Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Jenuh aku
menunggu dia di lobby. Bayang Azlee masih belum aku nampak sedari tadi. Mana
pulak mamat ni pergi?? Aku mengalihkan pandangan ke arah lif bila lift berdenting
setiap kali pintu terbuka. Azlee memang begitu star karat jarang hendak on
time. Kalau tidak kerana aku sukakan mamat tu dah lama aku tinggalkan.
Aku menjeling menyampah bila Azlee keluar dari perut lif
bersama dengan Zura. Journalist department kewangan. Cemburu aku melihat
kemesraan mereka berdua. Bila aku tanya Azlee samada dia serious dengan Zura.
Dia menafikannya. Katanya Zura hanya teman biasa. Tapi dari pemerhatian aku,
dia dan Zura seperti ada apa-apa. Mesra bukan main siap bertepuk tampar lagi.
Si Azlee ni pun satu dia mesra dengan ramai wanita di pejabat kami. Tahulah dia
tu hensem tapi tak kan semua pekerja wanita hendak di layan seperti itu. Makan
hati juga aku dengan si Azlee ni.
“Ok Zura see you tomorrow!,“ ujar Azlee sebaik sahaja
berada di hadapan aku.
“Ok see you!!,“ jawab Zura tersenyum manis. Aku menjeling
bila wanita itu sengaja tidak mahu menegur aku dan pura-pura tidak nampak aku
yang duduk tercongok di sini. Jealous lah tu sebab Azlee tak pelawa balik sama
dengannya. Hah padan muka. Nak kerek dengan aku.
“Kenapa lambat!,“ ujarku lalu menarik muka masam. Hampir
setengah jam aku duduk kat lobby menunggunya. Bukan hendak beritahu dia turun
lambat. Kalau aku tahu tadi sempat aku buat kerja sikit ada juga faedahnya.
“Sorrylah sayang..I ada kerja sikit tadi,“ pujuk Azlee
lalu tersenyum. Dia tahu Marsha sudah
lama menunggunya.
“Tadi cakap dah nak turun..penat tau I tunggu,“ ujarku
dengan nada manja.
“Sorry ok, you nak makan kat mana hari ini??,“ ujar Azlee
lalu merangkul pinggang Marsha.
“Oh dear!! I lupa hendak ambik my stuff?? You temankan I
naik atas, semua orang dah balik..I takut nak naik seorang,“ ujarku lalu
memandang wajah Azlee baru teringat sesuatu.
“Oh come on sayang! Besok tak boleh ambik ke?? Today’s my
birthday sayang..I nak celebrate dengan you,“ ujar Azlee memujuk Marsha agar
lupakan sahaja niatnya hendak mengambil barang yang tertinggal di office.
“Ala please...please!! I dah tunggu you more than half
and hour tau..sekejap aje,“ pujukku agar Azlee menemaniku mengambil sesuatu di
office. Macamana boleh terlupa. Bila terpandang wajah Azlee sahaja baru aku
teringat.
“Ok,“ jawab Azlee lalu menarik tangan Marsha menuju
kearah lif.
“Thank you dear,“ jawabku tersenyum manis bila Azlee
termakan dengan pujuk rayuku.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, seperti yang aku jangka
office kelihatan gelap kerana tiada siapa yang masih bekerja lagi. Aku
mengeluarkan kad kekunci dan Azlee menolak pintu sebaik sahaja aku tap kad
kunci. Sebaik sahaja kami masuk tiba-tiba lampu pejabat di nyalakan.
“SURPRISE!!!!...Happy Birthday Azlee!!,“ jerit mereka
serentak berserta party poppers dan belon.
Aku turut mengucapkan ‘Happy Birthday‘ kepada Azlee bila
lelaki itu menoleh ke arahku.
“You plan all this for me?,“ ujar Azlee lalu tersenyum
kerana dia benar-benar surprised dan tidak menyangka Marsha plan for surprised birthday
party untuknya. Zura juga part of the guest.
Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepala perlahan
mengiyakan tekaan Azlee. Memang aku yang plan semua ini untuk Azlee. Aku tahu
Azlee di sukai ramai staff disini maka aku adakan surprised party buatnya di
sini.
“Thanks sayang,“ ujar Azlee lalu mengucup pipi Marsha
perlahan. Dia menuju ke arah teman-teman pejabat bila mereka meminta Azlee
untuk memotong cake hari lahirnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah
gembira Azlee. Hampir sebulan juga aku plan untuk adakan surpised party untuk
Azlee. Semua department aku jemput.
Azlee memotong cake dan cake yang telah di potong
diberikan kepada staff yang hadir. Aku membiarkan sahaja Azlee berbual dengan
teman-teman sekerja manakala aku sibuk melayan teman yang lain. Dari riak wajah Azlee dia kelihatan happy
kerana birthday di sambut oleh rakan sekerja. Dan Azlee juga terkenal peramah.
“So Azlee tak ada kata apa-apa pada kau,“ tegur Salena
lalu menarik lengan Marsha yang sedang sibuk mengemas meja.
“Kata apa?,“ soalku tidak faham akan maksud Salena.
“Cakap yang kau ni steady girlfriend dia! Kau dan dia dah
berkawan selama 2 tahun tak kan dia tak declare apa-apa tentang hubungan kau
dengan dia,“ ujar Salena dengan wajah serious.
“Dia belum bersedia agaknya,“ jawabku sambil lewa lalu
memugut tisu kotor dan pinggan kertas untuk di buangkan kedalam tong sampah.
Belum bersedia?? Semua staff kat sini gossip cakap kau
dengan dia couple tau? Kalau betul aku tak heran sangatlah, kalau tak?
Macamana?,“ ujar Salena bila Marsha seakan tidak kisah Azlee berbuat begitu
terhadap dirinya. Marsha sudah ‘pass‘ menjadi kekasih Azlee kerana dia selalu
mengadakan apa yang Azlee mahu. Setiap pagi ke office. Marsha akan belikan
coffee kegemarannya. Run errand untuk Azlee, malah jika Azlee sibuk tidak
sempat untuk keluar lunch. Marsha membelikannya. Boleh di katakan Marsha layak
bergelar kekasih Azlee. Tetapi sehingga kini Azlee tidak pernah mengatakan
kepada teman-teman sekerja bahawa mereka berdua adalah couple. Apa yang dia
dengar selalu Azlee menganggap Marsha hanya teman biasa. Tapi teman baiknya
Marsha menganggap Azlee lebih dari teman biasa.
Aku menjungkitkan bahu tanda tidak tahu kerana aku
sendiri tidak punya jawapan untuk ku berikan kepada Salena. Tak kan lah aku
hendak paksa Azlee declare pada semua orang bahawa kami berdua couple kan? Gila!
Tunggu ajelah dia yang kata sendiri. Tak sekarang mungkin esok lusa.
“Eii kau kan..aku tak tahu nak cakap macam mana...mana
Azlee? kau buat kerja sorang-sorang kenapa dia tak tolong bantu clearkan the
mess..,“ bebel Salena membantu Marsha membersihkan pejabat setelah habis
majlis.
“Eh kau ni tak kan nak suruh birthday boy yang kemaskan,“
jawabku lalu mengangkat plastic hitam menuju ke arah pantry. Aku terdengar
suara orang tengah berbual di pantry. Siapa? Staff lain semua dah balik. Ah
suara macam Azlee. Aku tersenyum sendiri.
“Hmm yelah..tatanglah boyfriend awak tu macam minyak yang
penuh,“ sindir Salena.
Aku hanya tersenyum bila Salena ‘anti‘ dengan Azlee
tiba-tiba. Selama ini Salena tidak kisah aku rapat dengan Azlee. Kenapa
tiba-tiba Salena merasa jengkel bila aku berkawan dengan Azlee.
“Sayang kenapa you layan Marsha macam girlfriend you?? I
cemburu tau tengok you so close dengan dia? You sayangkan siapa actually..me or
her?,“ rengek Zura manja.
Aku berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar suara Zura.
Azlee bersama dengan Zura?
“You know I love you..Marsha cuma my close friend aje tak
kan itu you nak cemburu sayang!..bukankah kita nak bertunang tak lama lagi, you
masih ragu tentang cinta I ke sayang?,“ ujar Azlee dengan nada lembut.
Menyirap darahku dan jantungku bagaikan hendak meletup
mendengar pengakuan Azlee. Aku hanya close friend dia???? Jadi selama ini di
panggil aku sayang hanya untuk suka-suka begitu. Kenapa aku begitu bodoh sangat
dan menyangka selama ini Azlee benar-benar punya perasaan terhadap diri aku?
Air mataku mengalir perlahan tanpa aku sedari. Sedih bercampur geram. Selama
ini Azlee hanya mempermain-mainkan hati dan perasaan aku. Aku mengesat
airmataku perlahan kerana tiada gunanya aku menangis untuk lelaki yang tidak
layak aku tangisi. Azlee not worth it. Aku mengangkat plastic hitam kedalam
pantry.
Zura dan Azlee terperanjat bila Marsha tiba-tiba masuk ke
dalam pantry. Azlee melepaskan tangan Zura sebaik terpandang wajahku. Mereka
berdua kelihatan serba salah.
Dia fikir aku tidak nampak dan tidak tahu akan sandiwara
yang dia mainkan tadi. Too late for that Azlee kerana aku sudah tahu belang
kau.
“Marsha!! come I bantu you clear the mess,“ ujar Azlee
mahu mencapai plastic hitam dari tangan Marsha.
“Tak apa continuelah, maaf sebab menganggu tadi,“ jawabku
dengan wajah selamba namun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya hati
aku dan betapa kecewanya hati aku di permainkan.
“Huh menganggu!! Heh we are just talking, menganggu
apanya!!, come I help you,“ jawab Azlee cuba menyembunyikan rasa bersalah bila
Marsha berkata demikian. Dia benar-benar berharap Marsha tidak terdengar akan
perbualannya dengan Zura tadi.
Azlee masih mahu berpura-pura. Aku tidak dapat menahan
rasa marah kerana aku merasa diriku tertipu.
“Stop your drama Azlee!, I tak tahu selama ini you hanya
menganggap I your close friend dan tidak lebih dari itu, why you lead me on???
Apa salah I pada you?? Selama ini siapa yang selalu panggil I sayang?? I ke
you? Jadi if you nak salahkan I kerana menyangka yang I perasan lebih dengan
you selama ini, it’s not fair sebab you lead me on!!, thanks Azlee..thanks for
opening my eyes kerana selama ini I buta..sebab I sangka you ikhlas sayang dan
cintakan I...you two really deserved each other..good luck!,“ jawabku lalu
meninggalkan mereka berdua. Salena yang kebetulan berada di belakangku turut
terperanjat dengan apa yang dia dengar. Jadi benarlah desas desus mengatakan
bahawa Azlee dan Zura punya hubungan. Dia tidak memberitahu Marsha tentang
hubungan mereka kerana menyangka bahawa Azlee benar-benar menyayangi Marsha.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment