Friday 26 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 6







                        “LO sapevate che il suo??? How come??,” (Did you know her?) ujar Dante lalu memandang tepat ke wajah jelita wanita yang telah diselamatkan temannya itu. Wanita itu hanya membuahkan senyuman kepadanya kerana tidak faham dan mengerti akan perbualan mereka.

                        Lunga storia! E 'fastidioso,” (Long story! It's annoying) jawabnya selamba lalu membuahkan senyuman kepada wanita yang duduk di sebelahnya.

                        Davvero!! Non riesco a crederci! Ma lei รจ bella,” (For real!! I can not believe it! But she is beautiful) ujar Dante tanpa jemu memandang wajah cantik wanita yang di katakan bermasalah oleh temannya itu.

                        Lia hanya tersenyum bila Dante memandang wajahnya.

                        Bella ma pazzo!,” (Beautiful but crazy!) jawab temannya lalu tersenyum sinis.

                        Torno in ufficio. State prendendo un giorno di riposo? Avete intenzione di mandarla a casa?Ok,” (I'll be back in the office. You are taking a day rest? You are going to send her home?) ujar Dante lalu melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Mereka sudah terlalu lama berada di luar. Dia mahu kembali ke pejabat.

                        Grazie, ci vediamo domani, Dante,” (Thanks, see you tomorrow, Dante)  jawab lelaki itu lalu mencapai jaketnya.

                        Si invia il suo dritto a casa o portarla a casa tua?,” You send her straight home or bring her to your house? usik Dante lalu tersenyum nakal.

                        Portatela a casa mia ?? Diavolo, no!,” (Take her to my house?? Hell no!) jawab temannya lalu mengelengkan kepalanya berkali-kali.

                        Lia di sebelah hanya duduk memerhatikan dua teman itu berbual sambil menyedut fresh orangenya sesekali dia membuahkan senyuman kepada Dante.

                        Sei divertente!,” (You are funny!) ujar Dante kepada temannya lalu mendekati Lia.

                        Lia membetulkan kedudukannya bila menyedari Dante mahu beredar bila dia bangkit dari kerusi menandakan dia mahu pergi. Lia menghulurkan tangannya kepada Dante. Dante menyambut dan mencium tangan Lia. Adat lelaki Italian bila bertemu dengan wanita cantik.

                        Nice to meet you Signorina..till we meet again!,” ujar Dante lalu melambai tangannya kepada Lia.

                        Till we meet again!, Bye Dante!,” jawab Lia mesra lalu membalas lambaian tangan Dante.

                        Lelaki yang menyelamatkan dia tadi menyarungkan jaket ke badannya lalu mencapai kunci kereta dan walletnya dari atas meja. Dia menoleh memandang wajah wanita itu sekilas.

                        So...give me your address I’ll send you back home!,” ujarnya ringkas.

                        “Kenapa you cakap dengan Dante you tak akan bawa I pulang ke rumah you?,” ujar Lia tanpa mempedulikan pertanyaan lelaki itu. Dia lebih berminat ingin tahu mengapa lelaki itu memberi komen sedemikian kepada temannya.

                        Lelaki itu menoleh memandang wajah Lia dengan wajah terperanjat. Lia faham bahasa Italy? Tapi kenapa dia berpura-pura tidak tahu dan faham bahasa Italy semasa polis Rome berbicara dengannya tadi.

                        You are unbelieveable!!,” ujarnya mengelengkan kepala kerana merasa tertipu lalu bangkit dari kerusi. Dia berjalan laju menuju ke arah keretanya.

Dia tidak sangka sudah tertipu dengan wanita itu. Dia yakin dan juga percaya bahawa wanita yang di selamatkan tadi itu adalah pelajar di sekolah tempat mereka belajar sekolah menengah dahulu. Namun dia tidak mahu meneka dan membiarkan wanita itu tahu kerana dia tidak mahu apa-apa masalah dengan wanita itu.
 
                        “Apa?? Sebab I tahu bahasa Italy?? I tak ada kata yang I tak faham bahasa Italian..you yang assumed sendiri!,” jawab Lia lalu mengekori lelaki itu.

                        Whatever!..I had enough with your antics! Sejak dari sekolah lagi..you tak pernah berubah..,” jawab lelaki itu lalu membuka pintu keretanya.

                        “Dari sekolah??? Yes!!!..I’m sure I knew you somewhere?? You look familiar!,” ujar Lia lalu menutup pintu yang di buka lelaki itu, dia cuba mendapatkan perhatiannya. Lia berdiri di hadapan lelaki itu lalu memandang tepat ke wajahnya.

                        Lelaki itu berdiri tercegat malas hendak melayan karenah wanita itu. Dia hanya membiarkan sahaja wanita itu menganalisanya dari atas hingga ke bawah.

                        Lia berjalan perlahan namun matanya tidak lepas dari memandang wajah kacak lelaki itu. Dia cuba mengingati nama lelaki itu. Siapa mamat ni?? Wajah masa sekolah dengan mamat dewasa ni tidak jauh? But he’s look gorgeous now! Semasa sekolah dahulu mungkin dia tidak sesegak sekarang? But who is he? Lia menjengkitkan kakinya kerana lelaki itu tinggi darinya.

Dia memandang wajah tampan lelaki melayu itu secara close-up.

Lelaki itu menunjukkan wajah bersahaja kerana dia sudah biasa dengan perangai lorat wanita itu sejak dari dulu lagi.

“Affendy???,” teka Lia sambil tersenyum.

Nope!,” jawab lelaki itu sambil memeluk tubuh kerana tekaan Lia salah.

No!,” jawab Lia lalu mengelengkan kepalanya bila lelaki itu mengatakan dia bukan Affendy. Kalau bukan Affendy siapa? Lia mengerutkan dahinya lagi cuba mengingati nama teman-teman lelakinya sewaktu di sekolah dahulu.

Lia di sekolah dahulu cukup popular di kalangan murid lelaki. Ramai yang Lia jadikan boyfriend dahulu. Ala semua tu cinta monyet. Hanya dengan Eryan sahaja dia kekal.

Lelaki itu membuka pintu kereta. Sekali lagi Lia menutup pintu keretanya kembali.

You are wasting my time?,” jawab lelaki itu memandang wajah Lia dengan perasaan jengkel.

You beritahu sahajalah siapa nama you??? I’m sure you kenal I juga kan?? Kalau tidak you tak akan komen begitu tentang diri I,” ujar Lia merasa tidak puas hati selagi dia tidak tahu siapa nama lelaki itu.

Lelaki itu malas hendak melayan teka-teki wanita itu. Dia membuka pintu kereta sekali lagi. Sekali lagi itu juga Lia menutup pintu keretanya.

“Eh I tak ada masa hendak layan your nonsense!! You nak I hantar you naik..If not balik sendiri!,” ujarnya lalu menuju ke arah tempat pemandu. Dia tidak kuasa hendak melayan karenah mengakal wanita 3 suku itu.

“Eh I nak you hantar!,” jawab Lia lalu membuka pintu kereta di tempat penumpang dan masuk ke dalam perut kereta, bila dilihatnya lelaki itu serious mahu meninggalkan dia.

Lelaki itu menghidupkan enjin keretanya lalu memandu perlahan.

Lia tidak berpuas hati selagi dia tidak tahu akan nama lelaki itu. Dia menoleh lalu memandang wajah lelaki itu sekali lagi.

“Ah Fazrul?,” tekanya lagi.

Lelaki itu tidak menjawab malah menumpukan sepenuh perhatiannya pada jalan raya.

“Affendy bukan!..Fazrul pun bukan!,” ujar Lia perlahan. Dia mengerutkan dahinya cuba mengingati siapa lagi teman lelakinya semasa di sekolah dahulu.

“Adam? Nordin? Syarul? Ah...Iskandar?? ISKANDAR kan?,” ujar Lia dengan wajah confident.

Lelaki itu menoleh ke arah wanita disebelahnya dengan wajah tidak percaya, bila wanita itu menyebut beberapa nama lelaki, namun tiada seorang pun nama yang di sebut itu adalah namanya. Berapa ramai teman lelaki yang wanita itu ada?

“Berapa ramai teman lelaki yang you ada?? Must be playgirl!,” komennya lalu mengelengkan kepala perlahan.

“Eh sedap mulut aje cakap orang playgirl!! Entah-entah dia sendiri tu buaya tembaga!,” komen Lia lalu menjeling bila lelaki itu menyindirnya.

Lelaki itu hanya tersenyum bila Lia menuduhnya buaya tembaga sedangkan dia tidak. Namun dia tidak perlu menegakkan kebenaran tentang persepsi Lia terhadap dirinya kerana dia tahu Lia tidak akan percaya dan akan terus dengan anticsnya.

“Teruskan dengan teka teki you tu, it’s quite entertaining actually!,” jawab lelaki itu lalu memberhentikan keretanya di traffic light ketika lampu bertukar merah.

Eiii!! Stress tau tak?? Why can’t you just tell me your name? Kan senang?,”

Lelaki itu mengelengkan kepalanya perlahan menandakan dia tidak mahu memberitahu namanya kepada Lia. Dia memegang stering mengunakan tangan kirinya manakala dia meletak tangan kanannya di dahi lalu mengurut kepalanya perlahan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Kepalanya tiba-tiba pening bila melayan karenah wanita 3 suku itu.

Lia masih memandang lelaki itu. Dia mengecilkan matanya bila terpandang sesuatu. Lia mendekatkan dirinya kepada wajah lelaki itu. Dia perasan ada sesuatu di atas kening lelaki itu. Tidak mungkin dia?? Bisik Lia dalam hati.

Dengan berani Lia menyelak anak rambut lelaki itu agar dia dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Terdapat kesan parut kecil di atas kening lelaki itu. Lia membesarkan matanya.

                        Oh my goodness!! I couldn’t believe it!! It’s you! Nik Faisal! Gotcha!

                        Damn!,” ujar Nik sebaik sahaja Lia dapat meneka namanya dengan tepat. Dia seboleh-boleh tidak mahu Lia kenal siapa dirinya. Sebab itu dia sengaja tidak mahu memberitahu Lia siapa dirinya.

                        Sejurus itu Lia ketawa gelihati bila dilihat wajah Nik kelihatan kecewa sebaik sahaja dia dapat menekan namanya dengan tepat.




bersambung.....







                       


 

No comments:

Post a Comment