Friday 28 November 2014

Levi's!!!


 
 




Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!!

Lama kan aku tak update Blog! Haha tengah kering idea maka tak ada apa yang hendak aku paparkan disini. Tapi hari ni aku ada benda hendak share kat ruangan Shopaholic haha. Setiap jumaat pergi kerja dress down. Bila dah dress down apa lagi yang aku cari. Jeans!! Haha tapi sejak dah bersaiz cute ni susah betul hendak cari size. Itu yang lemah semangat. Sudahnya pakai jeans yang sama aje. Boring kan! Nak dapatkan size yang cute cam aku ni kena pergi jenguk Mark & Spencer atau Dorothy Perkins. Bukan hendak sangat shopping kat kedai-kedai macam tu pun, tapi oleh kerana kat situ je yang ada size cute macam aku. Hampeh! Kalau Mark & Spencer harga baju dan seluar jika pricetagnya tak cecah S$100 tak sah. Terkejut-terkejuts aku tengok harga demo. Dorothy Perkins lak oklah harga tapi still mahal bagi aku. Hehe yelah harap label aje tapi tak semua kualitinya bagus. Jeans kat DP tidak semua materialnya/denimnya berkualiti. Tak semua Ummmphhh! So-so aje.

Nak dijadikan cerita, satu jumaat yang lalu..teman kerja Mardi pakai jeans. Cantik dan kemas sangat, materialnya pun nampak bagus sangat. Maka aku pun compliment cakap jeans yang di pakai cantik sangat, beli kat mana tu? Sebab Mardi ngan aku lebih kurang cute jugaklah cuma aku lagi cute dibandingkan Mardi haha. Mardi kata dia beli jeans dari butik Levis. What! Levis ada ke saiz cute macam kita ni? Aku tanya kat Mardi. Katanya ada. Maka keesokan harinya, hari sabtu aku pun pergi lah singgah butik Levis sebab dah semangat nak cari sepasang jeans Levis ni hah. Sampai dengan semangat waja. Salesgirl kata size paling besar 14/32. What!!! Depa kata size untuk orang cute miut cam aku kena beli range 'curve'. Ceh tak puas hati lagi tu maka dengan cekal hati aku pergi satu lagi butik kat Checkpoint tanya depa ada size 16/33 tak?? Depa kata size kat Spore paling besaq size 14/32. Hampa dan kecewa hati beta mendengarnya.
 
 

Aku ni orangnya kalau dah berkenan memang tak akan stop kat situ aje..maka aku gatalkan tangan gi internet cari Levis butik kat mana ada size aku..huhu..so aku berhenti kat Levis US online. Tekan sana tekan sini..aku terus masuk ‘clearance sale’. Haha. Kalau regular price mahal noh. Mula-mula biasalah aku suka add-add kat bakul sebab bukan sahaja ada size yang aku cari, cantik gila noh original Levis lagi. Kononnya nak beli tapi hati masih tak confident sebab takut kalau dah beli size terkecik tak ke rugi aku. Tapi bila dah tenung lama-lama macam memanggil-manggil lak jeans-jeans tu suruh aku beli. Haha maka dengan cekal hatinya aku purchased sampai 4 pasang! Hah ambik kau! Tak agak2 sekali beli sampai empat pasang. Satu hitam skinny jeans. Satu curve skinny jeans dan 2 pasang straight cut. Apa taknya harga nye setelah tukar mata wang di tolak dan di bahagi sepasang dalam S$80+ tak ke best gitu. Banyak pilihan lagi noh! Kalau kat Singapore koman-koman sehelai jeans levis S$160++ itupun tak banyak pilihan untuk size cute. Ini rambang mata tengok sebab tu sampai terbeli 4 pasang. Dalam hati berdoa dan tawakal moga dapatlah aku pakai jeans tu semua sebab takut size terkecik atau terbesar.

Alhamdullilah setelah menunggu hampir 2 minggu lamanya. Express juga, aku ingat dapat awal bulan 12. Tup-tup dah sampai. Dengan berdebar-debar berserta bismillah aku bukak package Levis. Minta-minta cantik dan aku boleh pakai. Alhamdullilah kesemua empat pasang tu jeansnya cantik ler sesangat dan aku boleh pakai dan selesa.

Cakap tak guna meh tengok gambar. Hehe.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment