Erhan duduk
lalu berbaring di atas sofa. Pertemuannya dengan Marsha siang tadi tidak begitu
menyenangkan hatinya. Bukan kerana dia sudah jemu pada Marsha tapi kerana dia
dapat merasakan Marsha sudah tidak seperti dahulu. Marsha yang dahulunya begitu
menyukai Erhan dan cintakan dirinya. Marsha seakan sudah berubah hati. Walaupun
Marsha masih lagi tidak mengetahui siapa dirinya kerana Marsha hanya mengenalinya
sebagai Eddy. Dan dia juga tidak berniat mahu memperkenalkan dirinya Erhan
kepada Marsha begitu. Jika dia mahu memperkenalkan dirinya dia sudah berbuat
demikian pada malam perjanjian mereka. Erhan mengambil keputusan untuk bertemu
dengan Marsha sebagai Eddy pada malam itu kerana dia tidak mahu hubungannya
dengan Marsha menjadi keruh. Dia sukakan Marsha. Dia mahu wanita itu turut
menyukai dirinya dan bukan membencinya. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk
berkenalan dan mendekati Marsha sebagai Eddy dan bukannya Erhan. Hubungan Eddy
dan Marsha betambah baik manakala dia dapat merasakan perasaan cinta Marsha
terhadap diri Erhan sudah makin berkurangan kerana wanita itu sudah suka pada
Eddy.
Ya sudah. Bagaimana caranya untuk Marsha menyintai Erhan
dan bukannya Eddy? Tiada bedanya bukan kerana orangnya sama. Tapi bagi aku. Aku
mahu Marsha menyintai Erhan sepertimana dia menyintai si pengirim surat yang
membuatkan dia jatuh cinta. Marsha sukakan Eddy mungkin juga kerana Eddy
seorang pria yang ganteng.
“Hai boss
termenung jauh hingga ke bulan..teringatkan siapa?,“ tegur Lieza bila Erhan
tidak sedar dia masuk ke pejabatnya kerana lelaki itu kelihatan khayal dan
sedang memikirkan sesuatu.
“Lieza??..kapan
kamu masuk aku tidak dengar pun,“ ujar Erhan lalu duduk.
“Dari
tadi..tengok you sedang baring kat sofa..you tak sihat ke boss?,“ tanya Lieza
lalu meletak fail yang di minta Erhan awal tadi.
“Aku
sihat..cuma aku lagi sibuk memikirkan tentang Lasindah,“ jawab Erhan perlahan.
Dia cuba memikirkan cara untuk membuatkan Marsha cinta kembali pada Erhan. Dia
tahu Marsha seorang wanita yang sukakan perkara yang romantis. Dan dia
selalunya punya banyak idea sebelum ini tapi bila tiba pada dirinya dia tidak
tahu bagaimana caranya.
“Memikir
tentang Lasindah??? Kenapa dengan buah hati you tu boss? Dah ada boyfriend baru
ke??,“ usik Lieza lalu tersenyum. Dia tidak tahu kenapa Erhan masih mahu
berahsia dengan so-call Lasindah. Kalau benar dia sukakan Lasindah terangkan
sahaja keadaan yang sebenar kepadanya. Apa yang bossnya sibuk memikirkan
tentang hubungannya dengan Lasindah seperti mahu memikirkan masalah negara.
“Kamu mahu
bercanda dengan aku..gi mana kalau suatu hari Khairul tinggalkan kamu..kamu
bisa hidup tanpa dirinya,“ tanya Erhan menjeling ke arah Lieza sekilas.
“Boss choy! I
tak boleh hidup tanpa Khairul..tapi kalau I benar-benar tidak ada jodoh I
dengan Khairul, I redha dengan ketentuan yang maha esa, kita hanya boleh
merancang, tuhan yang menentukan,“ jawab Lieza lalu mencapai bekas cawan yang
telah di gunakan Erhan tadi.
“Kamu fikir aku
ada jodoh dengan Marsha??,“
“Marsha??...Siapa
Marsha?? Teman wanita baru boss ke?,“
“Lieza masakan
kamu lupa siapa nama sebenar so-call Lasindah..aduh kamu mahu terus-terusan
mengusik aku begitu..,“
“Ya..ya aduh
garang amat kamu ni boss..aku hanya bercanda..kok kamu serious bangat..kamu
benar-benar sudah jatuh cinta pada Marsha ya boss??!!,“ usik Lieza lagi kerana
dia tidak pernah melihat Erhan tidak keruan begini. Lelaki itu seperti tidak
punya hati dan perasaan bila menjaga hati wanita. Yelah dia sahaja sering di
marahinya.
“Gi mana kamu
bisa tahu,“ jawab Erhan lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia tahu Lieza akan
terus menerus mengusiknya jika dia tidak mengaku.
Lieza tersenyum
meleret bila Erhan mengaku juga bahawa dia cintakan Marsha. Haha patutlah
wajahnya kelihatan seperti ayam berak kapur. Baru dia tahu akan penangan
bercinta. Tapi sebelum ini Teuku Erhan Daniel Budi pernah bercinta dengan Lasindah. Dan hubungan mereka
berakhir bila Erhan mengetahui Lasindah tidak mencintainya dan hanya mencintai
hartanya. Aduh! Harap-harap Marsha tidak seperti Lasindah yang cintakan harta
dan kemewahan. Kalau tidak menderita lah dia kerana Erhan bukan lelaki yang
mudah jatuh cinta. Dan jika Erhan benar-benar sudah mencintai seseorang dan
sekiranya percintaannya gagal dia sukar untuk melupakannya.
“Boss..apa kamu
pasti dan yakin Marsha sukakan you boss??,“
“Soalan apa
yang kamu tanya? Apa kamu fikir Marsha tidak cintakan aku?,“ tanya Erhan bila
Lieza bertanya soalan yang membuatkan dia merasa bimbang.
“From what I
see..dia sukakan you boss..cinta belum tentu lagi,“ jawab Lieza lalu
mengelengkan kepalanya perlahan. Dia pasti Erhan tidak begitu setuju pada pandangannya.
Tapi itu yang dia rasa bila setiap kali bertemu dengan Marsha.
“Kenapa kamu
berkata begitu, cuba kamu terangkan kepadaku,“ ujar Erhan lalu memeluk tubuh
tidak merasa senang mendengar komen Lieza mengenai perasaan Marsha terhadap
dirinya, dia mahu Lieza mendengar penjelasan Lieza sebab kenapa dia berkata
demikian.
Lieza menelan
air liur perlahan bila Erhan meminta dia menjelaskan akan sebab kenapa dia
fikir begitu. Aduh! Pandai dia sendiri buka mulut memberi komen begitu. Kalau
beri penjelasan buatnya Erhan tidak terima mahu aku di pecatnya. Si Erhan bukan
boleh di percaya sangat akan moodnya.
“Janji kamu
tidak akan pecat aku boss!,“ ujar Lieza lalu duduk di sebelah Erhan.
“Kamu fikir aku
segila itu,“ ujar Erhan dengan wajah serious sengaja hendak mengusik Lieza.
Lieza duduk
lalu menyilangkan kakinya. Hendak berdialog dengan Erhan hendak kena duduk
dengan selesa.
“Berapa kali I
berjumpa dengan Marsha..let me see!! 2 kali mungkin!..sekali di taman bersama
dengan Eryan dan sekali di tempat kamu selalu bernyanyi boss, dari air mukanya
aku dapat tahu bahawa dia sukakan kamu boss kerana setiap kali dia lihat wajah
kamu, wajahnya kelihatan teruja sekali hanya aku tidak yakin dia cinta sama
kamu boss,“ jawab Lieza lalu mengerutkan dahinya.
“Suka tapi
tidak cinta?? Kenapa kamu fikir begitu..pada pandangan aku Marsha suka bangat
sama pada aku, masakan dia tidak mencintai aku?,“
“Suka tak
bererti cinta boss!..gimana hendak aku terangkan agar kamu ngerti maksud
aku..dia tidak cinta sama kamu kerna kamu sudah beristeri..nah mungkin itu
penyebabnya..,“
Erhan
mengerutkan dahinya lalu tersenyum bila Lieza berkata demikian. Ya benar juga
kerana Marsha menyangka bahawa dia sudah bernikah dan mempunyai seorang anak.
Jadi benar Marsha sukakan Eddy! Jika dia tahu Eddy tidak beristeri maka
perasaannya akan berganti menjadi cinta. Tapi Erhan mahu Marsha mencintai Erhan
dan bukan Eddy. Kerana hubungan Erhan dengan Marsha adalah hubungan yang
istimewa. Mereka berkenalan terus jatuh cinta melalui surat dan tanpa mengenali
antara satu dengan lain.
“Oh mungkin
juga..kerna aku sudah beristeri gitu! Dan isteriku adalah kamu!,“ ujar Erhan
lalu tersenyum kini mengerti. Tapi dia tidak mahu Marsha jatuh cinta dengan
Eddy. Dia mahu Marsha cintakan Erhan. Dia akan berusaha ke arah itu.
“Boss..you
masih belum beritahu siapa diri you pada Marsha?? I think you better do
soon..kalau tak aku khuatir dia akan berubah hati,“ jawab Lieza lalu memandang
wajah Erhan. Dia tahu Erhan masih belum berterus terang dengan Marsha. Tadi dia
ternampak Erhan berada di R&R bersama dengan Marsha. Mujur Marsha tidak
nampak dia. Mereka berdua kelihatan secocok dan serasi. Sama cantik dan sama
padan. Dia tahu Erhan benar-benar suka pada Marsha begitu juga Marsha. Dia
hanya khuatir Marsha tidak akan dapat menerima Erhan jika dia tahu bahawa Eddy
dan Erhan itu adalah orang yang sama dan menyangka Erhan mahu
mempermain-mainkan dirinya.
“Itu yang
sedang aku mikirkan..cara untuk membuatkan Marsha lupa terus pada Eddy dan
mencintai aku semula,“
“Eddy has to
stop meeting Marsha,“
“I still want
to meet her, but I will think of something,“ jawab Erhan lalu menoleh ke arah
Lieza.
“I just hope
that you will come up with crazy ideas so that she will deeply in love with you
and totally forgot about Eddy,“ ujar Lieza lalu bangkit dari sofa lalu menuju
ke arah pintu.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment