Aku melabuhkan
punggung di atas sofa tidak jauh dari tempat aku dan Eddy selalu duduk bila
setiap kali aku berada di R&R Bistro. Sofa itu tidak di huni sesiapa pun,
akan tetapi di atas meja tersebut terletak tanda reserved. Aku merasa hairan
kerana selama ini meja itu tidak pernah di reserved sesiapa dan kenapa meja itu
di reserved? Sedangkan terdapat beberapa meja yang kelihatan kosong kerana
waktu-waktu begini dan hari biasa jarang penuh.
“Cik Marsha,
kenapa tak duduk tempat biasa?,“ tegur Elena bila dilihatnya Marsha regular
customernya duduk di sofa lain dan tidak duduk di tempat biasa.
“Meja tu dah direserved..,
tak apalah mana-mana duduk pun sama..tak ada bezanya,“ jawabku lalu tersenyum.
Aku menanggalkan scraf yang ku ikat di leherku lalu memasukkannya ke dalam bag.
Entah apa mimpi hari ini aku hendak berscraf bagai. Feeling-feeling Audrey
Hepburn pulak.
“Meja tu ada
orang reserved untuk cik Marsha dengan Mr. Eddy sebab tu kita letak tanda
reserved,“ jawab Elena.
“Ada orang
reserved untuk kita??? Siapa??,“ ujarku terperanjat bila mengetahui bahawa meja
itu di reserved untuk kami. Huh?
“Entah! Saya
pun tak tahu Cik Marsha,“ jawab Elena lalu berjalan pergi.
Oh ok! Ah mesti
Eddy yang reserved..siapa lagi kalau bukan dia? Bukankah Eddy regular customer
R&R. Sebut tentang Eddy mana pula mamat ni? Tak nampak batang hidungnya sedari
tadi? Hai rindu pula aku dengan si Eddy ni? Kalau dahulu aku ke R&R sebab
aku suka lepak baca novel dan santai-santai di sini. Tapi sejak akhir-akhir ni
aku ke R&R sebab hendak bertemu dengan Eddy.
Sedang aku leka
membaca novel Sophie Kinsella. Tiba-tiba aku di kejutkan kehadiran seseorang
menghidangkan Iced Hazelnut Latte dan Chicago cheese cake, sedangkan aku belum
membuat pesanan lagi.
“Eh Elena..I
belum order lagi? Siapa yang order ni?,“ soalku pelik kerana diterima minuman
kegemaran aku minus cheese cake sebab aku tidak pernah mengordernya sebelum
ini. Pasti Elena tersilap menghantar pesanan.
“I yang
orderkan untuk you...,“ tegur seseorang membuatkan kami berdua tersentak
terperanjat.
“Oh you..thanks
Eddy..ingatkan secret admirer mana yang orderkan minuman kegemaran I tadi,“
ujarku lalu tersenyum meleret bila mengetahui Eddy yang memesankan air untuk
aku. Ala sweetnya mamat ni!
Eddy tidak
menjawab malah tersenyum bila Marsha berkata demikian. Dia duduk di sofa kosong
berhadapan dengan Marsha. Hari ini dia tidak membawa sebarang buku. Dan Eddy
kelihatan lain sangat hari ini kerana dia kelihatan segak mengenakan jaket
hitam dan bertie. Seperti orang baru pulang dari meeting atau conference.
“No hot drinks!
Mana buku you?,“ soalku pelik bila jejaka itu menyedut green tea latte dan
bukan minuman biasa yang selalu di pesan bila dia disini, dan aku perasan Eddy
tidak membawa sebarang buku hari ini.
“Tukar selera
hari ini...today I don’t feel like reading..,“ jawab Eddy sambil lewa.
Hailah! Boleh
tergugat iman bila melihat wajah kacak Eddy dan bila dia membuahkan senyuman
boleh cair hatiku di buatnya. Alangkah beruntungnya aku jika kau adalah
Erhanku..Eddy? Aku hanya boleh bermimpi kerana lelaki itu sudah di miliki. Dan
setelah aku bertemu dengan Erhan aku tidak akan bertemu dengan Eddy lagi.
“Why are you
smilling??,“ tegur Eddy bila Marsha tiba-tiba tersenyum bila dia berkata
demikian.
“Ah
nothing..I’m just nervous about this Saturday,“ jawabku memberi alasan begitu
kerana aku tidak mahu Eddy menyangka aku berangan sendiri.
“Nervous!
Kenapa??,“ soal Eddy lalu meletak green tea lattenya di atas meja lalu
menanggalkan tali leher yang menjerut lehernya. Tali leher itu di simpan di
dalam poket jaketnya.
“Erhan wants me
to go somewhere,“ jawabku lalu mencapai Iced Hazelnut Latte lalu menyedutnya
perlahan. Hatiku masih berbelah bagi samada mahu ke tempat yang di suruh Erhan
atau tidak. Aku bertemu dengan Eddy hari ini pun kerana aku mahu pandangan
darinya.
“Oh Finally!!..where
are you meeting him??,“ tanya Eddy penuh minat.
“KLCC
garden..,“ jawabku perlahan.
“Garden?? First
date dah ajak pergi garden?,“ usik Eddy lalu tersenyum.
“I knew you
would say that..actually is not a ‘Date‘..he told me he won’t be there..,“
jawabku lalu meletak Iced Latte di atas meja. Tidak mengerti akan niat Erhan
mahu aku ke sana sedangkan dia tidak akan berada di sana. Apa tujuannya mahu
aku kesana.
“Oh I see...,“
jawab Eddy lalu tersenyum lebar.
“You tak merasa
pelik dengan permintaan Erhan ke??,“ tanyaku bila Eddy tidak kelihatan
terperanjat bila aku memberitahunya tentang permintaan Erhan.
“Pelik?? Apa
yang peliknya?,“ soal Eddy kembali.
“Yalah suruh I
ke tempat itu tapi dia tidak akan berada di situ..apa tujuannya?,“ tanyaku
ingin tahu.
“I really don’t
know Marsha..,“ jawab Eddy mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum.
Aku
menyandarkan badan di sofa lalu mengeluh kecil. Great! Eddy tidak mahu membantu
aku. Bukan kerana Eddy tidak tahu tapi dia tidak mahu memberitahu aku. Aku
kenal sangat dengan perangai Eddy. Jika ada perkara yang tidak di fahami dia
akan bertanya dan jika dia faham akan maksud Erhan dia hanya mendiamkan diri
dan tidak bertanya lagi. Dan aku benar-benar yakin bahawa Eddy faham akan maksud
Erhan hanya dia tidak mahu berkongsi apa yang dia tahu itu pada aku.
“You don’t look
excited at all,“ ujar Erhan lalu mencapai garfu kecil yang di sediakan lalu
memotong cheese cake kepada dua bahagian. Sebahagian cake itu di pindahkan
kepada piring kosong yang telah di sediakan. Dia menyerahkan cheese cake yang
sebahagian itu kepada Marsha. Marsha menyambut.
“Mungkin I
sudah keliru tentang perasaan I terhadap diri Erhan..,“ ujarku lalu menyuap
cheese cake ke dalam mulutku.
“What do you
want to know..,“ ujar Eddy lalu meletak piringnya di atas meja bila Marsha
menyatakan dia tidak tahu akan perasaannya terhadap diri Erhan sekarang.
Aku tersenyum
gembira bila Eddy berkata demikian. Aku tidak tahu kenapa Eddy suka melayan dan
membantu aku untuk menghuraikan persoalan aku tentang Erhan.
“Kenapa Erhan
mahu I ke tempat yang di minta?,“ soalku ingin tahu.
“I tak pasti
sebab apa Erhan mahu you kesana..apa yang boleh I beritahu you..I suspect that
Erhan might be someone you know and close to you, you don’t realised that sebab
dia gunakan nama nick untuk menyembunyikan identitynya yang sebenar, or maybe
‘Erhan‘ is just a nickname, who know’s?,“ ujar Eddy mendatar lalu memandang
wajah Marsha.
“Someone that I
know??!! Serious!!, oh my!!, could be anybody right??,“ ujarku terperanjat
besar bila Eddy berkata demikian. Betul ke apa yang Eddy katakan! Tidak pernah
terlintas di fikiranku selama ini. Jika benar apa yang Eddy sangka. Siapa
Erhan? Aku menoleh ke arah sekeliling R&R mencari-cari wajah familiar yang
selalu ku lihat setiap kali aku berada di sini.
Eddy memandang
wajah Marsha dengan wajah bersahaja.
“Ok now you
make me nervous,“ jawabku merasa serba tidak kena bila memikirkan mungkin salah
seorang pengunjung R&R adalah Erhan.
Eddy tersenyum
meleret bila Marsha berkata demikian. Dia tidak berniat hendak membuatkan
Marsha merasa demikian.
“Do you really
think that Erhan could be anyone here??,“ soalku seakan berbisik. Kebetulan
seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian yang juga menepati criteria Erhan
menoleh ke arah aku dan membuahkan senyuman. Aku membalas senyumannya sekilas
lalu memandang ke wajah Eddy semula kerana merasa tidak selesa. Oh gosh! Terasa
suspen pulak kan.
“Boleh jadi
lelaki yang duduk sebelah kita..or mungkin your good friend Azlee?? Or the guy
yang you always talked about...siapa nama dia..ED?,“
bersambung....
No comments:
Post a Comment