Aku
memerhatikan Salena berjalan menuju ke arah meja kami seiring dengan Eddy. Apa
yang mereka bualkan seronok sangat tak habis-habis dari tadi. Jeles jugak aku
tengok mereka. Yelah si mamat tu dengan aku bukan main sombong lagi tapi dengan
Salena boleh pulak dia baik. Masa aku hendak jumpa dengan Erhan malam kelmarin.
Tiba-tiba pula dia hendak berbaik dengan aku. Kenapa? Sebab kesiankan aku duduk
di restaurant seorang? Mustahil sebab selama aku di R&R aku juga seorang.
Entahlah perangai lelaki memang pelik-pelik. Sekejap ok, sekejap tak ok.
Sekejap sombong, sekejap peramah. Confused aku di buatnya. Macam Erhan juga
sekejap nak jumpa sekejap tak hendak jumpa. Dalam surat dia kata dia tidak
dapat terangkan kepada aku akan sebab kenapa dia tidak bertemu dengan aku. Dia
meminta agar aku memberi dia peluang sekali lagi. Haizz!! ikutkan aku semacam
dah patah hati hendak menaruh harapan kepada sesuatu yang tidak pasti. Tapi
oleh kerana aku sudah suka sangat pada mamat itu. Aku beri dia peluang sekali
lagi. Erhan hanya mengatakan kepada aku dia hendak memperbetulkan keadaan.
Keadaan apa? Sebab dia ‘bubble‘ aku.
“Ok..see
you around Eddy,“ ujar Salena tersenyum lalu menuju ke arah meja dimana Marsha
sedang duduk memerhatikannya.
Aku membuahkan
senyuman kepada Salena.
“See
you around Eddy..amboi dah jadi bestfriend dia ke?? Bukan main mesra lagi aku
tengok kau dengan dia tadi,“ sindirku lalu menepuk lengan Salena. Nak tahu juga
apa yang mereka bualkan tadi.
“Kau
jeles eh??? Kata tak suka mamat tu?,“ usik Salena bila Marsha seakan cemburu
bila lihat dia bersama dengan Eddy tadi.
“AKU!!
Aku nak jeles apa halnya pulak? Oh please! Aku kan ada Erhan! Aku cuma nak tahu
kenapa mamat tu baik dengan kau tapi dengan aku selalu datang bulan?,“
“Tak
tadi dia ternampak lanyard aku masa nak order tadi..dia tanya aku kerja kat
publishing company? So aku cakap yelah..then kita start berbual sebab dia ingin
tahu penulis-penulis yang company kita terbitkan buku..so aku ceritalah pada
dia siapa-siapa itu aje,“ jawab Salena panjang lebar.
“Kau
pun satu yang kau pakai lanyard masa keluar dari office kenapa?? Tak tahu nak
simpan dalam bag..so sekarang dia dah tahu kita kerja mana,“ jawabku lalu
menjeling ke arah dimana Eddy duduk. Lelaki itu kelihatan rileks di sofa sambil
membaca buku. Eddy benar-benar minat membaca buku. Tidak pernah aku lihat dia
duduk di Bistro tanpa sebarang buku. Jarang aku lihat lelaki yang suka
menghabiskan masanya dengan membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Eddy would
be the first person.
“Tak apalah
sekurang-kurangnya aku dapat berbual dengan dia..he is actually a nice guy..dah
lah kacak..knowledgeable pulak tu..,“ ujar Salena dengan wajah excited. Tidak
sangka lelaki itu kenal dan mahu menegurnya tadi. Yelah dia hanya bertemu
dengan lelaki itu sekali itupun sekejap, semasa episode Marsha terlanggar diri
dia kelmarin. Nasib baik lelaki itu sudah berkahwin dan berkeluarga kalau tidak
sudah di tackle lelaki itu.
“Hmm yelah..too
bad dia dah kahwin kan! Kalau tak mesti kau dah mintak nombor handphone dia
kan?, Apsal kau tak invite dia untuk book signing session kejap lagi, mana tahu
dia suka author kita,“ ujarku lalu menoleh ke arah Eddy.
“Aku dah beritahu
dia pun..dia kata Insha allah dia attend..dia dah tahu tentang launch buku
Ariff Sofian petang nanti,“ terang Salena lalu membuahkan senyuman kepada Eddy
kerana lelaki itu kebetulan menoleh ke arahnya.
“Dari mana dia
tahu???,“ tanya ku lalu menarik lengan Salena kerana Salena berbalas senyuman
dengan Eddy sedari tadi. Iskk perempuan ni! Cukup-cukuplah senyum dengan mamat
tu. Jeles pulak aku tengok. Aku memang tidak nafikan bahawa Eddy adalah seorang
jejaka yang kacak dan menarik. Ciri-ciri lelaki idaman gitu. Tapi cuma satu
yang aku tak suka tentang Eddy. Dia sombong. Tapi dengan Salena tak pula dia
sombong. Apa dia tidak suka pada aku ke?
“Hai kau ni semua nak
tahu kenapa?? Cakap jelah yang kau jeles aku berbual dengan dia..aku tahu kau
suka si Eddy tu kan!! Saja aje kau tak nak mengaku,“ usik Salena terus-terusan
bila Marsha berminat hendak tahu apa yang dia bualkan dengan Eddy. Siapa yang
tidak tertarik pada wajah kacak Eddy. Tu lah sayang sekali sudah berkeluarga.
Aku menutup mulut
Salena bila dia terover excited bila berkata demikian sehingga orang berkenaan
menoleh ke arah kami. Harap-harap dia tidak terdengar apa yang Salena katakan
tadi. Kalau tidak malu gila aku di buatnya. Hissh Salena ni tak boleh di bawa
berbincang langsung.
“Apa gila aku
sukakan si Eddy tu?? Dia sudah beristeri dan beranak..aku cuma heran kenapa
dengan kau dia friendly dengan aku tak itu aje faham,“ ujarku masih lagi
menutup mulut Salena dengan tapak tanganku.
Salena
menganggukkan kepalanya perlahan mengerti akan maksud Marsha tadi.
Eddy
tersenyum sendiri bila terdengar akan perbualan Marsha dengan Salena kerana
Salena bercakap dengan suara yang kuat tadi. Namun dia cuba bersahaja
seolah-olah dia tidak mendengar akan perbualan mereka. Tadi dia juga perasan
Marsha asyik memandang ke arah mereka ketika dia berbual dengan Salena di
kaunter. Dia tidak pasti kenapa Marsha merasa tidak senang melihat dia bersama
dengan Salena.
Dia
juga mendapat tahu bahawa Marsha dan Salena bekerja di syarikat penerbitan
kerana tidak tersengaja terperasan akan lanyard Salena semasa dia ke kaunter
untuk membuat pesanan tadi. Terlalu banyak kebetulan.
Eddy melirik ke
arah handphonenya bila ianya berbunyi menandakan dia menerima pesanan ringkas.
Eddy mencapai handphonenya ingin mengetahui dia menerima message dari siapa.
Eddy tersenyum
bila setiausahanya mengingatkannya tentang program petang ini.
Eddy pantas
membalas message yang di terima lalu meletak handphonenya kembali di atas meja.
Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Dia bangkit dari kerusi lalu menuju ke
arah jalan keluar. Sempat dia membuahkan senyuman kepada kedua-dua wanita itu.
“Oh ok..aku rasa
macam dah tak sedap badan..,“ ujarku lalu memandang wajah Salena sebaik sahaja
Eddy meninggalkan kami. Tekakku tiba-tiba terasa mual. Itu petanda aku hendak
kena sakit. Aku kenal betul dengan system badan aku. Bila hendak sakit pasti
ada ‘sign‘ mual-mual. Bukan sebab pregnant eh, jangan salah faham. Ah sudah!
Masa sekarang ni lah aku hendak sakit. Semalam masa aku ambik mc tak pulak rasa
sakit. Itulah akibatnya bila berbohong tak sakit cakap sakit. Ah sekarang dah
kena sakit betul-betul dan pulak tu ada launching hari ini.
“Eh kau biar
betul..kau jangan!! tak kan kau nak biarkan aku handle launch Ariff seorang??,“
ujar Salena lalu mengerutkan dahinya merasa tidak senang. Bukan dia tidak biasa
buat sendiri tapi inilah kali pertama mereka adakan launching kat R&R.
Dahlah dia tidak kenal akan staff R&R. Kalau ada Marsha tak lah dia kelam
kabut.
“Aku serious
Ena..ni dah start pening-pening ni..kalau aku pengsan nanti kau lagi susah,“
ujarku membuka bag tangan mencari ubat yang aku dapat dari doktor 3 minggu yang
lepas. Ubat migraine untuk menahan sakit sementara. Rasa macam aku sudah kena
virus flu pun ada kerana kepala aku sudah terasa berat dan bengang.
bersambung....
No comments:
Post a Comment