Wednesday 15 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 45








ZARA melangkah masuk ke dalam rumah Haider. Mama Haider, Zarina menyambut kedatangannya dengan hati yang terbuka. Zarina mendapat tahu dari anaknya Haider ada seorang pesakit yang di rawatnya di hospital mengalami amnesia. Zarina bersimpati dengan nasib Natalia. Bila Haider mengatakan Natalia sebangsa dengan mamanya dan seagama dengan mereka. Zarina mahu Haider membawa Natalia tinggal bersama mereka.
 
 

Pada awalnya Zara tidak mahu menyusahkan Haider dan mamanya kerana Zara bercadang hendak bekerja dan mencari bilik sewa sendiri. Tapi setelah di desak Zarina dan Haider sendiri. Zara mengalah dia menerima tinggal bersama Zarina jika Zarina bersetuju dia bekerja dan membantunya di Café. Dia tahu Zarina mempunyai Café dan bakery sendiri. Dan disebabkan Zarina tidak mahu dia menyewa biliknya, Zara menawarkan diri untuk membantu Zarina di Café.





“Terima kasih auntie Ena kerana benarkan saya tinggal di sini,” ujar Zara lalu memeluk Zarina erat. Zarina membalas pelukan Natalia.





“Ah tak mengapa, auntie pun sunyi, selalu tinggal seorang diri pada waktu malam, Haider selalu night shift, kalau ada Lia tidaklah sunyi rumah ni!,” jawab Zarina lalu menuju kearah anak tangga menuju kearah bilik yang di sediakan buat Zara.





Bilik itu di buka perlahan, Zarina masuk ke dalam diikuti Zara. Bilik itu cosy dan cantik. Zara menuju kearah cabinet kecil yang di atas cabinet itu terdapat beberapa frame gambar di situ. Zara mencapai sebuah frame gambar yang terdapat gambar Haider dan ayahnya.





“Haider look exactly like his father!,” komen Zara lalu tersenyum. Haider mewarisi wajah ayahnya yang berdarah Italian. Dia tidak menyangka Haider berdarah campuran dahulu kerana dia tidak kelihatan seperti orang berbangsa melayu.





“Ya, bila auntie keluar berjalan dengan Haider semasa kecil dahulu, ramai orang menyangka auntie mengambil anak angkat orang putih!,” jawab Zarina lalu tersenyum, dia duduk di atas sofa yang berdekatan.





Memang Haider banyak mewarisi darah Italian ayahnya. Namun usia suaminya tidak panjang, Haider berusia 8 tahun semasa suaminya di sahkan mengidap kanser perut di stage yang terakhir. Haider kehilangan ayah sewaktu dia berusia 9 tahun. Dia membesarkan Haider sendirian di bumi yang asing. Alhamdullilah! berkat ketabahan dan kesabarannya, dia berjaya membesarkan Haider tanpa sesiapa dan menrealisasikan cita-cita Haider untuk menjadi seorang doctor kerana itulah cita-cita anaknya semasa dia kecil. Haider mahu membantu orang.





Zara tersenyum mendengar cerita auntie Zarina. Dia sendiri merasa terperanjat bila Dr. kacak itu bisa berbicara bahasa melayu dengannya ketika dia masih di rawat di hospital dahulu. Haider menceritakan kepadanya bahawa dia berdarah campuran dan ibunya seorang wanita berbangsa melayu. Zara mula rapat dengan Haider kerana Zara hanya kenal lelaki itu sahaja. Haider sering bertemu dengannya jika dia berkesempatan. Haider sering menghiburkan hatinya dan memberinya kata-kata perangsang untuk meneruskan hidup walaupun dia tidak mengingati apa-apa tentang dirinya dan masa silamnya. Dia terhutang budi pada Haider dan mamanya Zarina. Tanpa mereka Zara tidak tahu samada dia bernasib baik sebegini. Sudahlah dia terlantar di hospital sendirian, tiada siapa yang datang melawatnya membuatkan dia merasa dirinya terpinggir.





Mamma, non mi imbarazzo di fronte bella signora!,” (Mama, don't embarrass me in front of beautiful lady!) ujar Haider bila terdengar mamanya menceritakan tentang dirinya semasa dia kecil ketika dia berjalan menuju ke arah bilik Zara. Mamanya sedang berbual mesra dengan Zara. Haider melirik ke arah Zara. Zara kelihatan malu bila dia memujinya di hadapan mamanya.





Io le sto dicendo che non si guarda come me?,” (I'm telling her that you don't look like me at all?) ujar Zarina lalu menyerahkan frame gambar kepada Haider. Haider menyambut.





Gambar dia bersama arwah ayahnya ketika dia berusia 8 tahun dahulu ketika ayahnya masih sihat dan sebelum dia di sahkan mengidap barah perut. Sungguhpun usianya ketika itu masih mentah. Dia masih ingat lagi penderitaan ayahnya tanggung dahulu. Ia membuatkan Haider bercita-cita mahu menjadi seorang doktor.





Possiamo prendere il tè ora? Sono sicuro che il nostro cliente desidera avere un periodo di riposo. Ha l'aria stanca! (Can we have tea now? I'm sure our guest would like to have a rest. She look tired!) ujar Haider lalu meletak frame gambar itu ke tempat nya semula.





Zara memandang wajah Haider ketika lelaki itu meletak frame gambar itu ke tempatnya semula. Dapat dia lihat dengan jelas air wajah Haider kelihatan sedih ketika melihat photo itu. Dia dapat merasakan Haider rindu pada ayahnya.





“Lupa auntie ada bake special cookies for you Zara, family recipe! Auntie pergi tengok oven dulu!,” ujar Zarina dengan wajah teruja lalu bangkit dari sofa. Dia berjalan meninggalkan bilik Zara.




Haider berdiri di muka pintu memandang wajah Zara.





Don’t treat us like outsiders Zara, treat us like your own family!,” ujar Haider lalu tersenyum. Dia tidak mahu Zara terasa seperti orang asing.





Thanks for everything Haider! I don’t know how to repay you and auntie Zarina!,” ujar Zara dengan wajah bersyukur. Dia berjanji akan membalas jasa baik mereka berdua. Insya Allah.




Just be part of our family!,” jawab Haider perlahan.





Did you say something??,” tegur Zara lalu menutup pintu biliknya bila dia terdengar Haider berkata sesuatu.




Did I?? I’m just happy you are here! Like my mama always said, Haider never around, she’s lonely!,” jawab Haider lalu tersenyum tanpa memberitahu Zara apa yang di katakan sebentar tadi.
 
 
 
bersambung......
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment