Friday 31 October 2014

Badoque





 
 
 
Assalamualaikum semua..rasanya sudah sekian lama tidak update label expedisi aku dalam mencari makanan yang superlicious di cafe..bistro mahupun restaurant halal yang terdapat di Singapura ni..
 
Bday aku bulan lepas Encik 'S' kata hendak belanja aku makan di restaurant yang colleaguenya recommended..katanya restaurant itu ada 2nd outlet berdekatan dengan daerah tempat kami tinggal. Aku ok go aje..tak cerewet mana dia hendak bawa aku makan. Dia kata nama restaurant itu 'Badoque'. Oh! aku pernah dengar nama restaurant tu tapi di sebabkan ianya terletak di hujung tanjung maka aku tidak sanggup nak travel jauh semata-mata hendak merasa makan di restaurant itu.
 
Maka dengan penuh semangat kami pun menujulah ke restaurant Badoque yang di Thompson tu..aku memang suka mencuba makanan di restaurant baru..lebih-lebih lagi restaurant western noh..dahulu di Singapura restaurant western limited..tapi sekarang dah banyak seperti cendawan tumbuh seperti Le Steak by Chef Amri. Iam Cafe. Rouse. J's restaurant. Yellow Submarine. yang berkonsepkan Bistro Cafe. I loike!..cuma aku belum punya kesempatan untuk mencubanya kerana belum ada 'geng' yang boleh ku bawa bersama. Okay berbalik kepada cerita makan di restaurant Badoque tadi.
 
Ambience restaurant memang cosy..aku suka sangat deco Bistro Badoque..simple dan nice..menurut teman kerja Encik 'S' serving kat Badoque ni memang muai sangat..kalau satu orang makan memang tak leh habis..nak kena share 2 orang katannya. Pada awalnya aku skeptikal dengan comment teman Encik 'S' kerana Bistro dan Cafe sebegini selalu beri serving kecil makan pun tak puas. Maka dengan gagahnya setiap seorang meng'order' apa yang berkenan di hati..satu je nak beri komen sikit. Badoque tak ada menu for kids. Itu yang tak best sebab berapa banyak lah bebudak boleh makan kan.
 
Maya biasanya pilih fish & chips, aku lak mengorder 'Steak' haha semangat manakala Encik 'S' order chicken dengan rice lupa lak nama dia apa. Kak Ngah pula di sebabkan dia tak berapa minat hendak makan menu yang berdaging dan berayam. Maka dia order squid ink seafood pasta dan hubbynya order grilled salmon.
 
Cakap banyak pun tak guna meh kita tengok makanan yang aku order...
 
 
Fish n chips
Badoque Steak
Chicken with Fragrant rice


 
Grill Salmon
Squid Ink Seafood Spagetti



Memang betul apa yang di kata teman kerja Encik 'S' serving Badoque memang muai gila. Ada nampak steak yang aku order tu..tak sampai separuh aku makan terpaksa menapau nya kerana sudahlah servingnya besar tebal lak tu jenuh hendak menghabiskannya. Ok sekarang aku hendak beri verdict haha..Fish and chips so-so aje. Steak hmm ok. Chicken nice! Grill Salmon ok cuma kering dan tak berapa moist. Squid ink spagetti Very Nice!!! haha. Lain kali kalau aku ke Badoque akan ku order Squid Ink spagetti..dan dengar kata ramai ke Badoque order Lamb Shank dia..hmm maybe aku tersalah order sebab tu makan tak berapa enjoy sangat..tak apa aku akan beri peluang kedua pada Badoque see you soon.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

2 comments: