Monday 29 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 9







LIA berdiri tercegat lalu meletak bakul di hadapan pintu pejabat. Dia mengeluarkan kad Nik untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap office. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masih awal lagi dan dia percaya Nik belum keluar makan tengahari.

Lia mencapai bakul yang penuh sarat dengan sandwiches yang dia sediakan bersama Maria pagi tadi. Pelbagai jenis sandwich yang dia buat untuk Nik kerana dia tidak tahu sandwich kesukaan Nik. Maka dia sediakan pelbagai rasa dan pilihan. Bijak tak dia. Senyum Lia sendiri.

Sekali pandang dia kelihatan seperti pekerja sandwich delivery kerana bakul yang dibawa Lia besar dan dalamnya penuh dengan pelbagai jenis sandwich gourmet.

Buon pomeriggio! Consegna Sandwich per Nik Faisal!,” (Good Afternoon! Sandwich delivery for Nik Faisal!,” Ujar Lia lalu meletak bakul besar itu di atas kaunter penyambut tetamu pejabat Nik.

Sandwich per Nik! (Sandwich for Nik!)

!,” (Yes!) jawab Lia tersenyum lebar.

Ok, io fargli sapere,” (Ok, I will let him know),” jawab si penyambut tetamu itu lalu membalas senyuman wanita delivery itu.

Perempuan itu menekan extension Nik lalu memandang wajah delivery lady itu.

Da quali Deli?,” (From which Deli?)

“Maria Deli,” jawab Lia tanpa berfikir panjang dan wajah kelihatan selamba sahaja.

 

*****

 

YOU send the lady home straight last night?,” tanya Dante kerana dia ingin tahu sangat tentang cerita Nik bersama dengan teman wanita yang dikatakan bermasalah itu.

                        Don’t ask!,” jawab Nik lalu menyandarkan badannya di kerusinya. Dia memandang wajah Dante yang sedang duduk di mejanya ingin tahu apa yang berlaku setelah dia menghantar Lia semalam.  

                        Why?? Is she that bad! Why do you hate her so much!,” jawab Dante lalu ketawa kecil bila Nik berkata demikian dan tidak berminat bila dia bertanya tentang wanita itu.

                        Can’t you read? Trouble written all over her face!,” ujar Nik dengan wajah tidak percaya bila Dante menuduhnya seorang lelaki yang tidak bertimbangrasa.

Selepas dia keluar dari rumah Lia. Dia merasa lega teramat sangat. Seakan bebannya sudah di tinggalkan di rumah itu. Dia merasa serik dan tidak mahu terlibat dengan Lia lagi. Cukuplah Lia menderanya di sekolah dahulu. Dia tidak perlu di dera lagi.

                        Maybe she is not well? Maybe she has the same illness like your sister?,” ujar Dante lalu mencapai frame gambar yang terdapat di atas meja pejabat Nik. Gambar yang sama sentiasa berada di dalam dompet Nik. Dia tahu kisah sedih Nik. Dan dia bersimpati dengan nasibnya.

                        Nik terdiam seketika bila Dante berkata demikian, mungkin ada kebenaran pada kata-kata Dante. Mungkin juga Lia mengidap penyakit yang sama.

                        Nik tersentak terperanjat bila telefon pejabatnya berbunyi tiba-tiba. Nik mencapai gagang telefonnya.

                        Si, Rina..What??? Who???? I’m coming now!,” ujar Nik lalu meletak gagang telefonnya semula. Dia mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari Rina. Bala sudah tiba. Baru sekejap tadi dia memberitahu Dante jangan di tanya tentang wanita itu. Lia sudah menjelma. Bagaimana Lia tahu dimana dia bekerja?

                        Who’s that?,” tanya Dante bila Nik kelihatan tidak selesa sebaik sahaja menerima intercom dari penyambut tetamu syarikat mereka, Rina.

                        The troublemaker!,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari kerusinya. Dia ingin segera bertemu dengan Lia. Dia tidak mahu Lia membuat stunt yang bukan-bukan dan membuat officenya huru hara. Sebelum berlaku apa-apa ada baiknya dia menghalau Lia keluar dari pejabatnya.

                        Troublemaker?? You mean she’s here! Really??,” jawab Dante tetawa kecil lalu mengekori Nik dari belakang. Dia tahu Nik pasti merasa tidak aman bila mengetahui wanita itu berada di pejabatnya.

Semalam sahaja dia lihat Nik seperti tidak sabar mahu menghantar wanita itu balik ke rumahnya. Nik seakan tidak sanggup melayan karenah wanita itu. Teruk sangatkah perangai wanita itu. Dante akui wanita itu sedikit gila bila dia berani melakukan kesalahan di Trevi Fountain. Mungkin ada benarnya apa yang Nik katakan. Wanita itu suka mencari masalah.

 

****

 

                        “Hi Nik!, Hi Dante!,” tegur Lia mesra sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu muncul.

“Hi Lia.., We meet again!” jawab Dante mesra lalu tersenyum. Dia mendekati meja penyambut tetamu lalu duduk di atas kerusi di sebelah Rina lalu berbual kosong dengannya. Dalam masa yang sama dia ingin tahu akan tujuan Lia ke pejabat mereka. Apa pula antics Lia kali ini.

“Yes Dante..we will meet again and again and again!!,” jawab Lia dengan wajah selamba.

Nik seakan hendak pitam bila terdengar Lia berkata demikian. Nik tidak menjawab sapaan Lia. Wajahnya kelihatan serious.

“Hi Nik!,” ujar Lia lalu melambaikan tangannya di hadapan wajah Nik seolah-olah Nik tidak dapat melihatnya kerana Nik tidak membalas sapaannya sepertimana Dante membalas. Dari reaksi wajah Nik dia dapat merasakan Nik tidak merasa selesa bila dia datang ke pejabatnya. Hmm..kenapa eh? Nik tak suka ke?

You buat apa kat sini??,” tanya Nik memandang tepat ke wajah Lia.

I bawak lunch for you??,” ujar Lia lalu mengangkat bakul berisi sandwich dari atas meja reception.

Lunch?? Why??,” ujar Nik tanpa tersenyum. Wajahnya masih kelihatan serious. Dia memandang kearah bakul Lia yang penuh dengan pelbagai sandwich. She’s crazy! Bisik Nik dalam hati.

Dia tahu, jika dia melayan Lia. Lia pasti akan selalu ke pejabat menganggunya. Sepertimana yang selalu dia katakan kepada Dante. Lia is troublemaker dan dia tidak mahu wanita itu menganggu hidupnya lagi.

Namun wanita yang bernama Natalia tidak akan berhenti dari menyusahkan hidupnya. It is a big mistake bila dia mengambil keputusan untuk membantu Lia semalam. Sepatutnya bila dia mengetahui siapa wanita gila yang berada di Fountain itu. Dia terus sahaja beredar dan perkara ini tidak akan terjadi lagi pada dirinya.

Lia menunjukkan wajah sedih bila Nik berkata demikian. Dia mengelip-gelipkan matanya dengan menunjukkan wajah seperti karektor kucing Puss-In-Boots ketika dia merayu meminta simpati.

“Penat tau I buatkan lunch untuk you, subuh-subuh lagi I dah bangun buatkan untuk you, sampai hati you!,” jawab Lia lalu menangis di kaunter reception. Perbuataanya itu memeranjatkan Rina dan Dante. Mereka memandang wajah Nik bila Lia menangis. Mereka tidak tahu apa yang Nik dan Lia bualkan kerana mereka tidak faham bahasa mereka bualkan.

Why Lia?? Nik?? Why you make her cry?,” tegur Rina dengan wajah simpati bila wanita itu tiba-tiba menangis kesedihan.

Nik mengeluh lalu mengelengkan kepalanya kerana tidak percaya Lia sanggup berlakon di hadapan teman sekerjanya hendak memburuk-burukkannya. Dan Nik secara tidak langsung di anggap lelaki yang tidak berhati perut walaupun dia tidak berkata apa untuk menyakitkan hati Lia dan dia tidak salah apa-apa.

I didn’t make her cry..she just-, ah forget it!” jawab Nik cuba mempertahankan dirinya untuk menerangkan kepada teman sekerjanya bahawa dia tidak menyakitkan hati Lia, namun dia batalkan niatnya kerana mereka tidak kenal dan faham perangai Lia yang “Drama Queen”. Hanya dia sahaja yang tahu.

“Ok..ok, terima kasih sebab buatkan I lunch. But..banyak macam ni siapa yang nak makan semua!,” ujar Nik mengalah lalu memandang kearah Lia.

Lia menyapu air mata buayanya lalu tersenyum lebar. Lakonannya berjaya kerana Nik terpaksa menerima lunch yang disediakannya.

“Eh sandwich I buat untuk you..satu aje,” jawab Lia dengan wajah bersahaja.

“SATU! Habis yang lain??,” tanya Nik dengan wajah hairan. Sebab di kesemua wrapper sandwich itu tertulis nama Nik.

You boleh terhabis ke makan semua sandwich ni Nik??? I tak sangka you ni gagah,” jawab Lia lalu ketawa. Dia menepuk dada Nik spontan.

Tiada reaksi di wajah Nik bila Lia cuba berjenaka dengannya.

I buat 40 sandwiches ni sebab I tak tahu you suka makan sandwich apa..so I make 40 different types of sandwiches so that you can choose..selebihnya tentulah I kasi your colleague!,” terang Lia dengan wajah selamba.

40?? You are really-,”

What?? Crazy??? Memang! Itu yang selalu you cakap pada I kan!,” jawab Lia lalu memandang wajah Nik dengan wajah selamba. Dia terasa hati bila Nik selalu mengatakan dia wanita gila.

Kenapa Nik selalu mengatakan dia gila. Dia tidak gila, dia hanya sakit. Dan Nik tidak akan faham dengan masalahnya.

Nik tidak membalas bila Lia terasa ketika dia hendak memberi komen sebegitu. Lia terasa hati??

So what is your sandwich??,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik tepat.

Smoke Salmon,” ujar Dante bila Nik tidak menjawab pertanyaannya malah hanya berdiri tercegat memandang wajah Lia.

Lia mencari smoke salmon sandwich dari dalam bakulnya. Setelah bertemu dia menyerahkan sandwich itu kepada Nik.

Nik mencapai sandwich itu dari tangan Lia. Namun Lia tidak mahu melepaskan sandwich itu kepada Nik. Malah dia menarik lengan Nik perlahan lalu membisikkan sesuatu ke telinga.

Beware!!..I dah mandremkan sandwich you supaya you gilakan I!,” ujar Lia lalu tersenyum seperti wanita pyscho. Dia mengenyitkan matanya pada Nik bila lelaki itu kelihatan tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa bila Lia berkata demikian.

“Ok Rina and Dante..I’m in a good mood today, so I treat you guys and your colleagues sandwiches today!..Please help yourself and enjoy!,” ujar Lia lalu meletak bakul itu di atas kaunter.

Thank you so much! Lia,” jawab Dante dan Rina gembira mendapat sandwich percuma dari teman Nik.

Don’t worry Nik. I tak mandrem apa-apa kat sandwich you. I’m not that crazy! So enjoy the sandwich sayang!,” ujar Lia lalu mencubit pipi Nik sebelum dia meninggalkan pejabat Nik lalu menuju kearah Lift.

Nik hanya mampu memerhatikan kelakuan Lia yang sememangnya luar biasa. Dia menyangka dia dapat lari dan mengelakkan diri dari terbabit dengan wanita seperti Lia. Namun takdir menemukan dia dengan Lia. Dia tidak mahu bersangka buruk dengan Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dia tidak tahu rancangan Allah berikan untuknya. Mungkin kehadiran Lia dapat membantu melenyapkan kesedihan hati yang selama ini dia tanggung.




bersambung.....








3 comments:

  1. salam sis, lama xtgk sis update! ingat kan sis dh bhenti mnulis.. alhamdulillah still ada.. xsabar tggu next episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis Syira..In Sha Allah masih menulis selagi ada ilham..cuma tulah idea datang pun semput2..jadi update pun semput2 :)

      Delete
    2. hehehe xpe sis usaha tangge kejayaan! kami disini sabar menanti.. :)

      Delete