Sebaik sahaja
aku tiba di pejabat, aku on komputer, menyimpan handbagku di dalam laci dan aku
terus menuju kearah pantry. Semalaman aku tidak dapat tidur lena kerana asyik
memikirkan apa yang di katakan Eddy semalam. Mungkin ada benarnya juga? Mungkin
Erhan adalah lelaki yang aku kenali. Tapi siapa?? Azlee?? Aku hanya suspect
Azlee sahaja kerana lelaki itu begitu mengenaliku. Mungkin dia saja hendak
bergurau dengan aku dengan menghantar surat dan menyamar diri mengunakan nama
Erhan? Dan Erhan sememangnya tidak wujud. Erhan itu adalah Azlee!! Mana mungkin
ED? ED tidak kenal aku dan aku tidak kenal ED? Haiz!!..pening kepala aku
memikirkannya. Sejak aku so-call putus dengan Azlee. Lelaki itu cuba untuk
berbaik semula dengan aku. Pelbagai cara dia buat untuk mengambil perhatian aku
dan menambat hatiku kembali.
Mungkin Azlee sudah
menjadi kreatif kerana aku tidak melayannya lalu menghantar surat ke alamat
rumahku. Mungkin dengan cara ini sahaja dia mendapat perhatian aku. Hissh kalau
betul lah Azlee punya kerja. Siap dia aku kerjakan!
Mug berisi
coffee yang ku bancuh tadi, ku capai lalu berjalan keluar dari pantry menuju ke
arah Sports Department. Seperti yang aku duga Azlee sudah pun berada di
pejabatnya. Azlee suka datang awal ke pejabat. Azlee is a morning person. Lama juga
aku tidak menjenguk departmentnya sejak hubungan aku dengan dia tidak semesra
dahulu. Dan selalunya Azlee yang datang ke tempat aku kerana dia tahu aku tak
akan datang ke pejabatnya. Tapi hari ini aku ke department sports mencarinya.
Dari jauh aku
lihat lelaki itu sedang tekun menyelak folio di hadapannya. Mungkin untuk
keluaran bulan hadapan. Aku berdiri di hadapan pintu biliknya lalu mengetuk
pintunya perlahan. Azlee memandang ke arah pintu bila pintunya di ketuk.
“Shah!..what a
pleasant surprised!..please have a seat,“ ujar Azlee dengan wajah ceria. Dia
bangkit dari kerusinya lalu menyambut Marsha di muka pintu lalu menutup pintu
pejabatnya. Aku tersenyum sinis bila layanan Azlee berikan pada aku terlebih
baik dari biasa. Azlee tidak pernah menyambutku di hadapan pintu bila aku
datang ke pejabatnya dahulu.
Aku tidak
menjawab malah duduk di sofa berdekatan dan meletak mug coffeeku di atas meja.
Azlee duduk bertentangan dengan aku. Lelaki itu kelihatan kemas dan bergaya
seperti biasa. Yelah dulu aku tergila-gilakan dia pun kerana Azlee memiliki
wajah yang kacak dan bergaya. Bukan aku sahaja yang tergilakannya, malah ramai
pekerja wanita yang single di company aku turut suka pada Azlee. Azlee memang
popular di kalangan pekerja wanita. Semua mahu merebut hatinya. Aku pula dahulu
ye aku sukakan Azlee dan mahu menjadi teman wanitanya. Tapi sekarang tidak
lagi.
“Kita pergi
breakfast nak?..I belum sarapan lagi..kitapun dah lama tak keluar breakfast bersama,“
ujar Azlee lalu menyentuh tangan Marsha perlahan. Sudah lama dia tidak keluar
makan bersama dengan Marsha kerana Marsha selalu menolak perlawaannya setiap
kali dia mengajaknya keluar bersama. Seolah-olah Marsha tidak sudi lagi untuk
keluar bersama dengannya. Dia tahu Marsha masih marah padanya.
Aku menarik
perlahan tanganku bila Azlee menyentuhnya, Aku bangkit dari sofa lalu berjalan
menuju ke arah kerusi pejabatnya dan tanpa rasa bersalah aku duduk di atas
kerusi pejabatnya.
“You ada
girlfriend Azlee??,“ tanyaku lalu mencapai handphone Azlee yang berada di atas
meja lalu membeleknya dengan wajah selamba. Aku tersenyum bila menyedari Azlee
tidak menukar password handphonenya.
“Girlfriend??
Girlfriend I kan ke you, sayang..“ jawab Azlee lalu bangkit dari sofa. Dia
berjalan mendekati mejanya lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Marsha. Dia membiarkan
sahaja Marsha bermain-main dengan Iphone 6nya seolah-olah tidak kisah.
Aku meletak
handphonenya kembali di atas meja lalu menyandarkan badanku di kerusi empuk
Azlee. Aku memeluk tubuh lalu memandang tepat ke wajah tampan Azlee. Azlee
masih mahu bermain-main dengan aku dan tidak mahu mengaku lagi!
“Sayang are you
ok?? You look strange!,“ tegur Azlee bila Marhsa memberinya pandangan sebegitu.
Marsha tidak sihatkah? Marsha tidak pernah ke departmentnya apatah lagi
mencarinya semenjak hubungan mereka tidak rapat dahulu. Tapi hari ini apa yang
membuatkan Marsha mencarinya? Adakah hati Marsha sudah terbuka untuknya?
Setelah berpisah dengan Marsha dahulu, baru dia sedar Marshalah wanita yang
begitu memahaminya. Dia tidak boleh hidup tanpa Marsha. Selama ini Marsha sabar
dengan perangai dan karenahnya. Dan setelah Marsha meninggalkannya baru dia
tahu dia sayangkan Marsha dan mungkin juga cintakan Marsha. Sebab itu dia cuba
untuk merebut hati Marsha kembali, pelbagai cara dia lakukan untuk menambat
hati Marsha supaya menerimanya kembali. Dia berjanji akan setia pada Marsha.
Sayang! Detik
hatiku. Bergetar juga hatiku bila Azlee memanggilku sayang. Mungkin juga Azlee
adalah Erhan! Arggghh!!! Ini tidak boleh jadi. Aku tidak boleh meneka begitu
sahaja. Aku harus memastikan bahawa Azlee itu adalah Erhan. Tapi bagaimana
hendak membuatkan Azlee mengaku?
Aku melirik ke
arah fail yang berada di atas meja Azlee lalu membukanya. Helaian demi helaian
dokumen yang berada di dalam fail itu aku selak cuba mencari bukti bahawa Azlee
itu adalah Erhan.
“Sayang..you
cari apa??,“ tegur Azlee bila Marsha menyelak failnya seperti mencari sesuatu.
Aku tidak
hiraukan soalan Azlee dan terus mencari apa yang hendak aku cari. Aku mencari
kertas atau document yang terdapat tulisan Azlee. Setelah puas mencari tapi
tidak ku temui. Aku menutup fail itu semula lalu melirik ke arah beberapa surat
yang terdapat di atas meja Azlee. Surat yang belum di buka itu ku capai
berharap aku bernasib baik dengan pencarianku. Fat hope! Tak ada.
“You tak ada
diary or schedule??,“ soalku lalu mengangkat fail dan buku-buku yang terdapat
di atas meja Azlee mencari diary atau schedule Azlee.
“Diary??!!
Sayang semua dah electronic sekarang mana ada guna diary lagi?,“ soal Azlee
pelik melihat karenah Marsha hari ini. Apa yang di cari Marsha? Bila ditanya
tidak mahu menjawab.
Right! Semua
dah guna electronic! Hanya Erhan yang ‘old school‘ masih menulis surat buat
kekasih hatinya! Aku mencapai note pad dan pen dalam satu masa lalu
menyerahkannya kepada Azlee.
“Buat apa
dengan note pad dengan pen??,“ tanya Azlee lalu mengerutkan dahinya tidak
mengerti kenapa Marsha memberinya note pad dengan pen.
“I nak beri you
dictation...,“ jawabku ringkas lalu menyandarkan badanku. Gila! Aku sememangnya
gila pagi ini. Sebabnya aku tidak cukup tidur! Sebab aku hendak tahu sangat
siapa Erhan? Sebab aku tidak sanggup bermain teka teki lagi!
“Dictation??
Oh...ok, you cutelah sayang,“ jawab Azlee lalu tersenyum.
Aku memandang
wajah Azlee bila dia mengatakan aku ‘cute‘. Cute! Kalau aku dapat tahu kau cuba
mempermain-mainkan perasaan aku Azlee. Aku yang kau kata cute akan bertukar
menjadi incredible cute.
Aku bangkit
dari kerusi Azlee lalu berjalan mundar-mandir perlahan di dalam pejabatnya.
“Salam sayangku
Lasindah!,“ ujarku lalu menoleh ke arah Azlee ingin lihat reaksi di wajahnya.
Azlee terperanjatkah bila aku sudah dapat tahu bahawa dia menyamar sebagai
Erhan selama ini. Hmmm..No kerana Azlee tidak kelihatan terperanjat dan
wajahnya kelihatan bersahaja.
“You want me to
write this?? You nak dictate love note to me ke sayang?,“ usik Azlee lalu
tersenyum.
“Just do what I
say Azlee!,“ ujarku dengan wajah serious.
“Sorry boss,“
jawab Azlee lalu menulis apa yang di pinta. Dia turutkan sahaja kerana he find
it interesting and refreshing! Hubungannya dengan Marsha dahulu. Apa yang dia
mahu dan pinta Marsha turutkan sahaja. Dan kini giliran dia pula melayan apa
yang Marsha mahu dan pinta dia turutkan and it’s kindda cute!
“Apa khabar
denganmu sayang..ku harap kamu baik-baik sahaja..,“ ujarku lalu menoleh ke arah
Azlee.
Lelaki itu
menulis apa yang aku pinta dan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mungkin
lucu dan merasa seronok. Aku tidak pasti. Sebaik sahaja Azlee berhenti menulis
aku menghulurkan tanganku meminta note pad darinya.
“Dah tak kan
itu sahaja?,“
“Give it to me
Azlee, thank you,“ ujarku lalu mencapai note pad dari tangan Azlee. Hendak sahaja
aku menangis merasa bersyukur kerana Azlee bukanlah Erhan. Tulisan tangan
mereka berbeza sangat. Alhamdullilah..bisikku dalam hati. Ini bermakna Erhan
benar-benar wujud?
bersambung......
No comments:
Post a Comment