Tuesday, 3 February 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 25






 

Oleh kerana rasa tidak sedap badan aku mengambil keputusan untuk rilek one corner masa launch buku novel terbaru dari author bernama Ariff Sofian. Tiba-tiba pula badan ni rasa seram sejuk. Sebaik sahaja aku menghabiskan latte dan kek aku minta diri untuk ke tandas. Aduh tetiba lak sakit! Itulah semalam aku cakap sakit bilamana aku sememangnya tak sakit. Hari ni bila ada launching pulak aku rasa sakit.




 

Kerana tidak sampai hati hendak membiarkan Salena uruskan launching seorang diri. Aku gagahkan diri untuk menemaninya sahaja yang lain dia kena uruskan kerana aku tidak larat hendak lari kesana kemari. Ala bukan susahpun hendak handle. Salena itu saja hendak berteman. Lagipun nanti teman barunya Eddy juga ada sama. At least ada juga orang yang menemannya nanti. Nape eh aku tiba-tiba rasa sedih? Sebab Salena ada teman baru ke? Hmm entahlah. Sebenarnya memang aku sikit jeles bila Salena berbual dengan Eddy tadi. Yelah aku sebenarnya suka tengok wajah kacak si Eddy. Aku terpikat kat dia bila masa pertama kali dia ajak gaduh kat aku. Tapi masa tu aku ingat hanya akan bertemu dengan Eddy sekali sahaja. Dan tak akan bertemu dengannya lagi. Sebab itu aku ceritakan pada Erhan tentang Eddy. Sebab aku masa tu memang sukakan Erhan. Mesti kau orang confused kan? Mana satu yang aku suka. Erhan atau Eddy? Erhan aku suka sebab dia sejiwa dengan aku. Manakala Eddy aku suka sebab apa aku tak pasti pulak. Mungkin ini di namakan infatuation dan ianya hanya sementara. Tapi bila selalu bump into Eddy. Aku rasa ini bukan infatuation lagi. Aku look forward to see his face every now and then bila aku ke R&R. Bukan untuk menjadi temannya tapi sekadar hanya melihatnya dari jauh sahaja sudah cukup menyenangkan hati aku. Secret admirer gitu. Haha mungkin ada benarnya juga apa yang Eddy pernah kata dahulu. Aku ni stalker dia! There’s something about Eddy yang aku tidak tahu apa? Ikutkan aku sukakan lelaki seperti Erhan yang gentleman and know how to treat a lady.

 
 
 

Eh kejap-kejap aku dah confused lagi. Setelah mengetahui bahawa penulis idola aku itu adalah seorang lelaki. Aku juga membayangkan bahawa ED seorang lelaki yang pandai menjaga hati wanita dan begitu memahami hati wanita. Kalaulah ketiga-tiga lelaki itu berada di hadapan aku. Aku tidak tahu hendak memilihnya kerana ketiga-tiganya aku suka. Haha. Erhan kerana kegentlemannya, Eddy kerana kekacakannya dan ED kerana begitu memahami hati wanita.

 
 
 
 

Haizz! Ini pasti kerana penangan ubat yang aku baru makan tadi. Aku dah start hallucinating dan berangan bahawa lelaki yang berada di hadapan aku itu adalah Eddy. Masak kau ni Marsha. Tak kan orang yang berada di hadapan aku itu benar-benar Eddy. Kalau hendak bermimpi atau berangan-angan pun agak-agak lah kan.

 
 
 
 

“Marsha,” tegur lelaki itu bila wanita itu membuka mata tapi tidak berkata apa-apa.

 
 
 
 

“Yah,” jawabku perlahan lalu memejam celikkan mataku kerana aku masih lihat wajah Eddy pada lelaki itu. Ok kenapa aku nampak muka Eddy kat depan mata lagi. Tak kan lah aku mimpi lagi kan? BTW aku kat mana sekarang? Aku tidak memandang kearah lelaki yang menegurku sebaliknya memandang kearah siling. Mana kipas? Setahu aku bilik tidur aku ada kipas. Kenapa tak ada? Kenapa lampu bilik aku ni romantic sangat dim and lampu sunlight. Ok aku rasa sejuk sebab bilik itu berhawa dingin.

 
 
 

“Are you feeling better now??,” tegur lelaki itu lagi.

 
 
 
 

“Where am I?? Who are you??,” ujarku lalu menghulurkan tangan kepada lelaki itu kerana aku hendak bangun. Lelaki itu menyambut tangan Marsha membantu wanita itu untuk duduk. Aku cuba untuk menstabilkan diri bila di dudukkan. Lelaki itu terus menuju kearah sudut mini pantry mengambil air dari cooler.

 
 
 
 

“Kau kat R&R staff lounge,” ujar Ika dengan wajah risau. Tadi semasa launching. Marsha tiba-tiba jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Nasib baik Mr. Eddy ada waktu itu. Dia yang mengangkat Marsha dan membawanya ke staff lounge.

 
 
 
 

“Aku kat mana?? Macamana aku boleh ada kat sini?,” ujarku lalu memejamkan mata kerana masih terasa mabuk.

 
 
 
 

“Kau pitam dan pengsan tadi..itu yang Mr. Eddy bawa kau ke sini,” terang Ika lalu duduk di sebelah Marsha.

 
 
 
 

“Eddy??? You mean Eddy ada di sini??,” ujarku lalu memoleh kearah Ika yang duduk di sebelah kananku. Tiba-tiba otakku kembali stabil bila Ika menyebut nama Eddy. Eddy bawa aku ke sini. Jadi benarlah tadi aku tidak bermimpi bila aku ternampak muka Eddy ketika aku buka mata tadi. Aduh janganlah aku meracau kata yang bukan-bukan tadi. Sebab tadi aku terasa seperti dalam mimpi. Dan Eddy ada dalam mimpi aku. Ah sudah! Mana aku hendak sorok muka sekarang.





 

Ika tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan lalu membuahkan senyuman kearah dimana Eddy berada. Lelaki itu berdiri sambil memerhatikan mereka berdua dan tidak sedikit menganggu perbualan mereka.

 
 
 
 

“Eh I didn’t know you are still here..and thanks for rescuing me just now,” jawabku dengan wajah merah merona kerana malu pada Eddy. Ok rasa janggal gila aku di buatnya sebab aku tak tahu hendak buat apa. Macamanalah keadaan aku masa pengsan tadi. Masih anggun dan ayu lagi ke tak? Dah lah itu hari aku selamba saja cakap aku tak suka pada dia. Dia pulak yang tolong aku tadi. Issk. Aku tahu pasti Eddy yang mengangkat aku ke bilik lounge R&R ni..issk buatnya berat badan aku naik jenuh juga dia mengangkatnya seorang? Aku yakin dia yang mengangkat aku seorang tadi. Betul tak? Tak kanlah aku hendak tanya dia pulak kan. Aduh paiseh gila. Aku malu dengan si Eddy ni sebenarnya. Mana pulak si budak Salena ni? Launch belum habis lagi ke?

 
 
 
 

“Don’t mention,” jawab Eddy lalu tersenyum.

 
 
 
 

Ok aku jadi serba salah bila Eddy tersenyum begitu. Apa yang ada di fikirannya. Dia senyum sebab teringat kembali akan keadaan aku masa pengsan tadi yang melucukan atau sebab berat mengangkat aku tadi. Tssk..Tssk. Aku pun tak pasti sebab aku pengsan tadi so tak tahu apa-apa.

 
 
 
 

“Er..I think you berdua tak perlu temankan I di sini..I’m sure both of you ada something on, I can rest here and wait for Salena to come back,” jawabku lalu memandang kearah Ika dan Eddy.

 
 
 
 

“Ah yelah aku nya waktu rehat dah habis pun..aku pergi sambung kerja dulu ok..kau tunggu sampai Salena habis kerja nanti, kau jangan pergi mana-mana..kalau pengsan lagi siapa pula yang hendak rescue kali ini,” usik Ika lalu menjeling kearah Mr. Eddy yang masih lagi berada di tempat yang sama. Nasib baiklah ada Mr. Eddy yang menyelamatkan Marsha tadi. Kalau tidak Marsha sudah berada di hospital. Masa Marsha pitam Mr. Eddy kebetulan berdiri di belakang mereka dan tidak jauh dari Salena dan Marsha. Sebelum Marsha rebah dan jatuh. Eddy menyambutnya dahulu. Kalau tidak pasti kepala Marsha sudah terhantuk di atas lantai konkrik.





 

“Ok cik Ika, terima kasih sekali lagi sebab temankan aku di sini,” ujarku lalu ketawa nervous bila Ika mengenakan aku di hadapan Eddy. Issk budak ni tak agak-agak hendak mengenakan aku. Kalau ye pun hendak menyindir aku tunggulah sampai Eddy dah keluar dahulu ini tidak.

 
 
 
 

Ika keluar dari staff lounge lalu menutup pintu di belakangnya. Ok. Ika dah pergi tapi kenapa Eddy tidak pergi lagi. Kenapa dia masih lagi berada di sini?

 
 
 
 

“Eddy you can go too..you don’t have to accompany me,” jawabku dengan wajah selamba walaupun aku sebenarnya malu hendak berbicara dengan Eddy. Lelaki itu seakan tidak mengendahkan apa yang aku katakan tadi malah sibuk membancuh sesuatu dari pantry.

 
 
 
 

Aku menjadi serba tidak kena kerana aku janggal berada berduaan bersama dengan Eddy. Kan aku dah cakap aku minat pada wajah kacak Eddy. Aku tidak mahu aku angau dengan lelaki itu. Aku ni kadang-kadang fickle minded. Kalau di goda dengan orang yang aku minat aku akan lupa pada tujuan asal aku iaitu sukakan Erhan. Nanti tidak semena-mena aku sukakan Eddy suami orang. Ada lebih baiknya lelaki itu keluar dari sini sebelum keadaan menjadi bertambah rumit.

 
 
 
 

“Tea with sugar or cream??,” ujar Eddy.

 




“Sugar,” jawabku tiba-tiba merasa seperti terkena anxiety attack. Ah sudah sindrom aku dah mula balik. Sindrom ini hanya akan berlaku pada diriku jika aku suka atau minat pada diri seseorang itu. Dulu pada Azlee. Sekarang pada Eddy pula.

 




Eddy menyerahkan mug berisi teh yang di bancuhnya tadi kepada Marsha.

 
 
 
 

“Thanks, Eddy seriously you can go-,” jawabku kerana merasa tidak selesa jika lelaki itu berada lebih lama di sini. Kalau aku tercium pipinya nanti jangan salahkan aku.

 
 
 
 

“I’m just curious what happened with that guy at the cafe??,” tanya Eddy tanpa memperdulikan saranan Marsha agar dia pergi. Dia ingin tahu apa yang berlaku malam kelmarin semasa di Café.

 
 
 

“Tak ada apa-apa,” jawabku terperanjat bila Eddy tiba-tiba mengajukan soalan sedemikian. Aku mengalihkan pandangan ke bawah tidak mahu memandang wajah Eddy. Eddy masih ingat lagi tentang malam kelmarin? Hatiku tiba-tiba merasa sedih bila Eddy mengingatkan aku tentang malam kelmarin. Aku sedih kerana Erhan tidak datang bertemu dengan aku pada malam itu dan masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Aku tidak mengerti mengapa Erhan berbuat demikian. Jika dia belum bersedia kenapa dia yang menyarankan agar kami bertemu tapi tidak bercadang hendak bertemu?

 
 
 

“But you crazy about him??,” tanya Eddy lagi.

 
 
 
 

Aku memandang wajah Eddy bila dia berkata demikian. How did he know?? I’m crazy about Erhan? Ketara sangat ke?

 
 
 
 

“How can you tell?,” tanyaku ingin tahu lalu meletak mug berisi teh di meja hadapanku.

 
 
 
 

“It’s written all over your face that you really like him..did he turn up that night??,” tanya Eddy ingin tahu.

 
 
 
 

Aku tidak menjawab malah mengelengkan kepalaku perlahan. Terasa malu dengan Eddy. Pasti Eddy menyangka aku wanita gila cintakan seseorang yang aku tidak pernah jumpa dan kenali.

 
 
 
 

“Kenapa you tak call atau pergi sahaja rumah dia??,”

 
 
 

“I don’t actually know him, and I don’t know where he lives, sebab dia guna PO Box address,” ujarku lalu mengalihkan pandangan kearah lain kerana merasa malu dan aku tidak sanggup melihat reaksi di wajah Eddy bila dia mengetahui aku tidak tahu siapa lelaki itu. Pasti Eddy menyangka aku gila atau wanita desperate.

 
 
 
 

“Really??,”

 
 
 
 

“We only know each other..oh gosh, you’re not going to believe this-,”

 
 
 
 

“Let me guess??? Through internet from chatting room?,” teka Eddy.

 
 
 
 

“I wish I can say that but no..,”

 
 
 
 

“No?? Let me guess again through penpal?,”

 
 
 
 

“It’s kind of complicated..you will never believe me,” ujarku lalu tersenyum. Aku tidak tahu kenapa aku boleh berkongsi cerita dengan Eddy. Strange..that we kind of clique.

 
 
 
 

“Try me!,” jawab Eddy dengan wajah selamba lalu duduk di sebelah Marsha meminta Marsha menceritakan kepadanya tentang lelaki yang di sukai Marsha.
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 
 
 




No comments:

Post a Comment