Monday 22 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 2

 
 
 




                           YANA menyenggol lengan Natalia sebaik sahaja dia ternampak kelibat ketua pengawas mereka masuk ke dalam perpustakaan. Ketua pengawas sekolah popular itu sering kali menjadi perbualan hangat di setiap bibir pelajar-pelajar perempuan SMTI.


Boleh dikatakan ramai pelajar perempuan di sekolah tergila-gilakan Ketua Pengawas. Namun tiada seorang pun diantara pelajar perempuan di SMTI mendapat perhatian Nik apatah lagi merebut hati Nik Faisal kerana lelaki itu berhati batu dan seperti tunggul kayu. Dia tidak pernah melayan mereka. Dan dia juga seorang lelaki yang dikategorikan sombong kerana dia tidak pernah mesra dengan pelajar lain. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang terpilih boleh berkawan dengannya.

                        Yana dan Natalia memang tidak berkenan langsung dengan Nik Faisal kerana Nik selalu mendenda mereka dengan hukuman yang berat-berat. Dan guru displin sekolah memberi kuasa kepada Nik untuk mendenda pelajar yang nakal. Apa ilmu yang Nik guna sehingga guru displin memberinya sepenuh kepercayaan.

                        Natalia menjeling merasa tidak puas hati dan terlampau geram amat dengan lelaki itu. Kerana Nik Faisal, dia di denda membasuh tandas sekolah selepas habis kelas selama 3 hari berturut-turut. Malah guru displin dan Puan Pengetua tidak berkata apa bila mereka didenda begitu kerana mereka terlalu sayang dan percayakan Nik Faisal. Kata mereka Nik tidak pernah menyalah gunakan kuasanya dan Nik seorang pengawas yang bertanggungjawab. Tanggungjawablah sangat! Suka-suka hati mendenda mereka.

Kesalahan yang Natalia buat tidaklah sebesar mana. Hanya mengeluarkan angin dari tayar kereta cikgu Alia. Itu sahaja, dia marahkan cikgu Alia kerana cikgu Alia tidak memberinya markah yang sepatutnya dia terima, menurut cikgu Alia, Natalia tidak menumpukan perhatian di kelas semasa dia mengajar dan asyik berangan. Bukan dia tidak mahu tumpukan perhatian pada kelas cikgu Alia. Alasannya cara cikgu Alia mengajar amat membosankan. Sebab itu dia lebih suka berangan sendiri semasa cikgu Alia mengajar.

                        Nik Faisal mencapai buku rujukan Kimia tingkatan 6 atasan dari rak  terdapat buku-buku rujukan tingkatan 6. Buku itu di buka lalu diselak perlahan helaian demi helaian muka surat dari buku yang tebal itu sambil berjalan.

                        “Lia..tak kan kau nak tengok sahaja si Nik tu! Kau tak geram dengan dia ke??? Dia yang buat kita basuh tandas 3 hari berturut-turut. Eiii!!! Geram pulak aku tengok muka dia tau!,” ujar Yana sambil memintal-mintal hujung tudungnya kerana merasa geram teramat sangat.

Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak-yepak muka Nik Faisal kerana Nik hidup mereka sengsara. Nik seorang ketua pengawas yang tidak boleh bertolak ansur. Dia terlalu tegas.

                        Dia dan Natalia benar-benar dendam dengan Nik.

                        Natalia mengengam pen parkernya kuat. Perasaan geram mula menyelubungi hatinya. Wajah Nik di pandang besar kecik sahaja dari tadi. Dia masih berdendam dengan Nik.

 
3 hari sebelum

                        “Dah bersih tandas ke belum??,” ujar Dania dengan wajah serius bila dilihat Natalia dan Yana berdiri di muka pintu tandas hanya berbual-bual dan tidak berbuat apa-apa.

                        “Yana..Assistant si mawas sudah mari!!,” sindir Lia bila pembantu ketua pengawas menegur mereka.

“Eh kau jangan nak berlagak eh!..Setakat Assistant je nak bising-bising, kita punya sukalah! Apsal kau sibuk!,” ujar Natalia lalu menjentik nametag Dania.

                        “Kau berdua ni memang tak serik kan! Nak kena denda lagi ke? Cuci tandas tak cukup?,” ujar Dania lalu memandang wajah Natalia tepat.

Dia tidak suka pada Natalia. Siapa yang tidak kenal Natalia, Natalia adalah pelajar perempuan ternakal di Tingkatan 5. Dia tidak mengerti mengapa sikap Natalia begitu. Natalia seorang pelajar yang pintar namun dia juga nakal bukan main tidak padan dengan perempuan.

                        “Denda??? Eh aku tak takut dengan ugutan kau lah? Dengan si mawas aku tak takut inikan pula gundik si mawas!,” jawab Natalia dengan wajah selamba.

                        “Kurang ajar kau eh!,” pantas sahaja tangan Dania menampar mulut Natalia yang celupar. Impak dari tamparan Dania membuatkan Lia jatuh terduduk di lantai.

Dania tidak dapat mengawal marahnya bila Natalia berkata demikian kerana Natalia benar-benar kurang ajar dengannya.

                        “Eh kau dah kenapa??? Berani tampar-tampar orang ni tak puashati!..Jumpa aku pukul 4.00 petang nanti kat padang sekolah kalau kau nak tunjuk terrer sangat!,” celah Yana bila Dania menampar muka Natalia. Dia tidak menyangka Dania berani menampar muka Natalia.

                        “Suka hati kau nak tampar muka aku eh! Kau dah lama hidup ke?,” ujar Natalia menyapu pipi merahnya perlahan bila di tampar Dania. Dia bingkas bangun lalu menghampiri Dania. Tangannya mahu di hayunkan ke muka Dania.

                        “Natalia!!,” jerit Nik Faisal tangannya sempat menahan tangan Natalia dari hinggap di pipi Dania.

                        Dania dan Yana tergamam seketika bila Nik tiba-tiba muncul entah dari mana.

                        “Eh lepaskan tangan aku lah BERUK!!!,” jerit Natalia cuba melepaskan tangannya dari gengaman Nik Faisal. Dia menumbuk-numbuk bahu Nik Faisal sekuat hati mengunakan tangan kirinya bila lelaki itu tidak mahu melepaskan tangan kanannya. Semakin kuat genggaman Nik Faisal, dia sengaja tidak mahu melepaskan tangan Natalia kerana khuatir jika dia lepaskan tangan Natalia, Natalia akan menampar Dania.

                        “Dania awak pergi balik, biar saya sahaja yang handle Natalia,” ujar Nik perlahan lalu menoleh kearah Dania yang berdiri di belakangnya.

                        “Tapi Nik!,”

“Balik Dania, biar saya yang uruskan Natalia,” ujar Nik bila Dania enggan pulang.

“Eh perempuan jadi budak baik! Dengar cakap boyfriend kau! Dia suruh kau balik..balik ajelah!, Apsal??? Kau takut eh??,” ejek Natalia dengan wajah sinis bila Dania kelihatan teragak-agak untuk meninggalkan mereka.

“Nik..you see lah. She’s very rude!,” ujar Dania manja bila Natalia mengejeknya.

Just ignore her, I see you tomorrow,” pujuk Nik perlahan.

Natalia pura-pura menguap kecil rasa meluat bila Nik memujuk Dania.

Lame!,” cemuh Natalia lalu tersenyum sinis.

Dania terpaksa menurut perintah Nik. Dia sebenarnya keberatan hendak meninggalkan Natalia bersama Nik. Dia tidak mahu Natalia cuba mengoda Nik kerana dia sukakan Nik.

Dia sedar Natalia selalu mencari pasal bila Nik ada agar Nik mendendanya. Dengan pengawas lain dia tidak membuat sebarang masalah. Dia tahu Natalia mahukan perhatian dari Nik.

 

****

 

                        LIA tersentak bila Yana mengoyangkan lengannya kerana Nik sudah semakin hampir ke meja mereka dan Lia tidak melakukan apa-apa.

                        Apa yang hendak dia buat sekarang??? Nik sudah semakin hampir. Lia memandang kearah meja cuba mencari sesuatu. Dia tersenyum bila menyedari di tangannya terdapat pen parker.

                        Lia membaling pen parker itu sekuat hati kearah Nik. Pen itu terkena tepat di kepala Nik. Sehingga mereka terdengar bunyi ‘keletuk’ menandakan ianya kuat maka ia berbunyi demikian. Pen parker itu terpelantun jatuh ke bawah.

                        “Aduh!!,” ujar Nik tersentak terperanjat bila kepalanya terkena benda keras yang di baling seseorang. Dia menoleh kearah 2 orang pelajar perempuan yang duduk di meja tidak jauh dari tempat dia berjalan tadi. Tiada orang lain yang duduk di meja berdekatan melainkan 2 orang pelajar wanita yang terkenal dengan kenakalannya berada di situ.

Natalia tidak merasa gentar jika dia di denda lagi asalkan hatinya merasa puas dapat melakukan sesuatu. Natalia tersenyum lebar kerana balingannya terkena tepat pada sasarannya sehingga atas kening Nik kelihatan luka akibat impak dari hujung tajam pen parker besi yang di balingnya tadi.

Nik menghampiri meja mereka kerana dia mahu penjelasan dari pelajar itu kenapa dia berbuat demikian.

“Kenapa awak baling pen ni pada saya???,” tanya Nik wajahnya kelihatan serious dan suaranya tegas.

“Saja suka!,” jawab Natalia lalu tersenyum sinis dengan wajah tidak bersalah. Dia tidak kisah jika perbuatannya itu akan menyebabkan dia di denda lagi. Dia sudah lali.

“SAJA!!!,” ulang Nik memandang wajah Natalia tanpa berkedip. Dia tahu Natalia memang suka mencari masalah dengannya.

Pelajar perempuan itu seperti tidak serik didendanya berkali-kali. Sayang sekali Natalia seorang pelajar perempuan terpintar di kelas Tingkatan 5. Namun perangainya tidak sepadan dengan orangnya.

“Ya…saja! Sebab aku tak suka tengok muka kau! Menyemak aje! Kau fikir sekolah ni..sekolah kau! Suka-suka hendak tunjukkan kuasa! Eh kau tu cuma setakat Ketua pengawas ajelah! Aku tak takut…,” jawab Natalia sengaja hendak menyakitkan hati Nik Faisal.

Nik cuba mengawal perasaannya bila Natalia berani bersikap kurang ajar dengannya. Dia tidak tahu kenapa Natalia selalu menempah masalah. Apa yang Natalia tidak puas hati dan benci sangat dengannya. Jika Natalia benci kepadanya kerana selalu di denda. Salah Natalia sendiri kerana dia yang mencari dan mengundang masalah sendiri.

Dia tiada pilihan lain Natalia pelajar nakal, maka dia harus didenda. Semua pelajar yang melanggar peraturan dan undang-undang sekolah di dendanya setimpal dengan perbuataan mereka. Tiada istilah pilih kasih. Dia seorang ketua pengawas yang tegas dan di segani. Ramai pelajar serik hendak melakukan kesalahan setelah di denda olehnya. Jika pengawas lain yang denda mereka masih boleh mengelak dan buli pengawas yang tidak tegas. Tapi dengan Nik mereka tidak boleh. Kerana Nik punya penyokong kuat dari Guru Displin dan Pengetua sekolah.

Namun Natalia seperti tidak serik. Dia seakan suka di denda selalu dengan melakukan kesalahan. Dan setiap kesalahan yang dia buat selalu di denda oleh Nik kerana dia sengaja mahu Nik yang mendendanya dan bukan pengawas lain. Natalia mahu menyimpan rekod, murid terbanyak di denda Nik.

“Ok,” jawab Nik lalu menarik pen yang terdapat di poketnya lalu menulis laju di atas note pad atau ‘surat denda’ yang selalu di bawa bersama.

“Dia dah keluarkan surat saman dia Yana,” sindir Natalia lalu mencebikkan bibirnya bila Nik mahu mendendanya lagi. Dia tidak kisah kerana dia sudah biasa. Apa yang dia tahu. Dia merasa puas hati dapat mengenakan Nik. Ini baru dia kenakan sedikit.

“Nah..ini untuk awak berdua!,” ujar Nik lalu meletak nota itu di hadapan Natalia dan Yana.

“Eh apa pulak aku kena jugak!! Aku tak buat apa-apa!,” protes Yana bila Nik mengenakan denda ke atas dirinya juga.

“Awak juga bersubahat dengan dia! So awak juga di denda!,” ujar Nik dengan wajah bersahaja.

Natalia tidak mengambil nota itu. Dia hanya merenung wajah Nik tanpa berkedip dengan perasaan geram. Yana mencapai nota lalu membacanya.

What!!! Oh come on!! Apa ni????? Kemas kantin!..Buka gate sekolah! Selama seminggu! You are too much!!,” protes Yana bila dia membaca denda yang di berikan ke atas diri mereka.

Too much really???,” ujar Nik dengan wajah sinis lalu meninggalkan mereka berdua.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment