Tuesday 7 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 42


 
 
 
 

ZARA dan Nik berjalan perlahan menikmati keindahan Lungotevere di waktu malam, kedua-duanya hanya diam membisu kerana tidak tahu hendak memulakan bicara. Zara meminta Nik menunggunya kerana dia habis kerja jam 8.00 malam. Dia mahu bertemu dengan lelaki itu kerana dia mahu mendengar kisah Nik.

 
 
 
Dia mendapat tahu Nik adalah teman Dante yang kehilangan isteri 3 tahun yang lalu di Venice. Dan dia juga baru mendapat tahu bahawa, arwah isteri Nik serupa dengannya. Baru dia mengerti mengapa Nik kelihatan terperanjat bila bertemunya kelmarin. Kenyataan Dante tadi membuatkan hatinya benar-benar ingin tahu kisah Nik, kerana dia merasakan perlu untuk mengetahuinya. Mungkin Nik secara tidak langsung dapat membantu memulihkan ingatannya semula.

 
 
 
Zara masih tidak menceritakan kepada Nik tentang dirinya, kerana dia ingin tahu kisah Nik dahulu.

 
 
 
I’m sorry to hear that you’ve lost your wife!,” ujar Zara memulakan bicara lalu berhenti memandang kearah bangunan St. Peter’s Basilica di hadapan mereka.

 
 
 
Dia merasa janggal tiba-tiba bila bersama lelaki itu. Awal tadi, dia yang beria-ia mahu bertemu dengan Nik. Sekarang bila bersama lelaki itu, dia pula merasa janggal, kerana tiba-tiba merasa malu berjalan dengan lelaki kacak itu.

 
 
 
It’s been 3 years, but I’ve felt as if she has just gone yesterday!,” jawab Nik perlahan lalu menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket jaketnya. Walaupun sudah 3 tahun berlalu, dia masih merindui Lia.

 
 
 
Zara terkedu bila mendengar keluhan hati Nik seolah-olah dia turut dapat merasakan kesedihan Nik. Air matanya hampir sahaja menitis jatuh. Namun Zara cuba menahannya.

 
 
 
Do you still miss her?,” tanya Zara lagi.

 
 
 
Everyday!,” jawab Nik jujur.

 
 
 
Zara tidak dapat menahan air matanya dari tumpah. Dia memandang kearah lain lalu mengesat airmatanya tidak mahu Nik tahu bahawa dia menangis. Dia merasa sedih kerana dia hampir senasib dengan Nik. Dia tidak tahu siapa keluarganya sehingga sekarang? Adakah mereka masih hidup atau sudah tiada?

 
 
 
I’m sorry if I caused you more hurt! I don’t mean too!,” jawab Zara lalu memandang wajah Nik. Dia tahu Nik akan merasa sedih setiap kali melihat wajahnya kerana dia telah mengingatkan Nik akan arwah isterinya.

 
 
 
“Lia tidak buat kesalahan apa-apa pada saya, kenapa Lia perlu minta maaf,” ujar Nik lalu tersenyum bila Zara meminta maaf darinya.

 
 
 
“Sebab saya mengingatkan Nik tentang Natalia!,” jawab Zara merasa bersalah.

 
 
 
“Sekurang-kurangnya saya dapat berbual dengan orang yang wajah serupa seperti isteri saya, dan bukan dengan imiginasi isteri saya!,” jawab Nik tersenyum lagi. Dahulu setiap kali dia rindukan Lia, dia selalu bayangkan isterinya berada di sisinya dan isterinya berbual dengannya. Namun dia tidak dapat membalas kerana dia tidak mahu orang menyangka dia gila kerana berbual sendirian.

 
 
Serious?,” ujar Zara dengan wajah tidak percaya lalu menoleh memandang wajah Nik bila lelaki itu berkata demikian.

 
 
 
I’m crazy! Didn’t Dante tell you about my situation? You better stay away from me!,” ujar Nik bergurau lalu ketawa kecil. Andai Zara tahu akan keadaannya dahulu, pasti Zara tidak ingin berjalan dan berbual dengannya seperti sekarang.

 
 
 
Zara tersenyum bila Nik bergurau dengannya. Dia memandang wajah lelaki itu. Hatinya merasa senang bersama dengan Nik. Seakan-akan jiwanya serasi dengan jiwa lelaki itu. Dia merasa selamat dengan Nik. Tapi kenapa dia berperasaan begitu terhadap diri Nik? Sedangkan dengan Haider dia tidak pernah merasa perasaan sedemikian? Dengan Nik, dia seperti sudah kenal lama dengan lelaki itu sedangkan dia baru sahaja mengenali Nik.

 
 
 
Is there something wrong Lia?,” tegur Nik bila wanita itu hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa.

 
 
 
No it’s not wrong! I feel right! And that’s make me worried!,” jawab Zara jujur bila Nik bertanya padanya. Dia tidak tahu kenapa dia merasa gementar bila bersama Nik.

 
 
 
“Dante beritahu saya, Zara ingin bertemu dengan saya?,” ujar Nik lalu menoleh memandang wajah Zara. Dia duduk di atas tembok sungai.

 
 
 
Dante memberitahunya tadi bahawa Zara bertemu dengannya tempoh hari kerana wanita itu ingin sekali bertemu dengan Nik. Nik merasa hairan bila wanita itu ingin bertemu dengannya, di atas sebab apa? Namun Dante tidak mengulas panjang kerana dia mahu Zara sendiri yang memberitahu Nik akan sebabnya.
 
 
 
 
Zara kelihatan serba salah bila Nik bertanya kepadanya kenapa dia mahu bertemu dengannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita.

 
 
 
“Ya, saya hendak bertemu dengan orang yang senasib dengan saya!,” jawab Zara tanpa menoleh kearah Nik. Dia mengosok jari kanannya perlahan. Sudah menjadi kebiasaannya buat begitu bila dia merasa sedih.

 
 
 
“Senasib dengan Zara? Zara kehilangan seseorang juga?,” tanya Nik dengan wajah prihatin.

 
 
 
Zara mengelengkan kepalanya perlahan bila Nik menyangka dia kehilangan seseorang.

 
 
 
Worst! I’ve lost my memories,” ujar Zara lalu mengeluh kecil.

 
 
 
“Hilang ingatan??,” ujar Nik dengan wajah terperanjat bila Zara mengatakan dia hilang ingatan.

 
 
 
“Saya hilang ingatan selepas kemalangan yang menimpa saya 3 tahun yang lalu, saya tidak ingat apa-apa tentang diri saya,” ujar Zara lalu memandang wajah Nik.

 
 
 
I’m really sorry to heard that, Lia terlibat dengan kemalangan apa?,” ujar Nik dengan wajah simpati. Baru kini dia tahu mengapa Zara ingin bertemu dengannya. Mungkin Zara perlukan seseorang yang mengerti akan perasaannya.

 
 
 
“Tentu Nik merasa hairan, kenapa saya ingin sekali bertemu dengan Nik?,” ujar Zara lalu melemparkan pandangannya kearah bangunan St. Peter’s Basilica tanpa menjawab pertanyaan Nik. Dia mahu lelaki itu faham dan mengerti akan maksudnya kenapa dia ingin bertemu dengan Nik.

 
 
 
“Hairan tidak juga, cuma curious! Saya hanya ingin tahu kenapa Lia mahu bertemu dengan saya,” jawab Nik lalu tersenyum. Pada fikiran Nik, mungkin Lia memerlukan teman yang memahaminya akan perasaannya kerana mereka berdua pernah terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka.

 
 
 
“Saya ingin sekali bertemu dengan Nik kerana saya salah seorang mangsa yang tercedera dalam pengeboman di Santa Lucia Station! Saya tahu Nik mungkin tidak dapat membantu saya-,” ujar Zara lalu memandang wajah Nik tepat.

 
 
 
Dia tidak meneruskan kata-kata kerana Nik kelihatan terperanjat dan tergamam seketika.

 
 
 
Zara Lia terlibat dalam pengeboman di Santa Lucia Station! Nik memandang wajah Zara tanpa berkedip! Jantungnya berdebar kencang. Jika ianya benar! Mungkinkah Zara itu Lia isterinya! Ianya tidak mustahil kerana hati kecilnya tidak pernah merasakan bahawa Lia sudah tiada lagi. Nalurinya mengatakan Lia masih hidup. Dan disebabkan itu, dia bersusah payah membuat report di balai polis Rome dan Embassy kerana dia percaya Lia masih hidup. Mendengar pengakuan Zara tadi membuatkan dia bertambah yakin bahawa Zara itu adalah isterinya.

 
 
 
“Kenapa Nik?,” tegur Zara bila wajah Nik kelihatan benar-benar terperanjat sebaik sahaja dia memberitahunya di mana dia kemalangan dahulu.
 

 
 
bersambung.......
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment