“You don’t get to meet her??? How come??,“ tanya Lieza
dengan wajah terperanjat dan juga tidak berpuashati dengan jawapan Erhan yang
begitu vague. Apa yang telah terjadi?? Lasindah tidak datang atau Erhan yang
tidak datang?
“I didn’t meet her,“ jawab Erhan acuh tak acuh lalu
menyilangkan kakinya dan menyandarkan badannya di sofa.
“Didn’t meet??? Means you stood her up!!,“ ujar Lieza
bila Erhan berkata demikian.
“Kind of..!!,“ jawab Erhan dengan wajah tidak bersalah.
“Kind of?? But why??,“ tanya Lieza lagi tidak percaya
bahawa Erhan berbuat begitu pada so-call
Lasindah. Setahu Lieza, Erhan benar-benar suka pada so-call Lasindah. Apa yang telah berlaku.
“It’s kind of complicated,“ jawab Erhan tanpa mahu
mengulas panjang. Dia kalau boleh tidak mahu menceritakan kepada Lieza tentang so-call Lasindah. Tapi bila Lieza sudah
bertanya dia tidak dapat mengelak.
“Boss you dah share with me about this lady story..and
now you reluctant to elaborate..it’s not fair you know???..,“ ujar Lieza lalu
menarik muka masam. Dia tidak suka orang mahu berkongsi cerita dengannya tapi separuh
jalan. Boleh angin dibuatnya. Boss tak boss.
“Ok...,“ jawab Erhan mengalah bila Lieza mula merajuk
dengannya.
“So...what happen!!,“ ujar Lieza tidak sabar menanti
cerita dari Erhan kerana lelaki itu sengaja mengambil masa untuk menceritakan
kepadanya tentang datenya dengan so-call
Lasindah.
“Like I said it’s kind of complicated..this so-call Lasindah..I kind of seen her
before..once or twice!! Or maybe more..I‘ve lost count,“ jawab Erhan lalu
meneguk kopinya perlahan tanpa memandang wajah Lieza.
“You have seen her before??? Kat mana?,“
“Di R&R bistro..,“ jawab Erhan lalu membuahkan
senyuman kepada Lieza. Dia tahu Lieza akan terus-terusan mengajukan soalan
kepadanya selagi dia tidak memberikan Lieza jawapan yang dapat memuaskan
hatinya.
“R&R Bistro!! Since when you lepak di R&R?? And
how come I didn‘t know!,“ tanya Lieza lagi kerana setiap kali Erhan mahukan
sesuatu dari R&R Bistro. Dia sendiri yang mendapatkannya untuk Erhan. Dia
tidak tahu pula Erhan selalu ke sana? Dan bagaimana dia boleh tidak tahu.
Erhan tidak segera menjawab soalan Lieza, dia mencapai
cawannya lalu menghabiskan sisa kopinya perlahan. “Like I said..once or twice
or maybe more!!,“ jawab Erhan antara dengar dengan tidak kerana merasa bersalah
kerana dia tidak pernah memberitahu Lieza kemana dia menghilang dan tidak
berada di pejabat selama ini kerana Lieza yang menjaga jadualnya dan setiap
meeting dan appointment Lieza yang uruskan untuknya.
Lieza memejam celikkan matanya bila Erhan berkata
demikian. “I can’t believe it.., now I remembered, you selalu gone missing
everyday and you never tell me where you when to?..is that mean that you were
at R&R all along?? You buat apa disana?? Bukan ke apa yang you hendak I
yang selalu order from R&R kitchen??, does anyone know that you the big
boss???,“ tanya Lieza bertubi-tubi lalu memandang wajah Erhan yang cuba
mengelak bila dia mengajukan soalan.
Erhan membetulkan kedudukannya bila Lieza mengajukan
soalan bertubi-tubi mengalahkan Inspector polis menyoal penjenayah lagaknya.
Dia menjadi tidak senang duduk di aju soalan begitu dan dia tahu Lieza tidak
akan berhenti menyoalnya setakat disitu.
“Looks like you have solved the msytery Detective Lieza!!
And to answer to your question no one knows who I am,“ jawab Erhan dengan wajah
yakin kerana sejauh ini tiada siapa yang menegurnya.
Lieza mengelengkan kepalanya tidak percaya dengan apa
yang di dengar. Jadi selama ini Erhan tidak hilang jauh kemana. Dia hanya
berada di R&R.
****
Aku
duduk mengadap komputer ingin menaip sesuatu. Aku mengambil serious tentang
perbincangan aku dengan Mr. Haiqal tempoh hari. Aku mahu membuktikan kepadanya
bahawa aku boleh menulis dengan baik. Tapi kenapa idea tidak datang lagi.
Otakku seakan tidak dapat berfikir dan berfungsi. This is not me! I’m ambitious
kind of person. Lebih-lebih lagi aku menulis tentang perkara yang aku suka.
Tapi kenapa hari ini fikiran aku ‘blank‘.
“Why are
you staring at the blank screen???,“ tegur Azlee. Tadi semasa dia melintas
cubicle Marsha. Wanita itu tidak perasan langsung akan dirinya. Apa yang
menganggu fikiran Marsha.
“How
long have you been here??,“ tanyaku lalu menoleh ke arah Azlee. Bila ketika
Azlee berada di tempat Salena? Aku tidak nampak dia lalu depan aku tadi.
“Not
long, dear you ada masalah ke??, you acting weird lately,“ tanya Azlee dengan
wajah risau. Marsha yang dahulu seorang wanita yang ceria. Happy go lucky. Lucu
and fun. Tapi Marsha sekarang seorang wanita yang serious tak lucu dan tak fun
seperti dahulu. Malah Azlee merasakan dia bersama dengan orang lain dan bukan
Marsha.
Aku
memusingkan kerusiku lalu mengadap Azlee. Aku menyandarkan badan dan memeluk
tubuh. Ingin tahu apa maksud Azlee bahawa aku berperangai pelik sejak
akhir-akhir ini. Adakah dia perasan perangai aku pelik setelah dia mengatakan
bahawa dia menganggap aku hanya teman biasa atau perangai aku pelik sebelum aku
rasa kena reject. Nak tahu juga.
“Acting
weird?? Really??,“ ujarku memandang tepat ke wajah Azlee dengan wajah serious.
“Ya like
now..when we were close dulu, I don’t feel intimidated when I’m around
you..tapi sekarang-,“ jawab Azlee serba salah. Dia tidak mahu membuatkan Marsha
terasa hati atau marah padanya lagi. Dahulu bila dia berterus terang pada
Marsha tentang hubungan mereka. Marsha tidak dapat menerima dengan baik.
Hubungan mereka tidak baik selama lebih 3 bulan kerana Marsha tidak dapat
memaafkan dia. Tapi apa salah dia. Dia berterus terang pada Marsha bahawa dia
tidak punya perasaan lebih dari kawan. Bukan kerana Marsha tidak cantik. Marsha
seorang wanita yang cantik. Tapi dia hanya sukakan Marsha kerana wanita itu
lain dari yang lain. Dengan Marsha, Azlee boleh berbual dan berbincang tentang
apa sahaja kerana Marsha knowledgable dan tidak bosan seperti wanita lain. And
he really miss Marsha yang dahulu. Dia khuatir kehilangan teman sebaik Marsha.
Dan kini dia khuatir jika dia tersilap kata lagi Marsha akan membencinya.
“Sekarang???
Ya..teruskan I nak dengar apa you fikir tentang diri I sekarang Azlee,“
“You are
not the fun lady I used to know,“ jawab Azlee memandang tepat ke anak mata
Marsha.
“Intimidated...so
apa you nak buat sekarang!! I think you should do something,“ jawabku dengan
wajah selamba. Aku sudah dapat mengagak bahawa itu yang Azlee akan katakan
padaku. Aku acting weird sebab aku tidak lagi menjadi badut personal Azlee yang
sentiasa membuatkan hatinya happy dan ceria selalu. Aku acting weird kerana
tidak lagi menjadi personal assistantnya yang akan belikan lunch atau fetchkan
dia coffee. Sorry Azlee, aku tidak lagi menjadi wanita yang bodoh berbuat
demikian kerana menyangka bahawa dia suka dan cintakan aku. Aku silap
memikirkan bahawa selama ini Azlee menganggap aku wanita istimewanya sedangkan
dia hanya menganggap aku hanya his personal joke.
“See..I
baru cakap sikit you dah jumpy,“ jawab Azlee dengan wajah tidak bersalah.
Aku
mengela nafas panjang. I don’t realised that Azlee is a real fool. He chose not
to see atau sememangnya dia fool yang aku tidak macam dulu sebab aku tidak lagi
mahu memikat hati dia. Tak kan itu pun dia tidak faham.
“Azlee..if
you are looking for personal clown who will make you happy always, I suggest
you pergi fun fair,“ jawabku lalu mengadap komputer aku semula. Tidak punya
masa hendak melayan Azlee.
Azlee
terdiam bila Marsha berkata demikian kerana ada benarnya apa yang dikatakan
Marsha. Marsha lain dari yang lain kerana Marsha sayangkannya maka dia selalu
menyenangkan hatinya. Tapi setelah Marsha tahu akan kedudukannya di hatinya.
Marsha tidak lagi Marsha yang dahulu. Kenapa Marsha harus melayannya bila dia
tidak menerima cinta Marsha dan Marsha tidak akan melakukan kesilapan begitu
lagi kerana dia bukan wanita yang tidak cerdik akalnya.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment