aktif dengan persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti sukan. Lia boleh di katakan pelajar yang cemerlang dan pelajar pertama yang mengharumkan nama sekolah mereka setelah dia memperolehi markah tertinggi di dalam peperiksaan SPM. Dan Nik tidak pernah menyangkal akan kebijaksaan Natalia. She’s smart girl and has a bright future ahead.

Tapi apa yang telah terjadi pada Lia sekarang! Lia tidak seperti Lia yang di kenali 10 tahun dahulu. Full of energy and ambitious! Lia sekarang seperti layang-layang yang terputus talinya. Tidak ambitious dan tidak tahu arah tujuan hidup yang sebenar? Adakah Lia menjadi begitu disebabkan kegagalan yang dia alami baru-baru ini? Lia is not timid person! She’s full of life!

I tahu mesti you hairan kenapa I jadi macam gini kan!,” ujar Lia perlahan tanpa menoleh kearah Nik. Dia tahu pasti lelaki itu merasa hairan dengan dirinya sekarang. Pasti Nik menyangka dia seorang wanita yang tidak pernah matang. Dia yakin banyak persoalan bermain di fikiran Nik mengenai dirinya. Dia tahu.

You are not the same person I’ve known 10 years ago Lia..that girl full of life!..Ambitious! Fearless!!,” ujar Nik lalu tersenyum mengimbas kembali kenangan sewaktu mereka berada di alam persekolahan dahulu. Itu Lia yang dia tahu.

“Ya true!! People change through time and life experience..,” jawab Lia perlahan lalu tersenyum bila Nik mengingatkannya Lia 10 tahun dahulu. Waktu telah merubah segalanya.

Dia kehilangan ayahnya setelah 2 tahun mereka berada di London. Lia always looks up on him. Ayahnya adalah role modelnya. Lia rapat dengan arwah ayahnya. Ayahnya seorang lelaki yang penyabar dan begitu memahami dirinya dan sentiasa melayan kehendaknya. Ayahnya tidak pernah memarahinya dan selalu memanjakannya. Pemergiaan ayahnya telah memberi impak yang besar dalam hidupnya. Lia benar-benar merasa kehilangan bila ayahnya tiada. Tiada siapa yang dapat menganti tempat ayahnya. Lia seperti patah sayap bila ayahnya tiada.

“Lia perjalanan hidup kita tidak akan berhenti selagi kita masih bernyawa, no matter how bad the experience is..we have to move on Lia, kita masih ada Allah, Allah have plans for us, you cannot simply give up on life,” jawab Nik lalu menoleh kearah Lia.

Dia juga pernah mengalami pengalaman yang menyayat hati. Dan Nik tidak dapat lupa sampai bila-bila. Namun sepertimana yang dia katakan kepada Lia tadi. Hidup harus di teruskan. Dan jika Lia perlukan teman bicara. Dia bersedia mendengar keluhan dan masalah Lia.

What happen to you Nik??? You also not the same Nik I’ve known! You are different! Matured…yes..but less patience!,” ujar Lia tersenyum lalu menoleh kearah Nik.

Less patience??,” ujar Nik lalu memandang wajah Lia bila wanita itu mengatakan dia seorang lelaki yang kurang penyabar.

“Ah yah!! I baru susahkan hidup you sikit, you dah marah-marah..Nik dahulu I gigit tangan dia, I buatkan kaki dia bengkak dan lebam, I tinggalkan parut di atas keningnya..he still cool about it! But Nik sebelah I ni..fierce and tak cool!,” ujar Lia lalu tersenyum. Dia sendiri tidak percaya akan perkara-perkara yang disebut tadi, dia lakukan kepada Nik. Dia benar-benar gila pada masa itu. Dan Nik masih bertahan dengan perangainya.

I myself can’t believe, that I can be that patience!,” jawab Nik lalu menyandarkan badannya di kerusi. Dia mengelengkan kepalanya perlahan kerana dia sendiri tidak percaya bahawa dia sesabar itu pada masa itu.

Lia memandang wajah Nik bila lelaki itu tidak perasan dirinya di perhatikan. Nik seorang lelaki yang baik. Perangai Nik tidak jauh seperti ayahnya. Seorang lelaki yang penyabar dan penyayang. Lia benar-benar rindukan ayahnya tika ini. Nik mengingatkan dia pada ayahnya. Mungkinkah di sebabkan itu dia perlukan perhatian Nik? Sepertimana dia perlukan perhatian ayahnya dahulu. Dan hanya Nik sahaja yang dapat membantunya.

I’m really sorry for what I have done to you, Nik! I really am! I’m happy to meet you again and sorry for causing you trouble again! You reminded me of someone that I dear the most..,” jawab Lia dengan perasaan sebak. Wajah ayahnya tiba-tiba terbayang di ruang matanya.

Nik hanya mendiamkan diri bila Lia berkata demikian. Secara tidak langsung Lia juga telah mengingatkan dia pada seseorang yang dia sayangi. Mungkinkah pertemuan ini adalah takdir buat diri mereka.

 

bersambung.....








No comments:

Post a Comment