Aku mengerutkan
dahi bila terpandang akan sampul surat berwarna beige terdapat di atas mejaku. Surat
Erhan! Bagaimana surat ini boleh berada di atas mejaku. Aku segera menarik
kerusi lalu duduk. Siapa pula yang meletak sampul surat ni di atas mejaku. Aku
mencapai surat mendapati address yang tertera adress rumah.
“Tak payahlah
kau belek sangat surat buah hati kau tu!..macam tak pernah terima surat darinya
sebelum ini pulak!,“ sindir Salena lalu duduk di kerusinya.
“Tak! Macamana
surat ni boleh ada kat meja aku?? Address yang tertera address rumah!,“ soalku
pelik.
“Heee..sorry..aku
lupa hendak beri surat ni pada kau 3 hari lepas..tadi masa aku cari kunci laci
baru teringat surat kau masih ada lagi pada aku,“ ujar Salena lalu tersengih
merasa bersalah kerana surat itu sudah berada lama di dalam bagnya. Dia terlupa
hendak menyerahkan surat Erhan kepada Marsha tempoh hari.
“Hmm ok,“
ujarku sambil lewa. Tidak sabar hendak membaca surat yang baru ku terima dari
Erhan. Apa pula cerita dia kali ini. Untung-untung dia mahu bertemu dengan aku.
Uikks..tebal pula surat Erhan kali ini lebih dari 3 lembar. Banyak sangat yang
hendak dia ceritakan kepadaku agaknya.
Salam Lasindah…
Sayang apa khabar denganmu!..abang harap sayang
sihat dan baik-baik aja. Abang rindu amat padamu Lasindah. Abang juga berharap
Lasindah begitu juga. Sayang..abang minta maaf kerana masih belum punya peluang
untuk bertemu dengan kamu kerna abang masih belum dapat membetulkan keadaan.
Bersabar ye sayang.
Bersabar!
Aku sudah cukup bersabar abang! Sabar yang mana lagi abangku.
Abang tidak dapat bertemu dengan sayang tapi
abang mahu sayang ke suatu tempat. Abang berharap sayang punya masa luang.
Aku
mengerutkan dahi sebaik sahaja membaca ayat Erhan. Mahu aku ke suatu tempat!
Tapi dia tak ada? Apalah masalah si Erhan ni? Apa dia takut berjumpa dengan
aku. Apa aku makan orang ke? Geram pula aku dengan Erhan. Sampai bila dia mahu
kami berhubungan begini! Aku punya hati dan perasaan juga. Aku mahu meletakkan
wajah pada lelaki yang aku cintai. Aku sudah penat berteka-teki lagi. Awal
dahulu memang thrill membalas surat Erhan. Tapi sekarang aku mahu bertemu
dengan Erhan. Aku mahu tahu siapa Erhan! Tapi Erhan seakan mengelak dan mahu
melengah-lengahkan masa untuk bertemu dengan aku. Hissh letih!
Aku
mencampak surat yang tidak habis ku baca di atas meja. Bingit pula bila
memikirkan.
“Kau
kenapa babe??,“ tegur Salena lalu menoleh ke arah Marsha bila temannya mencampak
surat Erhan di atas meja tiba-tiba.
“Penat
tau tak..aku dah LETIH!,“ jawabku dengan wajah bosan.
“Letih??!!,“
soal Salena tidak mengerti. Hai baru jam 10.00 pagi dah letih! Apa yang Marsha
buat malam semalam. Dia tak tidur ke? Setahunya jam 10.00 malam lagi dia sudah
masuk tidur. Apa yang dia letih.
“Letih..minda
letih..hati letih..perasaan pun letih,“ ujarku lalu mengeluh kecil.
“Oh
letih dengan Erhan! Cakaplah aku ingatkan apa tadi! Tak kan kau dah give up?
Susah payah kau balas surat dan angau habis kat mamat romantic Indonesia tu
tertiba hendak tarik diri? Apahal?,“ ujar Salena lalu memandang wajah temannya
ingin melihat kesungguhan Marsha. Dahulu dia juga yang excited dengan projek
menyamar menjadi Lasindah kekasih Erhan walaupun dia sudah menegahnya untuk
berbuat demikian kerana pada pandangannya itu hanya kerja gila dan tidak
mendatangkan faedah apa-apa.
“Dia
macam hendak main-mainkan perasaan aku aje,“ ujarku lalu memeluk tubuh. Mungkin
Erhan tidak wujud! Mungkin Erhan adalah ilusi dan rekaan semata-mata. Mana ada
lelaki seperti Erhan zaman sekarang. Mungkin Erhan lelaki time traveler!
Mungkin juga Erhan itu adalah wanita yang menyamar sebagai lelaki! Oh gosh
selisih!
“Main-mainkan
perasaan kau!,“ ujar Salena lalu mencapai surat baru di terima dari Erhan lalu
membacanya.
Aku
mengadap komputer lalu menaip menyambung kerjaku yang terbengkalai. Malas
hendak sambung baca surat Erhan. Aku sudah merajuk hati dengan Erhan.
“Shah..aku
tak rasa Erhan main-mainkan kau Shah..kau tak habis baca surat dia lagi..,“
ujar Salena lalu menyerahkan surat itu kepada Marsha. Erhan mahu Marsha ke
suatu tempat. Menurut Erhan dia mahu Marsha mengerti dan faham akan perasaannya
terhadap dirinya dan dia bersungguh-sungguh menyayangi Marsha dan ingin
membuktikan kepadanya.
“Apa
dia tulis??,“ tanyaku acuh tak acuh.
“Dia
hendak kau faham perasaannya,“
“SAH!!
Erhan is a time traveler man, and I don’t want to be a time traveler girlfriend
macam cerita The Time Traveler’s Wife,“ ujarku dengan wajah selamba.
“What!!
Time traveler man!..Eh kau ni dah kenapa ah! Sejak kau kenal Eddy kau macam dah
loss interest dengan Erhan!,“ ujar Salena menyedari perubahan pada teman
baiknya sejak mengenali Eddy. Sebelum Eddy, Marsha tidak begini.
“Kenapa
kau hendak babitkan Eddy dalam hal aku dengan Erhan! Eddy tidak ada kena
mengena dengan masalah aku dengan Erhan,“ ujarku tidak berpuas hati bila Salena
menuduh aku berubah hati kerana Eddy. Mungkin ada benarnya juga aku hilang
minat pada Erhan di sebabkan jejaka itu. Tapi mana mungkin aku hendak mengaku bahawa
aku sukakan Eddy pada Salena. Hendak mati! Nahas aku di bebelkan Salena nanti.
“Aku
tak kira..hari sabtu ni kau ke tempat yang Erhan suruh kau pergi,“ arah Salena.
Dia tahu Marsha tidak akan mengaku bahawa dia sukakan Eddy padanya kerana Marsha
tahu dia tidak akan bersetuju.
Aku mengeluh
perlahan lalu mencapai surat Erhan dan sambung baca di tempat aku berhenti
tadi.
Sayang abang berjanji akan bertemu dengan sayang
dalam masa terdekat ini. Tapi sebelum kita bertemu. Abang mahu sayang ke tempat
yang abang mahu sayang pergi..maaf kerana abang tidak dapat bersama dengan
sayang ketika itu. Abang berharap sayang ke tempat itu sendirian tanpa di
temani sesiapa..Abang tidak berniat mahu mempermain-mainkan hati dan perasaan
sayang. Percayalah....
Sekali lagi aku
mengerutkan dahi bila membaca ayat Erhan. Mahu aku ketempat yang di minta
sendirian! Issk! Yang benar ni? Tempat apa yang Erhan hendak aku pergi ni?
Suspen lah jugak! Baru ingat nak ajak si Eddy temankan aku. Erhan sudah
beritahu tak benarkan membawa sesiapa.
“Ah kenapa muka
kau pucat?,“ tegur Salena bila Marhsa kelihatan pucat tiba-tiba.
“Tak lah Erhan
hendak aku pergi ke taman KLCC seorang..tak boleh nak ajak kau atau si-,“
“Kau nak ajak
siapa? Eddy??,“ pintas Salena.
Aku tersengih
bila Salena dapat meneka dengan tepat dan seakan dapat membaca apa yang
terdapat di dalam kotak fikiranku. Memang niat hendak ajak Eddy pun boleh dia
jadi bodyguard aku.
“Kau jangan
hendak mengada-ada ajak si Eddy tu..pergi ajelah sendiri dah dia suruh kau
pergi sendiri..yang kau takut sangat tu kenapa?? Macam tak biasa pergi..kan ke
ramai orang kat taman tu?,“ bebel Salena berpanjangan.
“Yelah-yelah..aku
pergi, marah aku macam mak tiri pulak...,“ jawabku melipat semula surat dari
Erhan lalu menyimpannya ke dalam laci. Kenapa aku tak excited eh! Bukankah aku
sukakan Erhan. Kenapa perasaan aku terhadap Erhan sudah makin pudar! Kenapa aku
perasaan aku terhadap diri Eddy semakin menebal. Oh No this can’t be happening
to me!
bersambung.....
No comments:
Post a Comment