Aku
turun dari anak tangga menuju kearah ruang makan. Perut terasa lapar pula
kerana aku tidak menjamah makanan sejak malam semalam gara-gara Erhan. Seperti
biasa Salena sudah menyediakan sarapan pagi buat kami. Aku hanya rajin
menyediakan sarapan pada hari hujung minggu sahaja. Alah hari biasa pun
bukannya Salena sediakan sarapan yang berat-berat. Roti sahaja.
“Eh tak kerja hari ni??,” soal
Salena bila Marsha masih lagi memakai baju tidurnya dan tidak bersiap-siap
untuk ke office.
“Cuti sakit,” jawabku ringkas lalu
menarik kerusi dan duduk. Aku mencapai sekeping roti lalu menyapukannya dengan
butter dan jam.
“Sakit?? Kau sakit apa?,” tanya
Salena lagi. Semalam tengok ok aje. Yelah dia tahu Marsha banyak menangis
semalam tapi tak adalah sampai demam-demam.
“Sakit hati,” jawabku lalu menyuap
roti ke dalam mulutku dengan wajah bosan. Hilang semangat aku untuk pergi ke
kerja hari ini. Selepas Salena keluar dari bilik aku semalam. Aku sambung
nangis lagi kerana aku benar-benar terasa hati dengan tindakan Erhan terhadap
diriku. Aku ingatkan Erhan lelaki yang istimewa dan lain dari lelaki yang aku
kenali. Rupa-rupanya Erhan juga sama seperti lelaki lain yang suka
mempermainkan hati wanita. Aku benar-benar bodoh kerana menaruh harapan yang
tinggi terhadap diri Erhan.
“Ni ada surat untuk mengubat hati
kau,” ujar Salena lalu meletak sampul surat berwarna beige di hadapan Marsha. Tidak
sabar ingin tahu akan isi kandungan surat tersebut. Pasti Erhan memberitahu
Marsha alasan dan sebab kenapa dia tidak bertemu dengannya semalam.
Aku menjeling kearah sampul surat
yang berada di hadapanku. Surat dari Erhan?? Bisikku perlahan. Bila masa dia
beri aku surat? Surat terakhir minggu lepas? Aku tidak menyentuh sampul surat
itu kerana aku masih marah pada Erhan. Namun aku perasan bahawa surat itu tidak
bersetem. Ini bermakna surat ini di hantar sendiri oleh Erhan. Erhan datang
semalam? Bila Erhan menghantarnya?? Semalam di peti surat tiada sekeping surat
kelihatan di dalamnya. Tiba-tiba pagi ini ada surat??
“Tak nak buka ke??,” tanya Salena
bila Marsha tidak menyentuh surat itu malah buat tak tahu sahaja.
Aku mencapai surat itu tanpa membuka
dan membacanya terlebih dahulu, aku koyak-koyakkan surat itu lalu
mencampakkannya di atas lantai. Bosan dan benci dengan sikap lelaki. Salena
hanya memerhatikan tindakan aku dengan wajah terperanjat.
“Kenapa kau koyakkan??? Kau tak nak
tahu sebab kenapa Erhan tak jumpa kau semalam??, kalau ye pun marahkan
Erhan..baca lah suratnya dahulu..lepas tu kau nak koyak-koyakkan suratnya
terpulang pada kau..surat tu tak bersetem..aku percaya Erhan yang menghantarnya
sendiri semalam,” ujar Salena.
“Aku malas dan sudah kecewa dengan
sikap lelaki,” jawabku ringkas lalu meneguk air teh dengan wajah selamba
seolah-olah tidak merasa apa-apa. Mulut kata malas namun hati menyesal pula aku
mengoyakkan surat Erhan. Betul juga apa kata Salena tadi. Aku harus baca surat
Erhan dahulu dan jika alasannya tidak munasabah dan mengecewakan barulah aku
koyak-koyakkan surat dia. Hissh menyesal pulak.
“Suka hati kau lah..aku dah lambat
hendak pergi kerja..,” ujar Salena malas hendak melayan karenah Marsha. Dia
bangun dari kerusi lalu mencapai bag tangannya. Marsha kalau di layan makin
menjadi. Kalau tidak di layan baru dia sedar diri.
Aku mengiringi Salena dengan ekor
mata. Tunggu sehingga keretanya keluar dari gate rumah. Sebaik sahaja kereta
Salena meninggalkan pengkarangan rumah. Aku bangkit dari kerusi lalu mengutip
kembali cebisan surat Erhan yang aku koyak-koyakkan tadi. Nasib baik aku tidak
koyak banyak tadi. Jenuh juga aku hendak menyambungnya nanti. Aku memerhatikan
cebisan surat yang ku koyakkan tadi. Dah macam cebisan jigsaw puzzle pula. Tak
apa masih boleh di selamatkan lagi. Kalau tidak nangis juga aku di buatnya
nanti. Aku masih sayangkan mamat Erhan tu. Tadi cuma gimmick aje nak tunjukkan
pada Salena yang aku sudah dapat melupakan Erhan dan moved on. Tapi hakikatnya
aku masih syok kat abang Erhan.
Dekat hampir setengah jam jugalah
aku sibuk menyambung cebisan surat dari Erhan. Cebisan jigsaw yang sudah ku
padankan ku tampal dengan scotch tape. Dah macam projek art and craft pulak.
Setelah semuanya aku sambung dan tampal. Aku mula membaca isi kandungan surat
Erhan.
Salam Lasindah…
Sebelum abang mulakan warkah kali ini. Abang
ingin memohon ampun dan maaf dari kamu kerana tidak dapat hadirkan diri untuk
bertemu dengan Lasindah. Abang harap sayangku Lasindah dapat memaafkan abang.
Sayang..abang tidak dapat menjelaskan disini akan sebab kenapa abang tidak
dapat bertemu dengan sayang. Abang minta maaf sekali lagi kerana menyebabkan
sayang merasa kecewa. Abang akan jelaskan sebabnya suatu hari nanti jika sayang
berikan abang peluang sekali lagi. Buat pengetahuan sayang, Abang masih lagi
disini.
*****
Salena menyerahkan kembali surat Erhan kepada Marsha
sebaik sahaja dia membaca surat kiriman Erhan. Marsha sudah kembali ceria
semula. Bukan kerana Erhan memberikan penjelasan yang munasabah. Tapi hanya
kerana dia menerima surat dari Erhan. Menurut Marsha, Erhan masih lagi mahu
meneruskan hubungan mereka, namun belum bersedia untuk bertemu.
“Dia tak cakap
samada hendak jumpa lagi??,“ tanya Salena.
“Mungkin we are
not meant to meet?? Mungkin kami hanya layak jadi teman surat menyurat,“
jawabku dengan wajah selamba. Aku terima alasan Erhan dengan hati yang terbuka.
“And you can live
with that??, Go and get a life and find someone new please?? Jangan terlalu
harapkan Erhan,“ ujar Salena bila Marsha seakan lupa lelaki itu telah
menyakitkan hatinya. Apa pun alasan Erhan. Erhan tidak sepatutnya membiarkan
Marsha sendirian di restoren malam kelmarin.
“Kau tak faham
Ena..jika kau sukakan seseorang itu..sukar untuk kau melupakannya,“ jawabku
lalu tersenyum. Aku menolak pintu R&R lalu masuk. Hari ini aku membawa
Salena menemaniku ke R&R.
“Marsha..tolong
jangan jadi wanita yang aku benci boleh?? Kau tahu aku tak suka pada wanita
seperti itu kan?? Sebab kenapa aku berkawan baik dengan kau pun kerana aku tahu
kau bukan tergolong pada wanita-wanita lemah seperti itu, promise me that you
won’t be that kind of person?,“ ujar Salena lalu mencapai sebuah buku dari
rak-rak fiction.
“Ok-ok..Cik Puan
Salena..aku tak akan jadi wanita yang kau tak suka,“ jawabku lalu mendaki
tangga menuju ke arah R&R Bistro. Sengaja aku meminta Salena temankan aku
ke R&R hari ini kerana takut terserempak dengan si Eddy tu lagi. Aku tahu
Eddy tu regular customer di R&R. Sebab aku dah paiseh gila dengan dia.
Sungguhpun aku tahu Eddy tidak akan mengusikku lagi kerana Eddy kelihatan agak terperanjat
bila aku berterus terang padanya malam itu bahawa aku tidak suka pada dia. Aku
pun tidak tahu kenapa, aku begitu ‘mean‘ dengan Eddy. Entah! ayat ‘mean‘ yang
keluar dari mulut aku terasa lancar aje bila aku bercakap dengan Eddy.
“Promise??..kalau
tak aku tak kawan kau!,“ ujar Salena meminta Marsha berjanji kepadanya.
“Insha Allah,“
jawabku lalu tersenyum.
Kami berada di
hadapan R&R. Sempat aku melemparkan pandangan ke dalam Bistro sebelum kami
menuju ke arah kaunter. Seperti yang aku jangka si Eddy ada di sini dan duduk
di tempat sudut yang sama. Kenapa dia suka duduk at the same spot! Seolah-olah
tempat itu seperti sudah menjadi permanent tempat duduknya.
“Kau pergi cari
tempat duduklah, aku order?? Kau nak minum apa?,“ tanya Salena.
“Aku text kau
nanti..,“ ujarku lalu menuju ke arah tempat duduk kosong sebelum ada orang lain
yang duduk. Selang beberapa meja dari Eddy. Lelaki itu tidak perasan kerana
terlalu asyik membaca buku. Aku pun tidak heran dan kisah jika dia tidak
perasan kerana aku kemari bukan hendak bertemu dengan dia pun.
Aku tersentak bila
handphone berbunyi menandakan aku terima message.
Eh pompuan
cepatlah nak order apa?
Aku mengelengkan kepala bila terima message watsapp dari
Salena. Tak sabar.
Kalau ye pun
sabarlah..kau kan masih dalam Q lagi. Orderkan aku hazelnut latte dengan
Blueberry cheesecake. Jariku pantas menaip message kepada Salena. Aku memandang ke arah kaunter
di mana Salena berada di ‘Q‘. Kali ini Salena sedang sibuk berbual dengan
seorang lelaki dan lelaki itu tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau tak si
Eddy. Wah bukan main mesra lagi berbual macam kenalan lama. Baik pulak mood
mamat tu hari ini? Atau mamat itu sememangnya ok cuma dengan aku dia tak berapa
ok. Sebab aku tengok dia ok aje dengan orang lain tak adalah datang bulan bila
tiap kali berbicara dengan aku.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment