Leiza keluar
dari lif lalu menuju ke arah R&R. Dia tahu waktu begini Erhan pasti berada
di R&R. Bossnya itu sudah semakin rajin lepak di R&R dari bilik
pejabatnya. Dia tahu Erhan mahu bertemu dengan buah hatinya dan dia tahu juga
Erhan masih belum berterus terang dengan so-call Lasindah. Lieza tersenyum bila
terpandang lelaki itu sedang duduk dan leka membaca buku. Patutlah Erhan lebih
suka dengan bisnes syarikat R&Rnya dari business yang lain kerana Erhan
ulat buku dan suka membaca. Belum pernah sekali pun dia lihat Erhan duduk tanpa
membuat apa-apa. Ada sahaja buku yang hendak di baca. Di pejabatnya penuh
dengan buku yang di susun cantik di dalam rak-raknya.
“Eh Cik Lieza
kenapa tak pesan sahaja apa yang cik Lieza hendak? Tak perlu susah payah datang
sini,“ tegur Ika bila terpandang wajah PA big bossnya. Lieza tidak pernah ke
R&R apa yang di hendak selalu di pesan melalui telefon begitu juga big
bossnya. Tapi sejak akhir-akhir ini dia jarang mendapat pesanan dari pejabat
big bossnya. Mungkin big bossnya out-station.
“Hah Ika..since
you dah tanya..boleh beri saya Iced Chocolate dengan chicken pie?? You hantar
kat meja tu? Boleh??,“ ujar Lieza lalu menunjuk ke arah meja di mana Erhan
sedang duduk.
“Meja Mr.
Eddy??,“ soal Ika ingin kepastian bila cik Lieza memberitahunya dimana harus
dia hantar pesanan Lieza tadi. Cik Lieza kenal pada Mr. Eddy?? Atau dia
tersalah pandang? Mungkin cik Lieza menunjuk kearah meja kosong di sebelah Mr.
Eddy.
“Eddy???!!
You?? Knew his-!! Wah this is too much!,“ ujar Lieza dengan nada geram lalu
bercekak pinggang. Bagaimana Ika tahu akan nama nickname Erhan? Bukankah Erhan
kata hanya kenalan rapat dan keluarganya sahaja yang tahu akan nicknamenya. Ika
kenalan rapatnya ke?? Dan dia baru mendapat tahu tentang nickname Erhan minggu
lepas. Dari cara Ika bertanya, Lieza tahu Ika sudah kenal Erhan lama dan mesra.
“Kenapa cik
Lieza?? Apa yang Mr. Eddy buat pada you? You nampak macam marah aje,“ tanya Ika
dengan wajah tidak bersalah bila dilihat Lieza kelihatan marah bila dia
menyebut nama pelanggan tetap mereka itu. Apa pula yang telah Mr. Eddy buat
pada Cik Lieza? Dia buat perkara yang sama pada Marsha juga ke? Bergaduh dengan
cik Lieza.
“Berapa lama
you kenal dengan Eddy??,“ soal Lieza ingin tahu.
“Lama juga
lah..sejak I mula bekerja di sini?? Sejak R&R bistro buka lah..kenapa cik
Lieza?,“
“Sejak
R&R!..Iskk nasib baiklah kau tu boss aku..kalau tidak aku tak hendak kawan
dengan kau,“ ujar Lieza dengan nada merajuk. Sejak hubungannya rapat dengan
Erhan. Dia sudah pandai merajuk dengan Erhan. Kerana semua perkara tentang
Erhan, Erhan harus beritahu padanya, kerana Erhan sudah menganggapnya lebih
dari PA biasa. Mereka sudah seperti saudara. Erhan tidak punya keluarga di
Malaysia dan Lieza sudah di anggap seperti adiknya.
“Apa dia cik
Lieza?? Boss!!! Mr. Eddy boss cik Lieza???,“ ujar Ika dengan nada terperanjat.
Apa dia tidak tersilap dengar?
“Iya boss..CEO
kita, awak tak tahu kan! Sekarang I beritahu you dia tu Tueku Erhan Daniel
Budi, for your ears only..jangan beritahu sesiapa..beware dia tu garang amat!,“
ujar Lieza dengan nada geram lalu berjalan menuju ke arah Erhan.
Ika meletak
tray yang di pegangnya tadi di atas kaunter cuba memproses balik apa yang di
katakan Cik Lieza tadi. Bahawa Mr. Eddy itu adalah Mr. Erhan! Lelaki yang sama
yang selama ini, dia selamba badak je berbual dengannya seperti kenalan lama?
Malah dia juga ada crush dengan Mr. Eddy suatu ketika dahulu. Peluh dingin
mengalir perlahan dari dahinya.
“Kenapa kak?
Cik Lieza marah kakak ke?,“ tanya Elena bila dilihatnya Ika kelihatan pucat
sebaik sahaja berbual dengan PA CEO mereka. Semua orang kenal pada Lieza sebab
PA CEOnya itu selalu ke tempat mereka mengambil makanan pesanan CEO mereka.
Mereka tidak pernah menghantar ke pejabat CEO mereka kerana Lieza tidak
benarkan. Dia akan datang sendiri mengambilnya. Mereka tidak pernah bertemu
atau melihat CEO mereka sebelum ini. Tapi menurut cik Lieza PA CEOnya itu big
bossnya itu seorang lelaki yang garang.
“Tak..you
buatkan Iced Chocolate dan heatkan chicken pie untuk cik Lieza quick..biar I
yang hantarkan pada dia,“ arah Ika dia ingat akan pesanan Lieza jangan beritahu
sesiapa tadi.
*****
Lieza
duduk di sofa kosong berhadapan dengan Erhan cukup membuatkan jejaka itu
tersentak terperanjat bila ada seseorang duduk di sofa bertentangan dengannya.
“Eh
Lieza..aku fikir siapa tadi? Kok kamu kemari?,“ ujar Erhan tersenyum lalu
menutup buku yang di baca.
“Aku
sunyi berada di kantor kesorangan Eddy..aku perlukan teman untuk bicara,“ ujar
Lieza lalu tersenyum sinis. Tadinya dia bosan duduk di office seorang. Kalau
Erhan ada. Boleh juga dia jadikan teman berbual. Sebab itu dia mengambil
keputusan untuk ke R&R. Dia tahu Erhan akan berada di sini. Dia tahu buah
hati bossnya itu belum datang kerana menurut Erhan, Marsha hanya datang dalam
jam 4 petang. Dan sekarang jam menunjukkan 3.10 petang dia punya masa untuk
berbual dengan Erhan sebelum buah hatinya datang.
“Aduh
kesian adik aku kesunyian di kantor..maafkan aku, ok esok aku akan menemanimu
di kantor..aku janji,“ ujar Erhan tertawa kecil bila Lieza berkata demikian.
Dia tahu Lieza merajuk dengannya. Dia jarang berada di office sejak akhir ini kerana
beberapa hari lepas dia berulang alik ke Jakarta untuk menghadiri mesyuarat
business perkapalannya di sana. Dan jarang bertemu dengan Lieza.
“Betul!!
Kamu janji!! Ok..Eryan apa khabar??,“ tanya Lieza. Rindu pula dia pada adik
kesayangan Erhan. Sudah lama dia tidak datang ke Malaysia.
“Eryan!!
Anak nakal itu..ya khabar baik..dia sampaikan salam buat kamu..katanya dia
rindu amat pada ‘Tante‘ Lieza,“ ujar Erhan lalu menyandarkan badannya. Di
Jakarta dia sempat bertemu dan meluangkan masa bersama Eryan dan mamanya. Eryan
tidak mahu melepaskan Erhan pergi kerana terlalu amat rindukan pada kakaknya.
Kerana Erhan berada di Jakarta-Bandung selama seminggu lamanya sehingga
mesyuaratnya semua selesai. Masa tidak sibuk dia mengajak Eryan dan mamanya ke
Bandung di Villa keluarga mereka. Malah bila dia berjanji akan membawa Eryan ke
Malaysia bila cuti sekolah nanti baru Eryan melepaskan dia pergi.
Ika
berjalan perlahan menuju ke meja Lieza lalu meletak pesanan Lieza di atas meja.
“Thanks Ika,“ ujar Lieza lalu membuahkan senyuman kepada Ika.
“Your are
welcome,“ jawab Ika ringkas tanpa menoleh ke arah Erhan. Sejak dia tahu siapa
Mr. Eddy yang sebenar dia tidak berani mahu menatap wajahnya. Dia benar-benar
tidak menyangka bahawa pelanggan tetap yang di sangka mereka selama ini adalah
CEOnya. Adakah Encik Erhan mahu ‘spy‘ mereka? Undercover Boss! Sebab itu dia
tidak mahu mendedahkan identitynya yang sebenar kerana mahu melihat mereka
semua bekerja? Kalau benar. Habislah! Dia selalu mengusik Mr. Eddy.
“Ah
Ika..I nak order my usual drink,“ ujar Eddy lalu membuahkan senyuman kepada
Ika. Namun dia merasa hairan Ika kelihatan tidak tentu arah bila dia
menegurnya.
“Baik
Mr. Erhan,“ jawab Ika gugup.
“Erhan??, How...??,“
ujar Erhan terperanjat lalu memandang wajah Ika. Bagaimana Ika tahu? Dia tidak
pernah memberitahu sesiapa bahawa dia adalah Erhan.
Lieza
buat wajah bersahaja manakala Ika tidak berani menatap wajahnya. Kedua-duanya
buat tidak mengerti.
“How did you
know, Ika??,“ ulang Erhan perlahan lalu menoleh ke wajah Ika dan Lieza silih
berganti.
Lieza
membesarkan bola matanya pada Ika bila Erhan tidak melihat ke arahnya tanda dia
tidak merasa selesa bila Ika menyebut nama Erhan. Dia kalau boleh tidak mahu Ika
beritahu Erhan bahawa dia sudah tahu. Lieza mencapai Iced Chocolatenya lalu
menyedutnya perlahan dengan wajah selamba pura-pura tidak tahu bila Erhan
menyoal Ika bagaimana Ika tahu siapa dia sebenarnya.
Ika menelan air
liur perlahan menyedari kesilapan yang tidak di sengajakan lalu menoleh ke arah
Lieza, mungkin juga kerana dia merasa gementar setelah dia mengetahui siapa Mr.
Eddy, membuatkan dia gugup dan terlepas kata lalu memanggilnya Mr. Erhan.
“Lieza!
What have you done?,“ ujar Erhan perlahan lalu menoleh ke arah PAnya.
“I’m
sorry ok..I terlepas kata..I was angry with you..you told her your nickname
long time ago..and you just told me like what...a week ago!.., I’m hurt you
know..“ ujar Lieza dengan wajah tidak bersalah. Sebenarnya dia khuatir Erhan
akan naik angin dengan perangai keanak-anakannya itu. Yelah memang mood Erhan
baik sejak mengenali Lasindah aka Marsha. Dia masih belum yakin Erhan masih
dapat mengawal panas barannya bila dia mengetahui dia sudah terlepas kata pada
Ika tadi.
bersambung....
No comments:
Post a Comment