Monday 20 October 2014

Hijabs...jubahs..oh my!!




Assalamualaikum…ni lah dilemma orang perempuan ni kan?? Pantang nampak benda-benda yang cantik mesti nak beli kan..kan..kan!! Angguk kepala kalau setuju! Macam aku lah..once dah hook there’s no way to turn back..

Itu hari gila cari kasut kat online..sekarang ni aku tengah gila cari selendang dan dress pula..ini semua gara Puan Wati kita lah..aku sebenarnya tak lah suka melawa ke tempat kerja sebelum ni..aku ni jenis wanita yang sempoi orang kata..haha sampai orang tak percaya bila aku kata aku kerja kat opis..haha apa tak nya apparel macam orang kerja kat gerai..oppss no offence jangan ambik hati noh..ntah2 orang kerja kat gerai lebih fashionable dari aku. Senang kata tak suka orang notice aku lah..hehe ‘under the radar’ kata Yana tentang diri aku ni hah. Sejak si Wati promote hijab dan baju dari kedai kawan dia..sedikit sebanyak aku termakan juga ngan promosi dia..support kawan belilah selendang barang sehelai dua..selendang tu bawak balik rumah simpan kat satu corner..tak de maknanya aku hendak guna..

Wati selalu ngomel cakap aku tak stylish??..tak fashionable lah?? Dressing macam makciklah sebab aku selalu pakai tudung empat segi biasa. Aku masih leh buat muka toya bila dia komen begitu..sebabnya satu..aku malas! Yes malas hendak melawa. Haha dia tak tahu bila time aku tengah rajin nanti jeles pula dia nanti..hehe ini bukan perasan..ini kenyataan..aku ni ada mood..kalau mood nak melawa..aku really dress up from head to toe! Semua nak matching-matching..bag dan kasut pun nak kena match sama warna..Haha itu lah aku, kalau nak tahu..jangan fikir orang berbadan ‘cute’ macam aku ni tak ada styled..tunggulah sampai mood stylo milo aku dah mai..gigit jari aku di buatnya. Sebab budget mesti lari nye..bulan ni aje dah banyak selendang aku beli dan dress dari Bella Hijab..hehe promote sikit kedai kawan si Wati tu..kalau nak tengok tu singgahlah kat FB dia.

Cuma sekarang ni aku tengah ‘Aim’ hendak shopping sakan kat Bella Ammara haha!! Hampir kesemua dress dan koleksi telekung yang di jual di butik Bella Ammara aku berkenan le sesangat..nasib baiklah hang tu jauh Bella. Kalau tidak aku leh bukak buku tiga 5 kat kedai hang dan jadi pelanggan tetap haha..Sebenarnya Bella ada website..tapi aku jenis suka tengok dan rasa material nye orang..haha maka setakat tengok kat komputer tak puas..hehe cerewet lah pulak... Insha Allah bulan Dec nak singgah kat Butik Bella Ammara bila aku ke KL nanti..

Aku suka sangat dengan telekung basic XL dan Tiara jubah..sungguh cool. chic and classic. Eh macam penah dengar aje slogan tu..hehe..meh kita mencuci mata tengok koleksi jubah dari Bella Ammara dan beberapa online boutique yang menjadi kegemaran aku di tika dan kala ini..sayang sekali jubah koleksi dari LisaAdam tak dapat hendak di tunjukkan di sini kerana dia tak ada website..nak kena add dia dalam FB atau instagram..
 
Koleksi dari Bella Ammara

 
 


 
 
 
Dari koleksi selendang pula..aku suka dari butik tudungpeople
 
Koleksi dari Butik TudungPeople
 

 
So siapa tak geram kan tengok jubah..selendang dan telekung yang cute to the max kan!
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment