Sejak dari
hari itu aku dan Eddy selalu sahaja bertemu. Bukan pertemuan yang di rancang
akan tetapi kami kerap kali juga terserempak. Kalau di R&R memang selalu
kerana Eddy pelanggan tetap R&R. Dan aku akan menjadi teman coffeenya bila
tiap kali aku ke R&R kerana Eddy akan reservedkan kerusi di hadapannya itu
untuk aku. Haha. Kami dah jadi bestfriend dan tak bergaduh seperti dahulu. Ada
sahaja bahan kami jadikan cerita. Kami teman tapi mesra, title yang pernah aku
berikan kepada Azlee dahulu dan kini aku berikan kepada Eddy. Kami share same
common interest. Kami sama-sama ulat buku. Eddy tidak pernah menceritakan
kepada aku tentang dirinya mungkin dia tidak mahu hubungan kami menjadi complicated
dan too personal. Jadi bila kami berbual dia banyak bertanya tentang diri aku
dan tentang lelaki yang aku kenali melalui surat iaitu Erhan. Aku tidak merasa
janggal lagi berbual dengannya mengenai hubungan aku dengan Erhan.
“Membetulkan keadaan?? Apa maksudnya
dia cuba untuk membetulkan keadaan?,” tanya Eddy lalu menoleh kearah Marsha
yang duduk di sebelahnya.
“Entah mungkin dia ada masalah di
tempat kerja dan mahu membetulkan keadaan?,” jawabku sambil lewa. Malas hendak
memikirkan akan maksud Erhan bahawa dia mahu membetulkan keadaan sebelum
bertemu denganku. Apa maksudnya?
“Mungkin dia sudah berkahwin dan ada
family?,” ujar Eddy memikirkan maksud dari surat Erhan.
Aku membesarkan bola mataku bila
Eddy berkata demikian.
“What???!! Tak mustahil bukan? I’m
just saying, doesn’t mean it’s true, I’m sure you ever ask him before if he is
married?,” ujar Eddy menoleh kearah Marsha lagi.
“Tak..,” jawabku perlahan antara
dengar dengan tidak. Harus ke aku tanya pada Erhan? Kalau hendak tanya pun dah
terlambat. Soalan mengakal kan? Buatnya Lasindah kekasih gelap Erhan. Ah naya! Sebab
mereka hanya berurusan melalui surat menyurat. No sorts of other contact. Aku
mula merasa tidak senang hati bila memikirkan kebenaran kata-kata Eddy tadi.
“Tak!!..why you didn’t ask him??,”
“Coz surat yang dia beri kepada
Lasindah semua bersayang-sayang..so I just assumed Lasindah itu kekasih
hatinya,” jawabku teragak-agak kerana merasa cemas. Aku main assumed sahaja
yang Lasindah itu kekasih Erhan. Buatnya Lasindah itu kekasih gelap Erhan. Ah
sudah!
“You should ask him?,” ujar Eddy
lalu bangkit dari kerusi.
“You think I should???,” tanyaku
lagi turut bangkit dari kerusi. Hampir sejam lamanya kami meluangkan masa di
coffee bean. Pagi sabtu aku jarang bersarapan di rumah aku suka bersarapan di
luar kerana aku tidak suka jogging jadi aku hanya mampu berjalan kaki dan
menghirup udara pagi yang nyaman dan segar. Dan aku selalu singgah di coffee
bean. Tidak sangka Eddy turut berada di coffee bean tadi. Dia yang meminta aku
duduk bersama dengannya. Dan seperti selalu aku akan ceritakan kepadanya
tentang Erhan.
“Yah,” jawab Eddy lalu membuka pintu
untuk Marsha.
“Ok..since kita selalu bump into each
other..why not next week kita jumpa lagi di sini?,” cadangku kerana aku mahu
memberitahu Eddy akan jawapan yang Erhan berikan nanti bila aku bertanya samada
dia sudah berkahwin. Bagus juga kan ada teman seperti Eddy. Dapat juga aku
meminta pendapat darinya mengenai lelaki.
“Sure, same time same place, see you
next week!,” jawab Eddy lalu berjalan menuju kearah parkir kereta.
“See you,” jawabku pula lalu berjalan
menuju kearah lain kerana aku sudah berjanji akan pergi ke supermarket dengan
Salena untuk perbelanjaan dapur kami.
****
Aku
tidak dapat menumpukan perhatian kepada mesyuarat yang Encik Haiqal adakan
kerana asyik memikirkan saranan Eddy sabtu lepas. Aku belum sempat menulis
surat kepada Erhan kerana hatiku berbelah bagi. What if apa yang Eddy katakan
adalah benar? Bahawa Erhan sememangnya sudah berkeluarga? Apa yang harus aku
lakukan? Aku tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Erhan. Aduh sakit
pula kepala ini bila memikirkannya. Aku tak kira lepas meeting nanti aku akan
tulis surat pada Erhan. Aku hendak tahu samada dia sudah berkahwin atau belum.
“Marsha
I nak you handle assignment ini, no other people better than you,” ujar Encik
Haiqal lalu memandang wajah Marsha Insyirah.
Semua
mata memandang kearah Marsha bila Marsha seakan berkhayal dan tidak berkata apa
bila pengarah editor mereka memberikan tugasan kepada Marsha, Marsha tidak
mengambil perhatian.
Salena
menyinggul lengan Marsha bila wanita itu masih lagi berkhayal.
“Sakitlah
apa??,” ujarku lalu menoleh ke arah Salena tidak senang akan perbuatannya itu.
“Marsha..you
boleh handle assignment yang I beri?,” ulang Haiqal lagi. Dia tahu Marsha tidak
mengambil perhatian pada perkara yang di bincangkan di mesyuarat tadi kerana
wanita itu kelihatan keliru.
“Assignment??
Assignment apa Encik Haiqal?,” tanyaku lalu membetulkan kedudukanku kerana aku
tidak ambil perhatian langsung dan tidak tahu apa assignment yang Encik Haiqal
mahu aku buat kali ini. Aku mencapai fail yang berada di hadapanku. Fail yang
aku tidak sedar bila ketika ia berada di hadapanku. Aduh masak aku di buatnya.
Aku melirik kea rah Puan Sarah. Matanya terarah kepadaku reaksi wajahnya
menunjukkan dia tidak senang dengan perlakuan aku. Habislah mesti kena sound
nanti.
“Tulis
tentang ED, tak ada orang lain yang sesuai untuk saya berikan tugas ini selain
dari awak..staff di sini semua tahu awak die hard fan ‘ED’…so fix appointment
dan bertemu dengannya, this article I want it to be ready untuk our magazine
anniversary edition,” ujar Haiqal lalu memandang wajah Marsha.
“Tulis
tentang ED??,” tanyaku lagi untuk memastikan bahawa aku tidak tersalah dengar.
Adakah aku bermimpi? Setahu aku ED tidak suka di termuramah apatah lagi mahu
mendedahkan dirinya.
“That’s
all for today..thank you,” jawab Haiqal tanpa menjawab soalan Marsha.
Semua
yang hadir mesyuarat bangkit dari kerusi dan beredar keluar dari bilik
mesyuarat. Hanya aku masih lagi tidak berganjak menunggu semua staff keluar
kerana aku mahu bercakap dengan Encik Haiqal. Tidak sabar ingin tahu tentang
assignment yang dia berikan kepada aku. Aku tahu Encik Haiqal marah pada aku
kerana aku tidak focus semasa mesyuarat tadi.
“Encik
Haiqal..I’m sorry tadi I tak focus, serious ED nak I cover his story??,” ujarku
lalu menghampiri Encik Haiqal yang masih menyusun fail yang di gunakan untuk
mesyuarat tadi.
“Sit,”
ujar Haiqal dengan wajah serious tanpa menjawab soalan Marsha.
Aku
menelan air liur bila Encik Haiqal kelihatan benar-benar serious tidak seperti
selalu. Takut juga aku melihat wajah garang pak su.
Seperti
yang di suruh aku menarik kerusi lalu duduk dan memandang wajahnya.
“Are
you serious with your work?,” tanya Haiqal lalu memandang wajah Marsha.
Aku
menganggukkan kepala perlahan. Kalau pak su dah sound begitu aku tahu dia
benar-benar marah pada ku.
“If
you can cover ED story well, then I will consider your promotion,” jawab Haiqal
dengan wajah serious. Dia tahu sudah hampir 3 tahun Marsha memintanya
mempertimbangkan permintaannya mahu menjadi penulis serious. Namun Haiqal tidak
pernah meluluskan kerana padanya Marsha belum bersedia untuk mendapat ruangan
itu. Kali ini dia mahu memberi peluang kepada Marsha untuk membuktikan bahawa
Marsha benar-benar fokus dan yakin dia boleh menjadi penulis yang serious.
“Betul
ni??,” ujarku dengan wajah gembira. Apa yang membuatkan Encik Haiqal mempertimbangkan
permohonan aku untuk menjadi penulis yang serious. Tidak sia-sia aku
mendapatkan diploma dalam jurusan malay literature jika aku tidak dapat
mengetengahkan bakatku dalam bidang penulisan.
“Don’t
get too excited..I said only If you can write well, jika tidak you still have
to do the same thing,” jawab Encik Haiqal.
“Ok..I
won’t disappoint you..Pak su apa yang membuatkan ED change his mind?? Setahu I,
dia tidak sukakan publicity..and you trust me to write story about him??!! This
is big! Really big you know? What if I can’t deliver it?,” tanyaku merasa
teruja bila di beri assignment sepenting ini.
“So
don’t let me down..ED yang request you to cover his story,” jawab Haiqal lalu
mencapai failnya.
“ED
request for me???,” tanyaku dengan nada terperanjat bila Encik Haiqal
mengatakan penulis idola aku itu meminta aku menulis tentang dirinya.
Pelik..mana ED tahu bahawa aku die hard fan dia?
Haiqal
memejamkan matanya seketika. Dia terlepas kata. Dia tidak sepatutnya
memberitahu Marsha bahawa ‘ED’ yang mahu dia membuat cover story mengenai
dirinya bila dia mengatakan ada seorang staffnya yang begitu meminati ED. Dan
ED meminta dia memilih Marsha untuk menulis tentang dirinya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment