Wednesday 15 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 43








HAIDER menoleh memandang kearah Zara. Wanita itu berjalan seorang diri menuju kearahnya. Dia mendapat tahu dari mamanya Zara keluar dengan seorang lelaki setelah habis waktu kerjanya. Dia merasa tidak senang hati bila mendapat tahu Zara mula rapat dengan lelaki melayu yang di temui tempoh hari di Cafe.
 
 

Menurut dari penerangan mamanya lelaki yang keluar bersama Zara adalah lelaki yang sama. Dia tidak tahu akan asal usul lelaki itu. Adakah dia lelaki baik dan boleh di percayai.



Haider! You’re not in a night shift?,” tanya Zara tersenyum bila di lihat Haider berdiri di bawah mengambil angin malam. Dia tidak tahu Haider tidak bekerja malam ini.




“Zara keluar dengan that malay guy ke?,” tanya Haider tanpa menjawab pertanyaan Zara.



Zara berjalan menghampiri Haider bila lelaki itu bertanya soalan demikian. Mana Haider tahu dia keluar dengan siapa? Zara menarik kerusi di hadapan Haider lalu duduk.




“Nik, that malay guy name is Nik. Ya, I baru balik bertemu dengan Nik,” jawab Zara mendatar lalu memandang wajah Haider. Dia tahu Haider merasa cemburu bila dia mula rapat dengan Nik.



Haider suka pada dia. Dan dia juga suka pada Haider. Tapi suka dia pada Haider hanya suka seorang teman dan tidak lebih dari itu.




I just want you to be careful Zara, we don’t know whether this Nik is a good person or bad,” jawab Haider dengan wajah prihatin. Dia tidak mahu Zara mudah percaya dengan lelaki yang baru di kenali. Dia bimbangkan keselamatan Zara.



Trust me he is good person, he have lost his wife in Santa Lucia Station tragedy too Haider!,” jawab Zara lalu menyandarkan badannya di kerusi. Dia mahu Haider tahu bahawa dia berkawan dengan lelaki itu bukan suka-suka. Dia berkawan kerana dia dapat merasakan lelaki itu dapat membantunya. Dari segi apa Zara tidak pasti. They share the same predicament.




He lost his wife in Santa Lucia?,” ujar Haider terperanjat bila Zara mengatakan lelaki itu kehilangan isterinya di Santa Lucia.




So you don’t have to worry about me and him, we are merely friends!,” jawab Zara lalu bangkit dari kerusi. Tidak semua yang dia bualkan dengan Nik tadi akan di ceritakan kepada Haider. Dia tidak mahu membuatkan lelaki itu khuatir tentang dirinya.



I bukan apa, I cuma tak mahu you terlalu percayakan orang Zara! Kita tak tahu niat mereka!,” jawab Haider memberi pesanan kepada Zara. Dia mahu Zara berhati-hati itu sahaja.




I tahu Haider! It’s getting late and I’m tired! Good night Haider!,” jawab Zara lalu bangun dari kerusi. Dia menaiki tangga spiral menuju kearah biliknya di tingkat 2.




Haider masih duduk di kerusinya. Dia tahu Zara tidak suka di pesan selalu kerana dia bukan anak kecil yang harus di ingatkan selalu. Dia cintakan Zara. Dia tidak mahu Zara terlepas ke tangan orang lain. Dan dia juga tahu Zara tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini selain dia. Kehadiran lelaki melayu itu telah mengugat kedudukannya. Dia bimbang Zara akan jatuh cinta pada lelaki itu. Itu yang Haider khuatirkan.

 

****

 

                        Zara menanggalkan telekungnya dilipat lalu meletakkannya di atas almari. Dia mencapai jug lalu menuang air putih ke dalam gelasnya. Gelas berisi air itu di bawa ke meja sisi. Zara membuka laci lalu mengeluarkan pilnya. Pil-pil itu di ambil lalu di masukkan ke dalam mulutnya. Zara mencapai gelas berisi air putih lalu meneguknya perlahan.




                        Dia baring di atas katil lalu menarik selimut hingga ke paras dada. Zara mengiringkan badannya ke kiri. Fikirannya kembali kepada pertemuannya dengan Nik awal tadi. Sebenarnya dia tidak pernah berhenti memikirkan tentang Nik setelah bertemu dengan lelaki itu.




                        “Kenapa Nik?,” ujar Zara bila lelaki itu terdiam tergamam.



                        Nik bangun dari tempat duduknya. Perasaannya bercampur aduk di saat ini. Gembira? Bimbang? Gusar? Semuanya dia rasa dalam masa yang sama. Gembira, jika benar Zara itu Lia isterinya. Dia merasa bimbang pula jika Zara yang di sangka Lia itu tidak benar, dan gusar jika benar Zara itu Lia, dapatkah Zara menerimanya kembali. Zara tidak ingat apa-apa tentang dirinya, keluarga dan juga Nik?



                        “Nik, are you ok?,” tegur Zara perlahan bila lelaki itu kelihatan resah dan tidak keruan.



                        “Zara Lia, I really don’t know how to begin!,” ujar Nik dalam keadaan serba salah. Dia tidak tahu bagaimana hendak dia beritahu pada Zara akan perasaannya tika ini.



                        “What is it Nik? Tell me?,” ujar Zara dengan wajah bimbang bila lelaki itu berkata demikian.



                        “I berterus terang dengan you, walaupun my family mengatakan my wife sudah meninggal, but deep inside my heart, I still believe that she is still alive! The only thing is, I don’t know where she is? I’ve been searching for her for the last 3 years!,” ujar Nik perlahan lalu memandang wajah Zara. Jika benar Zara adalah isterinya yang dicari. Dia merasa bersyukur teramat sangat kerana Allah menemukan isterinya semula kepadanya.



                        “You were saying that I’m might be Lia?,” ujar Zara lalu memandang wajah Nik tepat. Dia tidak merasa terperanjat dengan andaian Nik.



                        Nik tidak memberi respond kerana dia sendiri tidak pasti bahawa Zara itu adalah Lia kerana Zara amnesia dan dia tidak punya memori langsung tentang dirinya.



                        Zara tidak dapat melelapkan mata bila memikirkannya.



Nik memberitahunya bahawa dia tidak pernah merasakan bahawa Lia telah tiada kerana semasa jenazah Lia di kebumikan, Nik tidak ada sama, dia masih dalam koma.



Setelah Nik sedar, Nik hanya diberi jaket dan cincin nikah yang di beri kepada Lia sebagai tanda dahulu. Nik menceritakan kepadanya satu persatu.




Zara banyak berdiam diri ketika mendengar butir bicaranya. Dia dapat melihat kesedihan di wajah Nik ketika dia menceritakan tentang Lia. Dia seakan dapat merasakan penderitaan Nik, bila Nik mendapat tahu isterinya tiada.




Nik benar-benar mencintai dan menyayangi isterinya, Zara dapat melihat keikhlasan hati Nik. Nik seorang suami yang penyayang dan Nik tidak mereka cerita.




Setelah mendengar semuanya, hatinya mula berdetik, mungkinkah benar apa yang Nik katakan. Mungkin dia Natalia isteri Nik? Sungguhpun dia hilang ingatan dan tidak mampu mengingati masa silamnya.




Dia seringkali merasa seperti ditinggalkan orang yang di kasihi dalam hidupnya. Seolah-olah separuh hatinya dibawa pergi oleh seseorang. Hanya dia tidak tahu siapa? Dan bila dia bertemu dengan Nik. Dia tidak tahu kenapa hati kecilnya seringkali memintanya bertemu dengan Nik. Seolah-olah Nik dapat memberinya jawapan yang di cari selama ini.




Zara mengeluh perlahan kerana dia tidak mengingati apa-apa tentang Nik. Zara melirik kearah jari manis kanannya. Parut kecil yang terdapat di situ di pandang. Mungkinkah jari manis ini pernah di sarungkan cincin dahulu? Zara benar-benar tidak dapat ingat. Wajah Nik terbayang di ruang matanya.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment