Thursday 23 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 47









                            ZARA duduk di kerusi berdekatan seperti diminta jururawat bertugas. Mereka cuba mendapatkan Haider. Zara berada di hospital tempat Haider bertugas kerana dia mahu bertemu dengan Haider. Haidar bertugas hari ini dan Zara tidak dapat menunggu sehingga shift Haider habis kerana dia mahu meminta pendapat Haider kerana dia bukan sahaja seorang doctor, dia juga yang merawat Zara semasa di hospital dahulu. Zara menghormatinya sebagai teman rapat. Dia mahu Haider tahu tentang keputusannya untuk menjalani ujian DNA.





                        I hope you don’t mind I beritahu my friend about my intention to do DNA test,” ujar Zara lalu menoleh memandang kearah Nik yang duduk disebelahnya. Dia meminta Nik menemaninya ke hospital hari ini. Dia mahu memperkenalkan Nik kepada Haider kerana Nik dan Haider tidak pernah di perlkenalkan secara formal.





                        It’s ok I don’t mind, he’s your doctor anyway,” jawab Nik lalu membuahkan senyum.





                        Zara tidak menjawab malah tersenyum bila Nik berkata begitu.





                        È la pagina per me? (You page for me?),” ujar Haider lalu menyerahkan clipboard pesakit yang baru di rawat kepada nurse yang berada di kaunter.




                        Qualcuno sta cercando qui per voi! Ha detto, lei è il tuo parente,” (Someone is here looking for you! She said, she is your relative) jawab nurse yang bertugas lalu menunjukkan Dr. Lorenzo di mana wanita itu berada. Haider menoleh ke arah tempat yang di tunjuk. Zara sedang duduk menantinya.





Haidar membuahkan senyuman kepada Zara, namun senyumannya tiba-tiba terhenti bila menyedari lelaki yang duduk di sebelah Zara itu tidak lain dan tidak bukan lelaki melayu yang sering dia temui sejak akhir-akhir ini.




                        Lorenzo is your doctor?,” tegur Nik perlahan bila menyedari lelaki yang pernah di temui di Cafe dahulu itu adalah doctor Zara.




                        Yes,” jawab Zara ringkas lalu membuahkan senyuman kepada Haider yang sedang menuju ke arah mereka.




                        I see!,” jawab Nik perlahan tiba-tiba merasa kurang selesa kerana dari pandangannya Dr. Haider bukan sahaja merawat Zara semasa di hospital dahulu, dia juga lelaki yang merawat hati Zara. Dan Nik tahu jika seseorang lelaki itu suka pada seorang wanita, kerana dia dapat merasakan bahawa Haider benar-benar suka pada Zara.





                        Zara darling! I’m suprised to see you here! Why dear you miss me huh? You can’t wait till I get back!,” ujar Haider lalu duduk di kerusi kosong di sebelah kiri Zara. Dia pura-pura tidak perasan Zara di temani seseorang.





                        Nik pura-pura tidak mendengar apa yang Haider katakan tadi kerana dia tahu Haider sengaja berbuat demikian untuk membuatkan dia merasa cemburu.





                        I’m sorry Haider, I know you are busy and I tidak bermaksud hendak menganggu kerja you, I just need your view, since you are my close friend and also my doctor! So I came to you first before I proceed to do the test,” ujar Zara lalu memandang wajah Haidar.





                        What test??,” ujar Haider hairan lalu memandang wajah Zara. Apa ujian yang Zara hendak lakukan ke atas dirinya? Haider menjeling ke arah lelaki yang duduk di sebelah Zara dengan perasaan tidak senang. Dia dapat merasakan lelaki itu telah mempengaruhi Zara untuk melakukan ujian ke atas dirinya. Dia sudah berpesan kepada Zara berkali-kali. Jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Zara tidak mahu mendengar kata.





                        Zara kelihatan serba salah bila Haider bertanya ujian apa yang hendak dia lakukan.





                        Genetic test!,” jawab Zara perlahan lalu memandang wajah Haider.





                        DNA test? For what Zara?,” ujar Haider dengan suara tidak senang bila Zara mengatakan dia hendak melakukan ujian DNA keatas dirinya. Zara amnesia, dia tidak perlu membuat DNA test! Dan jika Zara mahu membuat genetic test dengan siapa? Zara sendiri tidak tahu siapa keluarganya.




                        I’m helping someone,” ujar Zara perlahan. Dia tahu Haider tidak bersetuju dengan tindakannya untuk melakukan ujian genetic. Tapi ini adalah keputusannya sendiri. Haider tidak berhak melarang.




                        That’s someone is you, I presumed! I’m sorry for not introducing myself properly, I’m Dr. Haider Lorenzo, Zara’s doctor and in case you don’t know, I’m also her guyfriend!,” ujar Haider lalu menghulurkan tangannya kepada lelaki yang duduk di sebelah Zara.




Zara tidak memperkenalkan dia pada lelaki itu, biar dia sahaja yang mulakan dahulu. Dia sengaja berkata begitu agar lelaki itu tahu bahawa Zara adalah wanita istimewa di hatinya.




                        Zara terperanjat bila Haider memperkenalkan dirinya begitu kepada Nik. Guyfriend? Dia tidak menyangka Haider akan berkelakuan sedemikian. Apa kena dengan Haider! Selalu dia tidak begini.




Zara merasa serba salah lalu menoleh ke arah Nik, lelaki itu tidak kelihatan terperanjat sepertinya kerana dia masih boleh tersenyum dan menyambut huluran tangan Haider.




                        I’m Nik Faisal and yes it’s true, it’s my idea! She was kind enough to help me!,” jawab Nik dengan wajah tenang lalu memandang wajah Zara.




                        I’m just curious Nik, why do need Zara to go through DNA test, she’s helping you for?,” ujar Haider hairan lalu memandang wajah Nik bila lelaki itu mengatakan Zara mahu lakukan ujian kerana mahu membantunya.




                        Nik menoleh memandang wajah Zara bila Haider bertanya mengapa dia perlu mengambil genetic test.




                        Just tell him Nik!,” jawab Zara lalu menyentuh tangan Nik bila lelaki itu tidak segera menjawab pertanyaan Haider.




                        Haider menjeling kurang senang bila Zara menyentuh tangan Nik. Selalunya bila dia cuba menyentuh tangan Zara. Zara pasti akan menarik tangannya kembali dan tidak selesa bila tangannya di sentuh. Tapi lain pula dengan lelaki yang baru di kenali. Dia sendiri yang menyentuh tangan lelaki itu dan dia tidak merasa bersalah.




                        If she is my wife,” jawab Nik mengengam jari Zara erat lalu menoleh memandang wajah Zara. Zara tersenyum memandang wajah Nik.




                        Ridiculous!! I thought you told me that his wife is dead Zara?,” ujar Haider lalu memandang wajah Zara meminta kepastian.




                        Zara kelihatan serba salah bila Haider mahukan penjelasan darinya. Dia tidak berterus terang dengan Haider kelmarin kerana dia tidak mahu lelaki itu menyalahkan Nik. Memang pada awalnya Zara tidak terfikir hendak menjalani ujian DNA. Namun selepas dia bermimpi tentang Nik dan merasakan dia perlu lakukan ujian to get out of system supaya dia tidak terfikir-fikir dan akan rasa menyesal jika dia tidak melakukannya.




“Do whatever you wish Zara, It’s your decision not mine!,” jawab Haider lalu bangkit dari kerusi. Dia berjalan meninggalkan Zara dan Nik tanpa mendengar jawapan dari Zara. Hatinya benar-benar panas bila dia lihat hubungan Zara dan Nik begitu rapat. Seolah-olah Zara dan Nik benar-benar pasangan suami isteri. They look perfect for each other. And that really kills him because he truly love Zara.
 
                                                    
                                                     *****
 
 

I’M sorry about Haider, he is nice person, but today I think he’s not himself,” ujar Zara lalu menoleh kearah Nik yang sedang memandu. Dia tidak tahu kenapa Haider berkelakuan sedemikian. Selama dia berkawan dengan Haider belum pernah dia melihat lelaki itu meradang begitu.
 
No worries, it’s ok,” jawab Nik lalu menoleh kearah Zara Lia sekilas. Dia tahu kenapa Haider berkelakuan begitu kerana Haider tidak suka Zara rapat dengannya. Namun dia tidak bertanya apa-apa pada Zara tentang hubungan mereka yang sebenar.
 
 
Dia hanya tahu Zara tinggal di rumah sewa milik keluarga Haider dan Zara bekerja di Café milik ibu Haider. Dia juga tahu Haider ada menaruh hati pada Zara dari apa yang dia lihat. Cuma dia tidak tahu akan hubungan Zara dengan Haider yang sebenar. Adakah mereka hanya berkawan rapat atau ada hubungan lebih dari itu?
 
 
“Haider likes me,” ujar Zara tiba-tiba lalu menoleh kearah Nik. Dia tidak tahu kenapa dia harus terangkan kedudukkannya dengan Haider pada Nik. Dia tidak mahu Nik tersalah sangka.
 
 
I can sense that he likes you…a lot!,” jawab Nik tanpa menoleh kearah Zara kerana dia menumpukan perhatian pada jalan raya.
 
 
I know,” jawab Zara perlahan lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dia tahu Haider suka padanya kerana Haider pernah meluahkan perasaannya terhadap dirinya dahulu, namun Zara meminta Haider supaya jangan terburu-buru meluahkan perasaan cinta terhadap dirinya.
 
 
Zara tidak dapat membalas cinta Haider kerana Zara hanya menganggap Haider sebagai teman yang baik. Zara meminta Haider supaya bersabar dan dia mahu mereka menjalinkan hubungan persahabatan dahulu. Walaupun berat namun Haider menurut sahaja kehendak Zara dan dia sanggup menunggu sehingga hati Zara terbuka untuknya.
 
 
Sebab itu Zara tidak menyalahkan Haider bila lelaki itu meradang bila dia rapat dengan Nik, kerana Nik lelaki yang baru di temui dan di kenali. Dan dia sudah serahkan hatinya kepada Nik dan bukan Haider. Zara terhutang banyak budi pada Haider dan ibunya.
 
 
“Lia pula?,” tanya Nik ringkas lalu membelokkan keretanya kearah kanan jalan.
 
 
“Zara tak faham maksud Nik?,” jawab Zara lalu menoleh kearah Nik bila lelaki itu bertanya padanya soalan yang begitu ringkas.
 
 
“Lia sukakan Haider?,” tanya Nik mendatar.
 
 
“Suka sebagai teman tidak lebih dari itu,” jawab Zara jujur.
 
 
“Kenapa??,” tanya Nik ingin tahu akan sebab kenapa Zara tidak menganggap Haider lebih dari teman biasa.
 
 
Because I don't love him as much as he loves me,” jawab Zara perlahan. Benar, dia tidak cintakan Haider dari dulu lagi. Dia selalu merasakan bahawa cinta hatinya bukan Haider. Hatinya telah di serahkan kepada lelaki lain dan selama ini dia tidak tahu kepada siapa hatinya telah di serahkan sehinggalah dia bertemu dengan Nik.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 


 
 
                       

No comments:

Post a Comment