Tuesday 11 November 2014

JCube - Ice Rink!! Singapore

 
 
 



Assalamualaikum wbt..

Time-time cuti sekolah ni yang buatkan para ibu bapa pening memikirkan tempat mana hendak di bawa anak-anak keluar berjalan betul tak???..Untuk orang macam aku yang menjadi bendahari di rumah maka aku di tugaskan untuk memplan semua yang berkaitan dengan financial. Haha..kita hendak pergi bercuti atau beriadah tapi berbudget camne eh??? Lebih-lebih lagi aku ni dok kat Singapore..rasa-rasanya ada ke tempat yang berbudget dan fun??? Kalau ada tempat yang tak yah berbayar lagi aku suka..tapi sedihnya di Singapore ni semua berbayau..kalau tempat yang berbayau tu murah tak pe lah jugak kan..ini tidak aku bukan kedekut tapi berbudget ok..lagipun masa aku kecik-kecik dahulu mak dan abah tak suka manjakan kami sangat..so aku pun teruskan parental guidance dari mereka..katanya biar anak kita berdikari dan tidak suka meminta-minta..sesekali beri tak apa jangan selalu..ok gak cara mereka tu kan..aku dulu kalau nak apa-apa kumpul duit dari duit saku sekolah tak suka menyusahkan mak bapak..ada duit beli tak ada diam tak banyak bunyi..

Dok di Singapura ni tak boleh ponah duit ikut sesuka hati kerana sana sini gunakan duit kat sini tak de nye yang percuma..

Kalau di BP..aku dah cadang dan plan macam-macam kat kakak aku. Buat BBQ kat rumah ke? Pergi piknik kat air terjun ke? biar bebudak yang duduk di konkrit jungle merasa air terjun dan alam semulajadi tak ler depa jakun. Tapi bulan Nov dan Dec pulak tengah time monsoon. Karang tak paisai2 piknik bukan dengan air terjun je nanti. Maka terpaksa kena scrap niat hendak buat piknik..Haizz..kesian pulak tengok muka comel-comel yang kesayuan bila depa terpaksa dok kat rumah time cuti sekolah. Tak sampai hati lak..

Then one Saturday..Mr. ‘S’ kata terpaksa kerja dan aku pula boring dok rumah tak buat apa. So aku ajak ler budak berdua tu keluar jalan-jalan makan angin. Dan di sebabkan aku kata tengah musim monsoon tak dapat ler bawak mereka ke Jurong Swimming Complex untuk mandi manda. Tempat mana lagi hendak bawak bebudak tu??? Fikir punya fikir aku ambil keputusan untuk ke Jurong juga ‘JCube’ baru teringat kat situ ada ice rink! Hehe..nasib ada walaupun harga admission tu mahal sikit tapi tak pe sesekali.

 
Pada awalnya dua beradik tu takut-takut juga sebab mereka tidak pernah skate apatah lagi ice skating. Tapi teruja hendak skate sebab tengok orang yang boleh skate seronok berpusing-pusing kat rink tu. Mula-mula tu Mikhail skate kat tepi sebab dia nak tempat berpaut kerana takut jatuh. Adiknya Maya aku sewakan penguin. Adiknya Maya berani sikit berbanding abangnya tu. Banyak kali juga dia jatuh-jatuh tapi semangat masih kental jugak nak teruskan skate. Lama-lama dua-dua dah berani walaupun skate perlahan dan asyik jatuh je.

Wajah-wajah excited dua beradik..
 




 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment