Salam Lasindah…
Apa khabar khabarmu sayang..abang harap sayang
sihat dan baik-baik aja. Abang harap sayang masih setia di sana. Abang tahu
sayang pasti tertanya-tanya kapan kita akan bertemu. Abang harap sayang dapat
bersabar. Abang berjanji kita akan bertemu dalam sedikit masa lagi.
Memandangkan abang rasa bersalah pada kamu
Lasindah. Abang ingin berkongsi sedikit tentang diri abang. Abang seorang
lelaki yang cintakan seni. Bila tiap kali abang rindukan sayang. Setiap 2nd and
4th hari Selasa di Jaya One. Abang selalu ke sana. Dan jika abang rindukan
sayang. Abang akan dendangkan satu lagu buat sayang. Ya...abang suka sekali
bernyanyi. Salah satu kegemaran abang pada waktu lapang.
Aku
tersenyum sendiri bila Erhan berkongsi sesuatu yang agak peribadi denganku.
Selama ini Erhan tidak pernah mahu memberitahu aku perkara yang terlalu specific
begitu juga aku. Aku menceritakan kepadanya aku seorang wanita yang gemar
membaca buku dan selalu lepak di cafe yang tidak ku berikan namanya. Jadi bila
Erhan berkongsi sedikit tentang dirinya. Aku dapat merasakan Erhan benar-benar
sayang pada aku.
Aku
mencapai stationery untuk membalas surat dari Erhan. Aku masih ingat lagi akan
pesanan Eddy untuk bertanya samada Erhan sudah berumahtangga. Aku tahu ianya
agak terlambat kerana kami telah berkawan hampir ke 6 bulan lamanya dan baru
sekarang aku mahu bertanya samada dia sudah berkahwin. Biar lambat asal
selamat! Ye tak?
Assalamualaikum
abang…Lasindah di sini
baik-baik aja. Diharap abang juga begitu. Terima kasih Lasindah ingin ucapkan
kepada abang kerana abang telah berkongsi sedikit tentang diri abang pada
Lasindah kerana selama ini kita tidak pernah menyatakan secara khusus tentang
diri kita atau tempat yang selalu kita kunjungi.
Terima kasih abang kerana jujur mengatakan bahawa abang rindukan Lasindah.
Lasinidah juga begitu. Malah Lasindah tidak sabar ingin sekali bertemu dengan
abang kerana merasa rindu pada abang.
Siang tadi Lasindah ke taman dan bertemu dengan seorang kenalan. Dia
kelihatan bahagia bersama anak dan isterinya. Sedikit sebanyak membuatkan
Lasindah cemburu melihat dia gembira dan bahagia. Dan Lasindah inginkan
keluarga sendiri seperti dia.
Abang mungkin pertanyaan Lasindah ini agak kelewatan kerana kita
berhubungan melalui surat menyurat dan kita tidak pernah bertemu sebelum ini.
Adakah abang masih bujang atau sudah berumahtangga??
Maaf sekirangnya pertanyaan Lasindah ini memeranjatkan abang kerana
Lasindah tidak mahu menruntuhkan rumahtangga abang jika benar abang sudah
mempunyai isteri.
Aku
mengeluh perlahan sebaik sahaja melipat surat yang sudah ku tulis ke dalam
envelope. Minta-mintalah sangkaan aku terhadap diri Erhan itu tidak benar. Aku
sudah benar-benar sayang pada Erhan. Jika Erhan menyatakan dia sudah
berkeluarga aku terpaksa menghentikan hubungan kami kerana aku tidak mahu
mengecewakan hati wanita lain.
Siang
tadi semasa aku bertemu dengan Eddy dan keluarganya. Terus terang aku katakan
bahawa aku merasa sedikit cemburu dengan isteri Eddy namun aku tidak tahu akan
sebab kenapa aku merasa cemburu. Haha.
****
Lieza
menutup pintu bilik perlahan. Dia berjalan menuju ke arah Erhan yang sedang
duduk di sofa sedang menonton tv. Hampir seharian dia bersama dengan Erhan dan
Eryan. Si cilik kelihatan benar-benar gembira hari ini hingga tertidur
kepenatan semasa Erhan memandu pulang ke rumahnya. Erhan tidak menghantar Eryan
ke Hotel kerana mamanya akan bermalam di rumahnya untuk beberapa-beberapa hari.
Erhan
menoleh ke arah Lieza bila wanita itu duduk di sofa berdekatan dengannya.
“Thanks
for today Lieza, our little master look happy,“ ujar Erhan lalu tersenyum.
Kalau Lieza tidak membantu dan menemaninya hari ini. Dia tidak rasa boleh
keluar dengan Eryan tanpa sebarang bantuan. Eryan quite handful dan nakal.
“Ahh..don’t
mention I love kids anyway! And Eryan is so adorable,“ jawab Lieza lalu
memandang wajah bossnya. Bukan kerana dia mahu mengipas bossnya. Dia
sememangnya ikhlas berkata demikian. Eryan seorang anak kecil yang comel dan
lincah. Dan lagi bila dia berbicara bahasa ibunda membuatkan dia bertambah
comel. Sebenarnya dia mahu bertanya pada Erhan tentang sesuatu namun dia tidak punya
kesempatan untuk berbuat demikian kerana sibuk melayan karenah Eryan yang lucu
dan nakal.
“I will
ask abang Harun to send you back lepas dia fetch mama, maaf aku tidak dapat
menghantar kamu pulang kerna aku capet bangat hari ini melayan itu anak,“ ujar
Erhan menoleh ke arah Lieza lagi. Niat di hati dia mahu menghantar Lieza pulang
namun dia benar-benar kepenatan hari ini.
“No
worries, boss,“ jawab Lieza ringkas. Dia tidak kisah siapa yang menghantar pun
yang penting dia selamat sampai ke rumah. Ikutkan boleh sahaja dia menaiki
teksi untuk pulang kerumah tapi di tegah Erhan kerana Erhan tidak mahu Lieza
pulang ke rumah menaiki teksi.
“Kamu
ada sesuatu mahu bertanya pada aku, Lieza??,“ soal Erhan lalu menoleh ke arah
Lieza sekilas. Dia menyandarkan badannya di sofa.
“Mana
you tahu boss??,“ ujar Lieza dengan wajah hairan.
“Aku kan
boss kamu! Aku tahu kamu mahu bertanya sesuatu, tanyalah,“ ujar Erhan sambil
lewa. Dia menekan remote mengecilkan volumn.
“Who’s
your friend??,“ tanya Lieza ingin tahu. Yelah bossnya itu punya ramai kenalan
wanita. Kalau tidak rakan seniaga, teman social, tak pun teman biasa. Pokoknya
Erhan tidak kurang kenalan wanita kerana dia lelaki ganteng dan berkedudukan
siapa yang tidak mahu menjadi temannya.
“Friend???,“
soal Erhan lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Lieza. Tidak faham akan
maksud soalan Lieza itu. Siang tadi dia bertemu dengan ramai kenalan dan teman.
Teman yang mana satu Lieza maksudkan?
“Lady
friend yang kita jumpa siang tadi?? I tak pernah jumpa dia sebelum ini pun??,“
ujar Lieza kerana boleh di katakan kesemua kenalan wanita Erhan dia kenal
kerana Erhan menganggap mereka hanya kenalan biasa. Erhan seorang lelaki yang
private. Jika wanita itu istimewa atau dianggap lebih dari teman biasa. Dia
tidak akan memperkenalkan kepada Lieza. Itu perangai pelik bossnya. Ini
bermakna wanita yang dia nampak siang tadi adalah kenalan luar biasa Erhan
kerana Erhan tidak pernah memperkenalkan dia kepadanya sebelum ini.
Erhan
menoleh sekilas. “Kenapa kamu tidak merasa selasa bila aku bilang begitu,“
tanya Erhan lalu mematikan TV dan memandang wajah Lieza. Dia sengaja tidak mahu
menjawab soalan Lieza.
Lieza
tersenyum bila bossnya mahu bercanda dengannya kerana dia tahu Erhan seorang
lelaki yang suka berinteraksi dan suka berteka-teki. Sebab itu Lieza suka bila
berbual dengan Erhan kerana Erhan tidak membosankan dan ilmu pengetahuannya
luas. Tanyalah apa sahaja pada Erhan pasti dia dapat menjawabnya kerana Erhan
gemar membaca.
“Bukan
tidak selesa tapi pelik, kenapa you buat begitu boss? Is it because you don’t
like her and try to shut her off,“ tanya Lieza. Itupun kalau betul apa yang dia
sangka.
“Since
you want to know..she’s Lasindah,“ jawab Erhan lalu tersenyum.
“Lasindah
as in LASINDAH!!, no wonder she look quite piss when you introduced me to her
tadi,“ ujar Lieza dengan nada terperanjat. Dia tidak pernah bertemu dengan
Lasindah kerana Erhan tidak pernah membawa Lasindah ke pejabat mahupun
memperkenalkan Lasindah kepadanya. Sepertimana yang dia katakan Erhan seorang
lelaki yang private. Jika benar wanita itu adalah Lasindah. Patutlah Erhan
sengaja memperkenalkan dia kepada Lasindah bertujuan untuk sakitkan hati
Lasindah. Dia tahu Erhan masih belum dapat memaafkan Lasindah. Jika benar,
Erhan benar-benar berjaya membuatkan Lasindah merasa cemburu kerana dari riak
wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia cemburu melihatnya bersama Erhan tadi.
“Really???
She look piss, how can you tell??!!,“ ujar Erhan penuh minat bila Lieza
mengatakan wanita itu kelihatan tidak senang bila dia memperkenalkan kepada Lieza.
“Of
course she knows how to cover it lah..but I can see she jealous see us
together,“
“Ok,
bagus kalau begitu,“ jawab Erhan lalu tersenyum. Dia pernah menceritakan kepada
Lieza tentang Lasindah. Jadi Lieza tahu ceritanya dengan Lasindah. Lieza juga
tahu dia teramat benci pada wanita yang bernama Lasindah.
“Boss??
Your date with so-call Lasindah last month??!! How is it?? I forgot to ask
you,“ tanya Lieza bila teringatkan date Erhan bersama dengan so-call Lasindah
sebulan yang lepas. Lupa pula dia hendak bertanya pada Erhan apa yang terjadi
dengan dinner datenya dengan so-call Lasindah. Bossnya tidak pula berkongsi
cerita dengannya itu yang membuatkan dia terlupa terus.
Erhan berdehem
kecil lalu mencapai cawan berisi kopi yang di sediakan oleh Lieza tadi. Dia
meneguk kopi perlahan lalu meletakkannya kembali di atas meja. Dia fikir Lieza
tidak akan bertanya padanya kerana Lieza tidak pula bertanya tentang datenya
sebulan yang lalu. Erhan menyangka Lieza tidak berminat untuk ambil tahu.
“Boss???
How’s your date??,“ tanya Lieza lagi bila Erhan tidak menjawab soalannya.
“We
didn’t get to meet,“ jawab Erhan tanpa memandang wajah Lieza.
bersambung.......
No comments:
Post a Comment