Yes!! Meeting
dengan Puan Sarah tadi berjalan dengan baik sebab Encik Haiqal yang banyak
bercakap masa meeting tadi dan aku hanya duduk dengar sahaja. Yuhoo! Sepanjang
meeting dengan Puan Sarah aku sibuk berkhayal tentang perbualan aku dengan ED.
He sound so pleasant on the phone. ED berjanji akan ke pejabat kami sebelum aku
menghantar draft pertama aku kepada Encik Haiqal. Excited jangan cakaplah sebab
akulah orang pertama yang tahu siapa ED. Aku tidak sabar hendak beritahu Eddy.
Aku benar-benar berharap Eddy ada di R&R hari ini kerana hampir 2 minggu
Eddy tidak berada di R&R.
Yes! Eddy ada
hari ini. Bibirku menguntum senyum bila ku lihat meja yang tempat kami biasa
duduk diduduki seorang lelaki dan dari fisikal badan lelaki tersebut aku tahu
lelaki itu adalah Eddy. Aku memberhentikan langkahku bila menyedari Eddy tidak
duduk bersendirian hari ini kerana dia di temani seorang wanita. Siapa?? Aku
berjalan perlahan mendekati mejanya. Oh fish! Aku segera berpatah balik dan
menuju ke arah kaunter bila menyedari wanita itu adalah isteri Eddy. Isterinya
berada di sini?
“Eh
Marsha..kenapa you patah balik?,“ tegur Ika bila di lihatnya Marsha berpatah
balik ke kaunter. Tadinya dia lihat wanita itu mahu menuju ke arah meja yang
biasa di dudukinya.
“Patah balik??
Eh mana ada..I saja aje hendak tengok menu hari ini,“ jawabku pura-pura
membelek menu di hadapan Ika dengan penuh minat.
“Oh ok..Mr.
Eddy ada hari ini,“ ujar Ika lalu tersenyum. Dia sebenarnya tahu Marsha tidak
jadi ke meja Eddy kerana Eddy di temani seseorang. Dan tadi Mr. Erhan sudah
pesan padanya jangan memberitahu sesiapa tentang dirinya termasuk lah Marsha.
Jadi dia berjaga-jaga bila bercakap dengan Marsha tadi agar dia tidak terlepas
kata.
“Oh ye ke?? Tak
perasan pulak..lagipun tujuan I ke mari bukan hendak bertemu dengannya,“
jawabku pura-pura tidak perasan bahawa Eddy berada di sini. Dan aku tidak tahu
samada aku ke tempat lain sahaja atau teruskan niat untuk lepak-lepak di sini.
Aku tidak yakin aku dapat bertemu dengan Eddy hari ini kerana dia di temani
isterinya hari ini. Tapi kalau pergi tempat lain terasa bosan pula kerana tiada
siapa yang menemani aku. Kalau ada teman seronok sikit. Haizz.
“Looks like
your date is already here?,“ ujar Lieza lalu tersenyum.
Eddy menoleh ke
belakang. Marsha berada di kaunter sedang membelek menu dan tidak perasan bila dia
menoleh ke arahnya.
“Did she saw
us??,“ tanya Eddy lalu tersenyum.
“I bet she
did..sebab itu dia tidak terus ke tempat you...oklah I think I better go now,“ ujar Lieza lalu bangkit dari
sofa.
“Dik
Lieza..come here,“ ujar Erhan memberi isyarat agar Lieza hampir kepadanya.
Lieza
menjungkitkan keningnya merasa hairan bila Erhan memanggilnya. Lieza berdiri di
hadapan Erhan lalu merapatkan telinganya ke mulut Erhan kerana memberi isyarat
kepadanya agar mendekatinya kerana dia mahu berkata sesuatu dan tidak mahu
sesiapa mendengarnya.
“Yes!,“ ujar
Lieza lalu menoleh ke arah Erhan.
“Nothing
actually, I just want her to see as if I peck your cheek,“ bisik Erhan
perlahan.
“Oh..okay..but
why?? You still want her to believe that I’m your wife??,“ soal Lieza ingin
tahu. Erhan masih mahu berahsia dengan Marsha.
Erhan tidak
menjawab lalu memegang tangan Lieza dengan wajah selamba.
Lieza
mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum kerana dia tahu Erhan sengaja
berbuat demikian agar Marsha nampak akan perbuatannya.
“Ok I think she
saw us..aku pergi dulu ya..jangan nakal-nakal ya boss,“ usik Lieza lalu
tersenyum dan pergi meninggalkan Erhan. Dia pura-pura tidak perasankan Marsha
yang masih lagi berada di kaunter lalu menuju ke arah lift.
Aku tidak tahu
kenapa aku merasa cemburu bila tiap kali melihat Eddy mesra dengannya
isterinya. Kenapa Marsha? Kenapa aku harus ada perasaan cemburu? Aku sengaja
berdiri di kaunter lebih lama kerana tidak mahu menunjukkan ketara bahawa aku
sememangnya sudah berada di sini lama. Dan untuk memastikan bahawa isteri Eddy
benar-benar sudah keluar dari bangunan. Aku menoleh ke arah tempat Eddy duduk.
Lelaki itu seperti biasa menyambung membaca bukunya.
“Hi Eddy,“
tegurku cukup membuatkan lelaki itu tersentak terperanjat.
“Eh Hi
Marsha...if you cepat sedikit you have met my wife..she just left,“ ujar Eddy
lalu tersenyum.
Aku membalas
senyuman Eddy tanpa memberi sebarang komen. Eh! Apahalnya aku hendak bertemu
dengan isterinya. Nak kena minta izin darinya ke? Kalau setakat minta izin
untuk bertemu dengan Eddy aku rasa tak perlu kot sebab kami hanya teman biasa
dan isteri Eddy tahu dan pernah bertemu dengan aku.
“Thanks Elena,“
ujar Eddy lalu membuahkan senyuman kepadanya. Elena membalas seraya berlalu
pergi.
“Take away?,“
ujarku hairan kerana coffee pesanan Eddy diletakkan kedalam take away cup.
“You hendak
santai sini or want to go for a walk with me?,“ tanya Eddy.
“A walk?? I
see..hmm shall we go to the park nearby,“
“Ok,“ jawab
Eddy ringkas lalu bangkit dari sofa.
*****
Pertemuan aku
dengan Eddy hari ini berlainan dari hari biasa. Kami tidak menghabiskan masa
membaca bersama di R&R sebaliknya kami mengambil masa untuk berjalan
bersiar-siar di taman berdekatan. Something new! Keadaan cuaca yang redup dan
nyaman kerana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cantik sangat! Sesekali aku
menyelak anak rambutku yang menutupi mataku bila di ditiup angin. Romantik juga
kan jalan petang-petang di taman! Kalau aku berjalan dengan Erhan kan bagus!
Bisikku dalam hati. Ketika berjalan dengan Eddy aku cuba menjarakkan diri bila
berjalan bersebelahan dengannya.
“So do you feel
excited about Erhan plan!,“ ujar Eddy lalu menoleh ke arah Marsha yang
kelihatan senyap sejak mereka keluar dari R&R tadi. Dia tidak tahu apa yang
di fikirkan Marsha. Dia tahu Marsha kepingin sekali bertemu dengannya kerana
mereka tidak bertemu hampir 2 minggu lamanya.
“Excited plus
nervous,“ jawabku perlahan. Excited dan nervous dalam masa yang sama. Excited
sebab hubungan kami sudah naik ke next level dan bukan sekadar sesi kenal
mengenal lagi. Kami berdua sudah bersedia untuk mengenali antara satu dengan
lain dengan lebih dekat lagi. Dan dalam masa yang sama aku merasa nervous
kerana aku tidak pernah bertemu dengan Erhan. Aku tidak tahu samada Erhan akan
suka pada aku setelah bertemu denganku atau sebaliknya. Aku juga nervous kerana
aku tidak tahu samada perasaan aku terhadap diri Erhan akan sama bila bertemu
dengan lelaki itu. Sebab itu aku tidak mahu over excited kerana aku tiada clue
langsung akan tujuan Erhan mahu aku ke Taman KLCC jika dia mengatakan bahawa
doa tidak dapat ada di sana. Pelik!
“Nervous??,“ tanya
Eddy lalu duduk di salah sebuah bangku kayu yang tersedia. Aku berhenti
melangkah lalu duduk di bangku berhadapan dengannya sengaja tidak mahu duduk di
sebelahnya.
“Ya
nervous..sejak you kata, mungkin Erhan orang yang I kenali dan rapat dengan I, I
freak out ok..!!, every guy that I known I suspect Erhan,“ jawabku jujur. Aku
tidak dapat tidur dengan selesa kerana asyik memikirkannya. Aku benar-benar
sangka Azlee yang menyamar menjadi Erhan selama ini. Nasib baik tidak.
“Every guy?? So
you dah narrow down your list?,“ ujar Eddy lalu tertawa kecil bila Marsha
menyatakan dia tidak senang hati dan akan terus menyiasat dan mencari Erhan?
“I dah pergi
confront dia pun..lucky it’s not him,“ ujarku dengan perasaan lega.
“Confront??
Serious? Siapa yang you confront?,“ tanya Eddy ingin tahu. Dia meneguk
coffeenya perlahan.
“Azlee, thank
god it’s not him..if not I will hang myself,“ ujarku lalu tersenyum lega. Entah
kenapa aku benar-benar yakin dan berharap bahawa Azlee itu bukan Erhan kerana
hanya Erhan sahaja yang mampu membuatkan diriku rasa special.
“Azlee?? I
thought you suka pada Azlee,“
“Ya dulu..I've
got better things to do than dwell on the past,” ujarku malas hendak
menceritakan kepada Eddy tentang Azlee. Kalau cerita yang mengembirakan tidak
apalah juga.
“Can I ask you
something?,” ujar Eddy lalu memandang tepat ke wajah Marsha.
“Sure!,“ jawabku lalu menyedut Ice Latte dan memandang tepat ke wajah Eddy.
“Why are you
willing to go all the way to get to know this Erhan guy? What is so special
about him yang you sanggup mengambil risiko dan menolak cinta Azlee? sedangkan
you sendiri have no clue about Erhan? What if Erhan tidak seperti yang you
harapkan?,“
“I don’t know..siapa
sahaja akan menyangka I wanita gila yang sanggup mempertaruhkan cinta buat
lelaki yang I tidak pernah kenali dan bertemu sebelum ini, dan tidak memberi
peluang kepada lelaki yang selama ini I cuba miliki cintanya..., crazy isn’t
it?? My heart says and strongly believe that Erhan is the one for me,“
“Really?? Amazing..I
must admit that you really have the courage that not many woman would have it,“
Aku tidak
sedikit pun merasa bangga bila Eddy memuji aku punya keberanian sebegitu,
kerana aku belum bertemu dengan Erhan, jadi aku tidak berani mengaku bahawa aku
wanita yang memiliki keberanian sebegitu.
“To be frank,
siapa yang tak worried kan! What if Erhan tidak seperti lelaki yang I harapkan,
jika hubungan kami tidak menjadi..well I’ll guess we can be friends..tak salah
kan! berkawan biar seribu berkasih biar satu, betul tak Encik Eddy,“ ujarku
lalu tersenyum meleret. Kawan perempuan mungkin beribu-ribu tapi kawan lelaki
aku tidak mahu beribu kerana aku tidak suka hubungan akan menjadi complicated.
Tak ada istilah hubungan platonic. Macam hubungan aku dengan Eddy sekarang. Aku
tidak menganggapnya sebagai sahabat mahupun teman. Eddy aku kategorikan sebagai
kenalan sahaja. Sebabnya aku tidak mahu ianya menjadi complicated sebab aku
sudah mula suka pada Eddy.
“Berkawan?
Seperti hubungan you dengan Azlee?,“ tanya Eddy lagi.
“I‘ll guess so..,“
jawabku tanpa berfikir panjang. Yelah hubungan kawan biasa macam Azlee.
“Fair
enough..,“ ujar Eddy lalu tersenyum dan bangkit dari bangku.
“What! Why are
you smiling..Eddy tell me???,“ soalku pula kerana Eddy tidak akan bertanya
tanpa sebab dan dari senyumannya membuatkan aku merasa tidak selesa. Apa pula
yang difikirkan Eddy kali ini.
“This is
crazy..but since you have ask..I wonder why Erhan tak turn up that day..maybe??..oh
nevermind...,“ ujar Eddy lalu mengelengkan kepalanya perlahan tidak meneruskan
ayatnya.
“What???,“
ujarku tidak sabar ingin tahu.
“Maybe..he is
in prison and that’s the reason why till now dia tak bertemu dengan you,“ ujar
Eddy dengan wajah selamba.
“You can’t be
serious!! Is that what you think?,“ ujarku dengan wajah terperanjat bila Eddy
berkata demikian. Eddy selalu memberi aku kejutan sebegitu dan ia akan
membuatkan aku berfikir dan tidak senang hati selagi tidak menemui jawapannya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment