Erhan memandang wajah Lieza lalu
membuahkan senyuman. Dia terpaksa meminta PAnya datang menemaninya kerana dia
khuatir dia tidak dapat hendak melayan karenah Eryan sendirian. Eryan super
hyper active hari ini. Dia terpaksa menganggu cuti sabtu Lieza gara-gara Eryan
hendak ke beriadah di Taman Tasik
Titiwangsa. Di sana Eryan mahu menaiki canoe dan menunggang kuda. Eryan
tidak mahu dibawa ke Theme Park atau Amusement Park. Katanya sudah jemu kerana
di Jakarta dia selalu di bawa ke sana.
“Sorry Lieza..have to trouble you
during your off day..our little master request for you,” ujar Erhan dengan
wajah serba salah. Dia cuba untuk tidak menganggu Lieza pada hari cuti kerana
dia tidak mahu terlalu mengharapkan PAnya. Tapi Eryan mahu ‘Tante Lieza’ ikut
sama dan Erhan tiada pilihan lain terpaksa meminta bantuan dari Lieza.
“Ah it’s ok..it happens that I tak
ada plan hari ni..so no worries,” jawab Lieza lalu mencuit pipi comel Eryan.
Eryan hanya tersenyum lalu memeluk Lieza erat.
“Ini anak bikin susah sama ‘Tante
Lieza’..bila kamu pulang ke Jakarta gi mana??? Kamu pasti kangan pada Tante
Lieza,” usik Erhan bila Eryan begitu rapat dengan Lieza sejak dia berada di
Kuala Lumpur.
“Yan mahu Tante ikut Yan pulang ke
Jakarta,” jawab Eryan lalu tersengih nakal.
“Ah Lieza..aku rasa kamu harus jadi
PA Mas Eryan kerna dia perlukan kamu di Jakarta,” ujar Erhan lalu memandang
wajah Lieza yang turut tersenyum sebaik sahaja Eryan mengatakan dia mahunya
ikut ke Jakarta.
“Kalau ‘tante’ ikut Mas Erhan gi
mana?? Kasihan Mas Erhan tidak ada sesiapa di Malaysia, Eryan ada mama di
sana,” ujar Lieza.
“Kakak sudah besar kok ngakk perlu tante
untuk di jaga,” jawab si cilik lalu tersenyum nakal.
“Wah kamu bisa bicara kayak orang
dewasa sekarang ya Yan..ayuh kita pergi ke sana menunggang kuda? Kamu mau?,” saran
Erhan lalu mencapai tangan Eryan.
“Mau!!,” jerit Eryan dengan suara
teruja. Eryan berada di tengah-tengah. Tangan kanannya di pegang kakaknya Erhan
manakala tangan kirinya di pegang Tante Lieza. Seronok dapat bersiar bersama
orang-orang yang di sayangi.
*****
Aku
duduk termangu memerhatikan model-model kami beraksi di hadapan camera.
Kenapalah aku boleh berjanji dengan Azlee yang aku boleh ikut dia pergi
shooting hari ini. Kalau aku tahu bosan begini lebih baik aku duduk rumah
layankan Salena. Disebabkan aku tidak mahu menghampakan dan mengecewakan mamat
itu aku bersetuju untuk menemani kerja.
Katanya kami
sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Dia rindukan hubungan kami yang
dahulu. Aku layankan sahaja kerana Azlee sebenarnya baik pada aku. Tapi sudah
perangai lelaki yang punya rupa perangainya begitu. Rambang mata dalam memilih
wanita, hendak di apakan. Itu downfall Azlee yang aku tidak suka. Dan Azlee
tidak seperti dahulu yang suka membuli aku, malah aku pula yang membulinya
balik kerana Azlee seperti mahu mengambil perhatianku kembali, apa aku hendak
dia turutkan! Bila kita suka pada dia dahulu. Dia main-mainkan perasaan kita
dan punya ramai teman wanita. Bila kita sudah tidak ada hati dengannya lagi.
Dia pula terkejar-kejar macam orang gila talak. Hai pelikkan perangai lelaki
seperti Azlee ni? Sejak aku tahu akan perangai Azlee yang playboy itu aku
rasakan kami sudah tidak serasi seperti dahulu lagi. Dahulu disebabkan aku
sukakan Azlee maka aku cuba untuk menarik minatnya. Tapi sekarang aku tidak
perlukan perhatian Azlee lagi.
“Sha,
kenapa ni?? Boring eh?,” tegur Azlee bila dilihat Marsha kelihatan bosan.
“Lama
lagi ke nak habis?? I dah lapar ni,” jawabku tanpa menjawab soalan Azlee kerana
reaksi di wajahku sudah cukup memberinya jawapan.
“Sekejap
lagi..you nak makan mana?,”
“Anything!,”
jawabku sambil lewa malas hendak memikirkan untuk makan di mana. Kemana Azlee
bawa aku ikut aje. Aku tak cerewet asalkan halal dan boleh membuatkan aku
kenyang.
“Kita
makan di Secret recipe?,” cadang Azlee.
“Whateverlah…I
nak jalan-jalan sekejap you call me bila dah habis..ok,” ujarku dengan wajah
selamba lalu bangkit dari bangku dan berjalan menuju kearah taman permainan
kanak-kanak. Hujung-hujung minggu begini ramai orang pergi beriadah bersama
keluarga di sini. Dari aku duduk mengadap model-model Azlee ada baiknya aku
tengok ragam manusia di sini. Boleh terhibur juga hati aku. Aku berjalan
perlahan mencari bangku berdekatan untuk duduk. Cari tempat yang berteduh.
Aku
tersenyum sendiri melihat kelatah anak-anak kecil berlari ke sana kemari.
Bermain-main dengan buai-buaian dan gelunsur. Seronok jadi anak kecil tidak
perlu risau dan tidak punya masalah seperti orang dewasa. Bebas dari buat apa
sahaja dan sentiasa di sayangi.
Aku
perhatikan anak kecil yang berusia lebih kurang 4 tahun di dukung papanya.
Sesekali anak kecil itu ketawa gelihati bila mamanya mengeletek pinggangnya.
Picture perfect. Bisikku dalam hati. Aku memerhatikan mama kepada anak kecil
itu. Wanita itu masih kelihatan anggun dan cantik walaupun sudah beranak satu
manakala papanya!!?? Papanya aku mengecilkan mataku ingin memastikan aku tidak
tersilap pandang. EDDY!!! Eddy with his family?? Ini bukan coincidence lagi
sudah seperti berjanji kerana kami sering kali bertemu. Eddy menurunkan
anaknya. Anak kecil itu mengejar bolanya yang terlepas dari tangan bila mamanya
mengeleteknya tadi.
Dan
bola itu boleh berhenti di hadapan aku. Ok! Aku bukan mahu Eddy nampak aku berada
di sini kerana aku tidak bercadang hendak menegurnya bila dia bersama dengan
keluarga.
“Here’s
your ball!,” ujarku tersenyum lalu menyerahkan bola itu kepada putera Eddy yang
comel seperti papanya.
“This
is a pleasant surprise! Didn’t expect to see you here too??!! What are you
doing here???,” ujar Eddy dengan wajah terperanjat kerana tidak menyedari
wanita yang memberi bola itu adalah Marsha.
“Temankan
Azlee..ada shoot kat sini,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepada wanita yang
berada di sebelah Eddy. Yelah kalau aku tidak senyum pasti isterinya menyangka
aku mahu memikat suaminya pula kan.
“Oh
I see..meet my-,”
“Mrs.
Eddy!…hi I’m Marsha, nice to meet you!,” ujarku ramah lalu menghulurkan tangan
kepada isteri Eddy yang berada di sebelah. Isteri Eddy menyambut huluran
tanganku walaupun riak wajahnya kelihatan terperanjat dan agak keliru. Mungkin
dia ingin tahu dari Eddy siapa aku sebenarnya. Kalau aku pun tidak senang bila
mendapat tahu bahawa suamiku punya kawan perempuan kan. Tak orang tak kita
betul tak?
“Ya..My
wife..,” jawab Eddy lalu menoleh kearah wanita di sebelahnya.
“Nice to meet you too,” jawab
wanita itu lalu tersenyum.
Kami
bertiga tiba-tiba merasa janggal seolah-olah tidak tahu hendak berbicara apa.
Ok this is so awkward! Tiba-tiba aku tidak punya idea hendak berbual apa. Aku
tak pernah rasa janggal sebegini. Apa yang lagi weird bila Eddy juga seakan
kelu untuk berbicara denganku dan kelihatan serba salah. Tiba-tiba kami bertiga
di kejutkan dengan bunyi deringan nyaring dari handphoneku. Fuh!! Selamat. Aku
melirik kearah screen handphoneku. Nama Azlee tertera di screen menandakan dia
mahu aku ke tempatnya semula. Maknanya shoot nya sudah habis. For the first
time aku merasa Azlee tidak menyakitkan hati aku kerana dia telah menyelamatkan
aku dalam situasi janggal begini. Thanks Azlee!
“Erm..I
need to go now..Azlee dah call, see you when I see you guys,” ujarku lalu memandang
wajah Eddy dan isterinya, aku segera berlalu tanpa menoleh kearah mereka.
Kenapa aku cakap begitu pada isteri Eddy. Aduh kerana tergamam tadi aku cakap
perkara yang merepek. ‘See you when I see you’. Janganlah isteri Eddy menyangka
kami selalu bertemu. Ah sudah. Kenapa aku rasa begitu tidak selesa dan janggal
sekali bila melihat Eddie dan keluarganya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment