I’m in a crappy mood today. Tak perlu aku jelaskan pada
orang yang berada di sekelilingku kerana ianya jelas terpancar di wajahku
bahawa aku akan ‘murder‘ sesiapa sahaja yang mendekati aku hari ini. Deadline
untuk cover story ED masih belum dapat aku siapkan sedangkan lagi sebulan
sahaja lagi aku harus submit draft full story ED kepada maksu dan juga Mr.
Haiqal. Namun satu apa pun aku masih belum buat. Macamana tak crappy mood!! Aku
menarik kerusi lalu duduk. Aku ke bilik Mr. Haiqal kerana aku tidak mahu ke
bilik singa betina itu sendirian. Biar paksu backing aku. Dia yang hendak
sangat aku cover cerita ED. Biar dia yang menjawab soalan Puan Editor kita.
Mana pula paksu
ni? Lambatlah pulak dia masuk office. Si singa betina tu hendak jumpa aku jam
2.30 petang nanti. Sekarang dah nak masuk 2.00 petang. Kalau lambat kena sound
dengan Puan Sarah. Pukul 3.30 petang aku hendak menular ke R&R pulak.
Berharap benar Eddy ada di R&R hari ini. Rindu pula aku dengan Eddy kerana
kami sudah lama tidak bertemu sejak pertemuan kami minggu lepas. Mungkin Eddy
out-station atau sibuk bekerja. Dan kerana Eddy juga membuatkan aku seperti
orang tidak siuman cuba mencari siapa Erhan dan menyangka bahawa Azlee itu
adalah Erhan. Aku hendak ceritakan kepada Eddy sekarang aku stress kerana aku
masih belum dapat berhubungan dengan penulis misteri itu! Aduh kenapalah
kedua-dua lelaki ini susah sangat hendak aku fahami. Kedua-duanya mysterious.
Yang satu terlalu private hingga aku tidak dapat sebarang maklumat tentang
dirinya. Yang satu mysterious. Hai apalah nasib terpaksa berdepan dengan
lelaki-lelaki sebegitu.
Aku mencapai
majalah yang berada di atas meja Encik Haiqal terasa bosan pula menunggu lama.
Aku terperanjat bila terasa ada sesuatu jatuh ke bawah bila aku menarik majalah
tersebut. Aku menjengah bawah meja Mr. Haiqal. Sekeping kertas yang berlipat
terjatuh berdekatan dengan kerusi Mr. Haiqal. Aku meletak majalah ke atas meja
semula, lalu bangkit dari kerusi menuju ke arah kerusi Mr. Haiqal lalu mencapai
kertas yang berlipat itu. Kertas yang
berlipat itu aku buka.
Ini artikel ED!
Aku pernah terbaca artikelnya keluaran bulan lalu.
“Marsha..apa
yang you buat?? Kenapa you usik barang I,“ ujar Haiqal lalu mencapai kertas beige
yang berada di tangan Marsha.
“Mr. Haiqal I
tengah baca kan..kenapa you take it from me,“ ujarku dengan wajah kurang
senang. Belum sempat aku baca atau teliti kertas itu sudah di ambil Mr. Haiqal.
“Bukan awak tak
baca keluaran bulan lepas..,“ ujar Haiqal lalu duduk di kerusinya. Dia
menyimpan kertas itu berserta sampulnya ke dalam lacinya kerana khuatir Marsha
akan merampasnya semula. Marsha bukan boleh di percayai.
“You tak edit
artikel ED langsung ke Encik Haiqal??,“ soalku ingin tahu sebab apa yang aku
baca dari kertas tadi sama seperti di cetakkan di majalah tidak di edit
langsung.
“ED ada PHD
dalam bahasa literature Marsha.., I tak perlu edit artikelnya,“ jawab Haiqal dengan
suara mendatar. Artikel yang di tulis ED dari segi bahasa tiada cacat celanya
dan dia tidak perlu diedit artikelnya.
“PHD dalam
bahasa literature??? Wah! Apa lagi yang you tahu tentang ED, Mr. Haiqal,“
ujarku lalu mengeluarkan handphone dari poketku. Dah macam bromance pulak aku
tengok Mr. Haiqal dengan ED. Semua tentang diri ED, Mr. Haiqal tahu.
“Are you
recording this??,“ tegur Haiqal bila Marsha menekan butang butang voice record
dari handphonenya.
“Eh Iya
lah..kan ke susah I hendak dapatkan ED..sebab dia terlalu misteri lah
sangat..so I interview you lah since you tahu betul tentang diri ED,“ sindirku.
“Kenapa you tak
interview ED lagi?? You suppose to submit your piece next month bukan?? Apsal
tak buat lagi?,“ ujar Haiqal dengan nada terperanjat.
“Paksu..macamana
Marsha hendak buat kalau contact number dia pun saya tak ada???,“ ujarku geram
bila senang-senang sahaja paksu menuduh aku tidak buat kerja. Dah dia tak beri
aku details tentang ED macamana aku hendak hubungi dia.
Haiqal tidak
menjawab bila Marsha berkata demikian. Dia mencapai gagang telefon lalu mendial
nombor seseorang.
“I hope you are
not busy..my staff would like to speak to you,“ ujar Haiqal sebaik sahaja
talian di sambut.
Haiqal meletak
receivernya kembali sebaik sahaja dia menekan butang speaker di telefonnya.
“Hah tanyalah
apa yang awak hendak tanya,“ ujar Haiqal.
“Tanya apa??,“
soalku tidak mengerti. Tiba-tiba suruh aku tanya. Siapa yang dia call?
“Eh apa yang
you hendak tahu dari ED lah..he’s on the line now,“ ujar Haiqal.
What!! Such a
short notice?? Aku belum prepare apa-apa pun? Tak guna punya paksu sabotage
aku. Tiba-tiba aku merasa nervous pula kerana aku pernah mendengar suara ED
dari corong telefon semasa aku curi-curi dengar dahulu. Macho you!
“Hi saya
Marsha..big fan of yours..maaf sebab terpaksa talk to you on the phone di
saksikan oleh Editor kami, I tahu you a private person and I guess you are busy
with your normal life too..I promise I won‘t take so much of your time,“ ujarku
lalu menjeling ke arah Encik Haiqal. Wajah Encik Haiqal kelihatan terperanjat
bila aku berkata demikian. Lantaklah tak ada formalnya aku bukan interview Perdana
Menteri hendak formal-formal sangat pun.
Kami berdua di
kejutkan bila ED tertawa kecil di hujung talian. Hope he don‘t find it funny
sebab aku menyindirnya bukan buat lawak dengannya.
“I’m sorry if
you find it difficult to keep in touch with me..I didn‘t mean to make your life
difficult..but like I told everyone else..I’m a private person, tentang cover
story I don’t intend untuk buat exposure tapi oleh kerana Haiqal kenalan lama
I, I owe him one,“ terang ED agar Marsha mengerti kenapa dia berbuat demikian.
Dia tidak punya niat hendak memperkenalkan dirinya kerana selama hampir 4 tahun
dia menulis tanpa mendedahkan identitynya kepada peminat.
“I think you
should keep it that way ED...jangan terhutang budi sangat pada Mr. Haiqal
ni..he should respect your wish,“ ujarku lalu tersenyum sengaja hendak kenakan
paksu.
Haiqal
membesarkan biji matanya bila Marsha berkata demikian. Ah rasakan! Hendak sabo
aku lagi. ED tertawa lagi. Aduh cute pula bila mendengar ED ketawa ni kan!
“Now I know the
reason why you chose her to write my story Haiqal..she’s good,“ ujar ED dengan
suara senang.
“You jangan
terpengaruh dengan cute dia ED..she’s crafty,“ ujar Haiqal bersuara setelah
agak lama mendiamkan diri mendengar perbualan diantara Marsha dengan ED. Kalau
dia diamkan entah apa-apa lagi yang Marsha kata pada ED.
“Ok..enough of
the introduction and back to business..do you think you can reveal your name
kepada peminat you di luar sana ED?,“ tanyaku dengan suara professional.
“I’m sorry..I
think I can’t dear..just stick with ED only,“
“Okayyyy..how
about you tell me your age..pekerjaan you and your marital status?,“
“I’m in mid
30s..unmarried..profession business man,“ jawab ED.
Unmarried??
Yes! Apasal aku ghairah sangat bila dapat tahu ED tu belum berkahwin? Sot dot
aku ni. Boleh tackle kalau hubungan aku dengan Erhan tidak berhasil. Haha gatal
juga aku ni.
“Any girlfriend
or fiancee?,“ soalku lalu tersenyum nakal. Haiqal menjeling bila Marsha sengaja
bertanya soalan demikian. Bukan dia tidak tahu.
ED tertawa lagi
bila Marsha bertanya soalan personal. Benar apa yang di katakan Haiqal she’s
crafty.
“I have met
someone..tapi belum official,“ ujar ED.
“Met someone??
Tapi belum official? Sound like there‘s interesting story behind it,“ ujarku
dengan perasaan teruja.
“There
is..but-,“
“But you can’t
share it with us? With your fans? Aww! come on ED..you selalu tulis artikel
mengenai impian dan perkahwinan seseorang..why can’t you share your interesting
story with us??,“ pujukku agar ED kongsi sedikit tentang percintaannya dengan
wanita yang dipuja.
Haiqal
membetulkan kedudukannya bila Marsha berani menyentuh soalan peribadi pada ED.
Dia tahu Marsha berbakat dan tidak salah memilih orang yang layak membuat cover
ED.
“Please ED! You
tak akan menghampakan peminat you kan?? Terutama sekali I,“ pujukku lagi agar
ED sudi berkongsi dengan kami. Aku tahu ED keberatan. Dan aku tidak akan
mengaku kalah selagi tidak mencuba. Siapa tahu ED smitten by my charm! I’m
quite persuasive you know. Haha.
“Insyallah akan
saya pertimbangankan permintaan Marsha,“ ujar ED setelah agak lama mendiamkan
diri.
bersambung....
No comments:
Post a Comment