Sepanjang perjalanan pulang ke rumah
aku tersenyum sendiri bila mengingati perbualan aku dengan Eddy tadi. Lama juga
aku berbual dengannya sementara menunggu Salena habis kerja. And surprisingly
Eddy is a good company. Aku tidak sangka he is such a nice and warm person.
Tidak seperti lelaki yang aku kenal dahulu yang sombong. Dia bukan sahaja
mendengar semua cerita mengarut aku tentang Erhan malah dia memberi aku nasihat
agar aku mengaturkan pertemuan untuk bertemu dengan Erhan sekali lagi dan
memberi Erhan peluang kedua untuk membetulkan keadaan. Dan dia juga kata Erhan
tidak akan kisah lagi jika si pengirimnya itu adalah Lasindah ataupun tidak
kerana Eddy mengatakan Erhan juga suka pada penyamar Lasindah.
“I don’t know if Erhan can accept
the fact that the lady who written the letters not really Lasindah,” jawabku
lalu meneguk teh perlahan. Mungkin Erhan mendapat tahu bahawa penulis surat itu
bukan Lasindah di saat akhir maka dia tidak mahu bertemu dengan aku pada malam
itu kerana merasa dirinya tertipu.
“How do you know??,” tanya Eddy lalu
menoleh kearah Marsha.
“I have a feeling Erhan tahu I’m not
Lasindah, that is why dia tak nak jumpa I malam itu,” jawab ku lalu memeluk
tubuh.
“Stop guessing..and think positive,”
jawab Eddy.
“Easy for you to say..you tak pernah
get caught in this kind of situation,” jawabku perlahan.
“Truth..I tak pernah alami but why
burden your mind with all the negative thoughts..you tak tahu sebab kenapa
Erhan tak dapat bertemu dengan you malam itu..so stop making a wild guess,”
Aku tersenyum lagi dan mengakui
bahawa apa yang dikatakan Eddy tadi benar. Kenapa aku hendak membebankan
fikiran aku memikirkan perkara-perkara yang negative? Jika Erhan tidak sudi
bertemu dengan aku. Dia tidak akan sanggup datang menghantar surat itu sendiri
pada malam itu dan meminta agar aku memberi dia peluang kedua kali.
Salena menoleh kearah Marsha yang
tersenyum-senyum sendiri sedari tadi sejak balik dari doctor. Sebaik sahaja
tugasnya selesai. Dia terus ke staff lounge R&R menjemput Marsha yang
sedang berehat di sana. Dia fikir Marsha hanya bermain-main bila dia mengatakan
dia tidak sihat tadi sehinggalah temannya itu pitam dan jatuh pengsan. Nasib
baiklah Eddy ada dan membantunya ketika itu. Kalau tidak hendak sahaja dia
menghubungi ambulans tadi.
“Hmm..kata tak sukakan dia..tapi aku
tengok kau asyik tersenyum-senyum dari tadi,” usik Salena. Dia percaya Marsha
teringatkan Eddy kerana semasa dia ke lounge untuk menjemput Marsha. Marsha
sudah sedar dari pengsan dan kelihatan sedang berbual mesra dengan Eddy.
“Tak suka siapa??,” jawabku acuh tak
acuh lalu membetulkan kedudukanku.
“Eddy,” ujar Salena ringkas lalu
memberhentikan keretanya bila lampu bertukar merah.
“Bila pulak aku suka Eddy,” ujarku
menafikan andaian Salena bahawa aku teringatkan perbualan aku dengan Eddy siang
tadi. Oh gosh! I’m starting to like Eddy. This can’t be happening!
“Yelah tu..aku tengok kau bukan main
selesa dengan dia tadi, dah jadi teman tapi mesra,” sindir Salena. Sekejap
sahaja Marsha sudah menukar fikiran. Dahulu bukan main tak suka pada Eddy.
Katanya Eddy seorang lelaki yang attractive tapi rotten attitude. Tapi sekarang
dah lain. Dari body language Marsha, Salena tahu bahawa Marsha mula tertarik
pada Eddy.
“Kau jeles ke?,” tanyaku lalu
menoleh kearah Salena.
“Eh jeles lah jugak..bukan ke kau
dulu kata tak minat langsung pada Eddy..sekarang kenapa lain pulak,”
“Pernah dengar istilah ‘tak kenal
maka tak cinta’..dulu aku tak suka dia sebab aku tak kenal dia..so sekarang
bila aku dah kenal baru aku tahu he’s actually a nice person,” jawabku
tersenyum lagi.
“Oh so sekarang dah kenal hati budi
dia lah ni? Itu yang kau senyum-senyum dari tadi..tapi sebelum kau berangan
sampai kat jula juli bintang tujuh tu..aku nak ingatkan kat kau yang Eddy tu
dah ada ‘family’,” tegur Salena. Dia bukan jeles kerana Marsha rapat dengan
Eddy tapi dia tidak mahu Marsha lupa bahawa Eddy tidak available.
“Aku tahu..aku tak terfikir hendak
merosakkan rumahtangga dia pun..lagipun kami cuma berkawan sahaja dan Eddy tak
ada pun tunjuk yang dia minat kat aku, aku berbual dengan dia tadi pun sebab
dia tanya tentang date aku dengan Erhan tempoh hari,” terangku panjang lebar.
Aku tahu kedudukan aku. Salena tidak perlu risau kerana aku dan Eddy hanya
kawan biasa dan tidak lebih dari itu.
“Kau berbual dengan dia pasal
Erhan?? Macamana nama Erhan boleh terkeluar pulak,” tanya Salena berminat ingin
tahu.
“Dia yang mulakan dulu..dia tanya
tentang date aku dengan Erhan tempoh hari, so aku ceritakan kat dia A-Z dari
macamana aku boleh kenal dengan Erhan, itu yang berbual panjang tadi,”
terangku.
“Kau cerita kat Eddy tentang Erhan???
From A-Z?? Kau biar betul,”
“Kenapa??,” soalku bila Salena
kelihatan terperanjat bila aku mengatakan bahawa aku menceritakan tentang Erhan
kepada Eddy. Apa salah ke aku buat begitu. Bukan Eddy kenal dengan Erhan pun.
Aku rasa tak salah.
“Buatnya Eddy kenal dengan Erhan?
Tak ke naya kau di buatnya kalau dia beritahu Erhan tentang kau,”
“Isskkk aku tak rasa lah dia kenal
Erhan,”
“Ok maybe dia tak kenal Erhan..or
maybe dia ingat kau perempuan mental sebab angau dengan Erhan dan sanggup
menyamar diri sebagai kekasih Erhan,”
“Kalau kau Eddy..kau rasa aku
perempuan mental ke?,” tanyaku bila Salena membuat andaian sedemikian.
“Ah yah!!..tapi disebabkan aku ni
teman baik kau dan aku dah kenal sangat dengan perangai kau..aku tak fikir
macam tu..tapi kalau Eddy yang tak berapa kenal kau sangat akan fikir kau
pesakit mental,”
“Ah lantaklah..biar dia ingat aku
perempuan sakit mental..aku tak kisah apa yang dia nak fikir tentang diri aku
pun..cuma aku hendak berterima kasih pada dia sebab dia telah memberi aku
inspirasi untuk meneruskan hubungan dengan Erhan,”
“Erhan lagi.., tak apalah
sekurang-kurangnya kita tahu yang Erhan tu belum berkahwin dan tidak
berkeluarga,” ujar Salena lalu membelokkan keretanya masuk ke dalam
pengkarangan rumah lalu mematikan enjin.
“So esok tak kerja..ni lepas mandi
solat semua terus tidur jangan nak mengadap surat Erhan atau gatal tangan
hendak tulis surat pada Erhan pulak..ingat pesan doctor tadi banyakkan
berehat,” bebel Salena lalu menanggalkan tali pinggang keledarnya. Dia mencapai bag tangannya di tempat duduk
penumpang di belakang.
“Kau macam tau aje apa aku nak
buat,” ujarku lalu tersengih bila apa yang dikatakan Salena tadi memang aku
hendak buat maksud aku bukan lepas solat tidur. Tapi hendak baca semula surat
Erhan yang aku terima tempoh hari dan aku bercadang hendak membalas suratnya.
Terasa rindu pula aku pada Erhan.
Walaupun aku tidak tahu bagaimana rupa Erhan aku dapat merasakan bahawa dia seakan
dekat dengan aku. Siapa tahu mungkin sebelum ini kami pernah bertembung atau
berselisih bahu cuma kami tidak mengenali di antara satu dengan lain.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment