Thursday 23 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 46







DANIA menjadi tidak senang duduk bila Nik mengatakan dia berada lama di Rome. Kenapa Nik harus berada lama di Rome? Apa yang dia buat disana? Bukan Nik tidak pernah ke Rome sebelum ini yang perlu dia bercuti lama, hampir setiap tahun dia kesana. Dia tidak tahu apa tujuan Nik seringkali ke Rome. Yang dia tahu pakcik Natalia masih tinggal di Rome. Nik masih rapat dengan pakcik Natalia ke? Dania berfikir sendiri. Dia tidak akan tahu jika dia tidak bertanya pada bakal ibu mertuanya sendiri.




Dania mencapai handphonenya lalu mencari nombor telefon ibu Nik.




“Assalamualaikum auntie!” ujar Dania sebaik sahaja Puan Faezah menjawab panggilan telefonnya.



“Waalaikumsalam Dania! Dania di mana ni?,” tanya Puan Faezah kerana bakal menantunya itu bekerja sebagai pramugari. Setiap kali dia menerima panggilan telefon dari Dania pasti Dania berada di berlainan destinasi.




“Dania kat rumah auntie, cuti seminggu!” jawab Dania lalu duduk di sofa.




“Ah auntie ingatkan Dania berada di San Francisco atau di London! Dania tahu tak Nik tak ada, dia ke Rome!” ujar Puan Faezah memberitahu Dania bahawa anaknya bercuti di Italy, dia khuatir Nik terlupa hendak memberitahu Dania kerana dia tahu perangai Nik yang ambil sambil lewa bila dengan Dania.




Dia merasa bersalah pada Dania kerana Dania terpaksa makan hati dengan perangai Nik. Dia tahu Nik tidak setuju dengan cadangannya untuk menjadikan Dania sebagai isteri kerana Nik masih sayangkan arwah isterinya. Tapi dia tidak ada pilihan lain kerana dia tidak mahu Nik berkeadaan begitu selamanya. Dia mahu Nik mulakan kehidupan baru.




“Oh Dania pun baru tahu Nik berada di Rome auntie! Tapi dia kata kali ini dia beritahu dia bercuti lebih seminggu, Dania nak tahu juga apa yang Nik buat lama di sana? Travel keliling Europe ke?,” tanya Dania cuba mendapatkan maklumat dari Puan Faezah kerana Nik tidak memberitahunya apa yang dia buat di Italy selama 2 minggu.




“Ah mungkin dia berjumpa dengan kawan lama dengan pak usunya Lia, Nik rapat dengan pak usu Lia, mungkin Nik lama kesana sebab nak luangkan masa bersama dengan dia,” ujar Puan Faezah bila Dania bertanya kenapa Nik lama berada di Rome. Nik ada memberitahunya dia mahu ke rumah pak usu Lia kerana lama tidak bertemu dan juga dia mahu bertemu dengan Dante teman rapatnya di Rome.




Dania terdiam bila bakal ibu mertuanya mengatakan Nik rapat dengan pak usu Lia. Dia hanya pernah bertemu dengan pak usu Lia sekali, bila dia menghadiri kenduri arwah di rumah Nik.




Pak usu Lia masih muda, berusia 49 tahun dan seorang lelaki yang matang lagi segak. Ramai yang mengatakan pak usu Lia wajahnya mirip pelakon Iron Man, Robert Downey Jr. Berstatus duda kerana telah lama bercerai. Selepas berpisah dengan isterinya pak usu Firdaus menerima tawaran bekerja di Rome dan dia menetap di sana sehinggalah sekarang. 




“Kenapa? Uncle Firdaus hendak bernikah lagi ke auntie??,” usik Dania lalu tersenyum.




“Nikah lagi? Entah?...Auntie pun tak tahu? Kakak dia tak ada beritahu auntie apa-apa, kenapa Dania bertanya?,” ujar Puan Faezah turut tersenyum bila Dania bertanya samada adik bekas besannya Firdaus mahu bernikah lagi.




“Dania sahaja bertanya sebab Nik kata dia hendak berada lama di Rome, ingatkan uncle Firdaus hendak bernikah lagi! Tak apalah auntie  Dani hanya hendak tahu sahaja,” ujar Dania lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia merasa hairan kenapa Nik perlu ada lama di Rome? Dania merasa tidak senang hati tiba-tiba. Jika dia perlu ke Rome. Dia akan mencari Nik di Rome.




“Oh Dania rindu pada Nik ke?” tegur Faezah tersenyum bila Dania kedengaran risau bila anaknya mengatakan dia berada lama di Rome.




“Dania takut Nik cari perempuan Itali pulak kalau lama dia disana!” ujar Dania lalu tersenyum bila bakal ibu mertuannya seakan tahu apa yang dia rasa. Sudah tentu dia rindukan Nik. Dia sayang dan cintakan lelaki itu. Hanya lelaki itu tidak pernah ambil tahu tentang hati dan perasaannya.




Sungguhpun Nik tidak ada Lia lagi, tapi dia tetap merasa khuatir Nik akan bertemu dengan wanita lain. Dia tahu Nik tidak cintakannya dan Nik hanya bersama dengan dia kerana hendak menjaga hati orang tuanya. Dan Dania tidak kisah kerana dia tahu, lambat laun Nik akan cinta padanya dan dia akan memastikan bahawa Nik akan menjadi miliknya suatu hari nanti.




“Kalau takut..why don’t you go to Rome then? Give him a surprised visit!” cadang Faezah tersenyum lagi. 




It’s not a bad idea auntie! Why didn’t I think of that? Thanks auntie!” jawab Dania dengan suara teruja. Kenapa dia tidak terfikir membuat kejutan pada Nik. Dia pun sudah lama tidak bercuti ke Rome. Cadangan bakal ibu mertuanya itu memang baik sekali.




No problem! Enjoy your Holiday!” jawab Faezah lalu tersenyum bila Dania kedengaran excited bila dia memberinya cadangan untuk ke Rome.
 
 
 
                                                           ****
 
 

NIK menarik laci lalu mengeluarkan keratan akhbar mengenai pengeboman di Santa Lucia Station pada tahun 2012. Keratan akhbar itu masih elok di simpan kerana Nik tidak bersedia untuk membacanya sebelum ini. Nik mencapai salah satu keratan akhbar yang terdapat photo tempat kejadian. Keretapi yang terlibat kelihatan rentung dan kedai-kedai kecil yang berdekatan dengan platform turut terjejas sama kerana bukan sahaja keretapi berkenaan sahaja dipasang bom malah terdapat beberapa tempat di persekitaran kedai dan platform turut terjejas sama.
 
 
Dan ketika kejadian itu berlaku Nik berada berdekatan dengan salah satu kedai yang terjejas. Nik memandang gambar itu dengan perasaan sebak. Di situlah kali terakhir dia lihat Lia. Dia lihat Lia duduk di salah sebuah bangku berdekatan dengan platform sedang berbual-bual dengan seorang wanita dan anak perempuannya. Melihatkan isterinya sedang leka berbual dengan wanita itu. Nik mengambil keputusan untuk ke kedai sebelah membelikan Gelato buat isterinya.
 
 
Sembri felice il mio amico? (You look happy my friend?) tegur si Penjual Gelato itu mesra bila di lihat pelanggannya itu kelihatan tersenyum sedari tadi menandakan dia di dalam keadaan mood yang baik.
 
 
Bene grazie! Ho appena sposato, mia moglie è seduto lì!” (Well thank you! I've just got married, my wife is sitting there!) jawab Nik tersenyum lagi lalu menunjukkan kepada penjual Gelato itu ke arah tempat duduk Lia.
 
 
Oh congratulazioni! E 'sulla casa per gli sposi,” (Oh congratulations! It's on the house for the newly weds) jawab si penjual Gelato lalu menghulurkan tangan memberi tahniah kepada pelanggannya. Dia meminta pembantunya memberi Gelato yang di pesan kepada pelanggan yang baru berumahtangga itu.
 
 
“Grazie mille!” (Thank you very much!) jawab Nik lalu tersenyum dia menoleh kearah isterinya.
 
 
Lia tidak lagi berada di bangku tempat dia duduk. Dia lihat Lia sedang memanggil wanita yang duduk bersamanya awal tadi dan berjalan menuju ke arah mereka. Mungkin Lia mahu memberi wanita itu sesuatu.
 
 
Dan kejadian yang tidak dingini itu berlaku di hadapan matanya sendiri. Bom meletus dengan kuatnya sehingga dia yang berdiri di kedai Gelato turut terkena impaknya. Semuanya berlaku dengan pantas.
 
 
Nik terbaring lemah dalam keadaan yang tidak bermaya berdekatan dengan kedai Gelato. Kedengaran suara cemas, tangisan dan raungan orang yang  tercedera dalam letupan itu. Api dan asap tebal kelihatan di sana sini. Badan-badan orang yang tercedera dan terkorban bergelimpangan di sana sini.
 
 
Dia menoleh kearah tempat isterinya, dari jauh Nik ternampak badan isterinya yang terdampar kaku berdekatan dengan platform.
 
 
“Lia!,” ujar Nik perlahan dengan linangan airmata melihat keadaan isterinya yang telah kaku dan tidak bergerak.
 
 
Nik cuba bangun untuk mendapatkan isterinya isterinya, namun dia sendiri tidak mampu berbuat demikian kerana kecederaan yang dia alami agak serius, bajunya penuh dengan lumuran darah. Kakinya tidak dapat bergerak. Darah pekat mengalir dari kepalanya. Pandangan matanya menjadi kabur dan badannya terlalu lemah untuk bergerak. Nik memejamkan matanya lalu dia tidak sedarkan diri.
 
 
Pengalaman yang memeritkan dan tidak bisa Nik lupakan. Dia tidak dapat melenyapkan memori ngeri itu dari fikirannya. Dahulu Nik seringkali mengalami trauma dan seringkali mimpi perkara yang sama. Keadaan dirinya menjadi serius bila Nik takut untuk keluar dari rumah kerana khuatir terjadinya perkara yang sama ke atas dirinya. Keadaannya mula berubah sedikit demi sedikit bila dia mendapatkan rawatan dari doctor pakar dan mengambil ubat untuk merawat tekanan yang dia alami.
 
 
Nik menyimpan keratan akhbar itu ke dalam laci semula bila handphonenya tiba-tiba berbunyi. Nombor yang tertera di handphonenya nombor yang tidak dikenali.
 
 
Hello,”
 
 
Hello Nik,” ujar si pemanggil sebaik sahaja Nik menjawab panggilannya. Semalam sebelum mereka berpisah Nik ada memberinya nombor telefon handphonenya sekiranya Zara perlukan bantuan apa-apa darinya. Dia tidak sangka akan menghubungi Nik hari ini.
 
 
Hi,” jawab Nik sepatah kerana merasa terperanjat. Seolah-olah yang menghubunginya itu adalah Lia kerana suara si pemanggil sama seperti suara isterinya. Namun dia sedar yang menelefonnya itu bukan Lia tapi wanita yang kelihatan seperti isterinya Lia. Iaitu Zara Lia.
 
 
“Maaf jika I menganggu you,” ujar Zara dalam keadaan serba salah. Dia tidak dapat duduk senang sejak awal tadi kerana dia mahu bertemu dengan Nik dan menceritakan kepada lelaki itu apa yang dia mimpikan semalam.
 
 
“Tak, you tak menganggu, I’m not doing anything in particular,” jawab Nik lalu berjalan menuju kearah balcony apartmentnya.
 
 
Zara mengeluh kecil di hujung talian. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada dirinya sejak dia bertemu dengan Nik. Dia tidak dapat melupakan lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa dia rasakan dirinya begitu attach dan akan merasa rindu bila berjauhan dari Nik. Dia tidak pernah merasa begitu sebelum ini, dengan Haider dia tidak pernah rasa sedemikian rupa. Pelik!
 
 
Apa istimewanya Nik? Dia sedar Nik seorang lelaki yang kacak, Haider juga seorang lelaki yang kacak! Haider di kenali hampir 3 tahun dan Nik dia baru kenali. Tapi kenapa dia sukakan Nik lebih dari dia sukakan Haider? Adakah dia sudah jatuh cinta pada Nik? Maka dia berperasaan begitu? Zara menjadi tidak keruan bila memikirkannya.
 
 
Why?? What’s wrong sayang-,” ujar Nik lancar sahaja bila terdengar keluhan dari Zara. Namun dia terhenti bila menyedari dia tidak tersengaja mengunakan perkataan ‘sayang’.
 
 
Zara terdiam. Bergetar hatinya bila lelaki itu memanggilnya sayang. But why? Haider pernah memanggilnya ‘sayang’ ‘sweetheart’ ‘darling’ tidak pernah dia rasa getaran apa-apa. Namun bila Nik memanggilnya sayang. Dia seakan mahu lelaki itu memanggilnya ‘sayang’ sekali lagi.
 
 
I’m sorry Lia, it’s just slip my tongue, why what’s wrong?,” ujar Nik perlahan menyedari kesilapannya. Dia tahu perbuataannya itu membuatkan Zara merasa tidak selesa, tapi dia tidak sengaja berbuat demikian.
 
 
Zara tidak segera menjawab pertanyaan Nik. Tujuannya menghubungi Nik kerana dia mahu bertemu dengan Nik untuk menceritakan apa yang dia mimpikan semalam. Namun dia merubah fikiran bila Nik tidak sengaja memanggilnya sayang.
 
 
How bad do you want to know if I’m your Natalia, Nik?,” ujar Zara perlahan lalu duduk di kerusi. Semalam ketika bertemu dengan Nik dan setelah dia menceritakan kepada Nik tentang dirinya yang telah hilang ingatan. Nik tidak mendesak dia melakukan apa-apa untuk memastikan samada dia adalah Natalia. Mungkin Nik tidak mahu memaksa. Dan Nik mahu dia sendiri yang mulakan dahulu.
 
 
Badly!,” jawab Nik lalu tersenyum sayu kerana dia benar-benar ingin tahu siapa Zara Lia sebenarnya? Jika Zara itu Lia, dia merasa bersyukur teramat sangat kerana Allah temukan dia dengan isterinya semula. Dan jika Zara bukan Lia, dia redha dengan keputusan yang diperolehi.
 
 
Semalam dia memang tidak mencadangkan apa-apa pada Zara kerana dia tidak mahu membuatkan wanita itu merasa terpaksa. Namun dalam masa yang sama dia berdoa agar Zara dengan rela hati mahu menjalani ujian DNA keatas dirinya dan sekurang-kurangnya Zara mengetahui identitynya yang sebenar.
 
 
Zara menghela nafas perlahan. Jawapan itu yang mahu dia dengar dari Nik kerana dia sendiri mahu tahu samada dia Natalia Nik ataupun tidak? Dia mula suka pada Nik dan mahu tahu keputusannya secepat mungkin.
 
 
And if I’m not. Will you be nice to me Nik?,” ujar Zara dengan rasa sebak kerana dia khuatir Nik akan berubah hati jika keputusan yang di perolehi tidak seperti yang disangkakan. Adakah Nik akan suka padanya atau Nik tidak peduli tentang dirinya lagi?
 
 
Of course dear! Why would you think of that? I’m still here if you needed me,” jawab Nik bila Zara khuatir dia akan berubah jika keputusan yang mereka perolehi tidak seperti yang di jangkakan. Dia akan tetap menjadi teman Zara dan membantu Zara jika Zara perlukan bantuan darinya. Tiada sebab untuk dia menjauhkan diri dari Zara.
 
 
And if I’m your Natalia?,” ujar Zara dengan hati gembira.
 
 
I will overjoyed dear!,” jawab Nik tersenyum lagi kerana dialah manusia yang paling bersyukur kerana mendapat isterinya kembali.
 
 
That’s mean you are my husband!,” ujar Zara sayu, airmatanya mengalir perlahan tanpa dia sedar. Mungkinkah kehilangan yang di rasakan itu adalah Nik? Ya Allah. Jika benar, terima kasih Allah kerana menemukan dia kembali pada insan yang dicintai. Walaupun Zara tidak dapat mengingati kenangannya dengan Nik dahulu. Namun dia tetap bersyukur kerana dapat bertemu dengan suaminya semula.
 
 
 
bersambung....








No comments:

Post a Comment