Aku melirik kearah sofa yang selalu
aku duduk di R&R. Meja itu kelihatan kosong. Meja itu kelihatan bersih menandakan
tiada siapa yang duduk di situ. Eddy tidak ada?? Hmm…?? Aku melirik kearah jam
di pergelangan tanganku. Jarum jam menunjukkan ke angka 4.20 petang. Eddy sudah
pulang? Atau tidak ke R&R hari ini? Aku pula sengaja datang lewat dari
biasa hari ini, kerana aku cuba mengelak dari bertemu dengan Eddy. Eddy tidak
ada buat salah apa-apa terhadap diri aku. Aku hanya mahu menjauhkan diri
darinya mungkin kerana aku masih belum punya mood untuk berbual dengannya gara-gara
Erhan. Disebakan Erhan aku moody sejak kebelakangan ini. Walaupun meja itu
kelihatan kosong tanpa penghuni. Aku sengaja memilih meja lain kerana tidak
bercadang mahu duduk di situ.
Bag tangan ku letakkan di sisi sofa.
Aku mengeluarkan buku dari bag lalu membuka ke muka surat terakhir aku baca. Seketika
kemudian Hazelnut Latte yang aku pesan awal tadi di hantar ke meja. Hari ini
aku tidak memesan sebarang dessert kerana aku bersendirian. Selama ini aku
tidak pernah memesan dessert apa-apa dari R&R pun. Eddy yang selalu memesan
dessert dan kami akan berkongsi dessert yang di pesan Eddy kerana menurut Eddy
dia tidak dapat menghabiskan dessert itu seorang. Aku tahu itu hanya alasan
dari Eddy namun aku tidak pernah mengambil serious akan tujuannya berbuat
demikian. Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan perihal Eddy. Eddy yang
dahulunya lelaki yang aku tidak sukai kerana merasakan dia lelaki sombong dan
kurang sopan kini menjadi teman rapat yang aku senangi.
Aku menyandarkan badan di sofa lalu
membaca novel yang aku bawa. Terasa sunyi pula bila tiada siapa yang menemaniku.
Kehadiran Eddy benar-benar memberi perbezaan. Walaupun Eddy selalu bersama
ketika aku di R&R, kami sebenarnya tidak banyak berbicara, kerana bila kami
mula membaca kami benar-benar membaca dan tidak banyak berbual di antara satu sama
lain. We just like each other company. That’s all.
“You have started reading without me??,”
Teguran dari seseorang membuatkan
aku tersentak terperanjat. “Eddy!!,” jawabku terperanjat bila jejaka kacak itu
berdiri tercegat di hadapanku. Lelaki itu seakan tahu aku sedang aku memikirkan
tentang dirinya. Aku mati-matian fikir Eddy tidak datang hari ini atau sudah
balik kerana tiap kali kami bersama, waktu-waktu begini aku dan Eddy sudah
hendak balik ke rumah. We spent time about 2 hours.
“You look surprised? You don’t like
to see me?,” usik Eddy lalu tersenyum bila Marsha kelihatan terperanjat bila
dia menegurnya tadi. Hari ini dia terlewat sedikit dari biasa kerana banyak
urusan pekerjaan. Dia juga fikir bahawa Marsha tidak datang atau sudah balik
kerana meja yang tempat mereka selalu duduk, sudah diduduki oleh pengunjung
lain. Tapi tadi ketika dia membuat pesanan minuman di kaunter dia diberitahu
Ika bahawa Marsha berada di R&R.
“Don’t be ridiculous! I ingat you
dah balik,” jawabku cuba menafikan kenyataan Eddy. Memang aku tidak mahu
bertemu dengan Eddy kerana aku cuba mengelak dari bertemu dengannya. Namun
lelaki itu seakan dapat membaca reaksi di wajahku.
“Banyak kerja hari ni..that’s why
I’m late today..erm kenapa tak duduk di tempat biasa?,” tanya Eddy lalu duduk
di sofa kosong di hadapan Marsha.
“You tak ada,” jawabku ringkas tanpa
mengulas panjang. Aku menanda muka surat yang aku baca lalu meletak buku itu di
atas meja.
“I tak ada..so you tak hendak duduk
di situ..,” ujar Eddy turut meletak buku hardcover ‘Roy Keane: The Second Half’
yang di bawa hari ini di atas meja.
Aku menjeling kearah buku Eddy yang
berada di meja. Buku apa pula di baca Eddy kali ini. Aku tahu Eddy baca
berlainan buku setiap kali dia berada di R&R. Cepat sungguh dia
menghabiskan masa untuk membaca buku-buku tersebut sedangkan aku masih
terkial-kial mahu menghabiskan novel yang ku beli kelmarin. Apa Eddy hanya
menghabiskan masa membaca sahaja di rumah dan tidak meluangkan masa bersama
keluarga?
“I didn’t know that you are a Man-U
fan?,” tanyaku lalu mencapai buku Eddy dan membeleknya, membiarkan soalan Eddy
tergantung lagi. Aku tidak mahu kelihatan janggal di hadapannya dan cuba
berlagak biasa. Aku tidak mahu Eddy mengesyaki apa-apa.
“So now you know,” jawab Eddy
tersenyum lalu menyandarkan badannya di sofa untuk duduk dengan lebih selesa.
Eddy tahu Marsha mengelak untuk menjawab soalannya. Namun dia biarkan sahaja.
Aku mengelengkan kepala perlahan
tersenyum lagi bila menyedari sesuatu. Erhan juga peminat Man-U seperti Eddy,
malah terdapat banyak persamaan di antara Erhan dengan Eddy walaupun tidak ke
semuanya. Aku tahu tentang Erhan kerana kami berkongsi maklumat tentang diri
kami di dalam surat-surat kami. Aku tahu akan kesukaan Erhan dan semuanya
tentang diri Erhan. Aku hanya tidak tahu akan rupa lelaki itu sahaja.
Manakala Eddy, aku tidak begitu tahu
tentang diri Eddy kerana lelaki itu tidak pernah berkongsi apa-apa maklumat
tentang dirinya denganku. Aku tidak tahu apa pekerjaan Eddy? Sukar untuk aku
meneka akan pekerjaan Eddy. Kerana aku tidak pernah bertanya dan Eddy pula
tidak pernah mahu berkongsi apa-apa tentang dirinya pada aku. Jadi sukar untuk
aku fahami lelaki itu. Apa yang aku tahu lelaki itu senantiasa kelihatan kemas
‘dapper’ dengan memakai shirt berlengan panjang dan smart pants setiap kali
kami bertemu di R&R. Dan maklumat yang aku tahu tentang Eddy hanya setakat
dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki kecil dan hobi Eddy suka
membaca buku, pandai bernyanyi dan suka lepak di R&R itu sahaja. Selebihnya
aku tidak tahu.
Dan setiap kali kami bertemu. Eddy
hanya menjadi pendengar setia bila aku berkongsi cerita tentang Erhan. Dan Eddy
sekali sekala memberi komen tentang surat dari Erhan bila aku tidak mengerti
dan faham akan maksud isi kandungan yang terdapat di dalam surat Erhan.
“This really creeps me out you know..you
dengan Erhan share same interests..both
of you cintakan seni, suka membaca dan Man-U fan, What a coincidence!,” jawabku
sambil lewa lalu meletak kembali buku Roy Keane di atas meja. Tiap kali aku
bersama Eddy mengingatkan aku pada Erhan. They share same interests.
“Really!!,” ujar Eddy sepatah lalu
mencapai latte kegemarannya dan meneguknya perlahan. Cawan itu di letakkan
kembali di atas meja. Eddy menyilangkan kakinya lalu menyandarkan badannya
perlahan.
“Really,” jawabku tersenyum lalu
menganggukan kepala perlahan. Mungkin Eddy tidak percaya bila aku mengatakan
bahawa Erhan dan dia berkongsi minat yang sama.
“Erhan share same interests like me!
that’s interesting!..if you said so, then you must love me too!,” jawab Eddy dengan
nada selamba lalu memandang wajah Marsha cuba melihat reaksi wanita itu bila
dia berkata demikian.
Aku tiba-tiba menjadi tidak selesa
dan merasa tidak keruan bila Eddy berkata demikian. I hope he is just pulling
my leg when he said that! Kenapa tiba-tiba Eddy berkata demikian. Selama ini Eddy
tidak pernah mengusikku, sakitkan hati aku sebelum ini adalah, tapi dia tidak
pernah memberi aku usikan begitu. Apa Eddy dapat merasakan bahawa aku suka
padanya. Oh gosh! Am I too obvious! Ingin sahaja aku membuka bag tangan lalu
mencapai cermin compactku untuk melihat reaksiku tika dan saat ini. Namun aku
tidak berbuat demikian kerana tidak mahu kelihatan ketara di hadapan Eddy
bahawa aku tidak selesa. Haha selenge kan aku.
“Hah!..you are a funny guy…,”
jawabku lalu mencapai Hazelnut latte dan menyedut air itu perlahan cuba
menyembunyikan perasaan gugupku.
“I bet Erhan a funny guy too!,” ujar
Eddy lagi.
Aku menjungkitkan bahu tanda tidak
tahu. Kerana aku benar-benar tidak tahu. How would I know perangai dan kelakuan
Erhan melalui surat.
“You tak tahu??,” tanya Eddy.
Aku meletak Hazelnut Latte di atas
meja kembali.
“You lupa ke I belum pernah bertemu
dengan Erhan, so I tak tahu samada dia funny guy ke tidak?,” jawabku kembali
lega kerana Eddy tidak mengusik aku lagi dan kami telah mula berbincang tentang
Erhan.
“I forgot that you tak pernah jumpa
Erhan..all along you selalu ceritakan I tentang Erhan dari apa yang you tahu
melalui suratnya..but today I nak tahu apa pandangan dan gambaran you tentang
Erhan?,” tanya Eddy penuh minat.
“Seriously you nak tahu?,” tanyaku
kembali kerana apa yang Eddy katakan kepada aku tadi adalah benar. Selama ini
aku hanya menceritakan kepada Eddy tentang diri Erhan apa yang aku tahu melalui
suratnya. Aku tidak pernah menceritakan kepada Eddy akan gambaran aku mengenai
Erhan. Tak kanlah aku hendak ceritakan kepada Eddy tentang gambaran aku
mengenai Erhan. Buatnya apa yang aku angankan dan bayangkan jauh panggang dari
api tak ke malu aku di buatnya! Tapi topic perbincangan kami tentang Erhan kali
ini quite interesting kerana Eddy bertanya apa yang aku gambarkan tentang
Erhan.
“Why not,” jawab Eddy lagi.
“Ok..,” jawabku ringkas lalu membetulkan
kedudukanku agar lebih selesa. Aku suka membincangkan tentang Erhan dengan Eddy
kerana lelaki itu tidak judgmental dan tactful bila dia memberi komen tentang
Erhan. Mungkin dia khuatir aku tidak dapat menerima sebarang komen negative
mengenai Erhan darinya.
“I’ve imagine that Erhan is a
successful business man, sebab itu dia selalu sibuk dengan tugas dan diantara sebab
dia tidak dapat jumpa I that time pun, hmmm…maybe dia ada last minute business
trip ke Afrika ke kan?,” ujarku lalu tersenyum.
Eddy tertawa kecil mendengar alasan
yang dapat Marsha fikirkan tentang Erhan. “Why Afrika??,” ujar Eddy bila Marsha
membayangkan destinasi business trip Erhan.
“Yalah sebab Afrika jauh dan dia tak
dapat balik on time..,” jawabku tersenyum gelihati.
“Ok..apa lagi yang you imagined
tentang Erhan,”
“I can’t comment tentang his looks
sebab I tak berani nak imagined sampai ke tahap itu,” jawabku jujur. Aku tidak
mahu imagined tentang rupa kerana aku tidak mahu dianggap wanita yang
pentingkan rupa sahaja. Aku tidak mengharapkan Erhan sekacak dan seganteng
Eddy. Aku sukakan Erhan kerana personalitynya.
“Kenapa?,” soal Eddy penuh minat.
“I love Erhan sebab personalitynya,”
jawabku tanpa mengulas panjang.
“But you jolly well know for someone
with a good personality..selalunya orang itu tidak begitu menarik,” jawab Eddy
lalu mencapai cawan berisi Lattenya.
“Like I said, I love Erhan sebab
personalitynya..looks don’t really matters to me, as long as he nice and warm
person, kalau good looks tapi rotten attitude pun tak guna juga kan! Betul tak
Encik Eddy,” jawabku lalu mencapai Hazelnut Latte dan menyedut minuman itu
perlahan. Aku masih ingat lagi akan pertemuan pertama aku dengan Eddy dahulu.
Aku benar-benar tidak suka dan benci dengan perangai sombong lelaki itu. Harap
rupa sahaja kacak tapi perangai nauzubillah. Tapi itu dahulu sebelum aku
mengenali siapa diri Eddy. Eddy yang kukenali sekarang tidak seperti Eddy yang
aku kenali dahulu. Eddy sekarang well mannered. Malah jika Eddy tidak attitude
dahulu pasti aku sudah tertarik hati padanya kerana kombinasi yang ada pada
diri Eddy. Iaitu memiliki rupa dan personality yang menarik. Itupun bila aku
tidak tahu Eddy itu sudah berumahtangga. Bila mengetahui dia sudah beristeri.
Aku hanya menganggapnya teman biasa. Tapi sekarang sukar untuk aku kekalkan
istilah teman biasa setiap kali aku bersama dengan Eddy, kerana aku tidak dapat
membohongi hati aku bahawa aku sudah mula menyimpan perasaan terhadap diri
Eddy. Ah sudah!
Eddy tertawa kecil bila menyedari
bahawa Marsha menyindirnya secara tidak langsung. Tapi itu pandangan Marsha
tentang dirinya dahulu. Dia yakin pandangan Marsha terhadap dirinya berubah
setelah mengenali dirinya yang sebenar.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment