Lieza meletak surat dan kopi di atas meja Erhan tanpa
mengucapkan Selamat pagi kepada majikannya seperti selalu. Dia tidak bercadang
untuk berbual dengan Erhan kerana Erhan tidak menceritakan kepadanya apa yang
telah terjadi pada ‘blind datenya‘ dengan so-call Lasindah. Kelmarin dia hanya
menceritakan sedikit sahaja itupun tidak secara terperinci kerana abang Harun
sudah mahu menghantarnya pulang. Dan Erhan tidak menyambung ceritanya sehinggalah
ke hari ini. Hari ini dia hendak boikot Erhan.
Erhan memandang ke arah Lieza bila wanita itu tidak menegurnya
malah hanya mendiamkan diri sedari tadi. Lieza tidak sihatkah? Selalunya Lieza
peramah dan tidak pendiam seperti hari ini.
“Kamu sihat Lieza??,“ tegur Erhan tanpa memandang ke arah
Lieza kerana sibuk menulis sesuatu.
“Sihat..alhamdullilah,“ jawab Lieza dengan wajah selamba
tanpa menoleh ke arah Erhan juga.
“Kok diam aja dari tadi..kenapa sih?,“ tanya Erhan lalu
menyandarkan badannya di kerusi memandang ke arah Lieza yang sedang membetulkan
cushion kecil di sofanya. Ia sudah menjadi pekerjaan rutin Lieza. Dia suka
menghias bilik pejabatnya.
“Tak ada apa-apa,“ jawab Lieza acuh tak acuh.
Erhan tersenyum bila mengingati kesilapannya. Dia tahu
Lieza mahu tahu tentang so-call Lasindah dan dia sengaja melengah-lengahkan
masa kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kepada Lieza. Sebelum
ini dia tidak pernah punya teman rapat wanita sebab itu dia tidak tahu
bagaimana hendak berkongsi dengan Lieza.
“Apa aku ada buat salah pada kamu??,“ ujar Erhan lagi
lalu bangkit dari kerusi. Dia menuju ke arah sofa di mana Lieza sedang sibuk
menyusun cushion.
“Tak ada,“ jawab Lieza mahu segera keluar dari bilik
Erhan.
“Eh kamu mahu lari kemana??? Duduk aku mahu kamu beritahu
pada aku kenapa kamu marah amat pada aku,“ ujar Erhan lalu menarik tangan Lieza
bila wanita itu mahu segera meninggalkan bilik pejabatnya.
Lieza berhenti melangkah bila Erhan berbuat demikian.
Hendak tak hendak dia terpaksa duduk di sofa bersebelahan dengan Erhan. Kalau
tidak di turut mengamuk pula Erhan di buatnya. Erhan bukan boleh di percayai. Walaupun
Erhan tidak lagi pemarah seperti dahulu dan dia perangainya sekarang lebih
mesra dan senang di ajak berbual, namun dia tidak mahu ambil kesempatan ke atas
diri Erhan.
“Kamu marah sama aku kerna tidak menceritakan tentang
dateku dengan so-call Lasindah?,“ tanya Erhan lalu menoleh ke arah Lieza.
“Ya harus marah sebab all along you cerita pada I tentang
so-call Lasindah..then tiba-tiba you tak nak share dengan I,“ jawab Lieza lalu
memeluk tubuh, akhirnya dia mengaku juga akan sebab kenapa dia marah pada
Erhan.
Erhan tertawa kecil bila mendengar pengakuan pembantunya.
Selama ini dia marah pada Lieza. Lieza tidak pernah merajuk dengannya. Tapi
kini pembantunya sudah pandai merajuk dengannya. Erhan sedar hubungan dia
dengan Lieza semakin baik sejak ‘Lasindah‘ tiruan hadir dalam hidupnya. Dia
tidak menjadi lelaki yang pemarah lagi. Malah hubungan mereka semakin akrab.
Lieza sudah dianggap seperti teman rapatnya selain dari pembantu peribadi
sahaja.
“Lieza..Lieza kamu lucu bangat..oklah apa yang kamu mahu
tahu tentang Lasindah?,“ tanya Erhan lembut lalu memandang wajah Lieza.
“Kenapa you tak jumpa dengan Lasindah?? You don’t like
her?? You don’t find her attractive??,“ tanya Lieza ingin tahu akan sebab
kenapa Erhan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan datenya pada malam itu.
Apa yang membuatkan Erhan berbuat begitu. Soalan itu yang berlegar-legar di
ruang fikirannya sejak kelmarin. Dia benar-benar ingin tahu jawapan dari Erhan.
“You were wrong..I like her! In fact, I like her a lot!,
malah pada aku dia lebih cantik dari Lasindah yang asli,“ jawab Erhan lalu
tersenyum bila mengingati akan wajah Lasindah tiruan. Wanita itu cantik dan
lucu.
“So what’s the problem???..you like her a lot, but why
you tidak jumpa dengan dia dan kenalkan diri you pada dia??,“ ujar Lieza lalu
mengerutkan dahinya tidak faham kenapa Erhan tidak mahu bertemu dengan so-call
Lasindah jika dia sendiri mengaku bahawa dia sukakan wanita itu. Apa yang dia
tidak faham dan merasa pelik kenapa Erhan tiba-tiba back-out dari datenya pada
malam itu.
“The thing is..we start off on the wrong foot..she don’t
really like me in person,“ ujar Erhan perlahan.
“Really!!?? That’s explains why you cakap it’s
complicated,“ ujar Lieza lalu tersenyum sinis. Entah apa yang telah Erhan
lakukan maka dia berkata demikian. Dia kenal sangat dengan perangai Erhan yang
panas baran.
“I’m sure you know me well,“ jawab Erhan tanpa mahu
menceritakan kepada Lieza.
“Hai boss..jumpa minta maaf and make peace with her since
you like her a lot, what are you waiting for?,“
“It’s not the time yet,“
“It’s not the time..eh boss you kasi I pening kepala
lah,“ jawab Lieza mula keliru dengan cerita Erhan tentang Lasindah. Kata suka
pada Lasindah apa lagi yang di tunggu Erhan. Buatnya Lasindah punya lelaki lain
yang menunggunya melepaslah bossnya nanti. Kalau Erhan merana jawabnya dia
terpaksa menghadap perangai buruk Erhan lagi. Aduh!
Erhan tidak menjawab malah tersenyum bila Lieza kelihatan
keliru dan pening dengan rencananya untuk membetulkan keadaan sebelum bertemu
dengan Lasindah.
“You said you always at R&R around 3 to 5pm..you mean
she’s always there??, Does she knows that you are the one who wrote those
letters??,“ tanya Lieza lagi.
“Yup! She always there..and don’t know who wrote the
letters till now,“ jawab Erhan lalu menganggukkan kepalanya perlahan. Dia
selalu nampak Lasindah di sana. Kadang-kadang wanita itu datang seorang dan
wanita itu berteman. Pernah sekali dia lihat Lasindah di temani seorang lelaki.
Itu yang membuatkan Erhan merasa musykil kerana tidak tahu akan hubungan
Lasindah dengan lelaki itu. Teman lelaki atau kenalan biasa sahaja.
bersambung...
No comments:
Post a Comment