Monday 22 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 1




 



2001, Tempat di Malaysia

                        NATALIA meletak jambangan bunga segar di atas bangku yang di terima dari kekasih hatinya. Eryan memberinya bunga sempena meraihkan keputusan cemerlang yang di perolehi Lia di dalam peperiksaan SPM tempoh hari. Guru-guru dan pengetua sekolah semua mengucapkan tahniah kepadanya begitu juga rakan-rakan sekelas. Hari ini mood Lia benar-benar baik.

Dia memanjat pagar batu lalu berdiri perlahan. Cuba mengimbangi badannya. Setelah dapat berdiri dengan stabil. Lia berjalan perlahan-lahan ke sana kemari. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mengimbangi badannya agar dia tidak terjatuh ke dalam laut.

Eryan duduk di bangku memerhatikan Natalia berbuat begitu dengan wajah bersahaja. Dia sudah masak dengan perangai Natalia yang suka membuat perkara yang pelik-pelik sebegitu dan ini bukanlah percubaannya yang pertama sudah banyak kali. Dia sudah biasa dengan perangai Natalia yang sukakan cabaran dan Lia lain dari wanita biasa.

                        So lepas ni you dan family hendak berhijrah ke London?,” tanya Eryan sambil memandang kearah Natalia.

                        Looks like it! I love London!!!…Mungkin I nak sambung study di sana!,” jawab Natalia lalu tersenyum. Dia berjalan perlahan mundar mandir mengimbangi badannya. Dia mula merasa seronok pula.

Sesekali dia melirik ke arah bawah. Berkira-kira sendiri, jika dia tersilap langkah pasti dia akan terjatuh ke dalam laut. Dan belum tentu nyawanya terselamat jika ianya terjadi. Namun Natalia seperti tidak takut malah makin seronok.

Siang tadi dia ke sekolah untuk mendapatkan keputusan SPMnya. Alhamdullilah! Keputusan SPMnya cemerlang sekali. Dia seorang sahaja pelajar di sekolahnya yang mendapat markah tertinggi.

Daddy dan Mummynya benar-benar gembira dengan keputusan SPM yang Natalia perolehi. Mereka mahu Natalia menyambung pengajiannya di London nanti.

Natalia suka dan tidak sabar untuk melanjutkan pelajarannya di London. Dia tidak sabar ingin menjadi wanita dewasa. Dia mahu menjadi wanita yang berjaya dalam pekerjaan dan juga memperolehi keluarga yang bahagia bersama lelaki yang dia cintai, Eryan. Lia sudah plan dan atur perjalanan hidupnya dengan baik.

“Jadi!! Hubungan kita bagaimana??,” ujar Eryan lalu memandang wajah Natalia. Dia merasa tidak selesa bila Natalia kelihatan bersahaja dan tidak risaukan tentang hubungan mereka.

Dia tidak sepintar Natalia. Keputusan SPMnya hanya sekadar cukup makan. Dan dia tidak ambitious seperti Natalia yang punya cita-cita tinggi. Dia tidak perlu khuatir tentang masa depannya kerana keluarganya punya bisnes sendiri. Dan papanya sudah memberitahunya dia akan bekerja di Syarikat keluarga mereka. Jadi masa depannya settled.

“Hubungan kita?? I don’t know..you tell me!,” ujar Natalia dengan wajah selamba lalu duduk di atas batu setelah penat berjalan ke sana ke mari. Dia memandang tepat ke wajah Eryan yang duduk di bangku hadapan.

“Lia! You know I love you..How can you leave me and go!,” ujar Eryan bila Natalia selamba sahaja seperti tidak kisah mereka berpisah. Natalia cintakan dia atau tidak?

I love you too dear..we can still keep in touch right?? Or you sambung study di London??,”

You know I malas nak sambung belajar lagi…I penat hendak mengadap buku lagi,” jawab Eryan merasa tidak puas hati kerana dia terpaksa berpisah dengan Natalia. Dia memang tidak berminat lagi untuk belajar.

Then how??? You malas belajar..and I have to migrate di London..then kita putus sahaja lah,” ujar Natalia lalu bangun dan berdiri di atas batu semula.

Dia sayang dan cintakan Eryan. Namun Eryan seorang lelaki yang tidak suka berusaha sendiri. Eryan suka cara mudah dan tidak ambitious sepertinya.

“Sayang!!!,” jerit Eryan kuat kerana merasa terperanjat dan tidak percaya dengan jawapan Natalia yang begitu bersahaja. Perbuataannya itu telah memeranjatkan Natalia sehingga menyebabkan Natalia hilang pertimbangan.

“Eryan help me!!…I can’t balance…, Yan!!!!,” jerit Natalia tergelincir jatuh ke dalam laut.

“LIA!!!!!!,” Eryan bangkit lalu berlari ke pagar batu bila Natalia jatuh ke dalam laut. Ia berlaku begitu pantas sehingga dia tidak sempat hendak menarik Natalia agar dia tidak tergelincir.

Eryan menjadi panik dan tidak keruan kerana dia tidak dapat hendak menyelamatkan Natalia kerana dia sendiri tidak pandai berenang. Eryan menoleh kearah kiri dan kanan mencari-cari jika ada orang yang dapat membantunya. Dia terus berlari mendapatkan seorang lelaki yang kebetulan sedang berjalan perlahan tidak jauh dari tempatnya.

“Tolong girlfriend aku terjatuh dalam laut!!! Aku tak pandai berenang!,” ujar  Eryan dengan suara cemas wajahnya kelihatan panic.

Lelaki itu mencampak bag galasnya di bangku dan menanggalkan jaketnya lalu terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan wanita yang terjatuh bila lelaki yang kelihatan panic itu mengatakan teman wanitanya terjatuh di dalam laut.

Eryan berlari di batu pagar itu semula lalu memandang ke bawah berharap Natalia timbul di permukaan air. Dia yakin Natalia pasti pandai berenang. Namun, bila Natalia masih tidak timbul dia semakin panik.
 
 
 
 
bersambung....
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment