Aku meletak gagang telefon kembali dengan perasaan sebal.
Nombor yang diberi tidak lagi dalam perkhidmatan. Bagaimana aku hendak buat
kerja dengan lancar jika aku tidak dapat menghubungi orang yang aku perlu
temuramah? Aku kembali mengadap komputer lalu menaip sesuatu. Semalam aku
menaip pelbagai soalan untuk aku jadikan panduan ketika hendak menemuramah
‘ED‘. Kononnya hari ini aku mahu menghubungi ED dan mahu bertemu dengannya.
Tapi usahaku untuk menghubungi ED tidak berhasil kerana nombor yang diberi
tidak di dalam perkhidmatan. Pelik! Masakan Mr. Haiqal beri salah nombor
kepadaku. Aku berhenti menaip. Fail ‘ED‘ ku capai lalu berjalan menuju ke arah
bilik Mr. Haiqal.
“Anna I nak jumpa dengan Mr. Haiqal..dia free tak?,“
tanyaku sebaik sahaja berhenti di hadapan meja Anna. Walaupun Mr. Haiqal itu
pakcik aku. Tapi aku tidak boleh sewenang-wenangnya pergi bertemu dengan dia.
“I think he’s free,“
ujar Anna tanpa memandang wajah Marsha kerana dia sibuk menaip sesuatu.
“Ok thanks,“ jawabku menuju ke arah bilik Mr. Haiqal.
Dari jauh aku lihat Mr. Haiqal asyik membaca sesuatu.
Pintu biliknya ku ketuk perlahan. Haiqal memandang ke
arah pintu lalu menganggukkan kepalanya perlahan tanda dia izinkan aku masuk ke
dalam biliknya.
“Paksu nombor ED yang paksu beri tu betul ke?? I tried to
call him not successful..,“ ujarku lalu duduk di kerusi berhadapan dengan
mejanya.
“Nombor ED??? I don’t recall that I give you his phone
number..if you need to interview him you can only do that through phone,“ ujar
Haiqal lalu mencapai fail yang di beri kepada Marsha tempoh hari. Walaupun ED
bersetuju ceritanya di siarkan di majalahnya namun ED masih belum bersedia untuk
bertemu dengan penulis yang bertanggungjawab menulis tentang dirinya. Dia hanya
bersedia untuk ditemuramah melalui telefon sahaja.
“You kidding aren’t you? How can I possiby write about
him through interview from telefon..,“ ujarku dengan wajah terperanjat.
Interview melalui telefon? Patutlah Mr. Haiqal memberi aku assignment ini
kepadaku, kerana dia tahu tiada siapa yang mahu bekerja dengan orang yang tidak
dapat bekerjasama dan memudahkan penulis seperti kami.
“Permintaan ED, Marsha! Awak harus hormat hasrat ED,“
jawab Haiqal bila Marsha tidak senang dengan arrangement ED dengan Editornya.
“I started to hate him already..,“ ujarku dengan wajah
kurang senang kerana ia tidak memudahkan tugas aku. Dan aku percaya setiap
panggilan telefon yang akan aku lakukan. Mr. Haiqal pasti ada bersama. No
privacy at all. Dan kenapa si ED mahu syarikat kami menceritakan tentang
dirinya tapi dia sendiri masih belum bersedia untuk mendedahkan imejnya? Pelik!
“Him??? Did you say ‘Him‘?,“ ujar Haiqal terperanjat mendengar
komen Marsha. Bagaimana Marsha tahu ‘ED‘ seorang lelaki sedangkan dia tidak
pernah memberitahu Marsha akan jantina ED.
“Yes...Him,“ jawabku dengan wajah bosan.
“Macamana awak tahu ED lelaki??,“ tanya Haiqal lalu
memandang wajah Marsha dengan pandangan hairan. Apa Marsha sudah tahu siapa ED
dan pernah bertemu dengannya?
“I’ll guess..if dia tidak? Good!..but jika dia
lelaki..then dia lelaki yang cerewet,“ komenku dengan wajah selamba. Pertama
kali aku mengadu tentang hal keburukkan ED. Penulis idola ku. Seriously what’s
wrong with me? Entah kenapa mood aku sejak akhir-akhir ini tidak berapa baik.
Semua aku rasa tidak kena pada pandangan mataku. Sejak aku pulang dari ‘The Bee‘
mood aku tidak begitu baik. Aku cemburu melihat isteri Eddy. Eddy kelihatan
bahagia bersama wanita itu. Kenapa aku tidak kenal Eddy dari dulu lagi? Kenapa
baru sekarang setelah dia sudah dimiliki? Perasaan aku terhadap diri Eddy
semakin hari semakin sukar untuk aku tafsirkan. Aku cuba menafikan bahawa aku
suka padanya, kerana selama ini aku menyangka aku dapat mengawal dan mengikis
perasaan aku terhadap dirinya dengan mudah. Dahulu semasa aku sukakan Azlee aku
tidak pernah berperasaan sedemikian. Setelah aku tahu hati Azlee bukan untukku.
Ya..aku kecewa dan sedih merasa diri tertipu, walaupun sukar namun aku dapat
mengatasinya. Tapi dengan Eddy aku tahu aku tidak dapat memiliki hatinya kerana
aku terlebih dahulu tahu bahawa dia sudah beristeri. Tapi kenapa aku tidak
dapat melupakanya kenapa perasaan sayang ku terhadap diri Eddy semakin hari
semakin menebal, manakala sayang dan cintaku terhadap diri Erhan semakin hari
semakin menipis.
Haiqal mengerutkan dahinya bila Marsha memberi komen
sedemikian. Kenapa dengan Marsha hari ini. Selalunya dia tidak macam ini. Bila
sebut sahaja nama ‘ED‘ dia akan merasa teruja tapi hari ini wajahnya tidak
menunjukkan bahawa dia teruja. Dia kelihatan bosan dan tidak ada mood.
“You ada masalah Marsha?,“ tegur Haiqal bila di lihatnya
Marsha moody begitu. Dia kenal Marsha. Seorang wanita dreamer. Hopelessly
romantik dan kerana dia memiliki sifat begitu jarang sekali dia lihat Marsha
moody dan merasa frustrated.
“Tak ada masalah..yang ada masalah your favourite
mysterious writer?? Seriously how can I do my job properly dengan this kind of
arrangment?? Is he trying to sabotage my promotion, I don’t know whether I can
do this anymore!..you cari sahajalah orang lain to cover ED story,“ ujarku lalu
bangun dari kerusi tanpa sempat Mr. Haiqal memberi komen, aku sudahpun keluar
dari biliknya. Aku malas hendak mendengar alasan Mr. Haiqal. Manjakan ED sangat!
Biar Mr. Haiqal sendiri yang layan karenah cerewet ED. Panas hati aku
dibuatnya. Lantaklah samada Mr. Haiqal dan Puan Sarah hendak promote aku atau
tak! Aku sudah tidak kisah lagi.
*****
Erhan
mengelus lembut rambut perang Eryan yang sedang tidur kepenatan di sofa. Dia
ingin membawa Eryan makan malam di tempat lain namun anak kecil itu tidak mahu.
Dia mahu terus berada disini kerana mahu melihat Mas Khairul menyanyi katanya.
Erhan tersenyum sendiri melihat gelagat si kecil. Eryan benar-benar
menghiburkan hatinya.
Erhan melirik
ke arah Lieza dan Khairul sedang berbual mesra. Dia tersenyum lagi melihat
pasangan dua sejoli itu kelihatan bahagia. Hatinya pula merasa sedikit sayu.
Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia dan Lasindah bertemu dua mata.
Perasaannya terhadap diri Lasindah sudah nyata. Dia cinta dan sayangkan wanita
itu. Dan perasaan itu semakin menebal dari hari ke sehari. Benar kata Lieza apa
yang membuatkan dia menunda pertemuan mereka? Dia tahu akan perasaannya sebaik
sahaja terpandang akan wajah Lasindah buat pertama kali di Red
Bean Bag Café. Malah dia merasa terperanjat dan tidak menyangka wanita itu
adalah Lasindah.
“Boss..Khairul
kata your voice memang superb! Seriously I didn’t know you can sing that well,”
ujar Lieza lalu duduk di sofa bertentangan dengan Erhan. Lieza meletak gelas
berisi fresh orange di meja hadapannya.
“Terima
kasih..aku nyanyi suka-suka more to hobby..mana Khairul sudah pulang?,” tanya
Erhan bila Khairul tidak kelihatan bersama dengan Lieza.
“Khairul
pergi Gents..boss I nampak the same lady yang kita jumpa kelmarin?? She’s with
her girlfriend kenapa tak ajak join kita tadi?,” tanya Lieza lalu menyedut
fresh orangenya.
“Kamu
nampak dia?,” ujar Erhan lalu mencapai gelas berisi air putih lalu meneguknya
perlahan.
“Ya..dia
ada kawan bernyanyi kat sini juga ke?? What a small world,” jawab Lieza.
Erhan
meletak gelas itu kembali di atas meja lalu berdehem kecil. Matanya melirik
kearah Khairul yang berjalan kearah sekumpulan lelaki yang menunggu giliran
untuk bernyanyi. Menurut Lieza, tunangnya Khairul juga sering bernyanyi di
mana-mana pub dan dia punya ramai kenalan yang memiliki bakat yang sama. Iaitu
menyanyi. Sebab itu dia mengundang Lieza dan Khairul kemari.
“Ah
Lieza..aku ada sesuatu hendak share dengan kamu,” ujar Erhan lalu menyandarkan
badannya di sofa.
“Share?
Share apa?,” tanya Lieza bila Erhan tiba-tiba kelihatan serious. Apa bossnya
hendak berkahwin? Jika benar dengan siapa? Setahunya Erhan suka pada so-call
Lasindahnya. Dan menurut Erhan dia masih belum bertemu dua mata dengan wanita
itu kerana dia belum bersedia. Apa yang dia hendak share dengannya? Erhan mahu
pulang ke Jakarta terus?
“Aku
punya nick name,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza.
“Boss
you beri I suspen ajelah..I thought you hendak pulang ke Jakarta terus.., semua
orang ada nick name boss..so what’s yours?? Let me guess, Danny?,” teka Lieza
lalu ketawa kecil.
Erhan
tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan kerana tekaan Lieza salah.
Memang semua akan meneka nama nicknamenya Danny kerana nama keduanya Daniel.
Tidak semua orang tahu akan nama nicknamenya hanya kenalan rapat dan
keluarganya sahaja yang tahu.
“Then
apa?,” tanya Lieza ingin tahu.
“Eddy,”
jawab Erhan perlahan.
“Eddy!
Wah..beda bangat nickname kamu dengan nama sebenar kamu boss..bukankah nama
kamu Teuku Erhan Daniel Budi? Gi mana datangnya ‘Eddy’,” ujar Lieza lalu ketawa
kecil.
“Short
form of Erhan Daniel..teman-teman socialku panggil aku ‘Eddy’,” jawab Erhan
tanpa mengulas panjang.
“Ya..I baru teringat itu hari that
lady mention nama Eddy. I thought I salah dengar..rupanya tidak so memang your
nickname Eddy lah..,” jawab Lieza sambil lewa. Dia perasan wanita itu memanggil
bossnya Eddy tapi dia tidak bertanya pada Erhan kenapa wanita itu memanggilnya
Eddy dan bukan Erhan.
“Tak
salah..so you know now..kalau ada yang memanggil aku Eddy dan bukan Erhan..,”
“Ok,
thanks for sharing boss,” jawab Lieza ringkas lalu tersenyum dan dia tidak
mengesyaki apa-apa.
Lieza
tiba-tiba duduk menegak bila menyedari dan teringatkan sesuatu. Erhan tidak
berkongsi cerita sepenuhnya kepadanya.
“Jadi
Lasindah tidak tahu bahawa Eddy itu adalah Erhan?,” ujar Lieza tiba-tiba.
Erhan
tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya perlahan bila PAnya sudah mula
sedar akan kenapa dia mahu berkongsi nama samarannya kepadanya tiba-tiba
sedangkan selama ini dia tidak pernah mahu berbuat demikian.
“You
are so mean..,” ujar Lieza dengan wajah tidak percaya bila menyedari bahawa
Erhan selama ini menrahsiakan tentang siapa dirinya yang sebenar dari
pengetahuan Lasindah. Dan Lasindah benar-benar tidak tahu bahawa Eddy itu
sebenarnya Erhan.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment