Tuesday 28 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 50







                          NIK membuka pintu apartmentnya. Dia berjalan lemah menuju kearah balcony. Dania menutup pintu apartment Nik lalu mendapatkannya di balcony. Lelaki itu hanya berdiri memandang kearah permandangan di hadapan bangunannya.




Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya sejak mereka meninggalkan Café di mana Dania bertemu Nik bersama wanita yang kelihatan seperti Lia tadi. Sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Di dalam kereta, Nik hanya mendiamkan diri. Nik tidak melarang Dania mengikutnya mahupun membenarkan Dania mengikutnya. Nik hanya diam sahaja.




Keputusan Nik untuk mendiamkan diri itu membuatkan Dania menjadi bimbang. Dia tahu Nik marah padanya maka lelaki itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Nik tidak seperti lelaki lain. Jika marah, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka. Namun Nik tidak. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Salah satu kualiti yang ada pada Nik membuatkan dia cinta pada lelaki itu dan dia tidak mahu Nik di kongsi dengan sesiapa hanya untuk dirinya.




“Sayang!,” tegur Dania lalu mendekati lelaki itu. Dania memandang wajah Nik. Lelaki itu tidak menoleh kearahnya.




I’m sorry sayang, please talk to me? I hate it when you are not talking to me!,” ujar Dania lalu merangkul lengan Nik. Susah sangat ke Nik hendak memahami perasaannya. Kenapa lelaki itu tidak dapat menerima cintanya.




I hendak cakap apa Dania?,” jawab Nik perlahan tanpa menoleh memandang wajah Dania.




“Sayang! Please don’t treat me as if I’m a bad person! I just say what I needed to say, it’s the fact, you are my future husband!,” jawab Dania mempertahankan diri bila Nik seolah-olah menyalahkan dirinya. Dia hanya mempertahankan haknya.




But you know the fact that, if she really is my wife, you have to share me with her, because I won’t leave her ever!,” jawab Nik lalu menoleh memandang wajah Dania. Dania harus tahu kedudukannya dan bersedia. Dania yang bersungguh-sungguh hendak  bersuamikan dia. Maka Dania terpaksa menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi.




Jika benar Zara Lia itu adalah isterinya. Dia tidak akan meninggalkan Lia. Hanya ajal maut sahaja yang dapat memisahkan mereka. Selagi nyawa di kandung badan dia tidak akan meninggalkan Lia.




You really think that woman is your wife??? Wake up Nik! Lia dah tak ada? She just someone who look like her!,” ujar Dania geram bila Nik mengatakan dia harus berkongsi kasih dengan Lia. No way! Not in a million years! Dia tidak sukakan Lia. Lia selalu merampas kebahagiaannya. Lia juga yang merampas Nik darinya.




I know my Natalia…Dania, she is my wife, we share life together, you wouldn’t understand!,” ujar Nik perlahan. Sejak dari awal pertemuaan dia dengan Zara. Naluri hatinya yakin benar bahawa Zara itu adalah Natalia isterinya. Hanya dia tidak mampu membuktikan bahawa Zara itu adalah Natalia kerana dia tiada bukti yang kukuh sehinggalah Zara menceritakan kepadanya bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia dan dia hilang ingatan.




Dan setelah apa yang telah berlaku awal tadi, dia tidak tahu Zara mahu bertemunya lagi. Dia dapat melihat kekecewaan di wajah Zara ketika meninggalkan dia tadi. Dia dapat merasakan Zara sudah mula cinta padanya. Dan dia juga kasih dan cintakan Zara.




Ok..please stop! I don’t want to hear it anymore!,” ujar Dania tidak tahan mendengar pengakuan cinta Nik terhadap Lia. Dia tidak sanggup mendengarnya kerana dia hanya mahu Nik cinta padanya seorang.




Learn to live with it, Dania!,” ujar Nik perlahan lalu menuju kearah meja di mana terdapatnya bag tangan Dania. Dia mencapai jaket Dania dan bag tangannya lalu menyerahkan kepada Dania.




Why can’t I stay here!,” ujar Dania bila Nik menyerahkan bag dan jaketnya.




Learn to be patience Dania! We will be together soon!,” jawab Nik dengan wajah selamba. Selagi mereka belum bernikah dan tidak punya ikatan apa-apa. Dia tidak akan membenarkan Dania tinggal bersama dengannya.




Dia tahu Dania tidak akan berhenti berusaha untuk mendapatkannya. Dia akan berikan apa yang Dania mahu iaitu jadikan Dania isterinya. Namun hanya satu yang Dania tidak mampu miliki, iaitu hatinya. Kerana hatinya hanya untuk Natalia. Dan Dania terpaksa menerima Lia dalam hidupnya walaupun dia tidak suka kerana seperti apa yang di katakan kepada Dania tadi. Dia tidak akan melepaskan Lia.




Dania mencapai bag dan jaketnya dari tangan Nik dengan perasaan geram lalu menuju kearah pintu. Sebaik sahaja pintu apartmentnya di tutup rapat. Nik merebahkan badannya di atas sofa.
 
 
                                                       ******
 
 

FIR, betul kau tak bergurau dengan akak??,” ujar Fazuin bila adiknya memberitahunya bahawa bekas menantunya Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anaknya Lia.
 
 
“Kak..apa pula Fir hendak bergurau dengan kakak, Nik bawak sendiri budak perempuan tu ke rumah Fir! Fir belum rabun lagi kak!,” jawab Firdaus lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia tidak menyalahkan kakaknya jika kakaknya tidak percaya dengan berita yang di sampaikan kepadanya.
 
 
Dia juga pada awalnya tidak percaya bila Nik mengatakan dia bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anak saudaranya. Tapi setelah Nik membawa wanita itu ke rumahnya dan dia melihat sendiri baru dia percaya.
 
 
Dia merasa gembira dan berbesar hati bila wanita yang di bawa Nik itu rela hati mahu menjalani ujian DNA ke atas dirinya. Firdaus bersimpati dengan Zara bila wanita itu menceritakan kepadanya tentang keadaan dirinya yang hilang ingatan sejak terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia. Dia juga yakin bahawa Zara itu adalah Lia namun dia seperti Nik tidak dapat mensahihkan kenyataan itu selagi mereka tidak mendapat keputusan dari hasil ujian DNA.
 
 
“Kalau betul Lia…Alhamdullilah! Kakak rasa bersyukur sangat!,” jawab Fazuin dengan linangan air mata. Dia kehilangan 2 orang insan yang di cintai, pertama suaminya dan kedua anak kesayangannya Lia. Mendapat berita bahawa kemungkinan wanita yang kelihatan seperti anaknya itu adalah Lia seolah-olah memberinya harapan baru.
 
 
“Kami turut bersyukur dan semua berdoa sama kak, moga-moga Zara itu adalah Lia,” jawab Firdaus turut merasa gembira. Selama 2 tahun mereka menyangka Lia sudah tiada lagi.
 
 
Selama ini mereka sekeluarga tidak pernah mendengar alasan Nik. Bila Nik mengatakan bahawa Lia masih hidup kerana mereka menyangka Nik mengalami trauma dan tekanan bila kami mengatakan bahawa Lia sudah meninggal. Nik tidak pernah berputus asa. Dia tahu Nik selalu ke Rome berharap dia dapat bertemu dengan isterinya semula. Setelah hampir 2 tahun lamanya Nik cuba menjejaki isterinya. Doanya terkabul bila saat Nik mahu melupakan Lia dan meninggalkan kenangannya bersama kerana dia mahu meneruskan hidup tanpa bayangan Lia. Nik bertemu dengan Zara Lia.
 
 
Terdengar keluhan kecil dari corong telefon.
 
 
“Kenapa kak?,” tanya Firdaus bila kakaknya tiba-tiba mengeluh.
 
 
“Nik? Nik bagaimana?,” tanya Fazuin kepada adiknya. Sungguhpun Lia tiada lagi hubungannya dengan Nik masih rapat. Dia sudah menganggap Nik seperti anaknya sendiri. Nik tidak pernah melupakannya. Selalu berkunjung ke rumahnya dan meluangkan masa bersamanya. Nik seperti penganti anaknya Lia. Dia sayangkan Nik seperti dia sayangkan Lia. Malah hubungannya dengan bekas besannya Faezah juga rapat. Mereka sudah seperti keluarga. Mereka berdua juga yang mendesak Nik supaya menjalinkan hubungan dengan Dania, teman Lia dan Nik semasa di sekolah dahulu. Mereka mahu Nik kembali ceria dan menjalani hidup seperti biasa. Mereka tidak sanggup melihat Nik menderita. Mereka mahu Nik bahagia.
 
 
“Nik?? Nik ok! Kenapa kakak tanya?,” ujar Firdaus merasa hairan bila kakaknya bertanya bagaimana dengan Nik.
 
 
“Maksud kakak Dania? Hubungan Nik dengan Dania bagaimana?,” tanya Fazuin dengan nada risau. Jika benar Zara itu anaknya Lia. Ini bermakna Lia isteri Nik. Fazuin menjadi tidak selesa bila memikirkan tentang Dania.
 
 
Dia dan Faezah sudah merancang mahu menjodohkan Dania dengan Nik. Itu sebelum dia tahu bahawa Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan seperti anaknya Lia. Tapi setelah dia tahu bahawa kemungkinan besar Zara itu adalah Lia. Dia tidak yakin bahawa anaknya Lia mahu berkongsi suaminya dengan wanita lain setelah dia bertemu semula dengan suaminya yang telah lama terpisah.
 
 
Fazuin menjadi pening sendiri bila memikirkannya kerana dia wanita. Dia tahu akan perasaan wanita. Dan wanita yang dibimbangkan itu adalah Lia. Dia tahu Lia tidak akan dapat menerima wanita lain dalam hidupnya kerana Lia anaknya itu cintakan Nik dan tidak ingin berkongsi kasih dengan orang lain.
 
 
Huh? About that…! Dania was here and I don’t think she please when she saw Zara,” jawab Firdaus lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana dia turut merasa bingung dengan dilemma yang Nik hadapi. Dia tidak menyangka teman wanita Nik akan menjejakinya hingga ke Rome. Jika dia di tempat Nik, dia juga akan merasa bingung.
 
 
Oh dear! Poor Nik,” ujar Fazuin bersimpati dengan nasib menantunya.
 
 
I’ll guess, man's got to do what he's got to do!,” jawab Firdaus menyebelahi pihak Nik.
 
Apapun keputusan Nik, dia akan sentiasa berada di sebelahnya. Dahulu dia tidak menyokong Nik, bila Nik mengatakan bahawa isterinya masih hidup. Tapi kali ini dia akan berdiri di belakang Nik dan menyokongnya kerana dia tahu Nik bijak mengendalikan keadaan dan membuat keputusan yang baik.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment